13 Feb 2011

Ragut Rantai Bawah Tudung

Gigit Peragut

MELAKA: “Saya bergelut hampir 10 minit dan sempat menggigit tangan peragut itu kerana mahu mempertahankan rantai leher dipakai, namun dia berjaya merentap rantai itu,” kata seorang mangsa ragut dua lelaki bermotosikal, Kamariah Salim, 52, ketika ditemui di rumahnya di Pulau Gadong, Klebang Besar, dekat sini, semalam. Gambar fail

Kamariah yang juga guru agama berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia sedang membersihkan pokok bunga bersama seorang rakan yang ketika itu berada di laman rumahnya.

Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan batu untuk meletakkan pasu bunga, dia terlihat seorang lelaki dipercayai berusia 30-an melalui jalan di depan rumahnya dan jalan itu memang menjadi laluan untuk orang keluar masuk.

“Dia tiba-tiba terus menerpa ke arah saya dengan mencengkam leher dan menarik tudung bagi meragut rantai yang saya pakai,” katanya.

Menceritakan detik cemas itu, dia yang terkejut dengan tindakan itu terus mempertahankan barang kemasnya yang bernilai RM20,000 itu dengan bergelut 10 minit.

“Ketika bergelut, saya menjerit meminta tolong, namun mungkin ketika itu ramai tiada di rumah dan saya bergelut seorang diri hingga menggigit tangan peragut berkenaan.

“Tudung saya hampir terbuka dan peragut berjaya meragut rantai leher sebelum berlari ke arah rakannya yang menunggu,” katanya.

Orang Asli Parah Diterkam Harimau

Ipoh -- Seorang penduduk orang asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik 200km dari sini Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi Ahad.

Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.

"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut," katanya.

Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan Jabatan Orang Asli dan penduduk kawasan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik pada pukul 8 malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Shabrina Shariff berkata pihaknya telah mengarahkan anggotanya ke kawasan perkampungan orang asli itu bagi memantau keadaan.

Katanya kalau perlu, anggota Perhilitan akan memasang jerangkap untuk menangkap haiwan berkenaan bagi memastikan penduduk kampung selamat daripada serangan binatang buas itu.

Beliau turut melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

-- BERNAMA

Calon PAS: Empat Nama Diteliti, Yuhaizad & Kintan Jadi Pilihan

PAS telah meneliti empat nama calon yang akan dipilih bagi mewakili parti Islam tersebut dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Gambar: Yuhaizad Abdullah (kiri) Kintan Man (kanan)

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pimpinan PAS pusat yang bermesyuarat hari ini telah menerima empat nama darpada PAS Melaka untuk diteliti.

“Kita telah menerima empat nama untuk diteliti secara keseluruhan dan kita sudah ada keputusan rasmi.

“Calon yang kita pilih adalah anak tempatan dan ia hanya akan diisytiharkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) pada 24 Februari ini di Merlimau,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Empat nama yang diangkat PAS Melaka itu adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man selain Ketua Penerangan PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Yang Dipertua PAS Jasin Jasme Tompang dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin Yuhaizad Abdullah.

Ditanya peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Merlimau berkata, ia tidak mustahil memandangkan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kubu kuat seperti dua siri pilihan raya kecil di Galas dan Tenang.

“Tak mustahil kita dapatkan kerusi pertama PAS di Merlimau, di sana tiada kubu kuat BN.

“Kalau kita lihat peti undi di sana juga adalah peti undi campuran, jadi dengan pendekatan yang kita gunakan nampak lebih mudah peluang kita,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin tertinggi PAS berkata dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizad telah disenarai pendek untuk menjadi calon.

“Apa yang boleh saya katakan kita terima empat nama tapi dua nama iaitu Kintan dan Yuhaizad disenarai pendek manakala Kamarudin dan Jasme tidak.

“Tapi saya tidak tahu siapa yang akan dipilih, kita tunggu sahaja Presiden PAS umumkan pada 24 Februari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan 6 Mac dengan penamaan calon pada 26 Februari.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme dengan majoriti 2,154 undi. -TMI

Siapa Yang Tak Ketawa Baca Berita Ini?

Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa. -petikan harakahdaily

Ulasan GB

GB rasa sekalian jin pun ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Isa Samad tersebut.

Isa Samad - nama yang cukup sinonim dengan rasuah... meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang a.k.a. rasuah dalam pemilihan Umno 2004.

Yang aneh, UMNO melatakkan beiau sebagai calon di Bagan Pinang, menang, kemudian dilantik Pengerusi FELDA.

Maka tidak hairan Ssa Samad menyatakan rasuah bukan masalah besar di negara ini.

Beliau sepatutnya boleh menjadikan dirinya sebagai contoh... yang walaupun dah pernah digantung dari partinya kerana rasuah tetapi UMNO tetap peliharanya malah mengangkat dirinya sehingga ke peringkat sekarang.

Justeru, tidak hairan budaya rasuah hidup subur di dalam UMNO. Berlaku di semua peringkat. Samapi terbawa dan berakar umbi di dalam pentadbiran kerajaan UMNO BN sekian lama.

Isa Samad menambah "Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni".

Ya, benih-benih kehancuran sudah kelihatan, cuma Isa Samad yang dibutakan hati tidak dapat melihatnya. Mungkin nak lihat Malaysia benar-benar hancur baru beliau akur. Jangan cabar Tuhan!

Pakistan Arah Musharraf Ditangkap, Didakwa Terlibat Bunuh Benazir Bhutto

Islamabad: Mahkamah antikeganasan Pakistan semalam mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas presiden Pervez Musharraf, selepas didakwa terbabit dalam pembunuhan bekas perdana menteri Benazir Bhutto, kata Pendakwa Raya, Chaudhry Zulfiqar Ali.

Gambar: BENAZIR Bhutto berucap ketika pilihan raya di Rawalpindi, Pakistan pada 27 Disember 2007 sejurus sebelum beliau ditembak mati. Gambar kecil Pervez Musharraf.

“Hakim Rana Nisar Ahmad sudah mengeluarkan waran tangkap tidak boleh dijamin ke atas bekas presiden Musharraf dan mengarahkan beliau hadir di mahkamah 19 Februari ini,” katanya.

Beliau berkata pasukan siasatan bersama yang ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan itu menyatakan dalam laporannya bahawa Musharraf terbabit dalam kes itu dan perlu bertanggungjawab.

“Laporan itu juga menyatakan bahawa pembunuhan Benazir adalah satu konspirasi besar membabitkan Musharraf, dua pegawai kanan polis dan pengganas,” kata Ali selepas satu perbicaraan tertutup di Penjara Adiala di Rawalpindi.

Musharraf yang menjadi presiden Pakistan ketika Benazir dibunuh pada 2007, kini tinggal dalam buangan secara suka rela di London dan dipercayai tidak akan kembali ke Pakistan.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika Musharraf tidak hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan Ali berkata: “Kita akan memikirkan perkara itu apabila masanya tiba.”

Disember lalu, polis menahan dua pegawai kanan polis, Saud Aziz dan Khurram Shahzad atas dakwaan cuai dalam menjalankan tugas berikutan pembunuhan Benazir, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Aziz yang menjadi ketua polis Rawalpindi ketika kejadian dan Shahzad, pegawai kanan polis di bandar raya itu ditahan berikutan kegagalan mereka melindungi Benazir.

Bagaimanapun, jurucakap Musharraf di London, Fawad Chaudhry berkata Musharraf tidak akan mematuhi waran itu.

“Tidak, beliau tidak akan pulang untuk perbicaraan ini,” katanya sambil menambah, waran yang dikeluarkan itu sesuatu yang ‘benar-benar bodoh’.

“Bagaimana mungkin seorang presiden sebuah negara dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan yang tidak ada dalam peruntukan? Ia benar-benar bodoh.

“Anda tidak boleh mengenakan dakwaan jenayah kerana itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun bertegas bahawa Musharraf merancang untuk kembali ke Pakistan bagi menyertai pilihan raya.

“Kepulangannya ke Pakistan adalah satu keputusan politik,” katanya.
Benazir dibunuh dalam satu serangan nekad selepas menyampaikan ucapan pada kempen pilihan raya di bandaraya itu pada 27 Disember 2007.

Benazir, yang pernah menyandang jawatan perdana menteri selama dua penggal, kembali dari dalam buangan dua bulan sebelum dibunuh untuk bertanding dalam pilihan raya.

Suaminya, Asif Ali Zardari, mengetuai Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang menang pilihan raya 2008 dan kini menjadi presiden negara itu. – AFP

Perempuan Melayu Lelaki Cina Dicekup Berkhalwat Di Hotel Bajet

Gua Musang: Seorang gadis dipercayai pernah melahirkan anak luar nikah, dicekup kerana berkhalwat dengan pasangan bukan beragama Islam di sebuah hotel bajet di Jalan Besar di sini, malam kelmarin. -gambar hiasan

Lebih mengejutkan, pasangan yang diberkas itu juga menjadikan bilik di hotel bajet terbabit sebagai tempat melepaskan gian menagih dadah, ketika diserbu jam 11.30 malam kelmarin.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim, berkata gadis itu ditahan bersama pasangannya iaitu seorang lelaki Cina berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Baru, di sini.

“Ketika diserbu, lelaki terbabit cuba melarikan diri namun gagal kerana pintu bilik dikepung manakala gadis terbabit sedang khayal dadah,” katanya di sini, semalam.

Serbuan itu dikendalikan Skuad Amru dan Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid, selepas menerima maklumat orang awam.

Anuar berkata, pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut.

“Manakala lelaki bukan Islam itu dibebaskan kemudian,” katanya.

Anuar berkata, gadis itu akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang kerana berkhalwat dengan lelaki bukan agama Islam pada 5 April depan.

“Dia akan didakwa mengikut Seksyen 9(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,’ katanya.

Selagi YB Tak Mati, Jalan Rosak Tidak Akan Dibaiki

Muak alasan tiada peruntukan

TANJUNG IPOH (Kuala Pilah) – Penduduk Kampung Panglang melahirkan rasa kecewa apabila jalan utama yang sering dilalui mereka rosak teruk hingga menyebabkan ada kenderaan rosak selepas melalui jalan itu.

Penduduk, Abu Bakar Ujang, 66, berkata, masalah jalan rosak di kawasan berkenaan sudah lama berlaku dan boleh dianggap perkara biasa.

“Walaupun ia bukanlah satu isu baru, tetapi jalan itu tidak pernah dibaiki dengan sempurna sehingga hampir sepuluh tahun, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan masalah yang sama.

“Bukan tidak pernah mengadu atau membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun alasannya tetap sama tiada peruntukan. Tetapi sampai bila penduduk di sini boleh bertahan? Setiap hari kami menggunakan jalan ini dan tayar kenderaan juga semakin lama semakin rosak,” katanya.

Menurutnya, mengakui keadaan itu cukup berbahaya kepada penduduk kerana ia adalah jalan yang perlu dilalui setiap hari.

“Kami di sini sudah terlalu lama terdedah dengan risiko terutama pada waktu malam.

“Ramai yang tidak nampak lubang tersebut terutama pada waktu malam dan hujan kerana air bertakung. Lebih malang lagi apabila penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terjatuh,” katanya.

Abu menambah, di beberapa jalan yang lain, terdapat pula mendapan yang berpunca dari aliran air di bawah tanah ataupun sebaliknya.

“Memang ada berlaku sedikit mendapan dan lubang di jalan itu. Apabila hujan berterusan selama beberapa hari, ia menyebabkan air bertakung sehingga 0.3 meter.

“Ada sesetengah pengguna jalan raya tidak tahu jalan itu rendah dan tetap melaluinya sehingga menyebabkan enjin kereta rosak dimasuki air,” katanya.

Menurutnya lagi, pemilik kenderaan juga terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan tayar dan rim jika terlanggar lubang berkenaan walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana.

“Kami bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi seharusnya mereka prihatin terhadap masalah kami.

“Ada juga penduduk yang terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar ke pekan disebabkan jalan rosak dan tidak elok,” katanya yang memohon agar pihak berkaitan dapat segera mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, tiada sebarang alat amaran seperti kon keselamatan diletakkan di laluan air bertakung tersebut sehingga meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Laluan masuk ke jalan ini juga gelap pada waktu malam dan sangat berbahaya terutamanya mereka :yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut. -SH

Ulasan GB

Selagi YB di tempat anda belum mati, selagi itu BN tidak akan pedulikan nasib rakyar. Jalanraya yang rosak akan terbiar.

Apabila berlaku kematian YB, dan pilihanraya kecil diadakan maka barulah nanti jalanraya-jalanraya akan turap dan diperbaiki. Ini bukan cereka rekaan, anda boleh ke Merlimau hari ini dan saksikan sendiri projek-projek mee segera yang mencurah-curah ke Merlimau.

Di Merlimau sekarang ini, bukan sahaja jalan yang berlubang diturap, jalan tak berlubang pun dicungkil semula untuk diturapkan baru.

Tak lama lagi suasana di Merlimau akan dapat di lihat di Kerdau pula.




Pelajar POLISAS Ditemui Mati Lemas Di Cherating

Kantan: Seorang pelajar Kolej Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang hilang selepas dihanyutkan arus laut semasa dia hendak mengambil bola, ditemui mati lemas di pantai Cherating, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Azlan Ahmad, 21, dari Felda Tanjung Jengka, Maran ditemui terapung di pantai itu pada kira-kira jam 9 pagi.

Beliau berkata, dalam kejadian semalam Azlan bersama bersama rakan-rakannya dari Polisas sedang bermain bola di pantai itu pada kira-kira JAM 5.30 petang apabila bola itu masuk ke laut.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini katanya, seorang rakan Azlan, Mohd Yusran Sharuddin, 21, cuba menyelamatkan Azlan yang kelihatan lemas, tetapi tidak berjaya, malah Yusran sendiri hampir lemas dalam cubaannya itu.

Beliau berkata, polis melancarkan gerakan mencari Azlan selepas menerima maklumat mengenai kehilangan pelajar itu.

Mayat Azlah dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. - BERNAMA

Mubarak Mahu Hidup Dalam Buangan Di Dubai

Kaherah: Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang sekarang berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh selepas meletakkan jawatan atas desakan rakyat kelmarin, kemungkinan akan berhijrah ke Dubai.

Akhbar Britain, The Guardian melaporkan semalam perbincangan sudah diadakan di antara beberapa negara Arab dan Amerika Syarikat berhubung destinasi selanjutnya bagi Mubarak yang lari bersama keluarga ke pusat peranginan laut Merah Mesir ini, selepas melepaskan kuasa kepada tentera.

Satu isu penting bagi memilih destinasi ‘persaraannya’ ialah bagi memastikan bekas presiden itu akan menikmati kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang di atas tuduhan menyebabkan 300 kematian ketika bantahan rakyat selama 18 hari dan salah guna kuasa oleh pasukan keselamatan.

Sebelum ini, Mubarak dilaporkan mungkin menuju ke Jerman tempat beliau berehat selama tiga minggu selepas menjalani pembedahan Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas naib presiden, Omar Suleiman Rabu lalu menafikan laporan itu dan pihak berkuasa di Jerman juga menafikannya.

Kemungkinan Mubarak bersara di Sharm el-Sheikh adalah sesuatu yang dijangkakan kerana beliau akan terdedah kepada kemungkinan diheret ke mahkamah di atas jenayah kemanusiaan dan rasuah.

Menurut akhbar al-Quds al-Arabi yang berpangkalan di London, isu kekayaan yang dihimpun Mubarak dan keluarganya turut akan menentukan destinasi persaraan bekas presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu.

Pakar sebelum ini menganggarkan Mubarak dan keluarga berkemungkinan mempunyai harta £43.5 bilion (RM210 bilion) dengan kebanyakan di bank Britain dan Switzerland atau dilabur dalam hartanah di London, New York, Los Angeles dan pantai di pesisir Laut Merah.

Sementara itu, seorang pegawai lapangan terbang Kaherah, berkata pihaknya menerima senarai nama pegawai yang dikaitkan dengan rejim Mubarak yang tidak dibenarkan keluar negara.

Beliau enggan mendedahkan nama dalam senarai itu tetapi berkata bekas Menteri Penerangan, Anas el-Fiqqi menghantar begnya ke lapangan terbang tetapi tidak muncul untuk penerbangannya ke London, kemungkinan selepas mendengar namanya dalam senarai berkenaan.

“Senarai nama itu dikeluarkan mungkin untuk mengelak mereka yang berkuasa sebelum ini daripada lari daripada dikenakan sebarang tindakan,” kata pegawai lapangan terbang itu.

Pihak tentera yang kini berkuasa semalam melonggarkan perintah berkurung yang dikenakan sejak 18 hari lalu dan mengenakan larangan terhadap pegawai dan bekas pegawai kerajaan daripada meninggalkan negara itu. – AP/Agensi

[Bergambar] Mesir Selepas Demonstrasi

Kaherah - Pernyataan perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak diikuti dengan sikap positif dengan situasi keamanan di Kaherah, Mesir. Ratusan ribu demonstran yang sebelumnya tertumpu di Lapangan Tahrir mulai membubarkan diri.

Pihak tentera tempatan pun mulai membongkar barikade penghadang yang selama ini digunakan memisahkan rakyat pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Seperti disiarkan dari Saturday Nation, Sabtu( 12/2/2011), kereta-kereta kebal yang diletakkan di parkir di sekitar Lapangan Tahrir juga mulai ditarik kembali ke tempatnya.

Sejumlah warga orang kelihatan membantu tentera membongkar penghadang dari kawat duri, besi, dan serta mengangkat kereta-kereta yang terbakar waktu terjadi pembberontakan antara massa pro-pemerintah dan anti-pemerintah.

Sebagian dari para demonstran memutuskan tetap bertahan di Lapangan Tahrir. Mereka mengingatkan rakan-rakannya bahwa jatuhnya pemerintahan Mubarak hanya satu dari tuntutan mereka dan masih banyak tugas lain yang harus diselesaikan.

"Sampai majlis rakyat bubar, sampai pemerintahan darurat dihilangkan, sampai kami memiliki pemerintahan sivil, rakyat di Lapangan Tahrir akan tetap berdemo," seru Desouky, salah satu pemimpin demonstran.

"Kami mungkin tidak menetap lagi di lapangan ini, tapi jika permintaan ini tidak dipenuhi, kami akan kembali," tegasnya.








Mereka Yang Terkorban




PAS - UMNO: Tiada Jalan Boleh Bekerjasama

Klik untuk pembesaran

Pemimpin: Tidak mungkin Umno, PAS boleh jalin kerjasama politik

Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS menegaskan hasrat untuk Umno dan PAS mewujudkan kerjasama politik yang “kukuh” tidak akan berjaya memandangkan kedua-dua parti itu mempunyai dasar perjuangan yang berbeza.

Bagaimanapun bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad berkata, Umno dan PAS boleh menjalin kerjasama dalam hal-hal tertentu terutamanya yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kembali kepada tahun 80-an, 90-an di mana kita pernah cuba berbincang soal nak jadikan orang Melayu sebagai sebuah parti sahaja, satu perkara yang sukar.

“Sebab itu, kalau boleh Umno dan PAS dalam soal kepentingan orang Melayu termasuk apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan itu, kita pertahankan bersama... itu sudah menjadi jaminan yang baik tanpa mengetepikan hak kaum lain yang juga terjamin dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Beliau yang juga bekas naib presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas sesi diskusi Simposium Dilema Melayu di di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Terdahulu beliau bercakap di bawah “Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Depan”.

Justeru, Isa yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Bagan Pinang dan Pengerusi Felda berkata, jika Umno dan PAS boleh bekerjasama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak akan menimbulkan masalah.

“Kalau ini boleh dibuat masa depan orang Melayu tak begitu cemas... sebab hak itu sudah terjamin, sebab itu jangan persoalkannya dan kalau tidak dipersoalkan tiada masalah.

“Bergabung (Umno dan PAS) sukar, tapi kita boleh bekerjasama dalam hal tertentu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mungkin bersatu semula dengan Umno memandangkan parti Islam itu mempunyai sejarah ketika berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Parti Islam itu “ditendang” keluar dari BN penghujung 1970-an selepas tidak mendapat kata sepakat dalam beberapa perkara termasuk tidak bersetuju dengan perintah darurat dikeluarkan ketika itu.

“Nampaknya sukar... PAS keluar ada alasan, PAS dan Umno ada sejarah. Kalau nak bercantum itu satu masalah yang rumit.

“Masalahnya kita bercakap dari realiti, kesimpulan yang dibuat, kita pertahankan hak ini cukup dan dari sudut PAS, malah kami dalam Pakatan Rakyat ini (Perlembagaan Persekutuan) menjadi perkara utama yang dijamin akan dipertahankan,” kata Mustafa.

Tambah beliau, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahakan Perlembagaan Persekutuan walaupun gabungan tiga parti itu berjaya merampas Putrajaya dari BN.

“Masalah Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi dan institusi beraja akan dipertahankan.

“Bukan sahaja PAS malah keseluruhan Pakatan Rakyat menerima ia mesti dipertahankan,” katanya.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau. -TMI

Ulasan GB

Ketegasan Musyidul Am PAS bahawa "tiada kerjasama dengan UMNO" berjaya akhirnya mententeramkan kepincangan yang berlaku di dalam jemaah ekoran dari munculnya gagasan UG satu ketika. Dan kini rata-rata tiada seorang pun pemimpin PAS yang mahu diassosiasikan dengan idea berkenaan.

UMNO yang masih tergila-gila hendak berkerjasama (baca: bergabung) dengan PAS kerana mereka menyedari kekuasaan UMNO BN kini sudah ketara begitu lemah, apatah lagi sokongan terhadap bukan-Melayu kepada BN menunjukkan regressi yang ketara.

Berbagai cara digunakan UMNO untuk "memikat" PAS. Ia seperti sewaktu Perang Siffin, di mana di saat pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan, mereka lantas mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim.

Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai.

Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Hal tersebut menjadi pengajaran untuk kita bahawa kita tidak akan terjelepok ke dalam lubuk biawak dua kali.

PRK Merlimau, UMNO Dilemma Pilih Calon, Bukan PAS

PAS dilema pilih calon di Merlimau

KUALA LUMPUR: PAS yang akan mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, berdepan dilema memilih calon apabila Dewan Pemuda mahu wakil mereka bertanding, manakala pemimpin parti tidak menolak kemungkinan mempertaruhkan calon wanita.

Pada sidang media di sini semalam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, berkata Pemuda PAS Melaka sudah menyenaraikan lebih daripada seorang calon untuk pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya parti.

“Mengenai calon wanita, kita tak tahu perkara itu tetapi setiap peringkat berhak mencadangkan nama calon. Begitu juga dengan Pemuda dan Muslimat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Di MERLIMAU, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tidak mustahil parti berkenaan meletakkan calon wanita menentang Barisan Nasional (BN).

“Saya difahamkan ada seorang calon wanita disenarai pendek oleh PAS negeri untuk merebut kerusi Merlimau daripada BN.

“Tidak mustahil beliau bertanding di sini,” katanya selepas perasmian bilik gerakan PAS oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Taman Muhibah, di sini semalam.

Salahuddin juga menolak dakwaan parti itu tidak akan meletakkan lagi calon wanita bertanding pada pilihan raya berikutan kekalahan Ketua Dewan Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim pada pilihan raya kecil DUN Tenang, bulan lalu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu.

Berita Minggu difahamkan, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man, 52, ibu tunggal beranak lima adalah pemimpin wanita tunggal yang disenaraikan bersama beberapa nama lain untuk pertimbangan bagi mewakili parti terbabit pada pilihan raya kecil DUN Merlimau.

PAS dijangka menentukan calonnya hari ini sebelum membuat pengumuman akhir pada minggu depan. -BH

Ulasan GB

PAS tidak berada dalam dilemma seperti yang didakwa oleh Berita Harian di atas.

Ini kerana PAS tidak lansung bermasalah di dalam membuat pilihan calon yang akan bertanding kerana ahli-ahli PAS telah lama dididik dan ditarbiyah agar "takut dengan amanah" di samping tidak menonjolkan diri untuk mendapatkan jawatan sesuai dengan hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya"

Berbeza dengan UMNO. UMNOlah yang kini sedang di dalam dilemma.

Kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan seperti dilaporkan oleh Bernama (9/2/2011) menjelaskan hal tersebut:

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Keadaan di Merlimau pula, nampaknya, UMNO BN yang sedang berada di dalam dilemma apabila beberapa nama yang disenaraipendekkan sebagai calon telah mula melobi.

Dilaporkan oleh media sebelum ini, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof, ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis. Empat nama yang lain ialah ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid. Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad.

Perebutan berlaku apabila ada beberapa nama pemimpin bahagian itu tidak disenangi daripada senarai calon kerana dikatakan bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau dan ada banner di beberapa tempat yang telah dinaikkan untuk mempastikan calon anak tempatan dipilih. (Lihat gambar)

Malah Presiden UMNO sendiri menggambarkan keadaan bahawa ada calon yang ditolak kerana ada faktor "masalah peribadi" yang merupakan syarat untuk mencerahkan peluang BN untuk menang di Merlimau (Bernama 12/2/2011)

"Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang disenangi rakyat, berwibawa dan tidak mempunyai masalah peribadi akan mencerahkan peluang Barisan Nasional (BN) menang menjadi kenyataan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kelak."


PRK Merlimau: UMNO BN Sudah Naik Bendera Di Sepanjang Jalan, SPR Berdiam Diri

PAS bantah BN cabul akta pilihan raya di Merlimau.

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

“Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

“Kita juga membantah kempen pihak BN di media,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

“Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

“Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

“Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah,” jelasnya. -harakahdaily

Ulasan GB

Tindakan UMNO BN yang terang-terangan menyalahi undang-undang pilihanraya didiamkan sahaja oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR kerana ia dilakukan oleh pihak UMNO BN.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR "wajib" meletakkan jawatan mereka kerana gagal menjadi pihak yang adil dan berkecuali. Malah UMNO BN perlu dibatalkan penyertaan mereka dari pilihanraya kecil DUN Merlimau lantaran kesalahan yang dilakukan.

Jika masih juga tiada tindakan, tiada apa yang dapat dilakukan rakyat kecuali meminta Allah "menghukum" pihak terbabit kerana SPR cuba menipu rakyat, sedangkan Allah Maha Menipu-daya. Tunggu dan lihat!






ADUN Kerdau Meninggal Dunia - Pilihanraya Ke 16

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air,” katanya kepada Bernama. -TMI

Ulasan GB

Dengan pemergian Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim bererti negara akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil - menjadikan ia pilihanraya kecil yang ke 16, sejak 8 Mac 2008 menyamai jumlah pilihan raya kecil kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dan 1990.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga adalah pilihan raya kecil negeri Sarawak yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Adalah jelas kerusi DUN Kerdau akan diadakan pilihan raya kecil sebab ia kosong kerana kematian penyandangnya dan SPR akan mengambil tindakan susulan selepas menerima notis daripada spekaer.

Kekosongan kerusi DUN Kerdau perlu diisi sebab kekosongan wujud sebelum lengkapnya tempoh mandat tiga tahun Parlimen dan DUN. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud ketika tinggal dua tahun lagi mandat semasa berakhir.