12 Nov 2010

Ahli MBPJ Disaman Kerana Fitnah Menerusi Facebook

Lelaki dan tiga saudara disaman kerana didakwa fitnah menerusi Facebook

SHAH ALAM - Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 Sept lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 Sept lepas.

Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.

Zalina berkata pernyataan-pernyataan oleh kesemua defendan telah menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya telah dicemari.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun serta relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zalina, yang turut hadir di mahkamah, juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang serupa terhadap dirinya.-BERNAMA

Ulasan GB

Menarik sebagai satu berita. Apakah ia benar, atau gimik untuk manuktkan rakyat Malaysia menggunakan facebook atau apa.

Jadi PKR tolong siasat kebenaran perkara ini kerana nama PKR dibabitkan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang "ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik ahli majlis PKR itu pada 28 Sept lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 Sept lepas.

2 ulasan:

  1. sdra GB,

    Facebook ini banyak menimbulkan keburukan dari kebaikan...kalau di opis, 90% berfacebook...kalau ianya dibuat untuk menakutkan rakyat malaysia pun, tak apa..biarkan..x rugi apa2 pun..

    Dulu mamat ugut nak bunuh TGNA pun dalam Facebook.

    Bini orang dok curang pun hasil facebook.

    Jadi tak perlu facebook..banyak lagi benda lain yg lebih berfaedah dalam dunia ICT

    BalasPadam
  2. FB banyak baiknya tetapi yang malangnya ialah penggunanya suka menggunakannya ke arah maksiat.... Ibu bapa perlu pantau kegiatan anak-anak di FB. ( Tapi ramai ibu bapa yang tak tau FB..... tugas sapa pulak ? )

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.