PKR Sabak Bernam kecoh, wartawan jadi sasaran
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Dua beranak dan dua wartawan termasuk seorang jurukamera diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenali semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat cabang Sabak Bernam, Sabak Bernam malam tadi.
Dalam insiden bermula 8.15 malam tadi, sekumpulan lelaki dikatakan menyerang calon Timbalan Ketua Cabang Sabak Bernam, Abu Talib Bujang yang berada dalam Dewan Tun Razak, tetapi beliau dapat mengelak serangan itu.
Bagaimanapun anaknya Mohd Fadli, 24, yang ingin menyelamatkannya telah dihentak dengan kerusi di kepala, menurut isteri Abu Talib, Siti Zubaidah Husni yang turut menyaksikan kejadian itu.
Mohd Fadli dan Abu Talib dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam dengan ambulans, kata Siti Zubaidah yang juga Setiausaha Wanita Keadilan Sabak Bernam.
Dalam pada itu, beberapa penyokong parti itu bertindak ganas dengan menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan.
Menurut maklumat Sinar Harian, ketika proses pengiraan undi menyebabkan keadaan semakin huru-hara apabila sekumpulan penyokong parti itu yang hilang kawalan emosi bertindak memaki-hamun dan mengugut petugas media sebelum mengejar mereka.
Berikutan suasana tegang itu, wartawan Sinar Harian melarikan diri ke surau berhampiran kerana bimbang keselamatan dirinya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian, salah seorang jurugambar sebuah akhbar berada dalam dewan berkenaan sedang merakam suasana kekesohan berlaku ketika proses pengiraan undi sebelum beberapa penyokong parti itu menyerang dan cuba merampas kamera yang digunakan.
“Cuba untuk menyelamatkan kameranya, jurugambar berkenaan lari dan dikejar sekumpulan penyokong parti yang gagal mengawal emosi. Mereka hanya berjaya merampas ‘flash’ berharga RM1,500 dan merosakkannya dengan menghempas ke lantai,” katanya.
Laporan polis dibuat mangsa terdiri daripada jurugambar Kosmo dan wartawan Sinar Harian di Balai Polis Sabak Bernam pukul 9.40 malam kerana bimbang keselamatan mereka.
Difahamkan, keputusan pemilihan cabang berkenaan yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ketua Cabang, Ketua Wanita Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dibatalkan.
Bernama melaporkan tinjauan mendapati kerusi di dalam dewan berkenaan berada dalam keadaan tunggang langgang sementara tiga anggota polis dilihat mengawal dewan berkenaan.
Kekecohan dan pergaduhan turut berlaku semasa pemilihan Cabang PKR Kelana Jaya malam tadi di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya di Seksyen 15.
Difahamkan laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian tersebut.
Kekecohan di cabang Kelana Jaya dipercayai timbul ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan rasmi pemilihan yang diumumkan sekitar 11 malam tadi memihak kepada barisan penyandang ketua cabang Syed Sharir Syed Mohamud.
Syed Sharir menang tipis dengan mengalahkan pencabarnya Razak Jalil dengan perbezaan enam undi. Razak memperoleh 416 undi manakala Syed Shahir mendapat 422 undi.
Bagi kerusi timbalan ketua cabang, Nik Nazmi Nik Ahmad memperoleh 423 manakala seorang lagi pesaing jawatan itu Dr S. Vigneswaran mendapat 409 undi.
Bagi jawatan naib ketua cabang itu gandingan Syed Sharir Keshminder Singh mengekalkan jawatannya dengan memperoleh 447 berbanding pencabarnya Zulkifli Abdullah menerima 396.
Nik Nazmi juga merupakan Pengarah Komunikasi PKR.
Barisan Syed Shahir-Nik Nazmi turut menang jawatan Angkatan Muda Keadilan, Wanita dan 14 dari 15 kerusi ahli jawatankuasa cabang.
Razak dikatakan telah meraikan kemenangannya apabila mendapati undi beliau mencecah 400 undi bersama-sama penyokongnya di pekarangan Dewan MPSJ SS15.
“Apabila kiraan pertama mendapati Syed Shahir menang dengan dua undi, pasukan Razak minta kiraan semula dan akhirnya Syed Shahir didapati menang dengan enam undi,” kata seorang pemimpin kepada The Malaysian Insider sebelum membawa kepada suasana kecoh kemudian.
Ulasan GB
Belum pun menjadi kerajaan pusat, mesyuarat PKR sana-sini sudah menunjukkan kekecohan yan begitu mencalarkan nama parti.
Jika sudah memerintah dan PKR mendominasi Pakatan Rakyat, bagaimanakah agaknya rupa mesyuarat pemilihan nanti?
Parti politik yang tidak menjadikan "pahala" dan "dosa" sebagai nilai perjuangan akan memudahkan para ahli terjebak di dalam kegelojohan merebut sangkar dunia. Maka kecoh sekecoh-kecohnya di dalam mana-mana pemilihan mengangkat ketua.
Jika hal demikian berlaku apa bezanya PR dengan BN?
Dengan sebabnya Allah menangguhkan perarakan PR ke Putrajaya.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. (Surah An-Nisa : 172)
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). (Surah Al-Fath:27)

UMNO menjadi dalang utama dalam kekacauan PKR, UMNO dah lama rancang nak jatuhkan imej PKR
BalasPadamAku dulu bercadang nak joint PKR. Mujur aku tak teruskan cadangan itu. Kalau tak malu besar aku.
BalasPadamnk buat macam mana!!, kebanyakan ahli pkr dari umno juga, tentu pimpinan pkr tidak dapat mengawal ahlinya, proses pemilihan pun berbeza dari umno , ini adalah kali pertama maka banyak kelemahan yg perlu di perbaiki, bagaimana pun saya rasa menang ketua cabang atau mana mana jawatan pun belum tentu di calonkan untuk menjadi calon wakil rakyat
BalasPadam..Perangai UMNO + Perangai MIC + kelaku MCA = (Fitnah dlm akhbar, lempar kerusi, merusuh dan tabur kertas undi)...
BalasPadamBertambah gugurlag rambut DSAI nak mengurus perangai mereka. Tambah pulak kes fitnah di mahkamah tak kunjung selesai.
Jika DSAI melepasi permasalahan ini, aku tabik spring kepada beliau.
Aku sendiri ada pengalaman diserang oleh calon ketua cabang ex-umno semasa mengadakan kempen calon ketua cabang. Kesimpulan, semua (kebanyakan) kekecohan dilakukan oleh ahli PKR ex-umno.
BalasPadamUntuk mengelakkan kekecohan aku mengalah walaupun aku boleh makan calon ketua cabang yang membuat kecoh itu.
Insyallah, untuk pemilihan seterusnya untuk 3 tahun mendatang, semua ex-umno berbudaya umno ini akan lenyap dari parti.
Kebanyakan ex-umno ini bersungguh-sungguh ingin mendapatkan jawatan kerana beranggapan Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya di PRU 13. That's why!
Lagi banyak kecoh UMNO buat, lagi kuat sokongan saya untuk Anwar dan PKR. Lawan tetap lawan.
BalasPadam