Mustaffa Kamil Ayub, yang desakannya agar pemilihan diibatalkan dan diadakan semula proses yang baru semalam, memutuskan akan kekal dalam saingan jawatan timbalan presiden — yang pengundian buat hari keenam diteruskan pagi ini.
Pendirian itu diumumkan beliau pada sidang media di sini pagi tadi.
Mustaffa sebelum ini mengemukakan memorandum desakan itu atas alasan wujud kecacatan dan kepincangan dalam proses pemilihan.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi tempoh 2010-2013 tetap diteruskan walaupun ada gesaan daripada kalangan anggota parti supaya ia ditangguh atau dibatalkan.
Dr Cheah berkata pemilihan itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan.
Selasa lalu, Mustaffa yang juga Pengerusi PKR Perak berkata pembatalan dan perjalanan semula pemilihan di peringkat pusat adalah perlu kerana sehingga kini terdapat sebanyak 162 aduan telah dibuat terhadap kepincangan dan integriti JPP.
“Sememangnya saya amat memahami rintihan dan keluhan ahli dan kepimpinan akar umbi mengenai masalah yang berbangkit serta ketidakpuasan hati yang berlaku lantas mahu memboikot atau menarik diri dalam proses pemilihan atau memohon menangguhkan pemilihan parti.
“Namun demi kepentingan dan perjuangan parti jika pemilihan ini tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding jawatan timbalan presiden walaupun dalam protes.
“Tindakan ini juga sebagai menghormati pandangan dan keyakinan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang menginginkan saya terus bertanding bagi jawatan timbalan presiden PKR,” kata Mustaffa.
Justeru, Mustaffa mengajak semua ahli parti supaya bersama dengan beliau untuk terus mempertahankan maruah parti itu.
“Saya dengan penuh komitmen mengajak semua anggota parti bersama dengan saya mempertahankan maruah parti.
“Sesungguhnya saya merayu kepada semua ahli parti yang mengundi nanti supaya memberikan saya peluang untuk memenuhi harapan rakyat ini.
“Sekiranya saya diberi peluang, saya akan melaksanakan polisi rakyat dalam parti dengan mengangkat semula suara rakyat akar umbi, ahli parti dan golongan reformis sebagai suara utama parti,” kata beliau.
Mustaffa juga berkata, beliau akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti serta menolak politik fitnah dan politik wang dalam parti.
Ketika ditanya sama ada bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan daripada pemilihan parti, Mustaffa berkata, “saya terima segala keputusan yang dibuat ahli sekiranya proses pemilihan berjalan dengan lancar dan adil.”
“Menang atau kalau itu tiada apa-apa bagi saya, saya akan terima keputusan yang dibuat selagi proses pemilihan berjalan dengan lancar, bersih dan adil.
“Saya sudah cuba yang terbaik, kini peluang untuk saya masih ada kerana masih banyak lagi ahli yang belum mengundi. Yang sudah mengundi seramai 10,000 ahli, akan mengundi 11,000 ahli dan yang belum mengundi ada lagi 25,000 ahli. Tiada apa yang mustahil dalam politik.
“Selain itu, penyokong Datuk Zaid Ibrahim (calon timbalan presiden PKR) juga sekarang memihak kepada saya. Terima kasih kepada mereka,” katanya.
Pada sidang media pagi ini, Mustaffa juga berkata dalam pertemuan dengan Dr Cheah semalam JPP telah merumuskan tiga komitmen utama dalam memastikan badan itu benar-benar bersih, bebas dan adil.
“JPP telah merumuskan muafakat tiga komitmen iaitu JPP akan diangkat sebagai sebuah badan yang benar-benar berautonomi.
“JPP akan mewujudkan sebuah panel pemantau pakar bagi memantau tahap ketelusan dan intergriti JPP dalam pemilihan 2010.
“Ketiga, JPP akan melaksanakan tindakan-tindakan berdasarkan cadangan yang dibuat dalam memorandum terutamanya mengenai pengendalian aduan dan bantahan yang dikemukan sama ada di peringkat pemilihan cabang atau pusat.
“Malah Dr Molly Cheh juga berkata akan memecat mana-mana pegawai JPP yang berat sebelah,” katanya.
Sehubungan itu, Mustaffa sekali lagi mendesak supaya JPP mengambil respons terhadap aduan dan bantahan yang diterima.
“Berasaskan kepada situasi serta bersesuaian dengan politik nilai sebagai cagaran dan misi saya menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya menegaskan JPP hendaklah segera meneliti dan membuat semakan terhadap aduan dan bantahan yang diterima.
“JPP juga hendaklah menjalankan siasatan terhadap ketidakadilan, ketidaktelusan yang berlaku sejak pemilihan parti,” katanya.
Perebutan jawatan timbalan presiden PKR kini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Mustaffa dan seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali selepas Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.
Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin keluar parti.
Pemilihan pusat yang berlangsung pada 29 Oktober lepas dan akan berakhir 21 November ini melibatkan sebanyak 218 cabang. Ia disusuli dengan Kongres Nasional Tahunan PKR selama tiga hari mulai 26 November di Dewan Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. -TMI
Ulasan GB
Selamat berjaya sekalipun GB tidak melihat potensi besar Mustaffa untuk meraih kejayaan.
Untuk menjadi Timbalan Presiden kena ada ketegasan. Ni baru dijanjikan JPP, dah mengendur, memang susah nak menang.
Ramai yakin telah berlaku proses "turnover" ke atas Mustaffa sebelum keputusan mahu meneruskan bertanding itu diumumkan. Ia berdasarkan maklumat twitter "orang itu".

kena warning ke dlm pertemuan semlm? jgn kata tak buat U-Turn tapi turn right mcm calon AMK kita tu...
BalasPadambaru masuk PKR terus nak jadi pemimpin utama, apa agenda sebenarnya????
BalasPadamkali ni UMNO tak perlu upah sesiapa menjahanamkan PKR, ramai yang merelakan diri, macam iblis tak perlu bantu orang mabuk buat maksiat, akal sudah tak berguna lagi....
BalasPadamOK. Itu tindakan bijak. Parti lebih utama berbanding kepentingan peribadi. Wa tabik lu. Kalah tak pe. Janji bertanding.
BalasPadamMustafa Kamil ni acah aje.Terus bertanding dengan protes apa benda? Kalau protes,jangan bertandinglah.Beri Azmin kemenangan percuma,nak tengok sama ada Azmin megah dan rasa hebat menang cara begini.Itu baru politik.Ada kalanya,kaedah cara ini lebih berkesan dari protes.
BalasPadamYang menjahanamkan PKR ialah konspirasi Anwar, Saifuddin dan Azmin.
BalasPadamKetiga-tiga kesialan ini adalah perosak besar PKR & PR.