Ipoh -- Seorang penduduk orang asli cedera parah selepas diserang seekor harimau ketika dia sedang menyumpit di kawasan hutan berhampiran rumahnya di Perkampung Orang Asli Sungai Tiang, Hutan Belum, Gerik 200km dari sini Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata Tambun Gering, berusia 50-an, mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki kiri dalam kejadian pukul 9 pagi semalam.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan dan dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut, katanya ketika dihubungi Ahad.
Wan Jamil berkata semasa kejadian, Tambun dikatakan pergi menyumpit tupai kira-kira 10 meter dari rumahnya.
"Tanpa disedari harimau berkenaan tiba-tiba menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan kedua-duanya bergelut," katanya.
Isteri Tambun yang mendengar jeritan suaminya itu kemudian datang membantu dengan mengetuk kepala harimau itu beberapa kali dengan kayu sebelum haiwan liar itu meninggalkan mereka.
Beliau berkata dengan bantuan Jabatan Orang Asli dan penduduk kawasan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik pada pukul 8 malam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Shabrina Shariff berkata pihaknya telah mengarahkan anggotanya ke kawasan perkampungan orang asli itu bagi memantau keadaan.
Katanya kalau perlu, anggota Perhilitan akan memasang jerangkap untuk menangkap haiwan berkenaan bagi memastikan penduduk kampung selamat daripada serangan binatang buas itu.
Beliau turut melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.