31 Mei 2013

Khir Toyo Selangkah Lagi Ke Penjara, Mengadu Dikambinghitamkan Najib


Khir Toyo dakwa dijadikan ‘kambing hitam’ dalam perang anti-rasuah Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa dirinya menjadi mangsa “kambing hitam” dimanipulasi untuk kepentingan politik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan berhubung kes rasuahnya.

“Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah,” kata beliau dalam tulisan di blognya www.drkhir.com.

“Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya,” tambah beliau lagi.

Menurut Dr Mohamad Khir, beliau didakwa melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Sepanjang perbicaraan, keterangan pegawai PKNS jelas menunjukkan saya menyokong puluhan surat cadangan memajukan tanah PKNS secara usahasama. Ada sokongan saya yang diluluskan dan yang ditolak oleh jawatan kuasa teknikal.

“Sebab tu saya dituduh melakukan Criminal Breach Trust (CBT) atau pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan bukannya kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun SPRM dengan bangganya menyatakan bahawa kejayaan pendakwaan ke atas saya merupakan bukti kerajaan serius membanteras rasuah,” katanya.

Semalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusan berhubung kes rasuah bekas menteri besar Selangor itu.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk Mahkamah Rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Disember, 2011.

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Dr Mohamad Khir didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran.

Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu.

Peguamnya, Muhammad Shafee memberitahu pemberita semalam beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan hari ini. TMI

Ulasan GB GB sudah ulas di Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleh "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

17 ulasan:

  1. ini transformasi yg rakyat harapkan.
    bukan pendakwaan terpilih.

    mahkamah akan terus menjadi sandaran terakhir rakyat.

    jika mahkamah sudah tidak diyakini rakyat, maka hayat pemerintah biasanya akan berakhir.

    BalasPadam
  2. Ya lah dah kena baru nak tengadah...Dulu hadiah penyapu! Sekarang baru tahu langit tnnggi rendah.Kalau dah betul..betullah. Apa nak di rengekkan. Beli tanah pun harga manipulasi...Sekarang baru nak ingat tuhan...baru nak kata di kambing hitamkan...Ya betul banyak laagi yang nak di tangkap..Tapi Khir Toyo dah org yg mula...

    Man Laksa.

    BalasPadam
  3. Songlap duit juta2 kena 12 bulan aje
    ke yob? Masuk dalam tu nanti taruh
    dia sama banduan yang kena hukum
    seumur hidup. Baru dia tahu apa
    tu kehidupan!

    BalasPadam
  4. Ohhh agaknya ni antara balasan robohkan surau2 di Selangor dulu. Orang lain rasuah juga tapi lambat sikit dapat balasan.

    BalasPadam
  5. Dengar khabar UNESCO dok timbang timbang nak jadikan 2 orang mantang meteri OMNO ni antara benda benda hidup paling AJAIB di dunia sebelah sini.

    Yang seorang, konon cerita kerana tersilap mengambil tanah SEKANGKANG KERA secara auta, disuroh dudok dalam PENJARA dua belas purnama.
    Yang seorang lagi jelas mengambil tanah sebesar 30 EKAR buat kolam berenang udang, secara auta masih bebas, bahkan disanjung dan DIANGKAT MENJADI KETUA. Satu keajaipan di alam Melayu yang konon menarik minat UNESCO untok dinobat sebagai WARISAN UMNO.

    Besarlah harapan rakyat miskin yang tiada peluang MENGAMBIL HARTA NEGARA SECARA AUTA, supaya pekara ini jadi nyata dan dapat menarik jutaan orang pelancong ke Tanah Melayu
    Kesempatan berdatangnya jutaan orang pelancong dapatlah rakyat miskin tumpang cari makan secara menjual ubi kayu rebus atau pisang KENANGAN SEMALAM di tepi jalan ?...

    Penyokong UMNO yang terpilih menyertai program tanam ubi kayu & pisang untok pelancong akan diberi bantuan BAJA TAHIK LEMBU tajaan Menteri jaga LEMBU. Sebagai menun jok nunjok, pemberian subsidi baja TAHIK lembu diberi juga kepada rakyat yang BUKAN OMNU dengan syarat mereka juga sanggup menerima KENCING menteri

    BalasPadam
  6. Ketika Hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam..Dr Mohamad Khir atau Khir Toyo...

    Sepatut nya membayangkan KERIANGAN,KESERONOKAN,KEBAHAGIAN,KEBANGGAAN pada ketika atau di saat diri nya bersama keluarga dapat memiliki Tanah dan Rumah Banglo sehebat itu sedangkan orang lain Jangan harus bermimpi dapat seperti apa yg mereka perolehi ...

    Ketika itu dia juga harus ingat kembali..ada kah dia sujud Syukur memuji kebesaran keagungan atas sifat pemurah Allah kepada nya dan keluarga?

    Nah jika Dr Mohamad Khir Bangga dapat harta itu hari ini di perlihatkan bahawa semua yg ada itu tidak kekal dan jika pada waktu itu dia tidak mensyukuri nikmat Allah maka hari ini Allah tunjukan sedikit balasan nya bagi memperingatkan bahawa apa jua milik kita hanya hiasan dunia..yang pada bila bila masa akan luput jika Allah s.w.t mengkehendaki nya.

    Yang kekal hanya lah Amalan sedekah n anak anak yg soleh.

    Jgn maree.

    BalasPadam
  7. Dulu dia yang bagi penyapu,sekarang dia sendiri yang jadi sampahnya di sapu ke dalam kandang kambing hitam.
    Pernah tutup kebenaran bagi tazkirah kat TGNA di Selangor dan suruh selesaikan isu air di Kelantan.Akibat sombong walau kaya tetapi terhina juga.

    BalasPadam
  8. Dikata Dirinya di Kambing Hitamkan,Kenapa asyik Kambing je yg dijadikan mangsa & Diperlembukan Siapa pulak.

    BalasPadam
  9. Ni jawa lupa diri... lain kali jangan diberi jawa jawatan paling tinggi... abis semua tanah nak di rembat... buat malu jawa je...lain kali bawa penyapu jadi tukang sapu lagi bagus..

    BalasPadam
  10. Itupn nasib baik PR menang Selangor, klu x makin brmaharajalela la si Toyol ni

    BalasPadam
  11. Dia dh xde guan buat UMNO lg, sbb UMNO x ambik kisah dgn si Toyol ni

    BalasPadam
  12. Dalam penjara nnt jangan lupa buat majlis perasmian penyerahan penyapu kat mamat ni... bagi tugasan menyapu kat dia...

    BalasPadam
  13. anak toyo ni aku respek jugak time dia mula2 jadi MB dulu..asal susah bukn mcm jibby tu..tapi anak toyo ni last2 kecundang jugak dgn duit dan keduniaan...tapi mcm ni lah..kpd anak toyo...ko dah makan banyak dah pon...juta2 dah ko songlap ank beranak...setakat 12 bulan jail tu sama je dgn tempoh rakyat kna penjara sbb curi dua tin susu nk bagi anak minum..

    BalasPadam
  14. Kalau awak dikambing hitamkan, siapa yang kambing putihnya?.... noh tokey ude ko?????

    BalasPadam
  15. 12 bulan je , patutnya 12 tahun.

    BalasPadam
  16. Padan muka kau...jual tempe la kat dlm penjara tu nnt..

    BalasPadam

  17. Khir Toyo,

    Adakah mahkamah kena dengar nasihat pihak lain dahulu sebelum buat hukuman?

    Kalau benar,maka berilah contoh mereka yang telah dikambing putihkan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.