6 Jan 2011

Benarkah Anak Bongsu Shah Iran Bunuh Diri Atau...

Kematian bapa, pergolakan politik negara punca tembak diri sendiri

Gambar fail: Ali Reza bersama ibunya, Farah Pahlavi ketika hadir pada upacara pengebumian Puteri Monaco, Prince Rainier III, di Monte Carlo pada 2005

BOSTON: Anak bongsu Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, Putera Ali Reza Pahlavi, 44, meninggal dunia akibat menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya dan pergolakan politik yang berlaku di negaranya.

“Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada semua pihak kematian Putera Ali Reza Pahlavi,” kata abang sulung putera itu Reza Pahlavi dalam laman webnya.

Beliau berkata, Ali Reza yang sedang belajar di Universiti Havard, mengalami kemurungan dan tekanan berikutan pelbagai masalah politik yang berlaku di Iran.

“Seperti berjuta-juta generasi muda Iran yang amat terganggu dengan kemelut politik di tanah air tercinta, Ali menghadapi tekanan berikutan kehilangan bapa dan kakaknya dalam usia muda.

“Walaupun Ali Reza berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama untuk mengatasi kesedihannya, adik kami akhirnya mengalah dan pada malam 4 Januari, beliau mengambil nyawanya sendiri, meninggalkan keluarga dan rakan rapat dengan kesedihan yang amat sangat,” kata Pahlavi.

Polis tidak dapat mengesahkan kematian putera itu tetapi sumber pihak berkuasa menyatakan: Saya boleh mengesahkan seorang lelaki dewasa berusia pertengahan 40-an ditemui mati di 141 West Newton Street di Boston.

“Beliau meninggal dunia akibat luka tembakan. Punca kematian masih disiasat, tetapi kami yakin ia bukan pembunuhan,” katanya.

Ali Reza Pahlavi, anak bongsu daripada lima orang anak Shah Iran, berhijrah ke Amerika pada usia remaja ketika Iran dilanda revolusi.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Princeton pada 1984 dan ijazah sarjana dari Universiti Columbia pada 1992,

Ali Reza yang masih bujang sedang mengambil ijazah kedoktoran di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts dalam bidang philologi (kajian perkembangan bahasa) dan penyelidikan Iran Purba.

Tidak seperti abangnya, Ali Reza yang disifatkan seorang yang sensitif, setia dan bijak, menjauhi media ketika tunjuk perasaan selepas pilihan raya Iran 2009 yang dimenangi Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Sementara itu rakyat Iran terutama mereka yang tinggal di luar negara melahirkan rasa dukacita berikutan kematian Ali Reza dan menyifatkan ia sebagai simbol terputusnya hubungan Iran dengan era sebelum revolusi.

Agensi berita Iran bagaimanapun hanya menyiarkan laporan ringkas dengan tajuk “Anak lelaki bekas diktator membunuh diri”. – AFP

Ulasan GB

Ada sesuatu yang aneh berita di atas.

Shah Iran telah mati lebih 40 tahun yang lalu! Sekarang baru anaknya membunuh diri? Tidak masuk akal. Dikatakannya anak Shah Iran itu "menembak dirinya sendiri di Boston selepas mengalami kemurungan berikutan kehilangan bapanya "

Berita ini muncul tatkala Amerika dengan sekutu Yahudi mereka begitu "geram" dengan Iran yang baru-baru ini telah mempelawa Russia, China, Kesatuan Eropah (EU) serta sekutu Tehran di kalangan negara Arab dan negara membangun untuk melawat tapak nuklearnya dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang rundingan baru dengan enam kuasa besar dunia.

Jadi cuba buka mindamu!


Tehran pelawa lawat loji nuklear

Kunjungan dua hari kuasa dunia untuk sahkan Iran tidak bina senjata atom

VIENNA: Kecuali Amerika Syarikat, Iran mempelawa Russia, China, Kesatuan Eropah (EU) serta sekutu Tehran di kalangan negara Arab dan negara membangun untuk melawat tapak nuklearnya dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang rundingan baru dengan enam kuasa besar dunia.

Wakil kanan Iran, Ali Asghar Soltanieh, dalam suratnya mencadangkan tarikh lawatan itu pada 15 dan 16 Januari ini dan membayangkan mesyuarat dengan pegawai atasan termasuk Menteri Luar, Ali Salehi bakal diadakan.

Tiada alasan diberi mengapa tawaran itu dibuat pada masa ini tetapi ia disuarakan seminggu sebelum Iran dan enam kuasa dunia membuat susulan terhadap rundingan baru-baru ini yang tidak mencapai persefahaman kecuali setuju berunding lagi.

Rundingan baru di antara Tehran dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Russia, China, Britain, Perancis dan Jerman dijadualkan berlangsung di Istanbul, Turki, akhir bulan ini.

Ia adalah untuk mengetahui sama ada program nuklear Iran benar-benar seperti yang didakwa Amerika dan sekutunya sebagai senjata perang.

Diplomat yang hadir dalam perjumpaan Disember lalu di Geneva menuduh Tehran tidak memberi sebarang komitmen terhadap kemahuan Majlis Keselamatan PBB supaya membekukan pengkayaan uraniumnya, proses yang boleh menghasilkan senjata atom.

Kebimbangan terhadap program rahsia pengkayaan uranium Iran meningkat berikutan keengganannya untuk bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mahu menjalankan siasatan terhadap program itu.

Tawaran itu datang lebih tiga tahun selepas enam diplomat dari negara membangun memberi pentauliahan kepada lawatan IAEA ke tapak uranium yang menukarkan uranium mentah kepada gas di Isfahan.

Diplomat memberitahu wartawan, mereka tidak dapat memberi penilaian terhadap nuklear Iran berdasarkan apa dilihat.

Bagaimanapun, tawaran baru ini lebih besar terutama bagi negara atau kumpulan yang dipelawa dan tapak yang bakal dilawati.

Bertarikh 27 Disember lalu, surat tawaran empat perenggan tanpa sebarang perincian menawarkan ‘lawatan ke tapak nuklear Iran’ atas tajaan Tehran.

Seorang diplomat berkata, surat itu dihantar kepada Russia, China, Mesir, negara anggota Pertubuhan Negara Berkecuali (NAM) di IAEA, Cuba, anggota Liga Arab dalam IAEA dan Hungary, yang kini presiden EU.

Amerika, bagaimanapun, tidak dipelawa. China dan Russia bertindak untuk mengurangkan sekatan yang dicadangkan Amerika dan sekutunya dalam Majlis Keselamatan, manakala Britain dan Perancis, bersedia untuk berkompromi. – AP

6 ulasan:

  1. kurang faham. Shah Iran Pahlevi tak pernah berbaik ngan penguasa Iran. Watper nak Israel nak bunuh? Tapi setuju mmg anih dah lebih 40 tahun baru nak bunuh diri.

    BalasPadam
  2. Ringkasnya begini:

    Anak Shah Iran dibunuh untuk menarik simpati golongan sekular/liberal di Iran supaya menyokong Amerika membenci Presiden Iran.

    BalasPadam
  3. Dia bukan bunuh diri dan bukan dibunuh. Serupa mcm kes beng hock. Kena belajar dgn umno mcm mana nak manipulate issue supaya rakyat Iran jadi sama bodoh mcm rakyat malaysia.

    BalasPadam
  4. Greenboc, saya setuju pendapat anda tentang meraih simpati dunia supaya musuh Amerika dipandang negatif seluruh dunia dan menyebabkan banyak musuh. Amerika nak menghasut negara dunia supaya tidak berdiplomatik dengan musuh.

    Tak logik kalau rindui 40 tahun baru nak bunuh diri. Selalunya, mereka bunuh diri serta merta.

    Kalau tengok isu-isu dunia, Amerika dibawah polisi Obama sudah hilang sabar terhadap musuhnya (Negara tiada diplomatik dengan Amerika) terutama Iran, Cuba, China dan Korea Utara.

    Amerika tak mahu berdialog sebaliknya suruh musuh Amerika sujud pada Amerika kalau nak ekonomi lepas dari sekatan sampai tahap jilat bontot. Ia berlaku di Arab Saudi, Korea Selatan dan Israel.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.