13 Feb 2011

ADUN Kerdau Meninggal Dunia - Pilihanraya Ke 16

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air,” katanya kepada Bernama. -TMI

Ulasan GB

Dengan pemergian Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim bererti negara akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil - menjadikan ia pilihanraya kecil yang ke 16, sejak 8 Mac 2008 menyamai jumlah pilihan raya kecil kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dan 1990.

Pun begitu negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga adalah pilihan raya kecil negeri Sarawak yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Adalah jelas kerusi DUN Kerdau akan diadakan pilihan raya kecil sebab ia kosong kerana kematian penyandangnya dan SPR akan mengambil tindakan susulan selepas menerima notis daripada spekaer.

Kekosongan kerusi DUN Kerdau perlu diisi sebab kekosongan wujud sebelum lengkapnya tempoh mandat tiga tahun Parlimen dan DUN. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud ketika tinggal dua tahun lagi mandat semasa berakhir.




4 ulasan:

  1. penyokong umno/bn adun kerdau patut bersyukor atas kematian adunnya kerana selepas ini mereka akan menerima durian runtuh dan perojek mi segera ALHAMDULLAH.Bagi penyokong pas inilah masa untok anda semua mendapat saham ahirat semuga apa yang anda sumbangkan akan diberi ganjara pahla sama ada menang atau tidak dalam prk itu nanti anda tetap menang disisi ALLAH S.W.T kerana berjuan demi menegakkan ugana islam yang suci INSYAALLAH akan dapat pahla.

    BalasPadam
  2. penyokong umno/bn adun kerdau patut bersyukor atas kematian adunnya kerana selepas ini mereka akan menerima durian runtuh dan perojek mi segera ALHAMDULLAH.Bagi penyokong pas inilah masa untok anda semua mendapat saham ahirat semuga apa yang anda sumbangkan akan diberi ganjara pahla sama ada menang atau tidak dalam prk itu nanti anda tetap menang disisi ALLAH S.W.T kerana berjuan demi menegakkan ugana islam yang suci INSYAALLAH akan dapat pahla.

    BalasPadam
  3. inilah penentu sokongan melayu pada pas krn besar majoriti pengundi org melayu. jgn bila kalah salahkan anuar.

    BalasPadam
  4. anon di atas, kenapa tak boleh salahkan Anwar? kenapa tak boleh salahkan DAP? Bukankah ini satu team? Kalau tak boleh salahkan Anwar dan DAP lebih baik jgn ada PR. PAS tak boleh perintah tanpa PKR dan DAP? Tetapi siapa sebenarnya yang lebih perlu drp bantuan siapa? PAS lebih perlu dari bantuan PKRkah atau PKR yang lebih perlu bantuan PAS? Begitu juga DAP.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.