5 Jan 2011

Akhirnya Rais Bersuara, Nafi Rogol Amah

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,

berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya. -mk

Ulasan GB

Sudah hampir sebulan isu ini meletup panas, hari ini baru Rais Yatim tampil.

Penafian Rais Yatim berlaku setelah laporan polis dibuat keatas hari ini oleh Solidariti Anak Muda Malaysia dan didesak oleh Ketua AMK untuk bersuara setelah beliau dilihat berdiam diri umpama belut bodoh.

Penafian boleh dibuat, tetapi rakyat tetap berpendapat siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kebenarannya.

Mahkamah yang sepatutnya yang menentukan samada Rais merogol atau pun tidak.

Jika Rais nak saman, saman WikiLeaks yang mendedahkan kesnya itu. Ada berani?

5 ulasan:

  1. Pendapat GB itu betul.Hampir sebulan itu macam-macam boleh dilakukan. DSAI apabila keluar sahaja fitnah, terus nafi dan saman. Perjalanan proses perbicaraan hal yang dipertuduhkan ke atasnya pun menjadikan kita ragu akan kebenaran pertuduhan itu...

    Haji Hadi, orang tohmah dia, dia terus nafi. Dia saman serta lawan. Akhirnya menang. Terbukti bersih dan benar. Baru ada kredibiliti penafian itu.

    BalasPadam
  2. anak yatim kluar kenyataan je kan???dia tak face to face ngan press kan??

    sebab per?? sebab dia takut mata jadi melilau cam pok jib...muka org menipu waktu bercakap memang bleh detect la....

    lagi1,kalo tanya banyak kali,soalan sama dan berulang,konfem jawapan akan bertukar jadi lain...tak konsisten...

    tak caya???try la wat kat anak yatim kita tu.....

    BalasPadam
  3. malaysia boleh..rais yatim bolehhh...boleh blahhh
    hampir sebulan mendiam diri...sudah hantar orang ke indon..untuk tutup mulut org yg kena rogol...berapa kos nye pak ???

    BalasPadam
  4. Pernah dengar kes Lingam tape's?

    "It sound like me, look like me but it's not me"

    Patutla la ni dah tak riuh pasai Wikileaks Anwar. Dah kena btg hidung depa.

    Sonyap la ko Jang...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.