Tahun 2012 menyaksikan penghijrahan sebilangan besar selebriti tanah air. Baik pelakon, penyanyi, pengarah atau pengacara. Ramai yang sudah melalui proses hijrah dan yang lebih ketara apabila artis wanita yang dahulunya tidak bertudung kini sudah menutup aurat.
Dalam pertemuan bersama Sinar Harian Online, pelakon Haryati Hamzah atau yang dikenali dengan panggilan Yatt Hamzah, yang sudah berhijrah sejak lapan bulan lalu, menceritakan pengalaman beliau.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt melihat situasi penghijrahan artis dan selebriti masa kini?
YATT HAMZAH: Soal penghijrahan itu, kalau kita lihat yang paling ketara ialah perempuan. Kembali ke pangkal jalan itu maknanya dia menutup aurat. Kalau dulu mungkin tidak bertudung, sekarang pakai tudung, yang pakai seksi, mungkin sekarang kurang seksi. Kalau lelaki tidak berapa nampak.
Kalau nampak pun mungkin jika dia pakai kopiah sepanjang masa. Apa yang penting, penghijrahan itu datang daripada hati, hijrah itu biar dari dalam. Ruang hati yang paling dalam, di mana ALLAH beri hidayah kepada kita untuk bangkit daripada kealpaan. Bagi orang seni, kita masih meneruskan perjuangan dalam bidang seni tetapi selepas berhijrah itu, pengisiannya berbeza. Lebih kepada islamik, cara hidup berubah tidak macam dulu lagi. Saya rasa yang paling penting jangan melampaui batas. Maksudnya kalau dah berubah itu tidak perlulah menghebohkan kepada semua. Kalau orang tanya tidak mengapa.
Kalau kita yang beria-ia, tetapi kalau awal-awal lagi berubah bukan kerana ALLAH kerana sebab-sebab lain, itu dah salah.
Semua bergantung pada niat.
Tetapi orang macam itu, kita doakan supaya akhirnya nanti niatnya betul kerana ALLAH.
Bagi saya, ini merupakan satu bukti ataupun petunjuk yang Islam sedang menang di dunia dan Insya-ALLAH di akhirat. Insan-insan seni inilah bukti ataupun orang kata ejen untuk menyebarkan Islam.
Bagi saya apa yang bagus, insan-insan seni, artis atau selebriti yang berhijrah ini sebab kami semua mempunyai pengikut yang sangat ramai. Itu adalah peluang bagus yang artis patut rebut. Bila kita sudah ada peminat yang ramai, kita perlu rebut untuk kita berdakwah walaupun kita tidak sedar sebenarnya kita sedang berdakwah.
Walaupun hanya senyum, senyum itu satu dakwah. Kita tidak tahu sebab itu kita kena sama-sama menuntut ilmu.
Jadi, bila ilmu itu ada di dada, kita tahu apa yang kita buat dan lebih menghargai masyarakat dan agama, Insya-ALLAH.
SINAR HARIAN ONLINE: Selepas berhijrah tidak boleh berfesyen. Apa komen Yatt?
YATT HAMZAH: Islam itu mudah dan indah. Walaupun kita menutup aurat, tetapi itu tidak bermakna kita kena 'very outdated, very boring' cara kita berfesyen, berdandan dan sebagainya. Buktinya, banyak majlis yang telah membuktikan bahawa Islam itu indah dan mudah. Majlis yang menekankan pemakaian muslimah tetapi mungkin majlis itu masih belum memenuhi syariat agama yang sebenar kerana menutup aurat itu bukan sekadar tutup saja. Mungkin ada yang pakai ketat atau terbuka sana sini.Orang yang lebih arif boleh ulas soal itu lebih lanjut. Cuma, setidak-tidaknya kita nampak betapa Islam ini sangat praktikal. Tidak kisah walaupun anda sudah berubah, anda masih lagi boleh meneruskan kerjaya dan cara hidup anda yang lalu. Cuma pengisian yang lebih islamik selepas ini.Secara tidak langsung, peminat pun tidak takut-takut untuk berubah. Walaupun sudah berubah, masih lagi boleh cantik, boleh bergaya tetapi masih lagi mengikut syariat agama.
SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah itu trend atau kesedaran?
YATT HAMZAH: Ada orang kata itu trend, ada orang kata itu fenomena. Apa pun label yang diberikan, bagi saya, ini tanda kebesaran ALLAH. Segala yang terjadi adalah daripada-Nya. Kita berasal daripada-Nya dan kembali juga kepada-Nya. Semua ini perancangan daripada-Nya. Jadi, kita kena percaya dan beriman pada perancangan ALLAH kerana ALLAH maha merancang. Kita bersyukur kerana Islam menang dan kita semuanya lahir sebagai manusia yang beragama Islam.
Jadi, mungkin dahulu penghayatan kita terhadap Islam tidak kuat. Jadi, sekarang selepas berhijrah mungkin lebih kuat. Ini satu bukti bahawa Islam itu sangat kuat dan indah. Apabila ada artis yang berhijrah, seperti Shila Amzah yang masih muda, tidak takut apa pun untuk meneruskan karier. Orang masih menggilai dia dan dalam masa yang sama dia berdakwah. Ini yang paling baik dalam Islam. Masya-ALLAH, saya sangat bersyukur kerana saya juga diberi hidayah sama seperti sahabat-sahabat yang lain. Saya dan sahabat-sahabat lain mendoakan lebih ramai lagi bukan saja artis tetapi seluruh umat Islam yang lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.
SINAR HARIAN ONLINE: Hijrah katanya tutup periuk nasi seseorang artis. Apa pendapat Yatt?
YATT HAMZAH: Tidak. Sebenarnya kalau kita jaga (agama) ALLAH, ALLAH menjaga kita. Itu janji ALLAH. Kita jaga Dia, dengan niat kerana ALLAH, Lillahi Taala, Fisabilillah. ALLAH akan jaga kita. Kalau kita punya rezeki di bidang seni, mungkin agak terbatas selepas kita berhijrah tetapi jangan risau. ALLAH itu maha memberi rezeki, maha melimpah pemberiannya. Dia akan buka pintu rezeki kita di tempat lain. Jangan risau, jangan takut nak berubah. Kebaikan itu kita jangan bertapi-tapi.Buat dengan yakin.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Yatt kongsi perubahan pada diri Yatt selepas berhijrah?
YATT HAMZAH: Saya akui selepas saya berhijrah, awal-awal penghijrahan dulu, Masya-ALLAH, Subhanallah, tawaran datang macam cendawan tumbuh selepas hujan, Tetapi itulah kuasa ALLAH. Dia menguji hamba-Nya yang baru berhijrah dalam banyak-banyak tawaran itu boleh kata satu atau dua saja yang menepati syariat ataupun yang tidak bertentangan dengan saya sekarang.
Selebihnya, memang saya kena tolak kerana banyak yang sama macam tawaran seperti dulu sebelum saya berhijrah. Jadi, ia memang menguji. Itu tanda kasih sayang ALLAH.
Setelah saya tolak dengan baik, ALLAH datangkan rezeki-rezeki yang lain. Saya tidak pernah terfikir saya akan diundang ke majlis-majlis agama sebagai penceramah, motivator untuk bercakap di depan ribuan orang, terutama sekali kepada pelajar di IPTA atau IPTS.
Sekarang, ia sudah menjadi periuk nasi saya yang baru, di mana boleh dikatakan saban minggu saya tidak menang tangan untuk diundang ke majlis-majlis di universiti dan masjid untuk berkongsi pengalaman saya.
Saya bukan ustazah, saya baru nak mula. Cuma saya diundang sebagai selebriti yang mempunyai ramai pengikut untuk berkongsi pengalaman. Sebelum dan selepas apa yang perlu kita buang untuk rasa tidak takut untuk berhijrah.
SINAR HARIAN ONLINE: Yatt ada terima kritikan selepas penghijrahan itu?
YATT HAMZAH: Bagi saya, apa saja yang kami buat, terutama sekali artis, mesti ada orang yang kritik. Tidak kisah kami buat perkara yang baik atau buruk.
Sejak dulu lagi, ini lumrah artis yang memang diterjah dengan perkara-perkara seperti ini. Jadi, kami memang dah bersedia untuk menghadapinya walaupun sebelum kita berhijrah sekalipun.
Kalau selepas berhijrah sekalipun, sepatutnya lebih kuat benteng rohani kita.
Jadi, tidak ada masalah. Mulut orang itu kami tidak kisah. Sekarang ini kami anggap ia sesuatu yang positif dan anggap ia satu rezeki pahala yang ALLAH bagi sebab pahala percuma orang mengata kita.
Kalau dulu mungkin saya dan rakan-rakan agak melenting, sekarang bila dah berhijrah, kami lebih tenang menghadapi dugaan ALLAH. Banyakkan istighfar dan berdoa.
Kalau dulu kita marah orang itu, sekarang kita doakan orang itu.
Insya-Allah, dia mendapat hidayah daripada ALLAH untuk menghentikan tohmahan apa-apa saja yang dilemparkan serta sama-sama mencari cinta ALLAH. Sibuk mencari aib orang, lebih baik kita mencari aib kita sendiri kerana dengan muhasabah diri dan menjaga aib sendiri itu, lebih mendekatkan kita dengan ALLAH.
SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Yatt sebagai seorang berdakwah?
YATT HAMZAH: Sebagai artis macam yang Yatt cakap tadi, kita ramai pengikut yang sentiasa memerhati, sentiasa mempersoalkan, mengkritik, mempertikaikan apa yang kami buat. Soal fesyen satu hal. Apa yang kami pakai daripada hujung rambut hingga hujung kaki diperhati.
Sekarang dah pakai tudung, ia menjadi ikutan. Sekarang fesyen bertudung, satu fenomena di Malaysia.
Semua orang dah tidak takut nak bertudung dan wanita yang bertudung tidak dianggap lemah atau kurang berprestasi sebaliknya kuat. Kita tengok banyak majalah-majalah yang mengangkat wanita bertudung sebagai ikon di Malaysia dan diletakkan di muka hadapan.Itu satu keberanian yang membuktikan bahawa muslimat dan wanita yang bertudung tidak lemah. Kalau kita tengok nama-nama yang besar seperti Dr Muhaya, Dr Harlina Siraj, Ustazah Siti Nor Bahyah, Wardina semakin menjadi ikutan. Masyarakat kita tidak membeza-bezakan yang bertudung ataupun tidak. Sama saja malah lebih dekat dengan ALLAH malah mendapat tempat di mata masyarakat.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah sebelum berhijrah Yatt risau tidak dapat tawaran kerja lagi?
YATT HAMZAH: Sebelum, ya. Saya akui. Dulu. Lama. Sebelum saya berhijrah saya banyak risau tentang periuk nasi. Masa itu, saya mungkin kosong. Dada saya mungkin belum cukup dengan ilmu. Tetapi apabila hati ini kuat nak berhijrah, saya banyak pergi usrah.
Usrah Fitrah merupakan keluarga kedua selepas keluarga saya. Ia merupakan pergerakan artis-artis yang sedang berhijrah, telah berhijrah. Bukan saja artis-artis, kita juga ada penggiat seni yang lain. Macam penulis skrip, pengarah, pereka fesyen, krew, jurusolek malah penolong pengarah pun ada. Jadi, memang tidak ada masalah.
Kami sama-sama berkumpul setiap minggu untuk belajar agama. Untuk mengisi dada dengan ilmu supaya kami tidak lemah.
SINAR HARIAN ONLINE: Berlakon itu merupakan periuk nasi Yatt sebelum ini. Jadi, bagaimana sekarang? Berniaga macam artis lain?
YATT HAMZAH: Berniaga itu dalam perancangan. Tetapi disebabkan saya sangat sibuk dengan jadual motivasi dan juga ceramah, agak sukar untuk saya mencuri-curi masa dengan keluarga, anak-anak pun masih kecil lagi, tetapi insya-ALLAH. Doa-doakan sebab memang ramai yang menawarkan untuk jalinkan kerjasama bagi mulakan perniagaan seperti tudung jubah dan sebagainya, Insya-ALLAH nanti. Lagi satu, saya memang teringin nak mulakan 'production house' sendiri. Sejujur-jujurnya saya teringin sangat nak lihat industri perfileman di Malaysia lebih hebat daripada industri Indonesia. Kita pun tahu sejauh mana kehebatan mereka.
Mereka sudah ada filem sehebat Ketika Cinta Bertasbih di mana pendukung cerita itu semua daripada penulis skrip, pengarah, pelakon semua sangat islamik, penghayatan mereka sangat kuat. Malah pengarah sendiri ulama. Kenapa kita tidak boleh? Itu yang sedang kami usahakan dan perjuangkan. Kami kumpulkan sebanyak mungkin karyawan dalam bidang seni yang cintakan seni dan pada masa yang sama cintakan ALLAH. Sama-sama kami di bawah satu bumbung, berjuang untuk terbitkan lebih banyak karya-karya seni.
Kami tidak akan berhenti menjadi orang seni. Kami akan teruskan lebih kuat lagi dengan adanya kuasa ALLAH, kami ingin usahakan perancangan ini, tetapi ia mungkin jauh lagi. Buat masa sekarang, kami akan usahakan program-program seperti Jejak Rasul. Insya-ALLAH dalam bulan Februari nanti kami dalam Usrah Fitrah akan ke Mekah dan Madinah untuk membuat program seumpama itu sambil mengerjakan ibadah umrah.
Usrah Fitrah di bawah naungan Media Skrin, kami akan terbitkan lebih banyak naskhah-naskhah yang lebih islamik pada masa akan datang. Kami utamakan artis yang betul-betul dah berhijrah untuk mendukung watak-watak yang bertudung, yang islamik supaya karya-karya itu lebih dekat di hati penonton kerana ia betul-betul islamik.
SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan terkini Yatt?
YATT HAMZAH: Saya sudah lama tidak berlakon. Tetapi saya tidak kisah sangat sebab saya sangat sibuk dengan aktiviti dakwah saya. Saya banyak buat program di masjid, undangan ceramah dan banyak buat program-program TV sebagai tetamu undangan. Serta memenuhi undangan ke majlis-majlis islamik. Saya memang tidak menang tangan. Alhamdulillah.

YATT HAMZAH DI MUAR
BalasPadamhttp://dun-maharani.blogspot.com/2012/07/nisa-muar-santai-bersama-yatt-hamzah.html
Kena tahu, faham dan yang penting yakin ! Bila kita yakin maka tiadalah masalah; yakin bahawa setiap rezeki itu dari Allah, masalahnya bila berkata bahawa rezeki diberikan oleh sesama insan ! Apo nak dikato !
BalasPadam