Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur
Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.
Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.
Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.
Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."
Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk
Ulasan GB
Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka.
Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.
Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan.
Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan.
Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini:

yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia.
UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan!
Aku nak ucapkan alhamdullilah,syukur,tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang sentiasa membuat gangguan disetiap ceramah PR kerana anda telah Berjaya membuatkan makin ramai orang-orang diluar sana celik mata, hati DAN fikiran untuk membakul sampahkan BN dan seterusnya ABU. Kelakuan ala-ala samseng sebeginilah yang telah berjaya membuatkan rakyat semakin cerdik sedar untuk tidak memberikan undi mereka lagi pada BN. Tingkahlaku mereka inilah yang sebenarnya membuatkan makin ramai orang membenci UMNO BN,UMNO SUDAH TERLEWAT UNTUK BERUBAH. Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada mereka YANG BERKELAKUAN SAMSENG INI, teruskanlah dengan berkelakuan begitu dan berusahalah dengan lebih gigih lagi ,usaha murni anda semua pasti akan di kenang. . ...SELAMAT TINGGAL UMNO BN.
BalasPadamBegitu didikan yg diajar oleh Ummm. Kesannya mereka semakin dipinggirkan.
BalasPadamPerangai HARAMJADAH saperti tuannya UMNO. Polis terang-terang tak ambil tindakan mengusir/menangkap jembalang2 ini......inilah slogan 1Malaysia yang acapkali dilaungkan hanya gimik untuk memperkosa hak rakyat untuk bebas bersuara.......bebas dinegara yang MERDEKA!!!!!MASA UNTUK ANDA SEMAKIN BERAKHIR UMNO.....
BalasPadamPeringatan kepada rakyat Malaysia kenapa perlu kita ubah pemerintah inilah antara kebencian kita lagak samseng ,menghalalkan yang pada parti pembangkang haram.Mengganggu ceramah seolah olah orang lain tak bolih bersuara.
BalasPadamsampai bila mahu bersabar dengan anjing-anjing umno-apco ini? sudah tiba masa kena ambil indakan terhadap dajjal-dajjal perosak ini bila pdrm pun takut mahu bertindak ! jangan biarkan mereka membuli sesuka hati ! ABu !
BalasPadamaku xheran yg baling telur/batu...
BalasPadampolis yg tukang jaga keamanan tu...
boleh bertenang dan xbuat apa2
Inikah yang dinamakan Negara Bertamadun? Mengapa sanggup membelakangkan undang-undang dan merestui perbuatan-perbuatan ganas, inikah yang diterapkan kononnya Negara Islam...Nampaknya PRU 13 ini bakal menempa sejarah sebagai PRU terkotor dalam sejarah tanahair...adakah keganasan yang diajar oleh Islam? Fikir-fikirlah...
BalasPadamsekarang UMNO ini ibarat pasukan Bola Sepak yang tidak dapat bertahan akibat asakan lawan yang boleh menumbangkan mereka dan salah satu cara untuk mempertahan kan pintu gol dari dibolosi adalah dengan cara bermain kasar supaya penyerang tidak dapat memasuki kawasan D tapi percaya lah bahawa macam mana pun pasukan yang bertahan bermain kasar pintu mereka akan dibolosi juga ,ini disebabkan bahawa pemain-pemain penyerang pasukan lawan ada lah yang terbaik dan terlatih,bukan macam pasukan lawan tidak ada stimina dan hal tuju permainan.
BalasPadamhidup PR(PAS,PKR DAP)...
Sangat setuju dengan pandangan Anon. Pakatan patut berterima kasih kepada samseng2 UMNOngok tu dan pencacai2 mereka.Makin kerap mereka buat kerja2 bodoh tu makin ramai yang akan menyampah dengan UMNOngok dan menyokong Pakatan.Kita minta kalau boleh biar mereka lakukan aksi samseng tu tiap2 hari hingga PRU13 nanti.Penyokong Pakatan mesti play cool, biar rakyat dan duani tengok perangai hodoh UMNOngok.
BalasPadam