12 Nov 2010

Projek MMC Gamuda Dihentikan Sehingga Ada Jaminan Bayar Pampasan Kerosakan Akibat Banjir

Henti projek MMC Gamuda: Tiada agenda politik

Kerja pembinaan landasan berkembar diarah dihentikan segera sementara menunggu jaminan daripada MMC Gamuda JV bahawa ia akan membayar pampasan kerosakan akibat banjir.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini berikutan dakwaan bahawa projek itu, yang bermula Januari 2008, telah memburukkan situasi banjir di Kedah.

Menurutnya, syarikat itu dikritik kuat oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

"Pulau Pinang memandang serius dakwaan dua pemimpin tersebut, seorang dari BN dan seorang lagi dari Pakatan Rakyat; Mereka belum menarik balik kenyataan mereka," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

Oleh itu, katanya, ia bukan lagi masalah politik tetapi pendapat dua pemimpin tersebut mengenai situasi berkenaan.

Kontrak pembinaan sistem berkembar sepanjang 329km yang bernilai RM12.84 bilion dari Padang Besar ke Ipoh, ditandatangani pada 2007.

Lim berkata arahan henti kerja itu akan ditarik balik apabila syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa ia akan menanggung semua kos kerugian akibat banjir di Pulau Pinang, seperti yang ia lakukan di Kedah.

"Ini untuk membela kehidupan rakyat kita, terutama mereka yang tinggal di tanah besar," tambahnya.

Beliau berharap satu pertemuan awal diadakan antara kerajaan negeri dengan wakil MMC Gamuda dan mahukan komitmen bertulis tanpa sebarang syarat.

Lim berkata, kerajaan negeri mahu syarikat berkenaan membuka landasan yang menyebabkan air hujan bertakung apabila banjir berlaku di negeri itu.

Menurutnya, situasi banjir kali ini adalah 'luar biasa', yang terburuk dalam sejarah banjir di Kedah, ekoran hujan lebat. -mk


Kedah dakwa landasan berkembar menjadi punca banjir

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri ini adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata semasa banjir besar lima tahun lalu, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk. “Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.

“Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda mengenai perkara ini supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera,” katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) telah pulih sepenuhnya.

“Bagi daerah Pokok Sena, bekalan air bertambah baik. Petang ini, kita akan menerima 10 lori tangki dan sebuah lori besar air minuman dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sembilan lori tangki daripada Lembaga Air Perak.
“Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai,” katanya.

Azizan berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan. -bernama



Projek Landasan Berkembar Memburukkan Situasi banjir Di Kedah - Chor

Keadaan banjir di Alor Setar telah menjadi bertambah buruk dengan landasan berkembar, demikian dinyatakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau menambah saliran air telah terganggu dengan kewujudan landasan berkenaan, dan sepatutnya pelan kontingensi untuk membenarkan air mengalir keluar telah dilakukan.

Chor menyatkan beliau telah memaklumkannya kepada Menteri Pengangukutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengenai hal tersebut.

Akibat dari saliran keluar air yang tersekat, kawasan yang tak mengalami banjir serius pada masa lalu kini turut tenggelam dengan beberapa kaki air, tambahnya, dengan mengambil contoh Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat dan Taman Malaysia.

Chor, yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, tinggal bersama keluarganya di Taman Lumba Kuda.

“Rumah saya sekrang ditenggelami air sedalam empat kaki. Kami dah duduk situ sejak 1985, dan ini kali pertama air memasuki ke dalam rumah. Memang ada banjir sebelum ini tetapi hanya jalanraya yang terlibat,” katanya.

Chor yang belum pulang ke rumahnya sejak Khamis lepas kerana melawati kawasan-kawasan yang ditenggelami air di tempat lain di samping memantau dan mengarahkan pasukan Bomba Dan Penyelamat di dalam kerja-kerja menyelamatkan mangsa banjir.

Beliau menyatakan saudara maranya terpaksa datang untuk menolong isterinya. -thestar


Ulasan GB

Tiadanya CSR (Corporate Social Responsibility) di pihak MMC Gamuda amat dikesalkan. Malah mereka cuba mengelak untuk memikul tanggungjawab yang telah menyebabkan rakyat Kedah sengsara dan menderita.

Mereka setakat ini, belum lagi diberitakan ada menghantar apa-apa bantuan kepada mangsa banjir.

Syarikat MMC Gamuda yang dianggotai oleh ahli lembaga pengarahnya seorang anak kerabat di raja tidak sepatutnya berlepas tangan di dalam menangani isu tanggungjawab sosial yang merupakan etika perniagaan yang wajib dilaksanakan dan bukan hanya mementingkan faktor pemaksimaan keuntungan semata-mata.


[Bergambar] David John, Pemain Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam

Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi. -harakahdaily












Ahli MBPJ Disaman Kerana Fitnah Menerusi Facebook

Lelaki dan tiga saudara disaman kerana didakwa fitnah menerusi Facebook

SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 Sept lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 Sept lepas.

Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.

Zalina berkata pernyataan-pernyataan oleh kesemua defendan telah menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zalina, yang turut hadir di mahkamah, juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya.-BERNAMA

Ulasan GB

Menarik sebagai satu berita. Apakah ia benar, atau gimik untuk manuktkan rakyat Malaysia menggunakan facebook atau apa.

Jadi PKR tolong siasat kebenaran perkara ini kerana nama PKR dibabitkan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 Sept lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 Sept lepas.

Mustaffa Terus Bertanding Walaupun Dalam Protes

Mustaffa Kamil Ayub, yang desakannya agar pemilihan diibatalkan dan diadakan semula proses yang baru semalam, memutuskan akan kekal dalam saingan jawatan timbalan presiden — yang pengundian buat hari keenam diteruskan pagi ini.

Pendirian itu diumumkan beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Mustaffa sebelum ini mengemukakan memorandum desakan itu atas alasan wujud kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi tempoh 2010-2013 tetap diteruskan walaupun ada gesaan daripada kalangan anggota parti supaya ia ditangguh atau dibatalkan.

Dr Cheah berkata pemilihan itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.

Selasa lalu, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata pembatalan dan perjalanan semula pemilihan di peringkat pusat adalah perlu kerana sehingga kini terdapat sebanyak 162 aduan telah dibuat terhadap kepincangan dan integriti JPP.

“Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan ahli dan kepimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku lantas mahu memboikot atau menarik diri dalam proses pemilihan atau memohon menangguhkan pemilihan parti.

“Namun demi kepentingan dan perjuangan parti jika pemilihan ini tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding jawatan timbalan presiden walaupun dalam protes.

“Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang menginginkan saya terus bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR,” kata Mustaffa.

Justeru, Mustaffa mengajak semua ahli parti supaya bersama dengan beliau untuk terus mempertahankan maruah parti itu.

“Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan maruah parti.

“Sesungguhnya saya merayu kepada semua ahli parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini.

“Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, ahli parti dan golongan reformis sebagai suara utama parti,” kata beliau.

Mustaffa juga berkata, beliau akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti.

Ketika ditanya sama ada bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan daripada pemilihan parti, Mustaffa berkata, “saya terima segala keputusan yang dibuat ahli sekiranya proses pemilihan berjalan dengan lancar dan adil.”

“Menang atau kalau itu tiada apa-apa bagi saya, saya akan terima keputusan yang dibuat selagi proses pemilihan berjalan dengan lancar, bersih dan adil.

“Saya sudah cuba yang terbaik, kini peluang untuk saya masih ada kerana masih banyak lagi ahli yang belum mengundi. Yang sudah mengundi seramai 10,000 ahli, akan mengundi 11,000 ahli dan yang belum mengundi ada lagi 25,000 ahli. Tiada apa yang mustahil dalam politik.

“Selain itu, penyokong Datuk Zaid Ibrahim (calon timbalan presiden PKR) juga sekarang memihak kepada saya. Terima kasih kepada mereka,” katanya.

Pada sidang media pagi ini, Mustaffa juga berkata dalam pertemuan dengan Dr Cheah semalam JPP telah merumuskan tiga komitmen utama dalam memastikan badan itu benar-benar bersih, bebas dan adil.

“JPP telah merumuskan muafakat tiga komitmen iaitu JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.

“JPP akan mewujudkan sebuah panel pemantau pakar bagi memantau tahap ketelusan dan intergriti JPP dalam pemilihan 2010.

“Ketiga, JPP akan melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan yang dibuat dalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan dan bantahan yang dikemukan sama ada di peringkat pemilihan cabang atau pusat.

“Malah Dr Molly Cheh juga berkata akan memecat mana-mana pegawai JPP yang berat sebelah,”
katanya.

Sehubungan itu, Mustaffa sekali lagi mendesak supaya JPP mengambil respons terhadap aduan dan bantahan yang diterima.

“Berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan politik nilai sebagai cagaran dan misi saya menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya menegaskan JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang diterima.

“JPP juga hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan parti,”
katanya.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR kini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mustaffa dan seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali selepas Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin keluar parti.

Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. -TMI

Ulasan GB

Selamat berjaya sekalipun GB tidak melihat potensi besar Mustaffa untuk meraih kejayaan.

Untuk menjadi Timbalan Presiden kena ada ketegasan. Ni baru dijanjikan JPP, dah mengendur, memang susah nak menang.

Ramai yakin telah berlaku proses "turnover" ke atas Mustaffa sebelum keputusan mahu meneruskan bertanding itu diumumkan. Ia berdasarkan maklumat twitter "orang itu".





Wanita Pertama Didakwa Guna Internet Jual Bahan Lucah

Bicara wanita jual bahan lucah 16 November

KLANG – Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari terhadap seorang pengurus pusat peranginan yang dituduh menggunakan Internet bagi meraih pendapatan menerusi penjualan kandungan bahan lucah.

Hakim Slamat Yahya berkata, perbicaraan itu akan bermula pada 16 dan 17 November tahun depan, selepas dimaklumkan pihak pendakwaan yang dokumen berkaitan diserahkan Maslina Hashim, 32.

Maslina adalah wanita yang pertama di negara ini dihadap ke mahkamah atas tuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Badius Zaman Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Maslina tidak diwakili peguam.

Dia didakwa menggunakan aplikasi Internet dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Perbuatannya itu dikesan Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Cyberjaya, Sepang, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, 23 Jun tahun lalu.

Maslina didakwa mengikut Seksyen 233 (2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh juga berdepan dengan denda RM1,000 bagi setiap hari untuk kesalahan sama yang diteruskan selepas disabitkan.

Pada 12 Oktober lalu, mahkamah membenarkan Maslina dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin. -Bernama




MAHKAMAH SESYEN JENAYAH KLANG

NO. KES JENAYAH: 63-128-10

PENDAKWA RAYA -LWN- MASLINA BINTI HASHIM


KORUM: HAKIM TUAN SLAMAT BIN YAHYA
TPR: BADIUS ZAMAN BIN HAJI AHMAD / PP EN.ZAIRULNAHAR BIN ZAKARIA
OKS HADIR SENDIRI

PERTUDUHAN:

Bahawa kamu pada 23 Jun 2009,jam l/kurang 5.30 petang di Aras 1, Jabatan Kawalselia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor, didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dengan alamat IP 60.48.170.110 di laman web http://3gpmelayu.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada Mohd Fitri Mydin. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3).

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dalam sebutan pada hari ini, OKS tidak mengaku bersalah dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM7,000/- dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan akan datang pada 11/11/10.

FAKTA KES

Pada 5 Januari 2009, Eneng Faridah Iskandar (Pengarah Jabatan Kawalselia Kandungan SKMM) telah membuat laporan kepada Jabatan Siasatan SKMM ke atas satu laman web http://3gpmelayu.com yang dikatakan mengandungi kandungan yang sumbang, lucah dan tidak menyenangkan.

Pada 23 Jun 2009, Mohd Fitri Mydin, pegawai SKMM menjadi agen provocateur setelah diarahkan untuk mendaftar di laman web http://3gpmelayu.com sebagai ahli VIP dengan bayaran RM 100 dan telah membuat pembayaran seperti arahan di dalam laman web tersebut melalui perbankan internet. Semasa proses pembayaran, beliau mendapati akaun tersebut dimiliki oleh Maslina Binti Hashim (OKS).

Setelah pembayaran dibuat, beliau kemudian mengisi borang permohonan VIP dalam laman web http://3gpmelayu.com dan menghantar permohonan tersebut secara ‘online’. Seterusnya beliau perlu menunggu email pengesahan dan telah diterima.

Siasatan mendapati URL http://3gpmelayu.com dengan ‘IP address’ IP 60.48.170.110 adalah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet daripada Pemberi Perkhidmatan Applikasi.

Pada 1 Julai 2009, serbuan dan sitaan telah dibuat oleh sepasukan pegawai dari SKMM bagi mendapatkan peralatan-peralatan komunikasi yang berkaitan dengan kes untuk dianalisa. Keputusan analisa dan laporan forensik menunjukkan terdapat kandungan imej dan video lucah dalam laman web http://3gpmelayu.com dan menunjukkan ianya ada digunakan untuk mengakses laman http://3gpmelayu.com dari akaun pentadbir yang dimiliki OKS.

Oleh yang demikian, OKS OKS adalah orang yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu telah menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dengan alamat IP 60.48.170.110 di laman web http://3gpmelayu.com dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) Akta yang sama.-

Cucumatkilau Akan Serah Memo Kepada Anwar

Blogger PKR hantar memorandum

KUANTAN – Blogger Pahang Daily, Shukri Mohd Ramli akan menghantar satu memorandum kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan membantah pemilihan PKR sehingga prosesnya lebih bersih dan telus.

Memorandum yang dipersetujui kira-kira 100 blogger pro PKR itu akan dihantar secepat mungkin bagi mendapatkan persetujuan semua pihak berhubung proses pemilihan parti berkenaan.

Shukri yang mendakwa memperjuangkan PKR sejak 11 tahun lalu melalui tulisannya di laman web Pahang Daily Online kecewa kerana masalah dalaman parti menjejaskan pemilihan itu.

“Sebagai pemerhati bebas dalam pilihan raya itu, ada pemimpin dalam parti itu yang sudah terbabit dalam politik wang, lobi melobi dan bergaduh untuk merebut jawatan penting,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar berkenaan perkara itu di sini, semalam.

Beliau berkata, pemilihan itu mesti ditangguhkan supaya tidak berhadapan dengan masalah besar membabitkan dua orang kuat parti itu iaitu Anwar dan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali.

“Sememangnya PKR wajar menangguhkan pemilihan dalam parti itu bagi mengelakkan tsunami yang boleh mencemarkan parti itu

“Saya lihat apa yang dituduh kepada Barisan Nasional sebelum ini sudah berlaku dalam Pemilihan 2010 PKR dan saya berpendapat proses itu juga gagal,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya Anwar lebih neutral apabila berlaku krisis dan tidak memihak kepada Azmin semata-mata.


Sebelum ini, katanya, Datuk Zaid Ibrahim sudah membuat teguran mengenai isu pemilihan itu sebelum pemilihan.

“Anwar tidak boleh menuduh Zaid dihantar oleh UMNO untuk menyiasat parti,” katanya.

Katanya, dalam tempoh bersama parti itu, Shukri mendakwa dia berjuang atas dasar percaya kepada pemimpin namun keadaan pemimpinnya yang masing-masing mempunyai impian memegang jawatan.

“Itu adalah kesilapan Anwar sendiri yang menguar-uarkan mahu menakluki Putrajaya menyebabkan masing-masing bermimpi mahu memegang jawatan dalam parti ini,” katanya.

Bercakap mengenai pendiriannya, beliau masih menerima pandangan rakan-rakan lain dalam parti dan akan membuat keputusan sama ada mahu terus bersama parti itu atau tidak mahu terikat dalam parti.

PKR kini dikatakan mengalami masalah dalaman parti selepas Zaid meminta Anwar dan Azmin berundur kerana didakwa menjadi punca masalah dalam parti. -SH

Sempat Ajar Mengucap

Langkawi: “Saya sempat beberapa kali mengajar penunggang motosikal itu mengucap sebelum dia menghembus nafas terakhir,” kata Ikhwan Jaafar, 32, saksi kejadian kemalangan menyebabkan dua beranak maut di persimpangan Kampung Yooi, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Zaman Zakaria, 17, dan ibunya, Halimah Mat, 53, maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Ikhwan, saksi paling awal tiba di tempat kejadian berkata, sebaik melihat kejadian itu, dia bergegas ke arah mangsa dan cuba membantu mereka.

“Pemuda itu masih nyawa-nyawa ikan ketika saya memangkunya dan mengajar mengucap sebelum dia meninggal dunia di pangkuan saya. Ibunya pula waktu itu sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dua beranak itu dalam perjalanan ke Hospital Langkawi (HL) dari rumah mereka di Kampung Padang Kandang, di sini, untuk menziarahi seorang saudara mereka yang sakit.

Kejadian berlaku apabila Zaman yang menunggang motosikal terbabit membelok ke simpang Kampung Yooi sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda itu.

Anak Halimah, Aishah Samat, 31, berkata setengah jam sebelum kejadian, ibu dan adik tirinya itu ada memberitahu mahu ke HL dengan menaiki motosikal untuk menziarahi seorang ahli keluarga mereka yang sedang sakit.

“Adik dan mak keluar rumah selepas solat Asar. Bagaimanapun, tidak lama selepas itu ada ahli keluarga menerima panggilan telefon dari seorang saksi mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya hanya nampak motosikal yang remuk dan diberitahu adik dan mak sudah meninggal dunia, manakala mayat mereka sudah dibawa ke HL,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Aishah berkata, kejadian itu berlaku di luar dugaan kerana adik bongsu dan ibunya ceria serta tidak menunjukkan sebarang tanda atau perubahan ketika keluar dari rumah petang kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Langkawi, Inspektor Mohd Radzi Abd Rahman berkata, dalam kejadian itu, motosikal mangsa datang dari arah Padang Matsirat menuju ke Ulu Melaka, manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki Zaman dan ibunya, Halimah dikatakan cuba membelok ke simpang Kampung Yooi lalu dirempuh kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu adalah seorang warga asing yang menetap dan bekerja di sini dan sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Trafik Langkawi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi polis trafik untuk membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. – hm

Pelajar Tkn 2 Ditangkap Dengan Pasangan Di Hotel

Pelajar berkhalwat

TAMPIN – Kerana sayang dan cinta, seorang pelajar tingkatan dua, salah sebuah sekolah di Daerah Tampin ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, yang juga pelajar tingkatan lima, dari Daerah Alor Gajah di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Sinar Harian difahamkan, usaha menangkap pasangan sekolah itu mengambil masa lebih dua jam apabila sepasukan kakitangan bahagian penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah dengan bantuan polis gagal memasuki bilik sewa mereka, seawal jam 8.50 pagi.

Menurut sumber, berikutan kedegilan pasangan pelajar terbabit yang berlanjutan sehingga jam 10.50 pagi, pasukan serbuan terpaksa menendang pintu untuk memecah masuk ke bilik sewa berkenaan.

“Bagaimanapun, pelajar lelaki terbabit akhirnya membuka pintu bilik hotel selepas hampir dua jam 15 minit, pasukan serbuan berusaha untuk masuk.

“Pelajar itu juga didapati masih mengenakan seluar sekolah berwarna hijau dan baju T berwarna coklat, sementara pasangannya dilihat dalam keadaan sugul dan terkejut dalam tandas. Dia berpakaian lengkap baju T dan seluar sukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. -SH

Zahid Hamidi Watak Tipikal Pemimpin Pro-Rasisma UMNO

MP tuntut gaji menteri pertahanan dipotong RM10

Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.

“Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu,” kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.

Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lau apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara.

Beliau mendedahkan rekruit berbangsa Cina dan India masing-masing hanya berjumlah 1.2 peratus daripada jumlah yang diterima sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Pembangkang yang tidak puas hati dengan kenyataan itu membidas Zahid yang didakwa mempersoalkan kesetiaan masyarakat bukan Melayu, manakala MCA pula mendakwa ada masalah dengan perkhidmatan ketenteraan yang menyebabkan golongan itu meminggirkan kerjaya di angkatan tentera.

Zahid semalam menjelaskan beliau tidak mempersoalkan kesetian masyarakat bukan Melayu dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah ada prasangka kaum dalam pengambilan anggotanya dan oleh itu tidak timbul persoalan bukan Melayu kurang semangat patriotisme.

Katanya rakyat daripada semua kaum boleh menyertai ATM dan berpeluang menyandang jawatan berpangkat tinggi.

"Sebagai buktinya, ada beberapa Jeneral dalam Tentera Darat, dua Jeneral dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu Jeneral dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kalangan bukan Melayu pada masa ini," katanya.


Cina, India kurang patriotik kata menteri pertahanan

Jumlah masyarakat Cina dan India yang rendah menganggotai angkatan tentera negara ini mungkin kerana kurangnya “semangat patriotisme”, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat semasa sesi soal jawap apabila menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Mohd Jidin Shafee(BN - Setiu).

Mohd Jidin meminta perangkaan rekruit terbaru tentera sejak dua btahun kebelakangan ini dan pecahan jumlah itu mengikut bangsa.

Beliau juga ingin tahu punca atau sebab di sebalik kekurangan bangsa-bangsa tertentu menganggotai Angkatan Tentera Malaysia.

Zahid berkata 9,054 pegawai dan anggota lain-lain pangkat diserapkan ke ATM sejak dua tahun lalu, berbanding 14,749 yang direkrut pada 2006 hingga 2008.

Sepanjang 2008 hingga 2009, - 8,151 daripada mereka yang direkrut itu atau 90 peratus adalah Melayu, 26 orang atau 0.29 peratus adalah Cina, 82 orang atau 0.91 peratus India manakala 795 atau 8.8 peratus adalah bangsa-bangsa lain termasuk kalangan bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

“Kementerian mendapati pembabitan bukan Melayu, khususnya di kalangan masyarakat Cina dan India di bawah tahap yang memuaskan.”

Selain kekurangan “semangat patriotik”, Zahid berkata ia juga mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain.

“Mungkin kerana takut disiplin ketenteraan yang ketat, gaji yang rendah berbanding swasta atau tiada galakan daripada keluarga,” kata Zahid.

Dilabel pengecut

Beliau juga berkata ia mungkin disebabkan kekurangan sokongan daripada masyarakat berkenaan sendiri ataupun tanggapan negatif terhadap ATM.

Namun kata Zahid, yang juga adalah ahli parlimen Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah meletakkan kuota untuk ATM dan semua pengambilan rekrut baru dibuat berdasarkan kelayakan, minat dan juga secara sukarela.

Tidak puas hati dengan jawapan Zahid itu, ahli parlimen DAP yang mewakili Ipoh Barat DAP M Kulasegaran bangkit membuat bantahan menurut Peraturan Dewan 36(10)(c).

Kulasegaran menuntut menteri itu memohon maaf berhubung kenyataannya bahawa bukan Melayu kurang semangat patrotik punca mereka kurang minat menganggotai angkatan tentera.

Oleh kerana Zahid telah meninggalkan Dewan Rakyat ketika itu, Kulasegaran melabelkan menteri itu sebagai 'pengecut' meskipun sebelum itu telah dimaklumkan supaya terus berada di parlimen.

Namun sebaliknya, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengarahkan Zahid untuk menarik balik kata-katanya tetapi menegur Kulasegaran kerana mengeluarkan kata-kata yang dianggap tidak sesuai, iaitu perkataan “pengecut”.

Sementara itu, beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat pada sidang media kemudian berkata kenyataan Zahid itu rasis, tidak berasas dan menyinggung perasaan bukan Melayu.

"Saya terkejut dan terluka apabila 'tidak patriotik' tersenarai sebagai faktor kenapa bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera.

"Kenyataan itu tidak boleh diterima seolah-olah bukan Melayu ini tidak setia kepada negara," kata Kulasegaran.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (PAS-Bukit Gantang) pula berpendapat, kemungkinan bukan Melayu kurang minat menyertai tentera kerana sering berlaku penyelewengan dalam pasukan itu termasuk kes kehilangan dua enjin jet kapal terbang.

"Kenyataan itu bertentangan dengan 1Malaysia. Saya rasa mereka yang bukan Melayu ini tidak mahu terjebak dengan penyelewengan yang berlaku dalam tentera," katanya.

Bagi Khalid Samad (PAS- Shah Alam) pula, beliau yakin bukan Melayu tidak berminat menyertai tentera kerana tidak mahu dipergunakan untuk kepentingan politik Umno. -mk


Ulasan GB

Ringkas saja. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Ahmad Zahid sebenarnya bukan saja tidak layak lansung untuk menjadi menteri kabinet, malah ahli parlimen sekalipun. Inilah contoh perwatakan pro-rasis seorang pemimpin kanan UMNO.

Langkah PKR Ingin Ketengahkan Calon Umur 20an & 30an Dipertikai

Anwar: Pembangkang meletakkan calon muka baru dan muda pada PRU-13

SINGAPURA, 11 Nov – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beribu pejabat di Malaysia bercadang meletakkan muka baru dan muda sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-13 negara itu akan datang.

Pemimpin umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini adalah strategi terbaik parti itu yang akan dilakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dipercayai diadakan tidak lama lagi.

Pilihan raya umum ke-13 Malaysia mestilah diadakan pada 2013 atau sebelum 2013.

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) di sini hari ini, beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.

Anwar berkata ini adalah selaras dengan jolokan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.

Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.

Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 Nov lepas.

Beliau yang juga ketua pembangkang berkata campuran pembangkang, terdiri daripada PKR, PAS dan DAP, akan bermesyuarat selepas Hari Raya Haji untuk mengkaji semula keseluruhan program dan strateginya dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mengenai dakwaan bekas calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkaitan penipuan dalam pemilihan parti, Anwar berkata beliau tidak terbabit dengan pemilihan itu dan menggesa Zaid mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan parti.

Anwar juga membidas beberapa media Malaysia seperti TV3 dan Utusan serta pemimpin Umno yang menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu bahawa negara ini akan diperintah oleh bukan Melayu jika pembangkang mengambil alih kerajaan. – Bernama


Ulasan GB

Pertama: Apakah logik hendak memilih pemimpin dari kalangan usia 20an dan 30an hanya menyandarkan kepada matlamat untuk menarik pengundi?

Pemimpin semuda usia berkenaan sekalipun sudah akil baligh, apakah sudah cukup bekalan untuk memikul amanah? Sedang Nabi juga hanya seusia 40 tahu baru menerima wahyunya daripada Jibrail?

Umar Al-Khattab sewaktu dinamakan sebagai Khalifah oleh Saidina Abu Bakar telah menyerahkan kembali jawatan itu kepada Abu Bakar dengan kata-katanya: "Engkau selalu bersama Rasulullah dan engkau lebih tua daripadaku". Menunjukkan faktor umur juga adalah kriteria penting di dalam pemilihan/perlantikan pemimpin. Jika orang muda dipertimbangkan, tentulah Saidina Ali wajar diangkat terlebih dahulu kerana Saidina Ali lebih awal memeluk Islam. Namun Saidina Ali masa itu masih muda belia dan masih banyak yang perlu dipelajari di dalam keidupan.

Usia yang muda belia masih terhambat dengan pelbagai ujian duniawi sedangkan situa juga yang telah bertahun-tahun hidup di atas dunia tunggang terbalik menerima ujian duniawi inikan pula mereka yang berumur 20an dan 30an.

Memerintah negara bukan seperti untuk menjadi Pengawas Sekolah atau AJK Perwakilan Pelajar. Ia merupakan satu bebenan amanah dari Allah s.w.t. Apakah kerana melihat ramainya pemimpin yang telah berumur kemudian tak mendengar katanya lalu hendak digantikan dengan mereka yang berumur 20an & 30an supaya mereka itu patuh dan akur?

Abu Dzar juga menuturkan bahwa dia berkata kepada Rasulullah Saw:
"Wahai Rasulullah, tidakkan engkau mengangkatku menjadi pemimpin? Kemudian Rasulullah saw berkata : "Wahai Abu Dzar, kamu adalah orang yang lemah, dan sesungguhnya jabatan ini adalah amanah, dan pada hari pembalasan akan menjadi kehinaan dan sesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya sesuai dengan haknya dan menunaikan kewajiban dalam kepemimpinannya. [HR. Muslim].

Kuat dan lemah yang dimaksud dalam hadits ini adalah kekuatan keperibadian(saksiyyah), yakni pola berfikir (aqliyyah) dan pola jiwanya (nafsiyyah).

Kedua-dua pola tersebut tidak mungkin dapat digarap dan dikesan seandainya seseorang itu masih muda belia.

Malah untuk menjadi seorang imam sekalipun menurut satu hadith faktor "umur" juga terhitung pentingnya, jangankan lagi seorang pemimpin masyarakat.

Dari Ibnu Mas'ud Al Ansari berkata, telah bersabda Nabi Muhammad saw "Jadi Imam akan satu kaum oleh orang yang lebih baik bacaannya dengan kitab Allah, maka jika ada mereka itu persamaan didalam bacaan, maka yang lebih alim dari mereka itu dengan sunnah, jika ada persamaan didalam sunnah, maka yang lebih dahulu hijrah mereka, jika ada persamaan didalam hijrah, maka yang lebih tua dari umur mereka, dan jangan menjadi Imam didalam pemerintahannya [di rumah orang], dan jangan duduk ditempat duduknya didalam rumahnya melainkan dengan izinnya"

Riwayat Tirmizi - Hadis Hassan Sahih.


Kanak-kanak 4 Tahun Nyaris Dilarikan Warga Asing

Didekati lelaki asing

KUALA LUMPUR: “Ketika sedar cucu tiada dalam kereta, saya panik dan berusaha mencarinya di sekitar kawasan flat sehingga petang, namun gagal dan saya juga pengsan akibat terlalu risau berikutan menghidap penyakit asma,” kata Hashim Ali, 56, datuk kanak-kanak yang dilaporkan ditemui ketika bersendirian menaiki bas ke ibu kota, tengah hari kelmarin.

Beliau berkata, sebelum kejadian, cucunya Mohd Amin Rozi, 4, mengikutnya mencuci kereta di kawasan rumah mereka di flat Sri Sabah, Cheras dan selepas penat bermain, cucunya itu dibiarkan tidur dalam kereta.

“Saya meneruskan mencuci kereta dan sebaik selesai, saya mendapati Amin tiada. Memang saya langsung tidak sedar bila dia keluar dan menyangka dia bermain di kawasan sekitar.

“Puas saya cari, tetapi tidak jumpa dan saya maklumkan kepada isteri mengenai kehilangan cucu saya itu. Dia kemudian menelefon anak perempuan kami iaitu ibu kepada Amin yang ketika kejadian sedang bertugas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Hulu sebagai tukang cuci,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras, ketika mengambil cucunya petang semalam.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana cucunya itu selamat dan berterima kasih kepada semua pihak terutama penumpang bas yang menemui Amin.

Menurutnya, sejak dari bayi lagi, dia dan isteri menjaga Amin apabila anak perempuannya Nor Haslinda, 23, keluar bekerja.

Dia berkata, sebelum ini Amin tidak pernah menghilangkan diri dan kejadian itu benar-benar membuatkan mereka sekeluarga panik.

Nor Haslinda yang turut hadir menjemput anak tunggalnya pula berkata, ketika melihat gambar anak dalam surat khabar pagi semalam, dia menangis kerana terlalu bimbangkan anak dan dalam masa sama bersyukur anaknya selamat.

Dia yang bercerai kira-kira tiga tahun lalu tinggal bersama ibu bapanya dan terpaksa meninggalkan anak ketika keluar bekerja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Pihaknya juga sudah meneliti dokumen yang dikemukakan.

“Kami nasihatkan supaya mereka lebih berhati-hati selepas ini supaya tidak lagi terjadi kejadian seperti ini. Nasib baik, individu yang menemui kanak-kanak itu adalah seorang masyarakat prihatin dan melaporkannya kepada polis, jika sebaliknya mungkin perkara lebih buruk boleh berlaku.

“Sijil penghargaan juga kami berikan kepada penyelia hotel, Nur Asyikin Ruji, 40, penumpang bas yang menemui kanak-kanak terbabit kerana memaklumkan kepada polis mengenai penemuan budak itu,” katanya.

Nur Asyikin berkata, dia melihat kanak-kanak itu menaiki bas di kawasan flat Sri Sabah bersama beberapa remaja lain dan sebaik berada dalam bas, dia perhatikan Amin bermain dengan bertukar-tukar tempat duduk.

“Saya lihat tiada orang dewasa yang jaga kanak-kanak itu dan pada masa sama terdapat seorang lelaki warga asing cuba untuk memegangnya.

“Bimbang keselamatan kanak-kanak itu, saya terus memegangnya sebelum menelefon polis dan membuat laporan di pondok polis berhampiran sebaik turun di pusat beli-belah Kotaraya,” katanya.

Harian Metro semalam, melaporkan seorang kanak-kanak ditemui bersendirian menaiki bas yang menuju ibu kota sebelum seorang penumpang menjaga serta menyerahkannya kepada pihak polis. -hm foto:kosmo

Maruah PKR Ke Tong Najis Bila Pemilihan Diteruskan

Sah, PKR tidak tangguh pemilihan walaupun aduan banyak, kata pengerusi JPP

PETALING JAYA, 11 Nov – Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan.

Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

“Ya, ia hasil mesyuarat Biro Politik, dan diputuskan pemilihan tidak akan ditangguhkan, akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dan diputuskan sebelum ini,” kata Dr Cheah.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin.

Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.

Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP.

“Ada masanya kita kena amalkan (prinsip) ambil dan beri, saya akan umumkan pada sidang media esok,” kata Pengerusi PKR Perak ini.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan keputusan itu, Mustaffa yang kini merupakan Naib Presiden PKR berkata: “Ya, puas hati.”

Mustaffa berkata pertemuan dengan Dr Cheah berlangsung kira-kira sejam.

Ketika ditanya sama ada Mustaffa diberikan sebarang tempoh untuk mengemukakan bukti dan penjelasan yang diminta, Dr Cheah berkata beliau berharap ia akan dikemukakan dalam waktu terdekat.

Ditanya hujung minggu ini, kata beliau, “ya, saya harap beliau akan kemukakan dengan segera.”

Dr Cheah juga yakin pemilihan membabitkan baki cabang mulai esok akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada masalah besar setakat.

Dalam laporan pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan, Biro Politik PKR yang mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.

The Malaysian Insider difahamkan mesyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

Memorandum yang diserahkan oleh Mustaffa menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam - tempoh yang akan berakhir petang ini.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu.

Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti.

Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.

Dr Cheah yang dipetik Bernama menyebut, pemilihan parti tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.

“Orang kena faham, untuk membuat sesuatu keputusan ia perlu ambil masa, setiap aduan kita perlu teliti dahulu,” katanya.

Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.

Esok, sebanyak 12 cabang akan mengadakan pemilihan iaitu empat di Kelantan dan lapan lagi di Kedah dan 41 lagi pada Sabtu ini.

Ulasan GB

Cukup degil. Walaupun Saifuddin yang sebelum ini begitu galak buat kenyataan untuk Pemilihan telah berdiam diri, ternyata Presiden dan Pengerusi JPP, Molly Cheah pula tak tahu impak apabila pemilihan diteruskan.

Azmin akan menang, tapi menang dengan maruahnya sebusuk tong najis. Demikian juga maruah PKR sendiri.

Ini kerana sekalipun bukti-bukti sukar untuk diperolehi untuk membuktikan wujudnya penipuan (kerana keseluruhan pemilihan sebelum ini dikawal ketat oleh pimpinan tertinggi yang antara lain untuk mempastikan tiada bukti dapat dikesan - sama macam kes Sosilawati jugak) tetapi satu dunia dah tahu PENIPUAN memang wujud.

Baca ni:


Many of them, including women, from Penang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negri Sembilan, Malacca, Johor and Pahang did not mince their words when they criticised the PKR leadership and its central election committee (CEC) for the current state of affairs.

Although they did not mention names, they were clearly expressing their frustration at Anwar for keeping quiet over questionable practices in some divisions such Libaran, Sabah, and a few other places.

It was highlighted in the online media that the voter turnout for Libaran was fewer than 100 members. But the official result showed Azmin obtained 881 votes, Mustafa Kamil Ayub (the other contestant) eight and Zaid six.

A youth leader from Perak highlighted the discrepancies in the number of ballot papers printed and the actual membership of a division. “Why was it that in some divisions only 15% of the ballot papers were printed when the actual numbers of members could be higher?

"But in Libaran about 900 ballot papers were printed but how did the CEC know in advance that there would be a high voter turnout?” he asked
.