8 Jul 2011

TERKINI: Permit BERSIH Tidak Diluluskan Pula

Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.

Sebelum ini menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, BERSIH 2.0 berkata mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

azlanBagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, BERSIH menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Katanya, ketika diminta ke balai polis, wakil itu telah tiga kali bertanya sama ada ia berkaitan dengan permit dan dijawapnya "ya".

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat ketika dihubungi berkata BERSIH 2.0 akan mengadakan sidang akhbar pada jam 5.30 petang ini.

4 ulasan:

  1. kira dah lulus tu, penjajah dulu pun tak lulus permit rakyat berhimpun menyuarakan kebenaran

    BalasPadam
  2. bila dah ada di KL, lulus atau tidak, memang pun dah ada di KL!!!

    BalasPadam
  3. Buat seperti yang dirancangkan....

    BalasPadam
  4. Permohonan permit sudah dibuat.Lulus atau tidak itu polis punya hal.Perhimpunan wajaditeruskan.Kalau banyak sangat road block,berhimpun aje kad road block tu,lebih baik dari dalam stadium.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.