Ledang – “Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.
Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.
Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.
Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.
Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.
Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.
Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.
“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.
“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing. -SH

Persoalannya kenapakah permasalahan ZINA/KHALWAT ini terus berleluasa di Malaysia ini? Takkan dah lebih 50 tahun merdeka masih rakyat tak tahu menahu pasal hukum agama?
BalasPadamDimana salahnya?
Siapa yg patut di salahkan?
Note: Inilah akibat menidakkan hukum allah
Sebab 2 ulama' berkata.....awal agama itu mengenal Allah....Inilah akibat menolak hukum Allah....Allah yg cipta kita....so Dia taw mn low yg boleh guide manusia......bl lg hukum Allah hendak dijunjung diatas...sedangkan sekarang dipijak ke bawah....semua org bertanggugjawab dhadapan Allah.....dr org awam hingga pemimpin atasan...
BalasPadamRENUNGKAN..............
Huhahuha...
BalasPadamWahai pak2 lebai malang
Undang2 tu cuma dlm kitab saja. Selagi belum diwartakan dalam undang2 negara, kau orang jangan nak mimpi la nak kuat-kuasakannya. Undang2 dalam kitab tu pun belum tentu semuanya mesti dilaksanakan. Itupun masih boleh dipertikaikan lagi. Untuk sebagai pengetahuan boleh la, tapi, untuk praktikel "no way" ye!!!!
Knp harus mempertikaikan undang2 dlm kitab......kan undang2 2 baek untuk semua manusia.....brang siapa tolak 1 huruf dlm al quran maka gugur akidah......cuba fkir klu mempertikaikan hukum.....dont say no way.......untuk aku agamaku....untukmu agamamu.....
BalasPadamAnon 1223 = Merdeka pi la berapa puluh tahun pun, iblis tetap ada !
BalasPadam