Tarbiah agenda paling penting jemaah Islam
MARANG, 3 Okt: Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 berakhir hari ini dengan enam deklarasi.
Enam deklarasi itu disampaikan Timbalan Ketua DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani, selaku pengarah program.
Deklarasi itu antaranya ialah DPPP bertekad untuk memperkasakan tarbiah di kalangan pemuda.
"Pemuda mesti memahami semua peringkat tarbiah dalam parti kerana tarbiah merupakan agenda yang paling penting dalam jemaah Islam," kata Azman di majlis penutup ijtima' di Masjid Rusila.
Majlis penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Mesir dari Ikhwan Muslimin, Sheikh Al-Syed Abdul Mas’ud Mohamed Asqar.
DPPP turut bersetuju untuk mengukuhkan program usram sebagai asas kepada segala gerak kerja parti.
Selain itu, program ijtima' akan dijadikan sebagai program tahunan DPPP sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan tarbiah di kalangan pemuda di semua peringkat.
DPPP turut mengulangi pendirian mereka sebelum ini untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan ulama yang merupakan tunjang kepada PAS yang memperjuangkan Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Menurut Azman juga, DPPP berazam untuk membina sahsiah dalam diri setiap pemuda dengan mendalami segala ilmu pengetahuan merangkumi ilmu dunia dan juga ilmu akhirat.
Selain itu, DPPP akan menjadikan tarbiah merentasi tanzim iaitu semua gerak kerja parti adalah berorentasikan tarbiah bagi mengukuhkan kekuatan dalaman setiap ahli.
Azman dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada semua pemuda dan pemudi yang berjaya menghadirkan diri sehingga ke akhir program berkenaan.
Kehadiran peserta yang mencecah 5,000 orang disifatkan sebagai kejayaan awal DPPP dalam memobilisasi seluruh pemuda ke setiap program dan gerak kerja.
"Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir dan istiqamah sehingga berakhirnya program.
"Kehadiran peserta ternyata melebihi jumlah yang kita sasarkan dan ini menunjukkan kejayaan awal DPPP dalam menganjurkan program sebegini," katanya.
Beliau turut memberitahu, ijtima' pemuda pada tahun hadapan akan diadakan di Pulau Melaka, Kelantan.
Ulasan GB
GB telah mengulas mengenai Ijtima' Tarbawi itu di SINI.
Persepsi negatif yang timbul dari segi jawatankuasa penganjur Ijtima' berkenaan berkisar kepada pimpinan yang dilihat dijemput hanya mereka yang dikaitkan dengan gagasan kerajaan perpaduan.
Itu Pemuda punya agenda. GB tak mahu sentuh. Ia perlu diperbaiki di masa muka sebelum nanti menjadi barah yang kronik menyerang jemaah.
Tetapi soal tarbiah yang diberikan penekanan di dalam Ijtima', izinkan GB untuk mengutarakan saranan supaya kurikulum tarbiah yang henk dilaksanakan benar-benar dapat melahirkan petugas yang mampu menggalas cita-cita perjuangan.
Selain daripada aktiviti-aktiviti konvensional seperti usrah yang di dalamnya terkandung pengisian seperti membaiki bacaan Al-quran, pemahaman kitab-kitab haraki, perbincangan isu semasa, namun bagi GB, ruang lingkup tarbiyah hendaklah dibuka dimensinya dengan mengambil-kira aspek fizikal selain dari aspek pembangunan rohaniah dan aqliah. Corak usrah yang dilakukan kini terlalu rigid dan terlalu semalam.
Maksud GB di sini ialah perlu diwujudkan aktiviti baru yang menjurus kepada pemupukan kerjasama, ketabahan, keyakinan diri, serta ketahanan mental dan fizikal.
Antara aktiviti yang GB maksudkan termasuklah seperti ’Flying Fox’ yang menghendaki para peserta menyeberangi arus sungai yang deras dengan menggunakan tali yang direntang.
Selain daripada itu, boleh diadakan aktiviti-aktiviti tahan lasak seperti berjalan di permukaan batu kerikil yang tajam, berenang di sungai, menuruni tebing batu yang curam, jungle tracking, compass marching, perlumabaan mengayuh perahu, memanjat tembok, pokok, persilata, tae kwan do dan seumpamanya.
Pemahaman terhadap undang-undang negara juga perlu dilakukan untuk mempastikan pemuda tahu apa yang boleh dan apa yang tidak wajar dilakukan di dalam konteks hidup bernegara. Satu sessi penerangan dan soal-jawab tentang dan bagaimana bertindak apabila berdepan dengan provokasi atau tatkala ditahan oleh pihak berkuasa.
Ini penting. Pemuda sering berdepan dengan tribulasi hebat tatkala menggalas perjuangan seperti di dalam menyertai demo dan seumpamanya. Mereka berdepan dengan tekanan, hambatan malah siksaan dari pihak yang telah diarah untuk melakukan kezaliman ke atas ahli dan pemimpin PR khususnya.
Tanpa keyakinan diri, tanpa kemantapan fizikal dan spiritual, kita khuatir para amilin ini akan menjadi seperti umat Islam di tragedi Tak Bai satu ketika dulu, diangkat dan dicampakkan ke atas lori pihak berkuasa dengan mayat bergelimpangan walaupun ilmu Al-Quran penuh di dada.
Ini sesuai dengan firmanullah:
Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya.. [Surah al-Anfal: 60]
Rasulullah bersabda, “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah walaupundalam keduanya ada kebaikan”.
Selain daripada itu, pendedahan teknik dan teknik "perang baru" perlu diderikan penekanan seperti bagaimana berstrategi di dalam berblogging, konsentrasi isu, dan ketangkasan menangani serangan lawan dan sebagainya.
Muga Ijtima' Tarbawi memberhasilkan sesuatu yang lebih bermakna buat pemuda.
"Kami (Allah) ceritakan kisah mereka kepada engkau (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rab (Tuhan) mereka, dan Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.
Dan Kami (Allah) telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri, lalu mereka berkata: "Rabbuna (Tuhan kami) adalah Rab (Tuhan) langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Rab (Tuhan) selain Dia (Allah), kerana jika demikian, sesungguhnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran". Al-Kahf : 13-14

Jika sungguh PAS ingin menegakkan agama melalui penguasaan dalam kerajaan persekutuan sila hantar kader-kader/para pendakwah ke setiap daerah terutama Sabah dan Sarawak yang syaratnya kena bermastautin di tempat berkenaan. Di tempat itulah khairiah baru untuknya.
BalasPadamJika tidak ia hanya cita-cita si labu labi sahaja.
Nasib baik Tun Mahadir tendang DSAI keluar UMNO dan kerajaan. Ikhtiar dan aura gerakan reformasi beliaulah yang menafaskan semula PAS yang sering diserang sindrom putus nafas. Jika tidak, buat hilang wang pertaruhan sahaja.
betul juga macam anonymous kata tu,tak kan nak berjuang di zon selesa saja,ya la demonstrasi pon salah satu perjuangan juga tapi masih di zon selesa dan ianya lebih kepada isu isu politik
BalasPadamcadangan yg bernas drp GB.
BalasPadam