27 Sep 2011

Pelajar IPTA Ini Dikatakan Bunuh & Bakar Sebelum Perkosa Seorang Gadis Di Ampang

Pelajar didakwa bunuh gadis

AMPANG JAYA - Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui dibakar hampir 80 peratus di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang di sini 6 September lalu memasuki episod baharu apabila seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang Jaya atas kesalahan itu semalam.

Tertuduh yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md. Abd. Ghani. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Muhammad Khairi didakwa membunuh hingga menyebabkan kematian Nurul Awathif Mohd. Shakir, 19, di rumah bernombor B-119 Apartmen Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, Ampang di antara pukul 9 malam, 4 September hingga pukul 2.15 pagi, 5 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nur Dinie Baharum manakala Muhammad Khairi diwakili peguam Zamani Dolmat. Wan Karimah menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. -kosmo

Berita sebelum ini
Klik imej untuk baca











8 ulasan:

  1. dah kantoi, baru la nk pakai kopiah.. nk tunjuk yg awak tuh baik sgt!! time nk ajak wat seks.. nk rosakkan budak pompuan tuh.. tak ingat plak kt Allah.. nih la die, generasi perosak agama!!

    BalasPadam
  2. kalau dia tak pakai pun akan diwajibkan pakai oleh penguatkuasa....

    utk memberi imej buruk ttg islam di mahkamah civil....

    dia hanya angguk faham,mungkin skrip kut.cerita sebenar belum diketahui seperti kes-kes bunuh sebelum ini yg dipaksa mengaku salah utk selesai kes polis cekap dan betul.wallahualam

    BalasPadam
  3. dia belum bersalah lagi. masih dalam pendakwaan. kita tggu la hasil mahkamah nanti.

    BalasPadam
  4. iman bukan terletak kat songkok

    BalasPadam
  5. ape la korang nih bersangka buruk dekat dye..dye pakai kopiah x semestinye dye nk tunjuk dye baik, kalau betul dye yg buat benda tu, dan dye btul2 da brubah, ape msalahnye??adakah islam x menerima orang yg da berubah dari buruk kepada baik??

    MELAYU TIPIKAL...

    bile la orang melayu nih nak berubah..

    BalasPadam
  6. satuduatiga

    yang bersalah tetap dihukum walau pun dah sedar.

    jika tidak tak perlu ada undang-undang. Bila dah buat salah dan ditangkap, mengaku dan kata "saya tak buat lagi".

    boleh ker macamtu?

    bodoh piang. bila ler orang melayu macam kamu nak berubah jadi pandai?

    BalasPadam
  7. bertenang semua.
    baru nak start bicara, kalau betul dia salah, hukum tetap jalan.

    takkan pasal kupiah pun nak gaduh.

    fyi , dak ni pnah sama skola ngan sy.
    :(

    BalasPadam
  8. Anonymous hang tu bangsa apa ? yang dok cakap orang melayu bodoh piang musibat dan hang tu kira pandai sangat ka ?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.