7 Jan 2013

[VIDEO] Apa Yang Nak Ditarik Balik? Hadi Tak Pernah Tuduh UMNO Kafir!


Kota Bharu - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.

“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” katanya ketika berucap pada forum ‘Isu Gadai Tanah : Menjawab Tuduhan Umno Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam perkembangan isu terbabit, Nasaruddin berkata, perlu diingat sebelum ini pada tahun 2001, Hadi pernah menyatakan kesanggupan berdepan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan apabila tiba masanya pengerusi majlis terbabit membatalkan muzakarah itu.

“Sekarang isu ini diungkit kembali oleh Umno, dan Presiden kita (Hadi) bersedia menjelaskan amanat yang diucapkannya di stesen RTM dan TV3 namun niatnya tidak disokong kerana ada pihak yang menentang dan menyatakan penjelasan itu boleh dibuat di dalam media lain dan bukannya arus perdana.

“Sepatutnya kedua-dua stesen televisyen inilah yang memberi peluang kepada Hadi, disebabkan TV3 dan RTM yang sering memainkan isu ini dan menyerang hadi secara terang-terangan,”
katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih menghairankan juga Hadi sendiri tidak pernah menerima sebarang surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan kenyataannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Hanya ditempelak oleh dua mufti iaitu Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa Hadi menarik balik amanatnya berkenaan.

“Mereka kata amanat ini sesat, Hadi kena bertaubat, sepatunya mereka beri peluang dulu, biar beliau terangkan dan selepas itu nilai kembali apa yang dinyatakan sebelum membuat tuduhan,” katanya.

Ulasan GB

"Cili" yang ada dalam AMANAT HADI itu pedas sangatnya untuk orang UMNO, tuh yang menggelupur walaupun sudah berpuluh tahun!

12 ulasan:

  1. Kelemahan yg amat sangat pd pihak pentadbiran....kalau ianya sesuatu yg amat serius yg melibatkn perpecahan org islam kenapa x d selesaikn 30 thn yg lalu.

    BalasPadam
  2. Ni smua salah HH sbb dialah punca perpecahan. HH saja yang jadi punca smuanya. Dia benarkan buka pusat judi, toto, lumba kuda, dia benarkan buka rumah urut. Pendek kata semua salah HH. Org lain tak salah. Amanat dia 30 tahun dulu salah. Smua salah...tiada yang benar melainkan semua salah...salah...salah...
    Ramai murtad, banyak kes buang anak, penculikan, kes salah laku seksual, hatta bumbung bangunan runtuh pun salah HH. Org lain tak bersalah sbb semuanya maksum...

    Yang Benar,
    ATB
    AKU TAK BERSALAH

    BalasPadam
  3. tiada apa yg salah dan sesat pada ucapan tu yg dinamakan amanat hadi. Ianya menyentuh tentang batasan akidah sbg seorg muslim. kalu pegi dgr kuliah agama pasal akidah oleh mana2 ustaz pon, pengisian dan batas hukum yg dilontarkan adalah sama.

    cuma disebabkan ucapan itu dtgnya dari mulut pemimpin PAS (musuh umno), maka ia diputarbelit menjadi fitnah besar pada TGHA dan masyarakat Islam Malaysia. Yg aku pelik, ade jugak mangkuk yg rela dibelit dan mensensasikan fitnah ni macam Hasan Ali, dan mufti harussani tu!!!! nak jilat umno pon, 'bersihkan' la umno tu dulu.

    BalasPadam
  4. dekat pilihanraya jer, isu ni timbull...xder modal lain ker...kita nk tgk plan strategik yg akan digunakan untuk membangun malaysia tanpa hutang dan rakyat tidak tinggal dirumah flat dimasa akan datang.

    BalasPadam
  5. Di sini aku nak cakap kotor sikit, sebab cakap elok2 pun dua musang berjanggut tu tak jugak faham2 atau segaja buat tak faham. Saranan dua musang berjanggut tu suruh TGHH tarik balik tu umpama "dua musang tu berak, mintak orang lain tarik (masukkan) balik berak tu ke dalam dub.. mereka"

    BalasPadam
  6. Itu lah, dia orang tak faham maksud amanat. Hadi sebut umno tapi sebenarnya hadi menentang parti conservative di UK sebab parti itu yang mengamalkan perlembagaan penjajah. Dia orang tu memang kafir kristian. Kalau lawan confirm mati syahid. Bukan umno. Cuma PAS tak buka cawangan di london, birmingham, manchester etc.

    BalasPadam
  7. PUTAR UMNO-APCO PUTAR ,KASI PUTAR SAMPAI SEMUA LEMBU-LEMBU,KELDAI-KELDAI & TENUK-TENUK PERCAYA LAPORAN SEKERAT-SEKERAT AMANAT TN GURU HJ HADI ! ABU SAJA PENYELAMAT NEGARA & RAKYAT DARI PARA PECACAI & DAJJAL SEKUTU APCO !

    BalasPadam
  8. royat laaa gapo namo rima pon...mapuh ambo x pakoh dacing...wak mari la tok peti mno pon sokongan ambo x degih dooooh..tetap sokong bulan...ambo pn ngaji agamo jugok pah ke mesir jugok..ingat puak2 tuk peti jah reti agamo?? ore lain x ngaji supo tuk peti ko??? memey tuk peti harussani bodo dan celako..baso tuk peti menate..

    BalasPadam
  9. Haji Hadi tak pernah keluarkan amanat..itu cuma statement.Utusan yg wujudkan amanat Hj. Hadi.. sama kes dgn nik aziz..katanya tak kira ulama2 etc,mempermainkan hukum islam adalah kafir..kat utusan besok "Nik aziz kata umno kafir'

    BalasPadam
  10. Nak bagi Iphone 5 pulak dah Lihat Disini pancing je kot!!

    BalasPadam
  11. TGHH sebut berdasarkan ayat Al Quran ; Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh...betullah tu...kalau bab solat je ikut Islam tapi pentadbiran ikut Yahudi, kufur la tu..Perlembagaan Reid kita ikut...kufur la tu...sedangkan Allah dah turunkan panduan Al Quran dan hadis sebagai pedoman...tp kenapa x nak ikut.. orang yg makan cili je terasa pedasnya!!

    BalasPadam
  12. Kemah ore kito..takbir!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.