Pena bantah keputusan Putrajaya pinda kandungan Interlok
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.
Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.
“Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok.
“Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif.
“Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu.
“Bagi kami tiada unsur sensitif dalam novel Interlok, kenapa perlu buat pindaan?
“Selain itu adakah keputusan ini dibuat berdasarkan tuntutan masyarakat India keseluruhan atau MIC atau pihak tertentu? Isu ini jadi besar kerana ada pihak yang buat provokasi.
“Kita juga tidak tahu bagaimana keputusan ini dicapai, malah tiada tuntutan rasmi daripada masyarakat India yang mahu novel ini dipinda, jadi kita keliru bagaimana ia boleh dicapai,” katanya.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Novel itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. -TMI
Ulasan GB
TPM, Muhyiddin Yassin hilang integritinya apabila langkah penyelesaian yang dicadangkan ditolak oleh kedua-dua belah pihak.
Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan:
"Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau ‘menang-menang’ kepada semua pihak terbabit."
Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku gagasan dan cadangan Muhyiddin itu telah di tolak dan situasi kalah-kalah yang didapati dari cadangan Muhyiddin berkenaan.
p/s hari itu dapat pingat 3P (Penipu, Pendusta dan Pengkhianat), kini cadangannya ditolak oleh kedua-dua pihak di dalam isu INTERLOK. Sebelum ini, Muhyiddin menyokong kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Negara Islam dan hukum Islam. GB dah kata sebelum ini: Kutuk dan cacilah lagi hukum & negara Islam ... dan Allah akan bayar cash...

NGO India terima keputusan pinda, tetap tolak sekolah guna Interlok
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Pasukan Tindakan Interlok, badan informal yang mewakili masyarakat India, menyambut baik keputusan Putrajaya untuk meminda novel Interlok, tetapi menegaskan Kementerian Pelajaran harus menggantikannya dengan novel lain yang sesuai.
Badan bertindak itu masih berpendapat Interlok tidak sesuai untuk digunakan sebagai buku teks di sekolah.
“Kami menyambut baik keputusan kerajaan, tetapi pada masa yang sama kami mahu Interlok ditarik balik daripada digunakan di sekolah.
“Novel itu boleh kekal dijual di kedai-kedai buku . . . kami berpendirian bahawa ia tidak harus digunakan di sekolah kerana kandungannya tidak sesuai sama sekali,” kata ketua badan bertindak itu, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim.
Beliau berkata, pihaknya tidak meminta novel itu diharamkan tetapi hanya berpandangan ia tidak sesuai digunakan sebagai buku teks sekolah.
Kata beliau, pihaknya berpendapat novel lain yang difikirkan sesuai perlu digunakan sebagai pengganti sementara panel yang dibentuk untuk mengkaji bahagian-bahagian sensitif menyempurnakan tugas mereka.
Ketika ditanya sama ada pihaknya bersetuju jika Interlok digunakan sebaik sahaja bahagian-bahagian sensitif dipinda, Thasleem berkata, “kami tidak tahu bahagian mana yang hendak dipinda”.
“Sementara mereka hendak pinda, kita cadangkan agar Interlok digantikan dengan novel yang lain,” katanya.
Pasukan Tindakan Interlok itu mengambil pendirian tersebut susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Pasukan Tindakan Interlok merupakan salah satu daripada beberapa pihak mewakili masyarakat India menggesa Kementerian Pelajaran menarik balik novel itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.
Bagaimanapun keputusan itu tidak dipersetujui oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang mahu Interlok dikekalkan tanpa membuat sebarang pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.
“Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.-TMI
Ulasan GB
TPM, Muhyiddin Yassin hilang integritinya apabila langkah penyelesaian yang dicadangkan ditolak oleh kedua-dua belah pihak.
Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan:
"Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau ‘menang-menang’ kepada semua pihak terbabit."
Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku gagasan dan cadangan Muhyiddin itu telah di tolak dan situasi kalah-kalah yang didapati dari cadangan Muhyiddin berkenaan.
p/s hari itu dapat pingat 3P (Penipu, Pendusta dan Pengkhianat), kini cadangannya ditolak oleh kedua-dua pihak di dalam isu INTERLOK. Sebelum ini, Muhyiddin menyokong kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Negara Islam dan hukum Islam. GB dah kata sebelum ini: Kutuk dan cacilah lagi hukum & negara Islam ... dan Allah akan bayar cash...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.