25 Mei 2012

[Bergambar] Binatang Apa Simbah Cat Dalam Ceramah Nizar Di Perak?

Ceramah pembangkang terus dicemari perbuatan khianat apabila majlis melibatkan bekas menteri Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Kuala Kangsar semalam menyaksikan 11 kereta disimbah cat biru.

Nizar berkata, perkara itu disedarinya ketika berceramah di hadapan 400 penyokong PAS di Sayong Lembah selepas dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan kereta disimbah cat biru. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata anggota Parlimen Bukit Gantang itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Penganjur dan pemilik kenderaan kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Seorang anggota penganjur yang enggan namanya disebut memberitahu, ketika kejadian kelihatan sekumpulan pemandu motosikal mengganggu ceramah.

Malam tadi, ceramah PKR di Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur turut merakamkan insiden seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang diadakan berdekatan. -mk








Ulasan GB

Semakin hari semakin nyata, siapa yang ganas?

UMNO BN atau Pakatan Rakyat?

3 ulasan:

  1. Unit Amal tidor ke ?????

    BalasPadam
  2. sudah sampai masanya kawalan keselamatan perlu diadakan disetiap ceramah yang di adakan

    pegawai keselamatan sukarela semestinya disediakan oleh pihak penganjur majlis..

    sudah tentu dapat mengenalpasti siapa melakukan

    jadi tak perlu dok merintih saja

    BalasPadam
  3. keling mahathir dn kuncu2nya dari B anjingan N gara memnbidas pembangkang
    akan melakukan kegamasan utk menang plhanraya nanti.demokrasi negara ini sdh lama mampus.kebebasan hanya utk mereka...boleh guna segala kemudahan
    segala program mereka.para polis jd anjing mereka..tidak perlu dpt permit
    kerana program penguasa gilla babi.jk
    berlaku insiden spt ini mereka akan ADIL utk pembayar gaji kami,TEGAS pd
    yg memusuhi kami dn BERHEMAH utk samseng yg dipelpori oleh mereka

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.