7 Jan 2013

Novandri, Blogger Umno Minta Maaf Kepada Khalid Samad

Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri (gambar) atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.

Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.

Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.

Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com -HD/


Ulasan GB

Baru semalam GB ulas untuk kes papagomo di SINI, petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

Blogger Novandri belum mahu binasa, lantas memohon maaf. Tahniah di atas keberaniannya walaupun sebelum ini pernah menafikan beliau yang menulis artikel berkenaan.

Pencacai-pencacai UMNO yang lain yang giat memfitnah, bagaimana?

14 ulasan:

  1. Tolong suruh dia tukar nama blog dia. MiM tu minda intelek macai

    BalasPadam
  2. wajah ada sedikit mammu keh keh keh

    BalasPadam
  3. Hasil didikan sekular. Mengalami krisis nilai antara dunia dengan akhirat.

    YB Dato' Dr Mujahid pun dari sekolah sama, tapi dididik dengan Islam oleh Arwah ayahandanya.

    BalasPadam
  4. ok la tu kalau dah minta maaf.

    -pemuda ampang-

    BalasPadam
  5. macam mana boleh jadi doktor...hancur

    BalasPadam
  6. Tukar la nama blog tu buat malu BANGSA MELAYU JE...MINDA INTELEK MACAI LEBIH SESUAI.

    BalasPadam
  7. Patut jgn layan settle luar mahkamah. Biar jd pengajaran kpd yg lain. Ini asyik 2 settle luar mahkamah. Sebab itu puak ni tak reti bahasa!

    BalasPadam
  8. dr lembu.. otak ada, akal tiada..masa study dulu kaki meniru aka pembawa toyol dlm dewan exam.

    BalasPadam
  9. Bila melaksanakan sesuatu tugas maka kita buat bersungguh-sungguh dengan penuh ketaksuban walaupun melakukan fitnah ? Ini tidak betul sama sekali. Gunakan pendekatan lain yang boleh menjatuhkan lawan tetapi jangan fitnah. Seandainya tak jalan juga, maka eloklah berhijrah ! Hijrah itu perjuangan !

    BalasPadam
  10. SubhanAllah,
    Jangan kutuk sangat, mari sama-sama berdoa dia dapat hidayah. Walupun mungkin sedikit dia dapat rezki dari kerja ini dia TIDAK SAYANG IBU, AYAH, ANAK-ANAK, ISTERI DAN KELUARGA. Dengan hasil sedemikian diberi makan kepada mereka sesungguhnya dia menyediakan mereka untk jadi bahan bakar api neraka.....
    Atau ia bersedia menjadi orang-orang MUFLIS di akhirat kelak... Seperti sabda RasulAllah kepada sahabat bahawa antara orang yang muflis di Akhirat ialah penfitnah.....
    Ya na'uzubillah......

    BalasPadam
  11. Harap2 dr ni timbul kesedaran bahwa klu terus menerus sokong UMNO akan membawa kebinasaan pada diri & keturunannya sbb UMNO korup, tak amanah, anjurkan program laro & jauh , jauh , jauh, semakin jauh dari Allah.

    Rapat2 lah & sokonglah pihak yg mengajak dekat pada Allah & suruhanNya.

    BalasPadam
  12. Alhamdullillah !

    Tak baik aniaya menganiaya orang lain, mana boleh menongkat langit mengikut MahaFiraoun itu pun akan tersungkur ke bumi seperti Firaoun dahulu kala.

    BalasPadam
  13. Isu fitnah i anggap selesai. Tak ada komen bagi perkara ini. Harap menjadi pengajaran kepada yang lain betapa bahayanya budaya fitnah dan terima kemaafan mereka atas kejahilan mereka sebelum ini.

    BalasPadam
  14. Mengakub salah kerana dah nak kalah dan takut duit habis banyak.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.