16 Sep 2011

Jika Berita Ini Benar, Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Dibawa Ke Muka Pengadilan

PM Bangladesh akui rakyatnya dapat hak mengundi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu
.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. -KD

11 ulasan:

  1. Siapa yang berbohong,PM Bangladesh atau SPM?

    BalasPadam
  2. Buat laporan polis ramai2...kita tengok apa tindakan? ini dah melampau, dah smpai klimaks..perlu ada tindakan yg drastik,PR mesti tubuhkan jawatankuasa menangani masalah besar ni. Ini bukan saja memalukan negara bahkan boleh menghancurkan.

    BalasPadam
  3. Bagus2....kita tak pernah dijajah oleh british kata mereka....cuma sekarang ni kita ditakluk oleh immigran dari luar...satu malaysia(bangla+indonesia+myamar+mcm2 pun ada) apa nak jadi dgn generasi akan dtg?apa nak jadi ngan cucu cicit kita? siapa yang komunis sekarang ni siapa yang gadaikan negara disebbkan nafsu memerintah....LAKNATLAH KAMU wahai pemimpin zalim

    BalasPadam
  4. Sudahlah bumi ini banyak yang sudah tergadai yang masih bersisa sedikit ini pun mahu di jual lagi. Wahai pengikut UMNO korang tengoklah kerajaan pilihan korang! Anak cuvu kau dan anak cucu aku nanti akan menjadi pengemis di bumi sendiri.
    Perkara ini mesti dihalang. kalau PR menang mesti lakukan pemutihan keatas
    penyelewengan ini.
    Deris Kardi mana? Dulu kau buat lagi
    sekarang bagaimana?

    BalasPadam
  5. kes ini sudah serius.
    oh, senangnya rakyat asing menentukan kera-jaan kita.
    haramjadah punya bn/umno, jpn dan spr.
    nak jual negara ke?
    pr (pas, dap dan pkr) jangan leka.
    buat segera bersih 3.0 serentak seluruh negara.
    salah satu tuntutan, minta pbb campurtangan.
    menjadi pemerhati atau pun penyemak daftar pemilihan pengundi.
    kalau tak buat jangan haraplah pr berjaya ke putrajaya
    gua tak nampak cara lain boleh memberi kesan.

    - bambang wajadi.

    BalasPadam
  6. umno ni pemurah orgnya depa bkn nak jual negara tapi sedekah kat bangla dan indon.kan mulia sedekah

    BalasPadam
  7. Tumpang tanya GB...Kenapa saya tak jumpa statement PM Bangladesh pada link www.ngoab.gov.bd...boleh tak bagi link direct kepada statement tu?

    BalasPadam
  8. Ia telah dipadamkan dari lmanweb berkenaan berkemungkinan desakan dari pihak tertentu atau ia telah dihacked.

    BalasPadam
  9. pencacai umno/BN masih x percaya lg mrk akan kata ini semua fitnah pembangkang tp mrk juga lupa yg mrk jugak akan hancur dek pendatang jika pd masa tu baru nak menyesal apa guna lg nasi dah menjadi buburn sbb tu najib relaks aje sbb yakin PRU 13 ni umno/BN pasti menang krn ada nya pengundi dari pendatang jika di teliti sehalus2 nya siapa kah pengkhianat negara sebenar nya? lps ni PATI2 yg ada My Kad bila mrk sakit mrk boleh lah dapatkan rawatan di mana2 HOSPITAL KERAJAAN krn byrn nya sama spt rakyat tempatan kalau dulu mrk akan dikenakan byrn yg tinggi spt rakyat tempatan nak masuk hospital PAKAR...TUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA...TUBUHKAN SURUHANJAYA DI RAJA..JIKA TIADA KERJASAMA ANTARA 3 JABATAN YG TERLIBAT PERKARA NI TAK AKAN TERJADI..JIKA perkara ini benar saya sokong pendakwaan di buat ke atas KETUA SPR DAN TIMBALAN NYA krn menyalahgunakan kuasa dan Pengkhianat kpd Negara dan menderhaka kpd YDPA..tak heran lah jika satu hari nanti MALAYSIA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA REPUBLIK.

    BalasPadam
  10. Setahu saya, kebanyakan permohonan di jabatan sekarang nie telah menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya. Takkan semudah itu sistem ditipu. Mushkil..mushkil. Betul ke dgn dakwaan ini atau tohmahan semata. Minta pandangan..

    BalasPadam
  11. SELAIN DARI KES MCM NIE PIHAK PR KENA PANTAU PIHAK BERKUASA KERAJAAN SEPERTI POLIS YG ADA 2 IDENTITI....SATI IC BIASA (UNDI MCM RAKYAT BIASA)...SATU LAGI IC POLIS...(UNDI POS).

    JIKA TAK PANTAU...PRU 13 CONFIRM PR KALAH TERUK......PERCAYALAH!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.