Johor Bharu: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.
“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.
Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.
Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.
Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.
“Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.
“Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.
“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya. -hm
Berita sebelum ini (klik):

Polis dok sibuk dengan BERSIH. Sampai penjenayah buat hal pun dia orang tak tahu.
BalasPadamhish!!seram den
BalasPadamTERKINI!!:
VIDEO PERNIKAHAN TOMOK & AYU!!
91 NAMA DILARANG MASUK KL 9 JULAI!!
rakyat hidup tak aman, jenayah bertambah, makin takut nak keluar, bukan sebab BERSIH...jenayah...oh jenayah..siapa yang perintah malaysia sekarang????
BalasPadammasa ni la jenayah akan meningkat. baru2 ni jenayah ragut berleluasa di tempat saya...dan seperti biasa tiada tindakan dari pihak polis. Ingat dan sedarlah gaji polis dibayar oleh rakyat dan bukan najib. cubalah semua pak polisi renungi tugas hakiki anda. jgn sampai anak bini anda sendiri terlibat atau menjadi mangsa penjenayah.,,
BalasPadam