15 Apr 2012

Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam

Kuala Lumpur: Kunjungan seorang remaja perempuan ke pasar malam Wira Damai di Gombak dekat sini malam Sabtu, berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

10 ulasan:

  1. satu lg bukti malaysia negara paling selamat,hahaha!!!

    BalasPadam
  2. hai rakyat jelata sekelian,jgn bimbang negara kita ni adalah yg paling selamat seantero dunia.

    BalasPadam
  3. nehara yang paling selamat,jgn risau ,polis,rela ,rt,gagasan i malaysia ada .

    BalasPadam
  4. Inilah bakal pengundi UMNO/BN yang sudah diberikan Kad Pengenalan dan kerakyatan.

    BalasPadam
  5. Negara Paling Selamat?

    Rata-rata rumah teres di Lembah Kelang dikawal oleh Pihak Security. Dah tu rumah siap berpagar, dah tu segala tingkap dan pintu siap pasang jeriji besi lagi.

    Kenapa perlu buat begitu? sebab kita rasa tak selamat.

    Menteri memang la rasa selamat sebab 24jam dikawal bodyguard.

    -wakleman

    BalasPadam
  6. al-fatihah untuk yang telah meninggal.. malang tidak berbau....
    pasar malam sudah jadi tempat yang tidak selamat....?????

    BalasPadam
  7. senyap je menteri menteri yg kata mesia ni negara paling selama ye...?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.