25 Mei 2012

BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara

Semua pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir".

Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri.

Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.

Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.

Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa.

Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak.

Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN.

Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat.

Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP.

Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat

Ulasan GB

Bukan saja menteri dan tokoh politik UMNO/BN, malah ramai penjawat awam juga bakal ke penjara terutama ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat secara terus membantu UMNO/BN mengekalkan kuasanya secara kotor.

Itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang.

18 ulasan:

  1. jauhi politik balas dendam. hukumlah yang bersalah mengikut undang-undang Allah...

    BalasPadam
  2. anon 9:33

    ini bukan soal balas dendam.

    ia adalah persoalan kebenaran dan keadilan.

    yg bersalah wajar dihukum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu....aku sokong.nanti tak pasal je diaorang bebas alasan x boleh balas dendam....

      Padam
  3. Jauh sekali untuk membalas dendam tetapi setiap yang ternyata bersalah ,menyalah gunakan kuasa ,memberi rasuah ,penerima rasuah dan sekelian perbuatan yang selama ini dilindungi kerajaan BN walaupun sememangnya telah didapati bersalah WAJIB dihukum mengikut perundangan dan perlembagaan yang benar-benar telus . Kalu tak bersalah ,apa perlu takut kerana kata pepatah melayu 'berani lerana benar'.

    BalasPadam
  4. Salah mmg salah bg hukum je malaun yg dok tibai harta negara dan menindas rakyat...insyaallah PR akan mng...

    BalasPadam
  5. Politik balas dendam ? Pasal tak bagi projek kepada kita...bukan begitu Anon....memang pada permukaannya ada unsur rasuah dan pelbagai kezaliman...Unsur rasuah sahaja sudah ramai akan didakwa dimahkahmah...

    BalasPadam
  6. kamu rakyat malaysia sudah siap sedia kah untuk keadilan, jika ya jawapanya kita semua pakat undilah pakatan rakyat nescaya para samseng umno dari atas hingga keperingkat bawahan kita akan adili mereka dimakamah keadilan yang adil bukan makamah umno porno filem lucah ok.

    BalasPadam
  7. Mana ada balas dendam... cuma lambat dakwa je...

    BalasPadam
  8. orang UMNO/BN cakap:
    buat baik berpada-pada.
    buat jahat jgn sekali, tapi 2x, 3x, 10x.

    rasakan! ikut hawa nafsu, kalau terbukti bersalah, mmg la kena dakwa. unless diberi pengampuanan yg DiPertuan Agong.

    Pengampunan dari Alah?? wallauha'alam.
    ustaz2 kata, kalau buat salah dgn manusia, kena pi mintak maaf. kena cover dulu part tu

    BalasPadam
  9. Tiba masanya mereka pula rasa apa yg kami rasa.
    Hidup lawannya Mati.Menang lawannya Kalah.
    Tiada kerajaan yg kekal selamanya Kecuali Kerajaan Allah.
    BN cemas sebab mereka bersalah.

    BalasPadam
  10. INILAH SEBAB SEBENAR PENGKHIANAT-PENGKHIANAT UMNO-APCO TAKUTI ! TERLAMPAU BANYAK PENYELEWENGAN & SONGLAP KHAZANAH NEGARA SESAMA KRONI .TIDAK TERMASUK PENYALAHGUNAAN KUASA MENZALIMI BANYAK ORANG-ORANG YANG TAK BERDOSA ! DALAM MEMBELA PESALAH-PESALAH DARI KRONI SEPARTI MEREKA ,GAMAK SUNDALKAN UNDANG-UNDANG,PENGANIAYAAN TERHADAP SESIAPA SAJA YANG MENIMBUL & MENDEDAHKAN RAHSIA KEBENARAN ! LIHAT SAJA ANJING-ANJING UPAHAN MEREKA MENGACAU CERAMAH PR DAN SESIAPA SAJA YANG MEMBANGKANG KELENTONGAN MEREKA,ABU SAJA JAWAPAN UNTUK PENGKHIANAT-PENGKHIANAT NEGARA !

    BalasPadam
  11. aku nak tengok nasib taib mahmud nanti jika bn kalah pru13. sungguh menarik sekali jika dibayangkan apa yg akan terjadi kepada perasuah-perasuah besar ini. utk senario ini sahaja aku sudah sedia memberikan undi kepada pr

    BalasPadam
  12. yg ex-umno ada dlm pkr pun belemueh jugak....apply across the board..ada berani ka?

    BalasPadam
  13. Hukumn tetap hukum.
    Jangan biaq depa terlepas...

    BalasPadam
  14. Sanggup mempergunakan ahlix sendiri
    membuat 'chaos' demi mempertahankan
    diri untuk terus menjadi pemimpin.Dasar ahlix UMNOYAHUDI yang bengong!!!Dapat upah $20 sanggup
    memperLEMBUkan diri dulu kini dan
    selamanya!

    BalasPadam
  15. bagi balik duit kami
    duit rakyat
    jangan lupa

    BalasPadam
  16. Ngah Phg asal Melaka25 Mei 2012 pada 5:45 PTG

    x sbr nak mengundi kali ni....penting sgt diperbaiki keadaan Malaysia yg telah dirosakkan umno/bn tu

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.