Saifuddin: Saya tidak setuju samakan Bersih 2.0 dengan rusuhan London
KAJANG, 13 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain baru-baru ini.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.
Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu.
“Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.
Semalam Najib langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.
Kata beliau, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman.
Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England.
Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama.
Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu.
Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman.
“Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan,” katanya.
Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa,” katanya.
Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu. -TMI

dia mmg tak lama dalam umno...
BalasPadamDatuk Saifuddin ni adalah diantara pemimpin UMNO yang cerdik dan peka.Mana nak sama "perhimpunan aman" dengan "rusuhan".Disinilah bezanya,Menteri yang bangang dengan orang terpelajar.Hishammuddin menyamakan rusuhan diLondon dengan Bersih.Sah dalam kabinet Najib ramai menteri bangang.Pepatah Inggeris ada kata "Birds of the same feather flock togather".Orang bangang jadi ketua orang bangang.
BalasPadamMalang sekali rakyat mempunyai menteri perdana dan menteri sepupunya yang mempunyai standard budak2 tadika kemas bila menyamakan himpunan bersih 2.0 seperti yang berlaku diBritan tapi tidak mustahil ia akan dan pasti berlaku jika umno berterusan tidak mempedulikan hasrat rakyat bila nanti rakyat ramai yang menggangur kerana negara padat dengan pendatang dari luar mengisi kekosongan pekerjaan dan bila berlaku piliharaya mereka ini diberi kerakyatan semata2 untuk pastikan Bn umno terus memerintah secara kotor dan tidak bermaruah bila membelakangkan rakyatnya sendiri maka tunggulah akan pasti berlaku apa yang kita lihat diBritan nanti... ini suara hati rakyat sebenar yang tidak ada kepentingan dalam mana2 politik.
BalasPadamDatuk memang berfikiran waras sejak dulu lagi. Ramai berpendapat bahawa kerjaya politik Datuk ada masa depan sekalipun tidak dengan UMNO yang berfikiran kolot di samping ramai tokoh-tokoh fanatik di dalamnya tu.
BalasPadammari kita sama2 susun strategi untuk naikkan datuk saifudin ganti hishamudin de gaga
BalasPadamMAT SABU, BILA NAK DEMO BERSIH LAGI, DAH JEMU HIDUP MENGANGGUR LEPAS KELUAR IPT NI...
BalasPadam