Muak alasan tiada peruntukan
TANJUNG IPOH (Kuala Pilah) – Penduduk Kampung Panglang melahirkan rasa kecewa apabila jalan utama yang sering dilalui mereka rosak teruk hingga menyebabkan ada kenderaan rosak selepas melalui jalan itu.
Penduduk, Abu Bakar Ujang, 66, berkata, masalah jalan rosak di kawasan berkenaan sudah lama berlaku dan boleh dianggap perkara biasa.
“Walaupun ia bukanlah satu isu baru, tetapi jalan itu tidak pernah dibaiki dengan sempurna sehingga hampir sepuluh tahun, pengguna jalan raya akan berhadapan dengan masalah yang sama.
“Bukan tidak pernah mengadu atau membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun alasannya tetap sama tiada peruntukan. Tetapi sampai bila penduduk di sini boleh bertahan? Setiap hari kami menggunakan jalan ini dan tayar kenderaan juga semakin lama semakin rosak,” katanya.
Menurutnya, mengakui keadaan itu cukup berbahaya kepada penduduk kerana ia adalah jalan yang perlu dilalui setiap hari.
“Kami di sini sudah terlalu lama terdedah dengan risiko terutama pada waktu malam.
“Ramai yang tidak nampak lubang tersebut terutama pada waktu malam dan hujan kerana air bertakung. Lebih malang lagi apabila penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terjatuh,” katanya.
Abu menambah, di beberapa jalan yang lain, terdapat pula mendapan yang berpunca dari aliran air di bawah tanah ataupun sebaliknya.
“Memang ada berlaku sedikit mendapan dan lubang di jalan itu. Apabila hujan berterusan selama beberapa hari, ia menyebabkan air bertakung sehingga 0.3 meter.
“Ada sesetengah pengguna jalan raya tidak tahu jalan itu rendah dan tetap melaluinya sehingga menyebabkan enjin kereta rosak dimasuki air,” katanya.
Menurutnya lagi, pemilik kenderaan juga terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan tayar dan rim jika terlanggar lubang berkenaan walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan sederhana.
“Kami bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi seharusnya mereka prihatin terhadap masalah kami.
“Ada juga penduduk yang terpaksa menggunakan jalan jauh untuk keluar ke pekan disebabkan jalan rosak dan tidak elok,” katanya yang memohon agar pihak berkaitan dapat segera mengatasi masalah itu.
Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, tiada sebarang alat amaran seperti kon keselamatan diletakkan di laluan air bertakung tersebut sehingga meningkatkan risiko kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Laluan masuk ke jalan ini juga gelap pada waktu malam dan sangat berbahaya terutamanya mereka :yang tidak biasa menggunakan laluan tersebut. -SH
Ulasan GB
Selagi YB di tempat anda belum mati, selagi itu BN tidak akan pedulikan nasib rakyar. Jalanraya yang rosak akan terbiar.
Apabila berlaku kematian YB, dan pilihanraya kecil diadakan maka barulah nanti jalanraya-jalanraya akan turap dan diperbaiki. Ini bukan cereka rekaan, anda boleh ke Merlimau hari ini dan saksikan sendiri projek-projek mee segera yang mencurah-curah ke Merlimau.
Di Merlimau sekarang ini, bukan sahaja jalan yang berlubang diturap, jalan tak berlubang pun dicungkil semula untuk diturapkan baru.
Tak lama lagi suasana di Merlimau akan dapat di lihat di Kerdau pula.

Kuala Pilah jalan menuju KL jam pada hari Ahad petang.
BalasPadamTerasa mundur dari segi pemikiran ...tetapi rakyat sana tak kisah...hatta jalan yang berlubang kalau dikorek dan dibesarkan lubangnya tetap mereka menyokong umno. Cuma jangan kacau bisnes 'lemang' disepanjang jalan ke seremban tu...
BN peduli happe hal itu semua. Dia turap sana sisni menjelang PR, akhirnya orang melayu undi BN jugak... Bengong sepanjang zaman.
BalasPadamkalau nak kemajuan.. cara terbaik ialah doakan adun atau MP kawasan anda mati/meninggal/mampus. baru laaa dapat merasa kemajuan.
BalasPadam