Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.
"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner.
Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.
Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes “open verdict” di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.
Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu, lapor malaysiakini.
Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.
Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.
Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.
Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.
Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.
Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.
Keputusan koroner hari ini jelas hampir menyamai keputusan koroner di dalam inkues kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.
tamat kemaskini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.