Georgetown - Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, dengan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan, 30, diteruskan.
Salim dan Nur Diayana ditangkap di sebuah hotel tiga bintang di Batu Feringghi April lalu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang sedang melakukan operasi pencegahan maksiat kira-kira jam 4 pagi.
Hakim Syarie, Mohammad Zamri Roslan membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie, Mohd Zulkhairi Aziz supaya semakan dan penggantungan yang dibuat mahkamah itu terhadap prosiding perbicaraan kes khalwat itu yang berjalan di mahkamah rendah dibatalkan.
Mohd Zulkhairi berkata, ia berikutan satu notis yang diterimanya daripada Salim pada 9 September lalu melalui peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan mereka sudah menarik balik semakan berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh serta peguam tidak hadir ke mahkamah semalam.
21 Jun lalu, Salim mengemukakan semakan itu setelah tidak berpuas hati keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya yang membenarkan perbicaraan kes khalwat diteruskan walaupun dia mempunyai kes lain di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Mohammad Zamri kemudian menetapkan semalam untuk mendengar hujahan Zainul Rijal dan Mohd Zulkhairi sebelum menentukan sama ada keputusan mahkamah rendah itu betul atau tidak mengikut undang-undang.
Beliau berkata, semakan yang ingin dibuat tertuduh ditarik balik dan dengan itu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk membatalkan semakan berkenaan.
Selain itu, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk membatalkan penggantungan yang dibuat oleh mahkamah ini terhadap prosiding perbicaraan di mahkamah rendah terhadap kedua-dua tertuduh.
“Oleh demikian, perbicaraan kes khalwat ini akan diteruskan,” katanya.
Mohd Zulkhairi kemudiannya memaklumkan bahawa pihaknya akan menulis surat kepada Mahkamah Rendah Syariah dalam waktu terdekat bagi mendapatkan tarikh perbicaraan kes itu.
Salim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27 (b) enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Zainul Rijal ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menghantar satu notis ke Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk memaklumkan penarikan dirinya daripada menjadi peguam bela Salim.
“Saya tidak akan menjadi peguam belanya lagi. Notis pemberitahuan saya hantar ke mahkamah hari ini (semalam),” katanya. -SH

kenapa perlu dibela org2 yg melakukan maksiat begini... sepatutnya peguam2 tak perlulah membela org2 yg ditangkap khalwat kerana telah sah mereka duduk berdua2an dalam bilik hotel... ingatlah wahai peguam2 syarie.. dgn membela mereka2 ini .. kamu akan dipersoalkan diakhirat kelak ...
BalasPadamSaya amat kenal dengan seorang lagi teman salim parlN ni, namanya hairani sahman .sudah berumur 50an dan bekerja di agensi kerajaan. Sudah lama mereka rapat melebihi sepuluh tahun anggaran saya, malangnya hairani yg mengharapkan ikatan dari salim amatlah tidak menyangka apabila khalwat ni tersiar. Nak dikatakan kesian tak juga dah tahu suami orang buat apa diusung hingga ke rumah.....moga jadi ajaran pada semua.
BalasPadam