...atau sasau kerana tekena ciuman ini?
Zulkifli Nordin digesa jangan campur urusan Pas
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan.
Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR).
“Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan.
“Biarkan ahli parti menentukan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu.
Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu.
“Hentikan semua ini, usahakan agar beliau dapat berada dalam barisan kepimpinan Umno seterusnya dapat melontarkan pandangan untuk perjalanan parti itu,” katanya.
Sementara itu, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan sejak pilihan raya umum lalu bermotif peribadi.
Menurutnya, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri menjadi alat tunggangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.
Ulasan GB
Sama macam Hassan Ali yang dah tak dapat satu undi pun di dalam PRU13.
Zulkifli Noordin menyatakan Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat sedangkan yang kalah di Shah Alam ialah calon BN iaitu Zulkifli Nordin sendiri.
PAS tidak kalah teruk, PAS cuma kehilangan 2 kerusi parlimen dimana PAS memperolehi 21 kerusi pada PRU13 berbanding 23 kerusi semasa PRU12. Malah kerusi PAS di peringkat DUN pula telah bertambah kuat dimana PAS memenangi 85 kerusi DUN berbanding 83 semasa PRU12 pada 2008.
TETAPI UMNO BN merosot 7 kerusi parlimen (133 pada PRU13 berbanding 140 pada PRU12) dan kesemua 7 kerusi parlimen itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.
Itu belum lagi dianalisa dari sudut "undi popular" yang jika dilakukan pastinya macai-macai UMNO nanti terkena penyakit sawan, memaki-maki sana sini kerana tidak mempercayai bahawa UMNO BN sudah tewas dan kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan 47%!
Woi zul hg prepair la utk pemilihan umno ni balik la kulim bertanding ketua cawangan terap ka serdang ka tak payah la nak bg pandangan kpd pas hg pun belum tentu menang ketua cawangan sapa hg nak bg nasihat kpd pas kalau setakat macai tok jib dan perkasa 3 suku tak payah la...sebenarnya org politik macam hg ni tak da tempat pun dlm mana2 parti2 semenanjung...sabah serawak tak tau la hg p cvari tengok la d mana2 pulau d sana
BalasPadamSiapa Zul Nordin ni? Ahli PAS pun bukan? Ahli PKR pun bukan? Ahli BN pun bukan? Siapa dia ni yang tak ada "bin" ni?
BalasPadamBetul macam orang Cina. Ini "lang bukan lang, kui bukan kui" (Orang bukan orang, Hantu pun bukan Hantu). Semua anggota dah mati, tinggal mulut saja yang bersuara. Dia lupa bahawa di akhirat nanti, semuanya terbalik. Yang bercakap ialah anggota badan dan mulut dah jadi bisu.
Inilah manusia PARIA iaitu manusia yang kastanya paling rendah atau lain perkataan, HARAMJADAH. Kalau dia lalu kat depan umah, umah kita kena "samak" (cara agama Hindu le). Kan dia mengutuk agama Hindu dulu. Manusia durjana @ munafikun @ fasikun.
Jenis ini adalah dari spesis Sikatak bin Sikodok.
BalasPadamMamat ni ingat dia ada sijil lawyer dia hebat.. ni la namanya lawyer buruk lidah bercabang... ko jadi lawyer buat rumah dah ler... nak politik tapi tak reti.. cakap ko je betul...
BalasPadamZulkifli who?? X payahla ambik pot ngan si katak ni
BalasPadamSpesis nang boti nang, kui boti kui..
BalasPadamSituasi GAWAT Zulkifli Nordin belakangan ini sangat luar biasa. Berikut adalah pandangan pakar RAWATAN HALUS pesakit mentol Hospital pakar sakit jiwa Banir Duriyan Tunjang Rambutan
BalasPadam"Tanda tanda nyata dari percakapan Enche Zulkifli menunjukkan beliau sedang mengalami tempoh BUANG TEBIAT"
"Kami sebagai pakar rawatan halus di sini berasa amat sedih kerana tidak dapat membantu memulihkan kesihatan beliau kerana simptom ini biasanya berakhir dengan HABIS UMUR"
Sebagay persediaan Enche Zulkifli adalah dinasihatkan supaya dapat membuat WASIAT dalam waktu terdekat, akan segala harta yang tersembunyi terutama jenis WANG UPAHAN atau JANJI JANJI BALASAN POLITIK yang belum diberikan oleh pihak pihak yang telah menggunakan khudmat bakti kepakaran Enche Zulkifli bagi memecah belahkan lawan mereka.
Ha hang dengag tu Zol, pandangan nasehat pakar RAWATAN HALUIH daripada Sepital Baniag Deriyan tuh.
Depa ni bukan apa, depa kesian kat hang saja la Zol oooiii. Mana la tau kot kot hang habeh umog takdan nak wasiat hereta hat dapat upah kaacau daun mengundi baru ni, pasai apa perangai kelakuan hang sari dua ni macam orang buang tebiat.
Aku seriyau jugak kat hang Zol ooii.
Kesian mantan calon YB Shah Alam over confident..there' no if after 5/05/2013 i'm YB of Shah Alam..pui mcm sial punya statement..
BalasPadamini specis amfibia mane ni.
BalasPadam