25 Mei 2012

[Bergambar] Binatang Apa Simbah Cat Dalam Ceramah Nizar Di Perak?

Ceramah pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru.

Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah.

Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan. -mk








Ulasan GB

Semakin hari semakin nyata, siapa yang ganas?

UMNO BN atau Pakatan Rakyat?

Kanak-kanak Tiga tahun Tersepit Di Pintu Pagar

Ipoh – Keasyikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bermain di pintu pagar rumahnya mengundang nasib malang buatnya petang semalam, apabila kepalanya tersangkut selama lebih setengah jam.

Gambar: Orang ramai berusaha mengeluarkan kepala mangsa dari celah jeriji pagar
rumah.


Dalam kejadian di Jalan Silibin, di sini, kepala mangsa, Farah Fitrina Abdullah bagaimanapun akhirnya berjaya dikeluarkan selepas jiran-jirannya menggunakan alat pembicu (jek kereta) untuk melonggarkan palang jeriji pintu pagar itu.

Kakak mangsa, Farah Syahida, 18, berkata, itu bukan kali pertama adiknya berbuat demikian memasukkan kepala ke celah jeriji kerana Fitrina sememangnya kerap bermain di situ. “Sebelum ini, dia pernah memasukkan kepala di jeriji besi itu, tetapi dapat dikeluarkan tapi kali ini entah bagaimana kepalanya boleh tersangkut.

“Saya tidak dapat melakukan apa-apa, adik hanya menangis dan meraung kerana panik tidak dapat keluarkan kepalanya,” katanya. Ketika kejadian, ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk menguruskan hal perniagaan.

“Mujur adik dibantu oleh jiran dan orang awam yang kebetulan lalu di hadapan rumah yang membantu mengeluarkan kepala adik dengan menggunakan alat itu. “Syukur adik saya tidak cedera walaupun ketika itu wajahnya hampir pucat lesi,” katanya. -SH

[Video] Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan! -updated

Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa

Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.

Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.

"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.

Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.

Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk



Ulasan GB

Berikut ialah gambar yang dirakam di majlis tersebut. Bendera apakah yang dipegang oleh pembaling tersebut?



Semalam GB sudah membuat ulasan. Petikan:

Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.

Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan
.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Tangan Gadis Bertukar Hitam

Bandar Bentong – Seorang peneroka di Felda Kemasul, dekat sini, mahu penjelasan lanjut berhubung keadaan tangan kanan anak sulungnya yang bertukar menjadi hitam dan kini hidup ibarat orang kurang upaya (OKU) selepas hampir sebulan mendapat rawatan di hospital.

Mohd Roslan Dollah, 49, berkata, anak sulungnya, Norzahidah, 22, mengalami demam panas hingga tidak sedarkan diri pada 8 April lalu dan mereka sekeluarga membawanya ke Klinik Kesihatan Chemomoi, dekat sini.

Menurutnya, Norzahidah kemudiannya dibawa menaiki ambulans ke sebuah hospital di negeri ini untuk mendapat rawatan lanjut.

“Anak saya dimasukkan ke ICU (unit rawatan rapi) dan pada hari kelima dia dimasukkan ke situ, saya mendapati tangan kanan anak saya sudah bertukar warna menjadi biru kehitaman.

“Saya cuba bertanyakan punca mengapa ia terjadi, namun tidak diberikan penjelasan sewajarnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Roslan berkata, kirakira 10 hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, anaknya dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, apa yang menyedihkan tangan anaknya bukan sahaja hitam hingga ke paras siku, namun keupayaannya juga semakin terhad.

“Dahulu anak saya normal dan bekerja sebagai pembantu kedai di Bera, tetapi selepas keluar hospital, dia tidak berdaya hingga terpaksa diletakkan atas kerusi roda dan memakai lampin pakai buang.

“Setiap hari kami terpaksa menghantar Norzahidah ke Klinik Kesihatan Chemomoi untuk mencuci bahagian tangannya yang hitam, manakala kaki sebelah kirinya juga semakin lemah dari hari ke hari,”
katanya.

Mohd Roslan berkata, mereka sekeluarga sedih melihat keadaan Norzahidah kerana tidak seperti dahulu dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk menguruskan diri.

Menurutnya, keadaan yang berlaku memberi kesan kepada kehidupan mereka sekeluarga memandangkan Norzahidah merupakan anak sulung daripada lima beradik.

“Kami cuma mahukan pembelaan sewajarnya atas apa yang berlaku kerana ia melibatkan masa depan Norzahidah walaupun semasa menerima rawatan, doktor ada menyarankan supaya tangan anak saya dipotong.

“Namun apa yang kami kesalkan ialah sehingga kini kami masih tidak mengetahui dengan jelas penyakit dialami Norzahidah kerana penerangan diberikan semasa menerima rawatan di hospital berbeza-beza,” katanya. -SH

Kalau UMNO Kalah, Bukannya Melayu Yang Hilang Kuasa, Tetapi UMNO!

Kemaman – Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei.

Anggota Angkatan Muda Keadilan itu berkata demikian setelah beliau melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung.

“Lebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda,

“selepas saya menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor dan sekarang ke Terengganu, ini lah saat dan peluangnya kita membuat perubahan menyokong mana-mana calon Pakatan Rakyat,”ujarnya.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk.

“hari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri,

“kejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas,”ujarnya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Menurut Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, pemilik ‘dock’ terbabit telah bertemu dengan beliau dalam Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Cina yang diadakan pada sebelah petangnya [Gambar bawah].


Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.

“Dia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya…….ini cakap-cakap yang bodoh,

“kerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno…… kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang,

“bukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,”jelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Turut hadir dan berucap dalam kedua-dua majlis, Makan malam bersama masyarakat Cina dan ceramah sempena Himpunan Selamat tinggal Umno semalam adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut. -buletinonline









BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara

Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir".

Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri.

Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.

Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.

Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa.

Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak.

Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN.

Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat.

Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP.

Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat

Ulasan GB

Bukan saja menteri dan tokoh politik UMNO/BN, malah ramai penjawat awam juga bakal ke penjara terutama ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat secara terus membantu UMNO/BN mengekalkan kuasanya secara kotor.

Itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang.

Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur

Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk


Ulasan GB

Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.

Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka.

Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.

Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan.

Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan.

Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini:

yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia.

UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan!


"Haramjadah" Timpa Najib Lagi....

Kes 154 peneroka tandatangan hutang bank selesai

KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh.

"Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut,” katanya.

Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli ‘blue form’ untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.

Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh.

“Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan.

“Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya.

Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba’ yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar.

Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia.

Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka. -HD

Kes Najib – Altantuya disiarkan dalam media HongKong


Najib boleh kawal media arus perdana di Malaysia. Tetapi Najib dan bien tak boleh kawal media arus perdana di negara lain. Menurut rakan yang memberikan informasi neh kepada aku, dia cakap ;

1. Berita neh tersiar semalam.

2. Dalam paper terbitan hong kong.

3. Ia menceritakan bahawa najib dipercayai individu yang berperanan sebagai perancangan utama / dalang kepada pembunuhan altantuya. Senang cakap najib di anggap sebagai SUSPECT.

4. Mahkamah perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan.

5. Altantuya dalam paper di atas digambarkan sebagai juru bahasa = tukang alih bahasa.

Aku taknak lah cakap apa2 dalam kes neh tunggu jek siasatan lanjut cuma nak bagitau je yang sekarang neh satu dunia kot dah mula melaporkan isu najib neh. Sebahagian besar rakyat malaysia pula masih ditipu oleh media arus perdana sendiri. Kesian. Teruskan diperbodohkan sebab korang memang bodoh pun.
-amenoworld


Ulasan GB

Suka-suki nak mengharamjadahkan orang apatah lagi rakyatnya sendiri...
terimalah akibatnya sendiri...

Akan ada lagi nanti berita "haramjadah" untuk Najib & UMNO. Kita sama-sama tunggu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca