6 Jan 2011

Waspada: Wang Dikeluarkan Dari ATM Lesap Kerana Tidak Menunggu Lama

Kuching: ADUN Sentosa, Chong Chieng Jen mahu pihak bank memberitahu berapa lama seseorang itu perlu berdiri di depan mesin ATM selepas melakukan satu-satu transaksi dibatalkan dan apabila tiada wang yang keluar dari mesin ATM berkenaan.

Chong berkata pada 13 Disember lalu, Hii Chang Thung seorang pelanggan bank telah pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,500.

Selepas menekan butang untuk amaun berkenaan, skrin mesin berkenaan kembali ke “Main Menu”. Hii cuba beberapa kali tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan tiada wnag yang keluar dari mesin tersebut.

Chong berkata Hii cuba di mesin yang kedua dan perkara yang sama turut berlaku.

Dia kemudian pergi ke pejabat cawangan untuk memaklumkan kepada kakitangannya dan seorang pegawai menggunakan getah pemadam untuk membersihkan micro chip di kad ATM dan menyuruhnya pergi mencuba semula.

Hii kemudian mencuba kadnya dengan mesin ATM yang ketiga. Perkara yang sama berlaku dan mesin ATM tersebut tidak mengeluarkan wang menyebabkan beliau kembali ke pejabat bank semula. Pegawai bank di situ menyatakan kadnya rosak dam perlu digantikan dengan yang baru.

Selepas cuba untuk melakukan pengeluaran wang dengan kad yang baru, mesin ATM tersebut menyatakan beliau telah membuat pengeluaran yang melebihi had untuk hari tersebut iaitu RM5,000. Dia hanya boleh mengeluarkan RM500 kerana RM5,000 sudahpun dikeluarkan.

Satu laporan polis dibuat dan Hii diminta menonton rakaman CCTV. Di dalam CCTV, ia menunjukkan wang tersebut muncul dari mesin selepas Hii meninggalkannya dan sesiapa yang mengambil wang tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Pihak bank menyatakan ia adalah kesalahan Hii kerana dia tidak menunggu dengan masa yang secukupnya dan pihak bank enggan menggantikan kehilangan wangnya.

Chong telah menulis surat kepada pihak bank memintanya supaya menggantikan kehilangan wang Hii kerana beliau telah menunggu beberapa minit dan juga urusniaga itu telah dibatalkan. (sarawakupdate/GB)

Kes Menteri Perogol: Rocky's Bru Bidas SKMM Kerana "Double Standard"

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

rais yatim pc 020709 01Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. "Perang" Datuk Ahiruddin Atan dan Menteri Perogol itu akan berterusan. Petikan ulasan GB sebelum ini:

Jika pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky’s Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara, mengapa di dalam isu yang besar ini, dilaporkan oleh kebanyakan blog dan portal, Rais tiba-tiba membisu, seperti tikus yang menyorok di celah-celah lubang angkasapuri?

Apakah sudah tidak mampu untuk bersilat dengan kata-kata atau sudah hilang kosakata dengan telo minangkabau kamu yang seringkali digunakan untuk memukau para wartawan dan pemberita? Apakah sudah kecut untuk berdepan dengan wartawan/blogger, Datuk Ahiruddin Atan yang kamu telah memulai laporan polis terhadapnya?

Selain itu, sebelum ini Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat.

Nah kini, apa tunggu lagi? Kenapa tidak buat laporan polis untuk bersihkan nama kamu keana bukankah itu (pendedahan Wikileaks) jelas ditujukan kepada kamu? Atau sudah kecut bahawa sudah ternampak sisa-sisa hidup akan dihabiskan di dalam penjara?


Sekarang kewibawaan SKMM nyata terlalu hanyir.

Harga Getah Naik Kes Curi Getah Pun Naik

Kes curi getah meningkat

KERDAU – Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Dengan harga getah mencecah RM7 sekilogram, mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

“Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

“Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

“Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

“Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. -SH


Harga getah tertinggi dalam sejarah negara

LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini -Bernama


Benarkah Anak Bongsu Shah Iran Bunuh Diri Atau...

Kematian bapa, pergolakan politik negara punca tembak diri sendiri

Gambar fail: Ali Reza bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada upacara pengebumian Puteri Monaco, Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005

BOSTON: Anak bongsu Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia akibat menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya dan pergolakan politik yang berlaku di negaranya.

“Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pihak kematian Putera Ali Reza Pahlavi,” kata abang sulung putera itu Reza Pahlavi dalam laman webnya.

Beliau berkata, Ali Reza yang sedang belajar di Universiti Havard, mengalami kemurungan dan tekanan berikutan pelbagai masalah politik yang berlaku di Iran.

“Seperti berjuta-juta generasi muda Iran yang amat terganggu dengan kemelut politik di tanah air tercinta, Ali menghadapi tekanan berikutan kehilangan bapa dan kakaknya dalam usia muda.

“Walaupun Ali Reza berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama untuk mengatasi kesedihannya, adik kami akhirnya mengalah dan pada malam 4 Januari, beliau mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan keluarga dan rakan rapat dengan kesedihan yang amat sangat,” kata Pahlavi.

Polis tidak dapat mengesahkan kematian putera itu tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan: Saya boleh mengesahkan seorang lelaki dewasa berusia pertengahan 40-an ditemui mati di 141 West Newton Street di Boston.

“Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan. Punca kematian masih disiasat, tetapi kami yakin ia bukan pembunuhan,” katanya.

Ali Reza Pahlavi, anak bongsu daripada lima orang anak Shah Iran, berhijrah ke Amerika pada usia remaja ketika Iran dilanda revolusi.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Princeton pada 1984 dan ijazah sarjana dari Universiti Columbia pada 1992,

Ali Reza yang masih bujang sedang mengambil ijazah kedoktoran di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts dalam bidang philologi (kajian perkembangan bahasa) dan penyelidikan Iran Purba.

Tidak seperti abangnya, Ali Reza yang disifatkan seorang yang sensitif, setia dan bijak, menjauhi media ketika tunjuk perasaan selepas pilihan raya Iran 2009 yang dimenangi Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sementara itu rakyat Iran terutama mereka yang tinggal di luar negara melahirkan rasa dukacita berikutan kematian Ali Reza dan menyifatkan ia sebagai simbol terputusnya hubungan Iran dengan era sebelum revolusi.

Agensi berita Iran bagaimanapun hanya menyiarkan laporan ringkas dengan tajuk “Anak lelaki bekas diktator membunuh diri”. – AFP

Ulasan GB

Ada sesuatu yang aneh berita di atas.

Shah Iran telah mati lebih 40 tahun yang lalu! Sekarang baru anaknya membunuh diri? Tidak masuk akal. Dikatakannya anak Shah Iran itu "menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya "

Berita ini muncul tatkala Amerika dengan sekutu Yahudi mereka begitu "geram" dengan Iran yang baru-baru ini telah mempelawa Russia, China, Kesatuan Eropah (EU) serta sekutu Tehran di kalangan negara Arab dan negara membangun untuk melawat tapak nuklearnya dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang rundingan baru dengan enam kuasa besar dunia.

Jadi cuba buka mindamu!


Tehran pelawa lawat loji nuklear

Kunjungan dua hari kuasa dunia untuk sahkan Iran tidak bina senjata atom

VIENNA: Kecuali Amerika Syarikat, Iran mempelawa Russia, China, Kesatuan Eropah (EU) serta sekutu Tehran di kalangan negara Arab dan negara membangun untuk melawat tapak nuklearnya dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang rundingan baru dengan enam kuasa besar dunia.

Wakil kanan Iran, Ali Asghar Soltanieh, dalam suratnya mencadangkan tarikh lawatan itu pada 15 dan 16 Januari ini dan membayangkan mesyuarat dengan pegawai atasan termasuk Menteri Luar, Ali Salehi bakal diadakan.

Tiada alasan diberi mengapa tawaran itu dibuat pada masa ini tetapi ia disuarakan seminggu sebelum Iran dan enam kuasa dunia membuat susulan terhadap rundingan baru-baru ini yang tidak mencapai persefahaman kecuali setuju berunding lagi.

Rundingan baru di antara Tehran dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Russia, China, Britain, Perancis dan Jerman dijadualkan berlangsung di Istanbul, Turki, akhir bulan ini.

Ia adalah untuk mengetahui sama ada program nuklear Iran benar-benar seperti yang didakwa Amerika dan sekutunya sebagai senjata perang.

Diplomat yang hadir dalam perjumpaan Disember lalu di Geneva menuduh Tehran tidak memberi sebarang komitmen terhadap kemahuan Majlis Keselamatan PBB supaya membekukan pengkayaan uraniumnya, proses yang boleh menghasilkan senjata atom.

Kebimbangan terhadap program rahsia pengkayaan uranium Iran meningkat berikutan keengganannya untuk bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mahu menjalankan siasatan terhadap program itu.

Tawaran itu datang lebih tiga tahun selepas enam diplomat dari negara membangun memberi pentauliahan kepada lawatan IAEA ke tapak uranium yang menukarkan uranium mentah kepada gas di Isfahan.

Diplomat memberitahu wartawan, mereka tidak dapat memberi penilaian terhadap nuklear Iran berdasarkan apa dilihat.

Bagaimanapun, tawaran baru ini lebih besar terutama bagi negara atau kumpulan yang dipelawa dan tapak yang bakal dilawati.

Bertarikh 27 Disember lalu, surat tawaran empat perenggan tanpa sebarang perincian menawarkan ‘lawatan ke tapak nuklear Iran’ atas tajaan Tehran.

Seorang diplomat berkata, surat itu dihantar kepada Russia, China, Mesir, negara anggota Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) di IAEA, Cuba, anggota Liga Arab dalam IAEA dan Hungary, yang kini presiden EU.

Amerika, bagaimanapun, tidak dipelawa. China dan Russia bertindak untuk mengurangkan sekatan yang dicadangkan Amerika dan sekutunya dalam Majlis Keselamatan, manakala Britain dan Perancis, bersedia untuk berkompromi. – AP

Tiga Kedai Dirempuh Treler

Treler rempuh tiga kedai di Chemor

Gambar: KEADAAN treler yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini. Dalam kejadian itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Foto Ikhwan Munir

IPOH: Seorang pemandu treler nyaris maut selepas merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini.

Ketua Polis Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi hanya cedera ringan di kaki.

"Mangsa yang tersepit dalam treler berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, nahas berlaku ketika Lazim memandu treler membawa muatan simen dalam perjalanan dari Kuantan ke Ipoh.

"Treler berkenaan dikatakan gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga buah kedai," katanya.

Katanya, sebuah Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap oleh runtuhan kedai terbabit.

Beliau berkata, pemilik kedai terbabit juag tidak berada di premis berkenaan ketika kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - BERNAMA

Harimau Bintang Berkeliaran Dalam Sebuah Bank

Pengawal keselamatan panik harimau ‘ceroboh’ bank

RIYADH: Polis menangkap penceroboh luar biasa iaitu seekor harimau bintang Afrika di pejabat cawangan bank Hollandi di ibu negara Arab Saudi, Isnin lalu.

“Harimau bintang itu dikesan memasuki pagar pejabat bank itu melalui kamera keselamatan pada jam 4.15 pagi mendorong pengawal keselamatan membunyikan penggera,” kata kakitangan bank itu, Salem Al-Onaizi.

Salem berkata, pengawal yang panik melihat haiwan berkenaan berkeliaran di sekitar pejabat itu sehingga mendorong mereka menutup pagar masuk dan memaklumkan pihak berkuasa mengenai kehadiran haiwan itu di Jalan Dabbab.

Menurut saksi, harimau bintang itu kali pertama dilihat merayau-rayau dari kampung berhampiran. Ia dipercayai terlepas daripada kurungan di sebuah villa penduduk di sini. “Harimau bintang itu mati selepas ditembak polis di tempat letak kenderaan dekat bank itu,” kata jurucakap bank.

Menurutnya, bangkai haiwan itu kemudian diambil pemiliknya. - Agensi

Guan Eng Saman Utusan Malaysia

GGuan Eng saman Utusan sifatknnya anti-Melayu

Gambar: KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) bersama peguamnya Jagdeep Singh Deo (kiri) dan Wong Hon Wai (kanan) menunjukkan kertas tuntutan saman malunya ke atas Utusan Melayu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini. - Foto Asman Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang memfaikan saman terhadap Utusan Malaysia hari ini berhubung satu artikel bulan lalu mendakwa beliau seorang anti-Melayu.

Lim menggambarkan artikel yang disiarkan 20 Disember lalu, bertajuk “Kebiadaban Guan Eng” sebagai fitnah dan menjatuhkan reputasi beliau sebagai ahli politik dan ketua kerajaan negeri.

Dalam samannya beliau memohon mahkamah memutuskan satu jumlah ganti rugi am termasuk ganti rugi teruk dan ataupun teladan untuk fitnah bertulis berkenaaan.

Artikel itu dikeluarkan sehari selepas konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Dalam rencana itu, Lim didakwa tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, tidak membenarkan Pasar Ramadan di Komtar dan juga bahawa telah memrobohkan kampung-kampung Melayu.

Rencana itu antara lain berkata, “jika ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

“Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

“Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

“Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

“Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong.

“Persoalannya baik sangatkah insan bernama (Lim) Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?”

Lim menafikan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Utusan Malaysia.

Selain Utusan Malaysia, pentadbiran Lim juga berhadapan dengan serangan berterusan daripada pertubuhan-pertubuhan yang pro-Umno dengan mendakwa beliau bertindak bertentangan dengan masyarakat Melayu. -TMI

Khusrin Belum Diterima Kerajaan Selngaor

MB: Hadir tak bermakna rela

Gambar: MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi sambil diperhatikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki (tengah) pada majlis Istiadat Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini. - Foto Rosdan Wahid/BH

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar: BH

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

“Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

“Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai,” katanya.

Menurut Khalid, kerajaan negeri Selangor juga kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam isu tersebut.

“Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

NONE“Justeru, kehadiran seluruh exco kerajaan negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Darjah kelas Pertama kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor - sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor,” katanya.

Menurut Khalid oleh kerana hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Khusrin, kehadiran beliau dan anggota exco tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi SPA.

“Kita juga telah memberi maklum kepada Sultan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan sidang dewan negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.,” katanya.

Khalid berkata tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh mereka menderhaka dengan sultan.

“Sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan,” akhiri kenyataan media itu. -mk

Ulasan GB

Alahai, bukan nak mengata atau menghina, sekali perhati ok, dua -tiga kali perhati Wak Khusrin betul-betul macam Hang Kebun dalam citer P.Ramli tuh...

Anihnya SUK... pakai songkok semula plak hari ni... kerana nak angkat sumpah? Personaliti macam tak tetap pendirian.
Sebelum ni:
Khusrin Lucut Songkok Masuk Pejabat SUK



Isu Pertemuan 24 Disember: Hormat dan Berterima-kasihlah Kepada TG Nik Aziz

Pertemuan 24: PKR, DAP mahukan penjelasan PAS

KUALA LUMPUR, 6 Jan — Pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan presiden dan timbalan presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasmi parti Islam itu.

“Sebagai ahli Parlimen dan sebahagian daripada Pakatan, saya merasakan bahawa mereka harus berunding dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR dan juga DAP.

“Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)? Bagi PKR, secara jujur kami tiada petunjuk mengenai perkara ini, dan saya tidak fikir pemimpin-pemimpin kanan parti juga tahu mengenainya jika tidak dilaporkan oleh media,” kata Ahli Parlimen PKR dari Kapar S. Manikavasagam.

Manikavasagam berkata, PAS juga perlu “menghormati” anggota komponen Pakatan Rakyat dan tindakan pemimpin-pemimpin parti Islam itu boleh menjejaskan perikatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum tergempar yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

“Ini adalah tahun kritikal bagi Pakatan... kita tidak mahu kejadian-kejadian menikam dari belakang atau mengumpat, kita perlu bersama dalam hal ini.

“Sesetengah ahli Parlimen Pakatan macam saya adalah orang kecil, jadi kami tidak tahu apa yang perlu di peringkat atasan... tetapi pemimpin-pemimpin atasan juga tidak tahu. PAS perlu menghormati anggota-anggota lain dalam Pakatan,” kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR ini.

Justeru kata beliau, PAS perlu mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.

“Bagi tahu kami. Apakah kami bukan anggota yang sama taraf (dalam Pakatan)? Orang ramai, penyokong kami juga ingin tahu... jika ia pertemuan antara pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan, kesemua wakil ketiga-tiga parti (dalam Pakatan) harus pergi (hadir sama),” kata Manikavasagam.

Dalam laporan terbaru semalam, The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin-pemimpin Umno dan PAS terpaksa mengakhiri perundingan ‘perpaduan Melayu’ di Istana Terengganu pada 24 Disember lalu selepas pertemuan mereka mula menyentuh isu penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam.

The Malaysian Insider difahamkan seorang pemimpin Umno pada pertemuan itu bercakap mengenai keperluan perpaduan orang Melayu atas alasan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah” — merujuk kepada langkah Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan itu dalam akhbar versi Bahasa Malaysia mereka.

Bagaimanapun difahamkan bahawa pada peringkat itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam.

“Kemudian perbincangan mereka berakhir apabila Agong meminta diri dan Nik Aziz juga meminta diri (keluar daripada perbincangan), dengan mengatakan sakit belakang,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Kelmarin, Nik Aziz enggan mengumumkan butiran perkara yang disentuh dalam pertemuan tersebut dengan berkata, beliau menghadiri pertemuan di Istana Terengganu di sini atas undangan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kaitan dengan isu politik.

Kata beliau, pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Abdullah ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

Nik Aziz membuat penjelasan itu pada sidang akhbar yang turut dihadiri Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

“Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu,” katanya.

Begitu juga pendirian Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang mahu PAS menjelaskan “perundingan perpaduan Melayu.”

“Satu kenyataan daripada PAS untuk menjelaskan isu ini adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan,” kata wakil rakyat ini.

“Biar PAS keluarkan kenyataan rasmi untuk mengulangi kedudukan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Bagaimanapun Loke yakin PAS akan kekal setia dalam Pakatan Rakyat.

“Ramai pemimpin dalam PAS terkenal sebagai penyokong kuat Pakatan seperti Mat Sabu, Nik Aziz, (Datuk) Husam (Musa) and Salahuddin Ayub. Malam tadi, dalam satu ceramah, Mat Sabu secara terbuka mengulangi bahawa beliau akan memastikan PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat,” kata beliau yang nama sebenarnya Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dan Husam merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat manakala Salahuddin pula salah seorang daripada tiga naib presiden.

Bagaimanpun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menyifatkan pertemuan Umno dan PAS itu sebagai perkembangan biasa.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu perkara besar,” kata beliau sambil menambah, sebagai pembangkang, jika seseorang menjemput kami, mengapa pula tidak mengadakan pertemuan dengan mereka.

“Saya merasakan bahawa persoalan yang perlu ditanya ialah mengapa Najib mahu bertemu dengan PAS?” kata Chua kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Batu ini berkata, adalah sesuatu yang normal bagi pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari BN secara “sulit” untuk membincangkan perkara-perkara tertentu.

“Ada juga mereka dari Pakatan Rakyat yang bertemu dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein diam-diam berhubung isu Suara Keadilan. Saya tidak melihat pertemuan ini satu petanda bahawa PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua yakin PAS akan kekal dalam perikatan pembangkang itu.

“Ia dilaporkan sebagai perundingan perpaduan. Tidak pula dilaporkan PAS berminat dengannya,” kata Pua lagi.

Ahli Parlimen ini menambah, undangan Umno kepada PAS itu menunjukkan parti pemerintah kerajaan pusat itu dan juga teras dalam BN tidak ikhlas dalam mengamalkan konsep 1 Malaysia.

“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak jujur dengan slogan 1 Malaysia atau matlamat mereka hanya tentang soal perpaduan Melayu Islam dan bukannya perpaduan rakyat Malaysia,” kata Pua.

Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan mengulas sehingga PAS mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan 24 Disember itu.

“Sebelum saya komen, kita tunggu dulu satu laporan daripada PAS apa sebenarnya pertemuan itu terlebih dahulu,” kata Lim yang juga wakil rakyat kawasan Parlimen Ipoh Timur. -TMI

Ulasan GB

1) TG Nik Ab Aziz telah pun menjelaskan isu pertemuan 24 Disember tersebut bahawa "“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku (DYMM Yang Dipetuan Agong".

Berarti sesiapa pun, samada pemimpin kerajaan atau pembangkang apabila dipanggil mengadap oleh Agong, perlu hadir. Jadi tidak timbul persoalan "Mengapa mereka (PAS) harus pergi (hadir pertemuan itu)?" Samada UMNO yang terlibat mengaturkan pertemuan itu, itu adalah hal yang lain dan PAS tidak terlibat mengenai pengaturan pertemuan itu. Yang penting jangan biadab kepada Agong.

2) TG Nik Ab Aziz adalah benar apabila berkata tidak wajar sesuatu yang dibincangkan dimana ianya tidak dapat didedahkan sebagai menghormat ke bawah duli Yang Dipertuan Agong.

Berarti sesiapa pun yang melakukan sebarang perbincangan yang dihadiri oleh Agong tidak wajar mendedahkan kepada umum supaya tidak dianggap curang atau derhaka terhadap Agong.

3) Jika wujud desas-desus mengenai Kerajaan Perpaduan, ianya telah pun tersebar meluas di dalam media bahawa : keperluan perpaduan orang Melayu atas alasan bukan Melayu mengambil kesempatan dengan perpecahan di kalangan orang Melayu dengan membuat pelbagai permintaan termasuk menuntut penggunaan kalimah “Allah, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membantah dengan menyebut bahawa ayahanda Nabi Muhammad s.a.w., Abdullah juga pernah menggunakan kalimah “Allah” walaupun dia merupakan bukan Islam.

Berarti PAS dengan kehadiran TG Nik Ab Aziz telah pun "memancung" idea Kerajaan Perpaduan (jika ada) sebermula dari awal lagi. Pemimpin PKR dan DAP perlu menghormati malah berterima kasih dengan TG Nik Abd Aziz

4) Saifuddin Nasution, S/U Agong PKR berlari untuk menemui TG Nik Abd Aziz untuk mendapat penjelasan lanjut. Samada beliau memperolehi maklumat tambahan selain dari kenyataan media TG Nik Abd Aziz atau pun tidak, itu bukan persoalannya tetapi yang nyata "dia tak reti bahasa" bahawa: Apabila TG Nik Abd Aziz menyatakan "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap",

Berarti tiada ada sesiapa pun dengan jawatan paling tinggi sekalipun berhak mendesak TG Nik Aziz berkata apa-apa lagi mengenainya.


Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu seperti yang diedarkan

Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.



Pisang Dibuang Kerana Tidak Dibeli Peniaga Akibat Kekurangan Minyak Masak

Pengguna mula gusar dengan masalah kekurangan minyak masak di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit menaikkan notis tiada bekalan itu di premis mereka.

Gambar: GEORGE TOWN - TERJEJAS ... Seorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini. Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. -Bernama

Ramai peniaga pisang goreng tidak dapat berniaga sebab mereka sukar untuk mendapatkan bekalan minya.

Sementara itu, keadaan ini menjadi lebih tegang apabila terdapat catuan pembelian dengan setiap individu hanya dibenarkan membeli dua botol besar minyak masak.

Di ibu kota mendapati kebanyakan pengguna mengeluh apabila pasar raya dan kedai runcit tiada bekalan itu, lapor Harian Metro.

Pelajar institusi pendidikan tinggi swasta, Hasyimah Abdul Halim, 22, berkata walaupun masih mempunyai bekalan di rumah sewanya, dia tetap bimbang. “Dua hari lalu, saya membuat panggilan ke kampung untuk bertanya khabar keluarga. Ibu mengadu masalah bekalan minyak masak sejak seminggu lalu. “Syukur kami selalu beli dengan kadar yang banyak untuk kemudahan di rumah sewa,” katanya.

Pengguna, Hisham Abdullah, 45, berkata dia terpaksa membayar lebih untuk setiap peket minyak masak yang dibelinya di kedai. “Mula-mula, saya nak marah juga bila peniaga terbabit meletakkan harga lebih tinggi, tapi memandangkan bekalan minyak masak susah nak cari, saya diamkan saja,” katanya.


Lagi Kes Mayat Reput & Berulat Ditemui

Mayat Lelaki Dengan Kesan Luka Diperut Ditemui Di Sungai Klang

Gambar: Anggota polis menemui mayat lelaki di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Sungai Limau, Pantai Dalam di sini hari ini. -foto Bernama

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki dengan kesan luka di perut ditemui di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Mayat yang telah reput dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang memancing berhampiran kawasan itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Difahamkan, polis turut menemui empat buku akaun bank dalam poket seluar mangsa, iaitu dua buku milik lelaki bernama Zulkifli Bulat dan dua lagi milik Azmi Bulat.

Sumber polis yang ditemui di tempat kejadian berkata, lelaki yang hanya berseluar itu dipercayai berbangsa Melayu dari Sabah dan berusia dalam lingkungan 20-an.

"Namun kita tidak dapat memastikan sama ada mayat itu adalah Zulkifli atau Azmi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang reput dan berbau busuk itu, lelaki berkenaan dipercayai mati antara tiga hingga lima hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Azri Abdul Rahman ketika dihubungi pula berkata, polis kini menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

"Perut mangsa ada sedikit kesan kecederaan iaitu luka, bagaimanapun kami perlu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui luka itu sama ada merupakan kesan tikaman atau bukan," katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Ular Tedung Melintas Depan TV

Kecoh ular tedung melintas depan TV

Gambar: ANGGOTA JPAM Perlis menunjukkan ular tedung selar sepanjang lima meter yang ditangkap dalam sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Pauh, Arau semalam.

ARAU - Ketenangan sebuah keluarga di Kampung Tengah, Ulu Pauh dekat sini yang sedang berehat di ruang tamu bertukar kecoh apabila seekor ular tedung selar sepanjang lima meter muncul ketika mereka menonton televisyen semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan penghuni di rumah berkenaan bertempiaran lari keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Operasi JPAM, Mohd. Farhan Abdul Aziz berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut yang bersembunyi di belakang rak televisyen rumah itu.

"Pemeriksaan dilakukan di seluruh sudut rumah penduduk itu dan akhirnya kami menemui ular itu di belakang rak tersebut.

"Kami terpaksa menggunakan cangkuk besi untuk menangkap ular itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar besi," katanya.

Jelasnya, ular tersebut yang berwarna kuning dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat yang lebih panas untuk bersembunyi.

"Ular itu adalah spesies reptilia berbisa yang paling besar pernah kami tangkap setakat ini," ujarnya. -kosmo

Ulasan GB

Ada hal besar berlaku dari petanda besar itu di Perlis nanti.

Mahfuz Terjebak Dengan Poligame? Menunggu Jawapan Tuanpunya Diri.

Siapa Dato’ Haji Mahfuz Omar Hingga Diangkat Sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd

Surat Terbuka Untuk Dato’ Haji Mahfuz Omar (Bekas Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd/Ahli Parlimen Pokok Sena)

Buat Saudara Mahfuz Hj Omar yang telah lama saya kenali, dari setor Lapangan Terbang Bayan Lepas hinggalah berjaya menjadi Ahli Parlimen dan Naib Presiden PAS. Ramai yang kagum di atas perjalanan dan pencapaian karier politik saudara. Saudara bijak menempatkan diri di celah-celah ruang yang muncul dari pergerakan politik semasa, walaupun ruang dan peluang itu bukan dicipta dari cetusan idea, kerja keras atau keberanian saudara.

Saudara berjaya ‘spin’ momentum politik untuk menempatkan nama, hingga saudara diberi jolokan “poligame” –‘politik + gambar + media’. Tak kira apa isu yang dicetuskan atau tercetus, saudara akan mencelah sebagai hero. Poligame telah melonjak karier politik saudara selama ini, tetapi saudara juga membuat kesilapan dan poligame itu akan memakan diri saudara.

Kemunculan saudara berpoligame dalam isu perletakan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal memakan diri. Tindakan saudara itu hanya berasaskan emosi dan perspektif sempit sehingga mencemarkan maruah Kerajaan Negeri yang sedang dipetahankan oleh ahli dan pimpinan PAS yang lain di Kedah. Hal ini tidak boleh diterima sebagai mempertahankan prinsip, tetapi satu tindakan bodoh yang memberi kesan buruk kepada maruah kerajaan dan parti.

Nampaknya ada kepentingan lain yang saudara ’sandarkan’ pada kalimah ‘prinsip’ yang membuatkan saudara cuba berlagak sebagai Hero membakar ‘rumahtangga’ saudara sendiri. Ternyata kedangkalan ilmu dan pengalaman dalam pengurusan syarikat berprofil tinggi serta projek-projek besar, membutakan mata hati saudara untuk memandang Kerajaan Negeri Kedah sebagai taman yang lebih besar dan lebih penting untuk dipelihara. Saudara perlu ingat bahawa ilmu dan kemahiran pengurusan syarikat tidak mungkin diperolehi melalui poligame, tetapi poligame saudara bisa menghakis kepercayaan dan meporak perandakan ‘rumahtangga’ saudara.

Saudara Mahfuz, izinkan saya membetulkan perspektif dan ‘prinsip’ yang kononnya saudara cuba pertahankan dalam isu Insaniah supaya saudara dapat belajar sesuatu yang ‘real’ dalam dunia perniagaan, berbanding khayalan syok sendiri dalam politik poligame.

Saudara dilantik sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. (KSSB) – sebuah anak syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang menguruskan pembinaan kampus baru Insaniah. KSSB dilantik sebagai kontraktor utama projek itu bukan melalui tender terbuka, tetapi kerana KSSB adalah anak syarikat BDB. Dalam isu yang saudara ‘poligamekan’ kini, saudara seolah-olah gagal faham beberapa perkara pokok yang menjadi awlawiyat dalam Kerajaan Kedah. Awlawiyat ini diletakkan oleh parti yang membentuk kerajaan, yang turut disertai oleh saudara sebagai Timbalan Peserujaya PAS Kedah.

1. Pendidikan tinggi untuk melahirkan rakyat berilmu/berkemahiran melalui Insaniah adalah pemacu utama pembangunan Kedah kini dan di masa depan. Kedah perlukan rakyat yang terpelajar dan mampu bersaing di pasaran untuk menjamin masa depan sosio-ekonomi dan sosio-politik negeri ini. Kedah tidak boleh bergantung kepada ahli poligame dan ‘tong kosong’. Kedah perlukan rakyat & pemimpin yang kualiti tinggi, mantap, kemas dan terarah. Kerajaan Negeri pimpinan Ustaz Azizan meletakkan pendidikan senarai teratas untuk membaiki taraf hidup rakyat di Kedah. Ia boleh dicapai melalui pengukuhan institusi pendidikan seperti Insaniah, maka kampus baru untuk menampung 20,000 pelajar pada satu-satu masa dibina disamping menambah program-program baru di Insaniah. Agenda ini didokong dan disokong oleh semua pimpinan parti yang membentuk Kerajaan sekarang, kecuali saudara yang selesa dengan poligame.

2. BDB adalah listed company yang sahamnya dipegang oleh PKNK sebanyak 54% dan selebihnya oleh pemegang saham bebas. Pengurusan BDB perlu memelihara kepentingan pemegang saham dan krebiliti syarikat dalam melaksanakan sebarang urusan yang membabitkan prestasi syarikat.

3. Pemilik projek ialah Insaniah, bukan BDB dan bukan Kedah Sato. BDB dan Kedah Sato hanyalah kontraktor dan sub-kontraktor.

4. Pembinaan kampus ini adalah ‘bayi’ Kerajaan negeri. Kerajaan telah berjanji kepada rakyat untuk siapkan kampus baru Insaniah pada 2012 dan memulakan sesi pengajian pada 2013. Ini janji kerajaan kepada rakyat. Dengan apa cara sekalipun, janji ini mesti ditunaikan kerana rakyat meletakkan harapan pada kerajaan PR pimpinan Ustaz Azizan.

5. Pembiayaan projek melalui pinjaman Bank Islam menghadapi masalah teknikal sehingga BDB terpaksa memperuntukan modal permulaan lebih 30 juta untuk memenuhi kehendak kerajaan supaya kampus siap pada masa yang dijanjikan.

6. Kerja-kerja yang diserahkan kepada Kedah Sato’ sebagai sub-konktaktor (yang juga tidak melalui tender terbuka) tidak pernah ditamatkan. Hanya fasa dua dan tiga yang menelan kos RM180 juta daripada RM330 juta kos keseluruhan terlibat dengan perlantikan sub-kontraktor baru.

7. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, BDB berikhtiar dengan apa cara sekalipun untuk menyiapkan kehendak pelanggan yang menekankan projek tersebut perlu siap pada 2012 – hanya 2 tahun dari sekarang.

Saudara patut tahu bahawa keseluruhan projek ini dibiayai oleh pinjaman dari Bank Islam yang hanya dapat menyelesaikan aspek teknikal pembiayaan projek ini pada akhir November 2010. Oleh kerana itu, BDB terpaksa mencari sebuah syarikat alternatif yang berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan modal sendiri dan syarikat yang berjaya memenuhi kriteria yang diperlukan ialah IJM. Mereka dilantik secara rundingan bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pembiayaan awal mereka sendiri bernilai sekitar RM180 juta.

Selain itu, IJM juga menawarkan (in-return) kerja-kerja membekalkan bahan batuan dan pembinaan jalan kepada BDB dalam projek jambatan kedua Pulau Pinang yang mana IJM adalah kontraktornya. Ini adalah perkongsian bijak dalam dunia perniagaan.

Saudara,

BDB tidak meninggalkan kontraktor bumiputra. Banyak yang diserahkan kepada kontraktor Melayu/bumiputra, malah IJM juga membuat komitmen untuk membuat tawaran kepada kontraktor bumiputra bagi kerja-kerja yang sesuai.

Saudara,

Langkah membuat rundingan dengan IJM tidak dibuat semberono. Ia telah diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah BDB dan Kedah Sato’ sendiri. Diberitakan bahawa semua Lembaga Pengarah Kedah Sato’ yang terdiri daripada ahli-ahli dalam bidang perniagaan bersetuju kecuali saudara yang berlatar belakangkan poligame, malah saudara tidak hadir.

Tindakan saudara meletak jawatan atas alasan prinsip mempertahankan kaedah tender terbuka sebenarnya dibayangi faktor-faktor lain. Kebanyakan faktor itu muncul di gerai pulut udang Stadium Darulaman tempat saudara mengutip idea dan pandangan bagi meneruskan karier politik saudara. Saudara juga mungkin teruja dengan rayuan tauke-tauke besar ynag mengidamkan projek dalam pembinaan Insaniah. Sepatutnya dari awal lagi saudara menentang pelantikan Kedah Sato Sdn. Bhd. yang juga mendapat kontrak pembinaan melalui rundingan, bukan tander terbuka.

Saudara,

Masalah saudara ialah politik poligame telah membawa saudara menghabiskan terlalu banyak masa di Kuala Lumpur berbanding Kedah. Politik sebenar saudara hanya berlegar di Pokok Sena. Saudara tidak peduli tentang politik Negeri Kedah dan PAS Kedah walaupun saudara adalah Timbalan Pesuruhjaya. Malah, saya yakin saudara tidak pernah menjelajah kompleks PAS di Batu 9 termasuk bangunan DAYA sepanjang saudara menjadi TPJ. Saudara juga tidak pernah melawat tapak projek di Kuala Ketil, sejak majlis pecah tanah hingga kini.

Saudara hanya hadir mesyuarat bulanan, datang lewat dan balik awal. Saudara tidak berupaya menyelami susah payah sahabat pimpinan yang lain. Malah saudara langsung tidak peduli apa yang sedang ditanggung oleh PJ, TPJ, EXCO Kerajaan dan wakil-wakil rakyat di Kedah. Poligame telah mengheret saudara ke medan yang mendapat liputan wartawan, lensa kamera dan TV. Dunia glamor itu menenggelamkan fokus sebenar saudara dalam PAS. Saudara tidak peduli lagi kesan yang bakal menimpa sahabat dan pimpinan negeri akibat poligame kegemaran saudara itu. Inilah masalah dan penyakit yang dihidapi oleh saudara tanpa disedari. Orang sedang tersenyum sumbing melihat gelagat yang terpamer dari poligame itu.

Sekian sahaja lontaran paling ikhlas buat saudara dari saya yang memerhatikan gelagat politik pemimpin-pemimpin politik sejak puluhan tahun. Pesanan akhir saya, jangan bakar kelambu untuk menghalau nyamuk. Selamat maju jaya dalam karier politik saudara dan mencapai target saudara dalam kerier itu. Saya akan terus memerhati.

Ikhlas dari seorang penyokong,

Buluhmadu
Sungai Petani Kedah. -mk





Lari Bogel Selepas Diperkosa

Kota Marudu - Seorang gadis lembam bawah umur dipercayai terpaksa berlari pulang ke rumah dalam keadaan tidak berbaju selepas dirogol jiran dajal di dalam pondok usang di sebuah kebun kelapa di sini, Isnin lalu. Gambar fail

Gadis orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun itu dikatakan termakan pujukan suspek yang mengajaknya ke kebun ketika pulang dari sekolah dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu.

Keluarga mangsa hanya menyedari kejadian malang menimpa gadis berkenaan apabila mendapati dia berkurung di dalam biliknya sambil menangis selepas pulang ke rumah kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, ibunya pelik apabila mendapati anaknya lewat pulang dari sekolah dan rasa curiganya memuncak apabila melihat gadis berkenaan menangis teresak-esak di dalam bilik.

Mohd Isa berkata, hairan melihat keadaan anaknya itu, wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang berlaku dan selepas beberapa kali dipujuk, mangsa memberitahu dia dirogol jiran di dalam sebuah pondok di kebun kelapa berdekatan rumahnya.

“Terkejut dengan pendedahan anak gadisnya itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu pada jam 8.30 pagi keesokan harinya,” katanya. Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek adalah jiran yang dimaksudkan mangsa dan dia ditahan di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah gadis berkenaan.

“Suspek dikatakan memujuk mangsa supaya mengikutnya ke sebuah pondok di dalam kebun kelapa yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya ketika gadis itu dalam perjalanan pulang dari sekolah,” katanya.

Menurutnya, beberapa barang bukti termasuk baju yang dipakai mangsa turut ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke makmal untuk siasatan manakala mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan lanjut.

"Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. -hm

Raja Melayu Bukanlah Nabi Yang Maksum Sehingga Tak Boleh Dikritik - Asri

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

“Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

“Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

“Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,” katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

“Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana. -mk

Isu SUK: Rakyat Bersedia Berarak Menemui Agong, Sekali Lagi

Shah Alam: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memahami kemelut yang berlaku memandangkan krisis Perlembagaan pada 1993 jelas memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik.

Menurutnya, beliau bukan menolak kenyataan Mohamad Munir sebaliknya ia merupakan fakta sejarah yang menyatakan bahawa selepas pindaan dilakukan pelantikan tiga jawatan eksekutif tertinggi dinegeri itu diberikan kepada kerajaan Pusat.

"Saya bukan tolak kebenaran. Itu hanya pendapat Mohamad Munir. Setiap kenyataan saya berdasarkan fakta sejarah.

"Sultan faham dengan keadaan ini dan kami telah berbincang mengenai kesan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jika ikut secara logiknya krisis perlembagaan pada tahun 1993 itu jelas menunjukkan Sultan mahupun menteri besar tidak mempunyai kuasa di atas perlantikan tiga pegawai ekskutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Isnin lalu, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi membincangkan mengenai isu pelantikan SUK yang kini dipegang Mohammed Khusrin.

Semalam media melaporkan, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan bahawa tindakan Abdul Khalid berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan SUK adalah tidak wajar.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah menitahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan bagi memilih calon sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum dipersembahkan kepada Baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid menegaskan bahawa nama Mohammed Khusrin tidak pernah disenarai pendek sebagai calon yang diserahkan bagi mendapat perkenan Sultan Selangor .

"Sebaliknya, ada pegawai tinggi kerajaan di Selangor telah lebih awal serahkan kepada baginda tanpa mendapat kelulusan daripada Menteri Besar.

"Sebenarnya kita sudah ada calon kita sendiri dan calon ini dipilih oleh sebuah panel yang dilantik bagi memilih calon SUK terdiri daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selagor, Datuk Teng Chang Kim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar," katanya.

Mengenai kemungkinan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Tenang, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak timbul kerana sidang tergempar itu akan diadakan dalam tempoh sehari sahaja.

"Keputusan mensyuarat Exco tadi mereka bersetuju untuk adakan sidang dewan lebih awal iaitu sambungan pada sidang yang terakhir.

"Saya jangka ia dibuat sehari sahaja. Maka tiada masalah mengenainya," jelasnya.

Mengenai draf rang Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang akan dibawa dalam sidang tergempar nanti, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik dua penasihat undang-undang, mereka termasuklah peguam Datuk Param Cumaraswam dan juga pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

"Kepakaran mereka akan digunakan bagi membantu dalam memberi sebarang nasihat berhubung cadangan rang undang-undang yang bakal dibentang di sidang DUN akhir Januari ini," katanya. -mstar


Isu SUK: Ada pihak pintas kuasa MB, kata Khalid

SHAH ALAM 5 Jan – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, beliau mengikut segala prosedur yang ditetapkan berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetapi pihak lain memintas kuasa beliau.

Khalid berkata, manual pelantikan rasmi kerajaan menetapkan Sultan Selangor perlu memperkenankan seorang daripada tiga calon yang dipilih Menteri Besar.

Justeru Tan Sri Khalid menubuhkan panel untuk menyaring calon-calon terbaik bagi mengisi jawatan SUK tetapi ‘belum sempat saya senarai pendekkan nama-nama itu, dah ada orang yang serah calon mereka kepada Sultan.”

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Khusrin Munawi Mohammed sebagai SUK baru, tanpa berbincang dengan kerajaan negeri.

Tindakan itu dianggap bercanggah dengan semangat federalisme kerana SUK berperanan penting dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan negeri.

Peraturan kerajaan juga memerlukan SUK mendapatkan kepercayaan Menteri Besar dengan mengambil ikrar menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri.

Khalid berkata manual pelantikan rasmi menetapkan calon SUK yang disenarai-pendekkan oleh Menteri Besar mendapat perkenan Sultan sebelum diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melengkapkan pelantikan itu.

Manual menetapkan calon bakal SUK dipilih dari kalangan penjawat awam JusaA, B dan C oleh Perkhidmatan Awam.

Lapan nama telah dipilih, termasuk Datuk Mohd Khusrin Munawi diserahkan kepada Menteri Besar untuk disenarai-pendek.

Tan Sri Khalid melantik panel tiga anggota yang dianggotai Speaker, Datuk Teng Chang Khim, Exco, Datuk Dr Hassan Ali dan Exco, Dr Xavier Jayakumar untuk membantu menilai kewibawaan calon.

Malang bagi Khusrin, namanya tidak termasuk dalam tiga calon yang terbaik untuk memikul tugas SUK.

“Tidak benar kami halang pencalonan Khusrin. Namanya ada dalam senarai yang diberikan. Cuma tiga calon lain disenaraipendekkan kerana dirasakan oleh panel itu sebagai lebih baik untuk jadi SUK,” jelas Khalid. -selangrkini


Ulasan GB

Baik KSN baik S'usaha Sulit Sultan. Sesiapa jua yang cuba bertindak mengatasi kuasa rakyat akan tetap menerima balasannya dari rakyat.

Jika sekalipun benar tindakan Setiausaha Sulit itu direstui Sultan, yang akan mengundi nanti di dalam pilihanraya ialah "rakyat", bukan kamu-kamu KSN atau S/Sulit Sultan.

Kedua, rakyat seluruh negara bukan sekadar Selangor, kini bersedia mengadap DYMM Yang Dipertua Agong sekali lagi memohon campurtangan baginda selesaikan kemelut yang dihadapi ini.

Kepada pihak yang menentang rakyat, kami katakan JANGAN KETERLALUAN.


[Bergambar & Video] 17 Warga Chicago Peluk Islam Setelah Lihat Iklan Di Bas

17 Warga Chicago Masuk Islam Setelah Lihat Iklan di Bas

Beberapa waktu lalu, artikel Gain Peace, Berdakwah Lewat Bas Kota mengeluarkan laporan tentang kegiatan kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas, yang dilakukan organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, ada 17 warga Chicago yang menyatakan diri masuk Islam.

Salah seorangnya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeinginan memeluk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas

"Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sadar bahwa itulah akhir dari pertanda dimana saya harus melengkapi niat saya," kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang laki-laki memberinya selebaran dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari risalah itu. "Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca," Toole mengisahkan.

"Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya," sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan "Got Questions? Get Answers" dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadat pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea hebat untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.

"Saya sangat berterimakasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam," kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka bisa belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahwa ia sudah membuat keputusan yang benar. "Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahwa anda telah menemukan rumah yang benar," papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA pada tanggal 19 September sampai 20 Oktober lepas. Dan iklan itu diperpanjang sampai 23 November mendatang kerana mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.

Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar US$30.900 dollar sebagai biaya pemasangan iklan 25 bas CTA yang melayani jalantaya di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamanwebnya dikunjungi lebih dari 300.000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggreis, majalah The Message on Prophet Muhammad serta risalah dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesanan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga bolehbmeluruskan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menampilkan lebih dari 1,000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Kanada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.