8 Jul 2011

Permit Diluluskan Untuk Himpunan BERSIH 2.0?

BERSIH: Polis beri permit himpun di Stadium Merdeka

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.

BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.

Katanya, BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

Sementara itu, Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi berkata beliau tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung dengan telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh. -mk

5 ulasan:

  1. Bukan ke permit dah ditarik balik?? ni latest news kat FB

    BalasPadam
  2. Tahniah!!! teruskan perjuangan, dulu lawan penjajah, sekarang lawan bangsa sendiri yang menindas rakyat

    BalasPadam
  3. Apa dah jadi dengan polis ni... tak tahu , tak paham , tak ada permit yang diluluskan sehingga 9 julai ni..nampak gaya masih tak bersih lagi kerja2 pak polisi kita ni. Sebab tulah BERSIH ini kena diteruskan juga sebab nak bersihkan semua kekotoran yang ada kat malaysia ini. Malaysia tanah air ku , nyaman , bersih dan berdaulat.

    BalasPadam
  4. JOM himpun ramai-ramai, pakai motor senang masuk KL, PKR kena jadikan motor pengangkutan utama, buat macam masa pilihanraya

    BalasPadam
  5. BERSIH kena sediakan banyak motor sebagai pengangkutan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.