Pengguna mula gusar dengan masalah kekurangan minyak masak di pasaran sekarang apabila pasar raya dan pekedai runcit menaikkan notis tiada bekalan itu di premis mereka.
Gambar: GEORGE TOWN - TERJEJAS ... Seorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini. Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. -Bernama
Ramai peniaga pisang goreng tidak dapat berniaga sebab mereka sukar untuk mendapatkan bekalan minya.
Sementara itu, keadaan ini menjadi lebih tegang apabila terdapat catuan pembelian dengan setiap individu hanya dibenarkan membeli dua botol besar minyak masak.
Di ibu kota mendapati kebanyakan pengguna mengeluh apabila pasar raya dan kedai runcit tiada bekalan itu, lapor Harian Metro.
Pelajar institusi pendidikan tinggi swasta, Hasyimah Abdul Halim, 22, berkata walaupun masih mempunyai bekalan di rumah sewanya, dia tetap bimbang. “Dua hari lalu, saya membuat panggilan ke kampung untuk bertanya khabar keluarga. Ibu mengadu masalah bekalan minyak masak sejak seminggu lalu. “Syukur kami selalu beli dengan kadar yang banyak untuk kemudahan di rumah sewa,” katanya.
Pengguna, Hisham Abdullah, 45, berkata dia terpaksa membayar lebih untuk setiap peket minyak masak yang dibelinya di kedai. “Mula-mula, saya nak marah juga bila peniaga terbabit meletakkan harga lebih tinggi, tapi memandangkan bekalan minyak masak susah nak cari, saya diamkan saja,” katanya.

Saya rasa pelik dgn keadaan diM'sia, selalu saja ada masalah kekurangan bekalan gula lah, minyak lah dan mcm2 lagi ... thn lepas semasa saya berkunjung ke kampung di Johor ... saya kekedai utk membeli sekilo gula, tapi pekedai berbangsa melayu kata tak ada gula walaupun sekilo, apabila saya katakan "Bukankah M'sia adalah negara penghasil gula, kenapa tak ada gula langsung?" ... saya kemudian kekedai sebelah yg dipunyai oleh tauke cina, Alhamdulilah, disana tauke tu tanya, berapa kilo saya mahu ... disini saya dpt simpulkan bahawa pekedai melayu suka sorok barang utk ambil kesempatan naikkan harga ...
BalasPadam