15 Apr 2012

UMNO Diam Hal Task Force IC Warga Asing, Khuatir Lebih Banyak Rahsia Terburai

Task Force: Umno diam kukuhkan hujah

KUALA LUMPUR, 13 April: Sikap mendiamkan diri Umno terhadap dakwaan wujudnya 'task force' bagi memberi taraf kerakyatan kepada warga asing memperkukuhkan lagi hujah dan alasan yang diberikan sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan konspirasi itu minggu lalu percaya Umno mengambil langkah tidak melayan dakwaannya itu dibimbangi 'memakan diri mereka sendiri'.

"Saya percaya jika kerajaan Umno BN layan dakwaan saya, ia akan menjadi malapetaka besar kepada Umno BN dan akan menjadi 'api membakar diri mereka sendiri'," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, sikap membisu kerajaan itu sekali gus mewajarkan Yang DiPertuan Agong perlu membentuk Suruhanjaya Diraja dengan segera bagi meneliti dakwaannya itu.

"Sikap diam diri ini juga memperkukuhkan cadangan yang telah dibuat oleh PSC dalam laporan awal di mana mencadangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes yang sama di peringkat negeri Sabah.

"Sekarang ini bukan lagi menjadi isu yang terpencil di Sabah tetapi isu nasional," katanya.

Pendedahan wujudnya 'task force' oleh Ahli Parlimen Pokok Sena itu seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.

Namun, selepas seminggu ianya didedahkan, sehingga kini kerajaan belum memberi sebarang respons terhadap dakwaan Mahfuz itu.

Mahfuz juga, bersedia mendedahkan butiran terperinci dakwaannya itu kepada Suruhanjaya Diraja yang akan dibentuk nanti.

Bagaimanapun sehari selepas Mahfuz membuat pendedahan, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan sekeras-kerasnya, bahawa beliau terlibat dalam 'task force' dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab oleh Mahfuz.

Begitu juga, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab juga menafikan beliau terlibat dan menyifatkan dakwaan Mahfuz adalah tidak benar. -HD

Ulasan GB

GB pernah ulas,

Sudah dijangka, Timbalan Pengerusi SPR menafikan. Begitu juga dengan nama-nama lain yang disebutkan oleh mahfuz. Malah pagi ini GB kata, Najib pun akan menafikan.

Tetapi mengikut hukum kebenaran dan keadilan, penafian seseorang tidak semestinya tertegaknya sebuah kebenaran.

Sama seperti kes Teoh Beng Hock dahulu. SPRM yang terlibat secara terus di dalam kes berkenaan menafikan anggotanya bertindak kasar sehingga menyebabkan Teoh terbunuh. Malah sejak hari kejadian, belum sebarang siasatan dimulakan, direka cerita Teoh terjun bunuh diri dari bangunan! Sehinggalah Suruhanjaya Diraja dibentuk akhirnya pekung SPRM sendiri terdedah satu demi satu.

Dalam kes lembu NFC pula. Suami Sharizat panggil sidang media menafikan. Pada peringkat awalnya, semua pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri menafikan. NFC pula mengugut membawa pihak yang mendedahkan kes itu disaman di mahkamah. Namun apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Shahrizat letak jawatan dan suaminya diheret ke muka pengadilan.

Kini di dalam kes Unit Tindakan Khas pemberian IC kepada warga asing. Wan Ahmad menafikannya. Sama macam Sahahrizat, apabila pekung kes lembu terdedah, dihelahkan dengan berkata Pakatan hendak menyerang Wanita UMNO. Di dalam kes pemberian IC ini, Wan Ahmad berhelah dengan menyatakan ia hendak merosak integriti dan kredibiliti SPE sebagai badan bebas dan berkecuali di bawah Perlembagaan.

Kita yakin jika Wan Ahmad berani untuk membawa kes ini ke mahkamah, lagi banyak salahlaku dan penyelewengannya di dalam SPR bakal terdedah. Itu hukum kebenaran dan keadilan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Apabila PASTI Dirobohkan, Tanda Kerajaan BN Melaka Bakal Runtuh

Mereka hanya boleh robohkan bangunan ini

BUKIT KATIL, Melaka, 15 April: Bangunan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Bukit Katil dirobohkan oleh pihak berkuasa negeri Melaka Sabtu lalu.

Gambar: Pasti Bukit Katil sebelum dan selepas dirobohkan

Bagi bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka yang mendirikan Pasti ini, Azrin Abdul Majid, tindakan ini hanya boleh merobohkan bangunan ini.

"Mereka boleh meruntuhkan bangunan ini tetapi tidak akan dapat meruntuhkan roh dan semangat perjuangan kita sekali-kali.

"Ayuh, bangkit dan tumbangkan Umno/BN!" tulis Azrin dalam Facebooknya.

Bagi beliau, sejarah tidak akan terpadam.

"PASTI dan Markas ini didirikan semasa saya menerajui Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

"Ia adalah hasil pengorbanan pemimpin, ahli dan penyokong PAS," tulis beliau.

Menurut beliau, bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS pada tahun 2003. -HD

Ulasan GB

Ali Rustam terlupa kerajaan Khir Toyo runtuh dengan tindakannya merobohkan Surau Berembang...

Surau Berembang Dirobohkan UMNO





Tragedi "Sosilawati" Berulang: Mayat Dibakar Untuk Hapus Bukti Ditemui

Mayat wanita terbakar dalam parit

KULIM – Dua lelaki yang mahu memikat burung terkejut besar apabila menemui mayat seorang wanita sedang terbakar di dalam parit sedalam dua meter di kawasan semak tepi Jalan Padang Meha berhampiran Taman Desa, Padang Serai di sini malam kelmarin.

Gambar: BEBERAPA orang anggota polis menjalankan siasatan di kawasan penemuan mayat seorang wanita yang dibakar dekat Kulim kelmarin.

Mayat wanita lingkungan usia 20-an tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan terlentang, tangan terikat serta badan berbalut kain oleh dua orang awam itu pada kira-kira pukul 10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira setengah jam kemudian bertindak memadamkan api pada mayat yang telah rentung.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu daripada dua orang awam yang bertindak menghubungi Balai Polis Sungai Karangan.

“Kejadian itu masih baru memandangkan ketika anggota kami tiba, api masih lagi membakar mayat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dihumban ke dalam parit berhampiran ladang kelapa sawit itu untuk dibakar bagi menghapuskan bukti.

“Setakat ini kami belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui selain keadaan mayat juga sudah rentung,” ujarnya.

Katanya, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. -kosmo

Wanita rentung dalam lubang

KULIM - Seorang wanita ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dibakar di dalam lubang, kira-kira 30 meter dari tepi jalan utama menuju Bukit Putih dekat sini, jam 10.15 malam kelmarin.

Mayat mangsa dipercayai berusia 20-an dibakar dalam lubang sedalam hampir satu meter dengan tangannya diikat.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam yang menemui mangsa dalam kea­daan terbakar.

Menurutnya, daripada pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis tidak menemui sebarang pengenalan diri.

“Selepas menerima maklumat dari orang awam, polis datang ke tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa masih lagi terbakar. Mayat yang ditemui ini didapati terbakar 100 peratus.

“Sehingga kini polis tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa dan meminta sesiapa yang mempunyai sebarang kenyataan tentang mangsa dan kejadian ini dapat berhubung terus dengan polis.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh yang berada di tempat kejadian berkata, polis akan menyiasat kes ini dan menahan suspek dengan segera.

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk membuat laporan­ di balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Kulim.
-SH



Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam

Kuala Lumpur: Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam Sabtu, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Bapa Beranak Tiga Dicekup Khalwat

Ledang – “Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing. -SH

Remaja Maut Dalam Kemalangan Selepas Hadiri Perhimpunan BN Di Rumah Zambry

Ipoh: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu. Gambar: Sebahagian dari peserta perhimpu8nan BN. Foto: al-husseyn

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi. -BERNAMA

Budak-Budak Sekolah Disalahgunakan Oleh Umno/BN

Selepas saya dedahkan arahan PPD Kinta keatas 58 guru sekolah menengah yang dipaksa datang ke majlis Umno/BN di kediaman Menteri Besor Kunta Kinta tu. Rupa-rupanya terdapat 80 buah bas mengangkut murid-murid sekolah ke majlis yang sama.

Apa kena mengena budak-budak sekolah tu dengan projek orang muda Umno/BN itu? Bila ditanyakan kat budak-budak tu, masing-masing kata dapat RM10/-, kami datanglah!

Ya lah! Akal budak! Deme bukan kisah apa ke bendanya. Dapat RM10/ tu banyak bagi mereka; dah boleh beli sekotak rokok! Dah boleh duduk kat cyber-cafe berjam-jam.

Budak-budak seronok dapat percuma baju ini

Selain baju percuma, mereka dapat RM10/-

Sah! Umno/BN memperalatkan anak-anak sekolah

Makan percuma pun dapat...tak sabo dah budak-budak tu...

Kesihan, mereka makan diatas lantai sahaja

Ada yang terpaksa berjemur kat tempat panas begini

Kenapa tidak disediakan kerusi dan meja utk remaja ini?

Tengoklah, mana dia kempen 'Tak nak rokok' BN ?Tentu ikut Najib yang pakai rantai tu!

Ini tentu projek Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azuan.Umno/BN gunakan kanak-kanak sekolah!

Puluhan bas sekolah dikerahkan utk mengangkut budak sekolah

Tak cukup bas sekolah,bas persiaran digunakan

Bas Kilang pun turut digunakan

Terdapat tidak kurang 80 bas kesemuanya


Banyak pakai duit tu...budak-budak yang diangkut dengan 80 bas sahaja sudah 3200 orang.Itu pun kalau ikut muatan biasa - mungkin juga mereka duduk bertiga-tiga dalam bas!

Itu belum lagi dikira yang datang sendiri dengan motor atau kereta.Maklumlah budak bandar. baru bersekolah pun sudah ada yang gi sekolah dengan kereta sendiri.

Jom kita congak-congak setail akauntan kampung - ambil sajalah jumlah kasar 3200 orang budak saja.

Kalau bayar RM10/- sorang dah berapa? Bayar makcik katering untuk makan minum mereka? paling koman Rm15/- satu kepala. Bayar sewa 80 buah bas tu entah berapalah pula.

Jangan lupa kos baju percuma itu .Kurang-kurang RM20/-. Ha! ha! itu semua belum lagi harga yang dimark-up. Biasalah projek Umno/BN - beli laptop harga biasa RM3,845, tapi depa tutoh sampai RM11,845! Semua projek songlap duit rakyat. -al-husseyn


Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Muar: ‘Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah’. Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam.

Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis ‘Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak’.

“Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but.

“Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis,” katanya.

Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat.

Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat.

“Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya. -HM

COMEL... bayi perempuan yang ditemui dalam kotak atas but kereta.



Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Muar – “Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh,” kata Abd Rashid Sirat.

Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistren putih di atas bonet kereta Honda Civic miliknya di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Abd Rashid menyedari kewujudan kotak itu ketika menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

Menurutnya, walaupun berasa pelik tetapi dia tergerak hati untuk membuka kotak itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sedang menangis.

“Tanpa berlengah saya segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan penemuan bayi ini. Mujur saya cepat buka kotak ini, jika tidak pasti bayi malang ini sudah lemas kerana kotak polistren putih ini kedap udara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Turut ditemui dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia.

Abd Rashid berkata, dia tidak pasti berapa lama bayi itu ditinggalkan kerana sewaktu tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi tidak menemui sebarang kotak atau tiada kelibat individu mencurigakan berhampiran masjid itu.

Katanya lagi, dia dan rakan-rakan membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi malang itu.

“Berdasarkan tali pusat yang masih melekat pada bayi, kemungkinan bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu.

“Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, polis kini sedang giat mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-SH


[Bergambar] Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara

Bila nafsu sudah memuncak di ubun-ubun maka seringkali pasangan yang sedang “birahi” tidak lagi memperdulikan untuk melampiaskannya dimanapun dan tak kira masa tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka ada yang melihat atau tidak, sebenarnya walaupun manusia tidak ada yang melihat bukankah Tuhan sentiasa melihatnya. Dan jangan kita seperti binatang di bawah ini kerana mereka tidak mempunyai akal....














-borakkosong

Sebelum ini:

Nafsu Tak Kira Dimana: Dicekup Berasmara Di Kuburan

Nafsu Tak Kenal Siapa: Pemuda Lumpuh Dituduh Rogol Pelajar 15 Tahun.

Nafsu Tak Kenal Usia: Nenek Dicekup Khalwat Di Dungun