14 Ogo 2011

Ugutan Keterlaluan: Polis Perlu Bertindak & Tangkap Ezam

Tsu Koon: Sikap Ezam ugut mahu bakar portal berita tidak boleh diterima

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh, tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.

“Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.

“Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya,”
katanya.

Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan Jais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai “ejen kepada pengkhianat Islam.”

“Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda,” katanya.

Dalam ucapannya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan “perang.”

Kata Ezam, “masalah besar” akan berlaku sekiranya kumpulan Kristian meneruskan kerja-kerja memurtadkan umat Islam walaupun perkara itu tidak dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Koh, dengan semangat 1 Malaysia semua pemimpin termasuk Ezam perlu menunjukkan sikap yang tidak bertentangan dengan prinsip itu.

“Rakyat Malaysia tahu komitmen dan amalan kita, 1 Malaysia yang ditonjolkan sepatutnya menunjukkan komitmen dan perpaduan.

“Dengan semangat 1 Malaysia, setiap pemimpin perlu bercakap dan bertindak dengan berdasarkan tanggungjawab dan menyelesaikan segala salah faham, kontroversi atau konflik bukan menyemarakkan lagi kemarahan,” katanya. -TMI


PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah'

Ancaman Senator Ezam Mohd Nor untuk membakar dua portal berita adalah "perbuatan jenayah” dan pihak polis serta peguam negara perlu bertindak segera ke atasnya, kata naib presiden PKR, N Surendran.

"Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

"Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain," kata Surendran dalam satu kenyataan petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ezam pada perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda,"
kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

"Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah."

Naib presiden PKR itu juga menggesa Umno bagi menghormati kebebasan rakyat bersuara dan ucapan seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Amat mengganggu bahawa seorang senator dari Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, mengancam untuk merusuh dan membakar pertubuhan media berita."

Ezam, bekas ahli PKR dan sekutu rapat ketua umum PKR Anwar Ibrahim, berpaling tadah dan menyertai semula Umno setelah pergeseran pahit dengan ketua pembangkang itu. -mk


Ulasan GB



Sebelum ini Ezam mencetuskan huru-hara di Pulau Pinang dengan mengepalai perarakan para perusuh yang bertindak ganas sehingga kumpulan ini memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Polis pada ketika itu hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Sesungguh memalukan negara mempunyai seorang senator sepertinya dan lebih menjelekkan apabila polis tidak bertindak untuk menahan dan menangkapnya.

Laporan sebelum ini:

[Bergambar] Dunia Saksikan, Bukan BERSIH Tetapi UMNO Pencetus & Peneraju Keganasan


11 ulasan:

  1. Wajarlah manusia seperti ini tidak kekal didalam Pakatan bermasalah besar jika ia tidak keluar beginilah hukum karma Allah tentukan dimana ia patut berkubang maka dalam Umnolah ia selayaknya berada disana yang paling malang tiada seorang pun berani mendakwanya waima Peguam Negara sekalipun jika ini yang dilakukan olih Umno rasis dan penuh sifat perkauman sekiranya ini yg dilakukan olih pimpinan pakatan sudah pasti hebuh diperkatakan hari2 bahkan berbulan2 ditv dan dada2 akhbar bagi mempastikan ianya dipenjara atau dimalukan inilah umno ternyata sebuah parti yg menghalalkan segala cara ...berselindung dengan isu agama sedangkan ramainya bangsa sendiri yang melanggar hukum Allah termasuk pemimpinnya dibiarkan ternyata sifat kemunafikannya menyulubungi parti mereka.

    BalasPadam
  2. Nak lihat polis bertindak tegas ke atas Ezam gilakhunzir....tunggu kucing bertanduk. Ezam memang layak berkubang dalam lendir hanyir umno

    BalasPadam
  3. mamat ni tengah dok cari publisiti kot2 dapat jadi calon pru13 nanti.

    BalasPadam
  4. Sudah jelas di UK kerja belia yg menganggur membakar sana sini tapi di M'sia kerja kumpulan senator Umno yg tak bertamadun ugut nak bakar premis.

    BalasPadam
  5. Nak pertahankan ugama Islam..tapi bersubahat dengan APCO( yahudi)... haha..makan kelilin..! Ezam..Ezam...!
    Iya laa.. cari makan..buat ja la apa yg di suruh..! huhu

    BalasPadam
  6. Biasalah tu, puak2 umno/songkok tinggi nih samseng taik kucing.

    BalasPadam
  7. " Zaman sekarang,cuba tunjukkan saya",Siapa yang masuk UMNO itu ikhlas"? Masuk kononnya nak permit, nak lesen, nak geran..Itu adalah kata-kata Ezam disetiap ceramahnya di era reformasi. Saya sering mengikuti ceramah-ceramahnya meskipun sudah 12 tahun berlalu. Bersumpah keramat dengan nama tuhan tidak akan menyertai UMNO. Tapi kini beliau sendiri berada dalam tong taik...segala ludahnya dijilat kembali..

    Apakah kini kita boleh mempercayai Mat Ezam kononnya nak membela Islam.? Beliau adalah manusia munafik dan bacul dalam dunia politik. Mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi untuk mencari populariti dalam dunia politik yang sudah usang

    BalasPadam
  8. Petanda PRU13 makin hampir. Ezam mengidam nak jadi wakil rakyat UMNO, maka sanggup buat apa saja. Kalau bertanding di Shah Alam, tentu kena lanyak dengan Khalid Samad!

    BalasPadam
  9. siapa berani tangkap nizam, selagi najib ada?

    BalasPadam
  10. setuju sangat dengan bro Martoiriot saya pun ada sama2 semasa sumpah keramat puak Izam bersama Lokman Adam yang haramjadah tu memang sifat kemunafikannya hanya layak bergelumang dalam parti songkok tinggi umno sepupu apcoyahudi tu

    BalasPadam
  11. Pihak polis wajar faham dan sadar orang macam Ezam dan Brahim Katak inilah yang akan mencetuskan rusuhan seperti diLondon.Grombolan bakar gereja dan kumpulan kepala lembu - semua talibarut UMNO ini akan membawa mala-petaka kepada negara.Kalau Polis tak bertindak memang nak cari nahas.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.