31 Mac 2010

Campur Tangan Apco Penjajahan Bentuk Baru

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menganggap campur tangan Apco Worldwide dalam urus tadbir negara, sebagai satu bentuk penjajahan jenis baru.

Demi mempertahankan kedaulatan tanah air, AMK Pulau Pinang membuat laporan bagi menggesa siasatan menyeluruh terhadap firma perunding yang didalangi Yahudi Israel berfahaman zionis.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut berikutan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam yang membangkitkan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan di negara ini.

Semalam, Anwar mendedahkan peranan APCO Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan UMNO-Barisan Nasional dengan menggunakan nama syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Kerajaan mahupun firma berkenaan cuba merahsiakan hakikat itu malah cuba mengelirukan rakyat berhubung tarikh sebenar firma itu mula campur tangan dalam urus tadbir negara.

APCO Worldwide bukan sebuah syarikat perunding yang biasa, sebaliknya didalangi individu berpengaruh termasuk penasihat antarabangsa kepada APCO adalah bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan Israel.

Naib Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang, Ahmad Azrizal Tahir menegaskan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tapi dibenarkan menjadi penasihat kerajaan Malaysia sekali gus mendedahkan Negara kepada risiko keselamatan.

Beliau menolak sekeras-kerasnya penjajahan jenis baru ini dan menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang “Neo-Colonialism” tajaan Zionis-Israel. -TVS



Hakikatnya MCA Sudah Hancur Dan Berkubur

Akhirnya, pemilihan semula MCA melabuh tirai. Tetapi, adakah perebutan kuasa dalaman akan dibubuh noktah? Biarpun begitu, bilakah pula perebutan kuasa dalaman seterusnya akan berlaku?

Apakah perebutan kuasa ini adalah babak terakhir untuk MCA? Selagi MCA masih berada di dalam Barisan Nasional, atau selagi BN mengekalkan model politik yang sedia ada, maka tanda penutup kata pergelutan hari ini akan berputar menjadi tanda pembuka kata pergelutan babak baru.

Untuk ahli MCA, ia kedengaran seperti sumpah yang terkutuk. Namun, dari perspektif yang lain, analisa dari strukturnya adalah lebih "murah hati", kerana tertumpu kepada bagaimana percaturan politik kini menyekat pemimpin MCA, dan bukannya memperbesarkan kualiti, ciri-ciri yang ada pada individu perseorangan.

Secara umumnya, perebutan kuasa dalam parti dilihat sebagai sesuatu yang negatif. Wajib kita persoalkan terlebih dahulu, apakah itu perebutan kuasa? Seandainya ia sekadar pergelutan kuasa dalam parti, maka ia bukanlah sesuatu yang negatif. Pada hakikatnya, persaingan bakal memperkasa sesebuah parti. Pemilihan awal Presiden dalam Parti Demokratik US antara Barack Obama dengan Hillary Clinton, biarpun sengit, namun cukup memberangsangkan, sehingga pemenangnya berjaya tampil sebagai Presiden US. Dengan kata lain, persaingan parti berkemungkinan memperkasakan parti.

Oleh itu, masalah MCA bukanlah pergelutan kuasa, tetapi pergelutan kuasa yang sering berakhir dengan perpecahan. Persoalannya, mengapa MCA semakin lemah? Kerana sistem politik yang tempang.

Sumber yang terhad

Kejayaan kemuncak untuk seseorang pemimpin MCA adalah menjadi menteri. Namun, dalam jangka puluhan tahun ini, MCA kekal dengan peruntukan empat jawatan menteri, sama ada kuat ataupun lemah. Pada tahun 2008, MCA hanya memenangi 15 kerusi parlimen daripada 40 yang dipertandingkan. MCA tetap diperuntukkan empat jawatan menteri sungguhpun ia mencapai prestasi yang paling teruk sejak tahun 1969.

Pada tahun 2004, MCA mencatat prestasi yang terbaik dalam sejarah, dengan kemenangan 31 kerusi parlimen. Dengan kata lain, seandainya pemimpin MCA bercita-cita untuk menyandang jawatan Menteri, maka ia bukan tercapai dengan menerokai gelanggang yang lebih luas, tetapi menggulingkan rakan separtinya dari jawatan Menteri.

Keadaanya tidak berbeza dalam politik peringkat tempatan. Untuk pemimpin akar umbi yang tidak terjangkau sebagai calon ahli parlimen mahupun ADUN, maka prestasi yang paling kemuncak atau cenderahati yang paling penting untuk mereka adalah menjadi ahli majlis tempatan.

Namun, kuota ahli majlis tempatan kepada MCA jugalah tetap, tidak menambah walaupun pengaruh MCA mengembang, dan jarang berkurang kerana penyusutan pengaruh MCA. Oleh yang demikian, kunci untuk menjadi ahli majlis tempatan bukanlah melalui perkhidmatannya untuk meluaskan pengaruh, tetapi memastikan diri agar berada dalam puak yang "betul", supaya nama dirinya tertera dalam senarai cadangan parti.

Dari atas hinggalah ke bawah, pemimpin MCA terpaksa melangkah mayat rakan seperjuangannya untuk mendaki ke puncak kuasa. Apakah ini tidak cukup untuk menjelaskan mengapa berlakunya kacau-bilau setiap tiga tahun, huru-hara setiap lima tahun dalam parti?

Pergelutan kuasa yang berlanjutan untuk 18 bulan ini adalah akibat daripada terlucutnya jawatan dalam kerajaan oleh sebahagian besar pemimpin MCA. Sumber dalam kerajaan tidak mencukupi, maka sumber parti menjadi mustahak. Malah, peluang bertanding dalam PRU ke-13 merupakan penentu hidup matinya nyawa politik masing-masing. Jadi, bagaimana perebutan kuasa boleh dielakkan? Perang dalaman ini pada hakikatnya untuk menentukan siapa si-kalah, agar pemenangnya memperolehi lebih sumber, supaya survive hingga PRU yang akan datang.

Pengagihan sumber

Sebelum dan selepas pemilihan, semua puak membincangkan penyatuan. Namun, seandainya semua orang diterima sebagai satu pasukan, mengapa pula tikam-menikam sesama sendiri sepanjang ini? Sungguhpun pimpinan tertinggi sudi untuk menerima semua puak, namun pembesar-pembesar di akar umbi dijangka tidak akan mengangguk kepadanya.

Chua Soi Lek memenangi kerusi Presiden dengan undi 38%, malah kedua-dua puak yang lain turut mendapat tempat masing-masing, dari jawatan Timbalan Presiden hinggalah AJK Pusat. Jadi, bersekutu dengan salah satu puak adalah satu-satunya pilihan.

Antara Ong Ka Ting dengan Ong Tee Keat, dendam Chua terhadap Ong Ka Ting lebih mendalam berikutan daripada DVD seksnya. Lebih-lebih lagi, puak Ong Ka Ting lebih ramai orangnya. Seandainya Chua bersekutu dengan Ong Ka Ting, sudah tentu sumber tidak cukup untuk diagihkan. Apakah pengikut Chua yang taat setia sepanjang ini akan berpuas hati?

Dalam keadaan sedemikian, mungkin Chua akan memilih untuk bersekutu dengan Ong Tee Keat, kemudian menarik beberapa pengikut Ong Ka Ting untuk meleraikan empayarnya. Jikalau begitu, adakah sekutu puak Chua Soi Lek - Ong Tee Keat akan berkekalan sehingga pemilihan parti pada tahun depan, seandainya pemilihan parti tidak ditunda atas alasan PRU?

Adakah puak Ong Ka Ting akan kembali untuk bertanding semula setahun kemudian? Lain kata jikalau Chua Soi Lek mampu mengagihkan sumber secara adil dalam masa yang singkat, agar perwakilan menerima "pengagihan kuasa" oleh "pimpinan kolektif". Jikalau keadaan ini tidak berlaku, maka pemilihan akan datang bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Namun, nasib MCA dalam PRU ke-13 nampaknya bukan ditentukan sama ada MCA bersatu-padu atau berpecah-belah, tetapi lebih kepada sejauh manakah MCA respon kepada senario baru selepas dilanda "tsunami politik". Punca kepada malapetaka pergelutan MCA adalah UMNO yang mereka dan mengekalkan sistem politik yang tertutup ini, menurut analisa pergelutan di atas dari strukturnya. Namun, pihak yang harus dipersalahkan ialah pemimpin MCA yang bergantung dan ketagih kepada sumber.

Selagi MCA gagal membebaskan diri daripada kebergantungan terhadap sumber, maka MCA tidak mungkin berkata "tidak" kepada UMNO, malah gagal menukar peraturan yang ditetapkan oleh UMNO. Dilema MCA yang tidak terdaya mahupun tidak berani untuk menolak UMNO, adalah cabaran yang wajib diatasi MCA selepas PRU ke-12.

Ringkasnya, kemelut dalaman dan luaran MCA sebenarnya saling berkaitan, begitu juga dengan puncanya. Kebergantungan kepada sumber kerajaan mengakibatkan MCA tidak berani untuk mencabar kuasa UMNO, termasuk peraturan pengagihan sumber. Pemimpin MCA bukannya tidak menyedari masalah ini, cuma tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.

Ong Ka Ting ketika menerajui tampuk pimpinan MCA telah mengehadkan tempoh untuk menyandang jawatan dalam parti. Langkah ini bertujuan untuk memecahkan jawatan, sumber yang ada kepada unit yang lebih kecil, untuk mengatasi masalah keperluan melebihi sumber yang sedia ada.

Oleh yang demikian, Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat, program kebajikan, yang melimpah semasa zaman Ong Ka Ting tidak terlari daripada logik pengagihan sumber ini. Oleh kerana Ong Ka Ting hanya menumpu kepada "pengurusan sumber", dan tidak berani untuk respond kepada kuasa UMNO, maka retorik politiknya untuk menutup kelemahan diri telah ditolak oleh pengundi. Lantaran itu, jawatan MCA berkurangan, mencetus perang perebutan sumber yang berlanjutan selama 18 bulan.

Ong Tee Keat telah menemui pasaran keperluannya, iaitu mencabar UMNO. Maka beliau menggunakan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) untuk menonjolkan diri sebagai wira. Namun, cara pengagihan sumbernya terlalu lemah. Ia berakhir sebagai pemancung Chua Soi Lek dalam EGM, dan dirinya nyaris-nyaris dipancung. Kegagalan Ong Tee Keat mententeramkan parti menjurus kepada kesudahan dirinya tersungkur dalam pemilihan semula parti. Sama ada beliau mampu bertahan pada jawatan menterinya untuk memainkan peranan "menangkis serangan luar", sebenarnya terpulang kepada perancangan Chua Soi Lek selanjutnya.

Cara pentadbiran Ong Tee Keat sungguhpun tidak cukup halus, tetapi imejnya yang lantang bersuara tetap mendahului pemimpin MCA lain, sama ada persepsi di kalangan Melayu atau bukan Melayu.

Chua Soi Lek pula terbeban dengan skandal seksnya. Seandainya beliau gagal mempamerkan kemampuan yang setanding ketika pemilihan parti dalam hal pengendalian hubungan antara MCA dengan UMNO, proses pendemokrasian negara dan sebagainya, maka pesaingnya akan menuduh bahawa beliau tunduk kepada UMNO kerana DVD seksnya. Undi 39% yang diperolehinya akan menjadikannya Presiden yang tempang, dan pergelutan kuasa parti akan kembali setahun kemudian.

Sesetengah media menggelar Chua Soi Lek sebagai "come-back kid", tetapi mungkinkah MCA menjadi "come-back kid" selepas tsunami politik PRU ke-12? Ia bergantung sama ada MCA yang dipimpin Chua Soi Lek mampu menggarap imaginasi orang ramai, misalnya mengambil pendirian yang tegas dalam Model Ekonomi Baru, atau menjadi parti komponen BN pertama yang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.

Seandainya Chua Soi Lek sekadar versi "Ling Liong Sik yang lebih bijak" dalam persepsi ramai, dan jikalau pemilihan ditundakan sehingga selepas pilihan raya umum yang lain, maka kemungkinan besar perebutan kuasa kali ini bakal menjadi pergelutan parti yang terakhir. Ini kerana tiada makna lagi untuk bertelagah di dalam MCA yang sudah terkubur dalam PRU ke-13. -merdeka review

Matthias, Bekas SU Politik Mahathir Enggan Bayar Denda, Pilih Masuk Penjara

Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalani hukuman penjara sebulan selepas enggan membayar hukuman denda RM20,000 atas kesalahan menghina mahkamah minggu lepas.

Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu dan memberi tempoh seminggu untuk Chang membayar denda tersebut.

Chang didakwa menghina mahkamah selepas gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berbalah dengan hakim dan seorang peguam semasa soal balas dalam kes saman fitnahnya terhadap American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

Chang, 60, bersama penyokongnya, menunggu di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur mulai jam 3 petang ini untuk mendapat perintah menyerahkan ke penjara disampaikan kepadanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendaftar K.Pavanni hanya memaklumkan kepadanya pada kira-kira jam 4.15 petang bahawa tempoh seminggu yang diarahkan oleh Noor Azian hanya tamat lewat petang ini.

Menurut prosedur mahkamah, perintah menyerahkan masuk ke penjara hanya boleh dikeluarkan pagi esok.

Jumaat lepas, Noor Azian juga membatalkan samannya dengan menyatakan Chang gagal membuktikan kes selepas mendengar keterangan saksi dari kedua-dua belah pihak serta penghujahan.

Chang, seorang peguam, telah menyaman American Express kerana melanggar perjanjian dan memfitnah kerana kad kreditnya digantung.

Dalam pembelaannya, American Express berkata tidak ada keterangan atau bukti mengenai pelanggaran perjanjian atau fitnah seperti didakwa oleh Chang.

Terdahulu itu, dalam sidang akhbar, Chang berkata beliau bersedia untuk dipenjarakan walaupun ahli Gabungan Persatuan Kwang Siew Malaysia telah mengumpul RM20,000 untuk membayar denda itu.

"Ini soal prinsip. Saya sanggup masuk penjara bagi membuktikan bahawa hakim tidak harus terlepas daripada sikap yang tidak beretika dan kelakuan yang tidak dapat diterima," katanya.

Chang mendakwa Noor Azian enggan menarik balik beberapa komen menghina terhadap peguamnya dalam saman sivil itu apabila mereka cuba menarik perhatian hakim kepada undang-undang relevan. - Bernama



Calon PKR tanding di Hulu Selangor: Anwar

Pakatan Rakyat akan meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan berunding terlebih dahulu dengan kepimpinan tertinggi Pas dan DAP sebelum menamakan calon itu dalam masa terdekat.

"Ia (pemilihan calon) masih terbuka... itu proses biasa dalam parti, kita kena dengar dari cabang negeri, masyarakat tempatan, kemudian kita bincang dengan rakan-rakan pimpinan PKR serta rujuk kepada pimpinan Pas, DAP dan kita bertanding itu atas nama Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR Khamis lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan penyandang kerusi itu ketika itu, Datuk G Palanivel daripada Barisan Nasional dengan majoriti 198 undi.


Majlis Peguam hantar memorandum kepada polis berhubung insiden penahanan Benjy

Majlis Peguam hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Polis Diraja Malaysia kerana mendakwa seorang peguam dihalang melakukan tugas dan ditahan dalam insiden penahanan semula pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 25 Mac lalu.

Peguam terbabit, Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Benjy, mendakwa insiden itu berlaku di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran sejurus sahaja ibu Benjy, dramatis dan pelakon terkenal Azean Irdawaty, selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.

"Kira-kira 10 orang berpakaian biasa mengerumuni saya dan anak guam saya dan mengarahkan beliau mengikut mereka.

"Mereka ini berkata mereka anggota polis tetapi tidak menunjukkan dokumen pengenalan atau bukti lain ketika menemui Benjy," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Amer Hamzah berkata, seorang lelaki kemudian menunjukkan satu kad menyerupai kad pengenalan polis sambil memberitahu bahawa dia akan menahan Benjy semula untuk siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan dan Kawalan Khas).

Amer Hamzah turut mendakwa beberapa orang lelaki kemudian memegang tangannya dan menahannya supaya diasingkan daripada Benjy dan selepas itu barulah beliau dilepaskan selepas lelaki terbabit membawa Benjy ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, ekoran itu beberapa orang lelaki terbabit telah menahan dan menghalangnya daripada melakukan tugas sebagai peguam.

Seramai 50 orang peguam serta adik Benjy, Elza Irdalyna, berhimpun di perkarangan masuk ke Bukit Aman selama satu jam sejak 12 tengah hari bagi menyerahkan memorandum bantahan itu.

Memorandum itu kemudian diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Superintendan Anuwal Abdul Wahab. -Bernama

700 Ahli AMK Ipoh Barat Keluar Parti Satu Pembohongan

Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

"Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

"Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

"Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar.

Kes bunuh Syafiah, Pemandu Teksi Akan Didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam

Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pemandu teksi yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun pada Februari lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Zuraida Zakaria kemudian menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan, semasa mengemukakan permohonan itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa semua laporan kimia dan bedah siasat telah siap sepenuhnya.

Mohd Fazli Azri Jamil, 28, didakwa membunuh Syafiah Humairah Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama Batang Kali, Selangor, pada 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam P Kumar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mohd Fazli yang ditahan di Penjara Tapah sejak ditangkap pada 26 Februari lalu dibawa ke mahkamah pada 9.15 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.

Turut kelihatan di mahkamah sejak awal pagi ialah ibu bapa dan saudara terdekat tertuduh. - Bernama


ADUN PR Keluar Dewan Bantah Perlanggaran Peraturan

Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung bagi hari kedua tidak selancar yang dirancangkan hasil kegagalan Menteri Besar 'Mahkamah' dan Speaker "Haram' yang enggan bermesyuarat dengan anggota Dewan Pakatan Rakyat sehari sebelum sidang bermula.

Keadaan kecoh timbul apabila Ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat bertikam lidah dengan ADUN Barisan Nasional berhubung beberapa aspek perjalanan sidang yang dianggap melanggar peraturan Dewan oleh Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan bermula dengan dakwaan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh daripada 216 soalan yang dihantar oleh 28 ADUN Pakatan Rakyat kepada Setiausaha Dewan sehinggalah pertikaian mengenai keabsahan Ganesan sendiri sebagai Speaker.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara 'unilateral' membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan yang disokong sepenuhnya oleh ADUN BN sementara kesemua ADUN Pakatan Rakyat menolak sebulat suara.

Malah mikrofon pada meja ADUN Pakatan Rakyat dipadamkan untuk menghalang mereka daripada bercakap.

Semua ADUN Pakatan Rakyat juga bersepakat mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda bahawa demokrasi telah mati di negeri Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan apabila Ganesan tidak menghiraukan bantahan beliau mengenai peraturan mesyuarat.

Ini diikuti pula oleh ADUN Pakatan Rakyat lain sebagai membantah perjalanan sidang yang dikongkong serta disalahgunakan oleh Ganesan dan BN.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi Speaker. Walaupun beliau tidak menghormati kita namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 pagi hingga 10.49 pagi habis, ini tidak pernah berlaku.

"Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah Tuanku dan dibantah oleh Speaker Sivakumar. Saya dengan Datuk Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut.

"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. Malangnya selepas keluar tidak dapat disahkan samada Zambry ada usulkan titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat," tegas Nizar pada sidang media selepas keluar dari Dewan.

Media juga dihalang daripada membuat liputan sepenuhnya dengan ditempatkan dalam bilik khas bercermin gelap.Nizar memohon maaf kepada media dia atas tindakan keterlaluan BN terhadap petugas media.

"Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini.

"Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung," kata Nizar lagi.

Beliau juga berkata semua talian internet dan pengunaan talipon untuk mengakses twitter, facebook dan pautan internet yang lain telah disekat -SK/Edisi 7


Ganesan Bohong Terima Tujuh Soalan Sahaja Daripada PR
Oleh Faizal Ezzany Suara keadilan

IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh soalan daripada 216 soalan yang dihantar.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata ADUN Pakatan telah menghantar soalan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

"Kita telah menghantar soalan bertulis kepada Setiausaha Dewan, kita juga telah mengikut arahan surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan yang mengarahkan semua soalan perlu dihantar sebelum 15 Mac.

"Kita mengikut apa yang diarahkan oleh surat tersebut, tetapi kenyataan Speaker haram itu mengatakan beliau hanya menerima tujuh soalan dari ADUN Pakatan. Ini satu pembohongan sedangkan kita telah menghantar semua soalan, kalau tujuh orang sahaja kami nak tahu siapa mereka dan apa soalan tersebut.

"Disini timbul persoalan, Speaker sepatutnya tidak menerima soalan, yang terima adalah Setiausaha Dewan tetapi kenyataan yang diberikan oleh Speaker haram itu nampak sangat menipu dan ada unsur tertentu yang tidak mahu soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan dijawab di dalam Dewan," kata Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dalam sidang media semalam selepas sidang ditangguhkan.

Nizar juga menjelaskan soalan yang dikemukakan itu menjurus kepada kepentingan rakyat Perak dan fakta-fakta yang diperlukan.

"Soalan kita semua untuk kebajikan rakyat dan ada juga soalan yang kita perlukan fakta jadi tindakan menafikan soalan itu tidak tepat dengan etika Dewan," tegas Nizar.





Penafian APCO Tidak Meyakinkan.

Firma perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide yang mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan kerajaan Israel atau membantu mencipta konsep 1 Malaysia sukar diyakini dan dilihat sebagai memenuhi "arahan" kerajaan Malaysia untuk melakukan penafiaan berkenaan.

Semalam APCO mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan yang diulangi terhadap APCO Worldwide di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. APCO Worldwide menafikan bekerja untuk kerajaan Israel. Malah mereka menafikan mereka konsep 1Malaysia.

Pada 18 Mac lepas, APCO Worldwide menafikan dakwaan sama Anwar itu.

Semalam, Anwar pada sidang Dewan Rakyat menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan APCO Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.

Anwar menimbulkan isu APCO itu ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1 Malaysia ditiru dari slogan “Satu Israel” yang beliau kaitkan dengan APCO Worldwide.

Tetapi kemudiannya APCO berkata: “Dalam tugas kami selaku perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam.”

APCO menyatakan pula bahawa mereka bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia mendapatkan nasihat kami mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Dan mereka rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia.

Daripada kenyataan tersebut jelas tidak ada apa yang menghalang APCO untuk menggunakan maklumat-maklumat yang dipungutnya daripada diperkongsikan pula dengan negara-negara seperti Israel.

Justeru penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat penglibatan APCO ini spertimana yang dicadangkan oleh Anwar perlu diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.


APCO IN TEL AVIV

dipetik dari SINI

APCO Worldwide in Tel Aviv helps clients navigate the complex international business and regulation arena in Israel. We also assist multinational companies in understanding Israel’s unique political and business climate, which operates in a dynamic setting facing constant changes and challenges.

Our team offers clients a comprehensive range of services. Our understanding of the local market as well as our global expertise gives clients an essential advantage in achieving their business objectives.

Key services include:

market entry:

With offices in the world’s business and political hubs, APCO in Tel Aviv helps Israel’s fast-growing companies ensure a smooth launch into new markets. This includes a thorough assessment of the regulatory framework, potential market and partnership opportunities, as well as advising on an appropriate investment structure.

corporate responsibility:

The Tel Aviv office is recognized as one of Israel’s leading corporate responsibility firms and assists clients in developing environmental, social and governance programs.


issues management:

Leveraging Israel’s time zone and multi-language capabilities, we provide APCO’s clients across the globe with media monitoring, back-desk market research and issue analysis services.

Jewish community networking:

APCO’s Tel Aviv office helps clients navigate the Jewish world. Our staff has extensive experience and close ties to major Jewish and Israeli organizations with a global presence. We offer a comprehensive understanding of Jewish public affairs and help clients make the right contacts and convey their messages creatively and efficiently to Jewish audiences and communities worldwide.



Lebih 100 Bilik Pelacur Di Brickfiels Dimusnahkan

Meskipun telah diserbu empat kali sejak 2007, 18 premis yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar Brickfields di sini tidak serik dan terus menjalankan operasi.

Dalam operasi bersepadu terbaru pagi semalam oleh beberapa jabatan kerajaan, pihak berkuasa bertindak merampas pelbagai kemudahan di premis terbabit dan memecahkan sekatan-sekatan yang dijadikan lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd. Rahman berkata kali terakhir premis itu diserbu adalah pada pertengahan tahun lalu.

"Dalam operasi hari ini (semalam) kami merampas kemudahan-kemudahan yang terdapat di premis itu seperti televisyen, kipas dan tilam," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Operasi itu melibatkan DBKL, polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Bekalan air dan elektrik ke premis terbabit dipotong oleh Syabas dan TNB.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana operasi semalam itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa premis terbabit.

"Kita beri notis kepada mereka kerana ini arahan daripada Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail sebab penyewa membina sekatan untuk dijadikan beberapa bilik dan juga menggunakan premis itu untuk tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.

Rolan berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis terbabit untuk menasihatkan mereka agar menyewakan premis bagi tujuan perniagaan lain dan bukannya untuk pelacuran. - Bernama



Janin Sebesar 2 Jari Ditemui Di depan Tokong

Janin sebesar dua jari dijumpai dalam balang plastik bertutup di hadapan pintu pagar, Tokong Foo Yan dekat Jinjang Utara, Jinjang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin yang dipercayai lelaki itu dijumpai seorang lelaki yang juga penjaga di tokong itu kira-kira 11.30 malam ketika dia meronda di tokong itu.

"Janin yang masih bertali pusat dengan panjang kira-kira 10sm itu dianggar empat bulan dan cukup sifat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. -Bernama




30 Mac 2010

Julang Keris, Pemuda MCA Kecam Perkasa

Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!

"Dalam Mesyuarat Agung PERKASA, Ibrahim Ali mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang ekstrem dan menjulang keris; sementara bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang pernah mengeluarkan hujah 'kaum pendatang', kini bersiap sedia untuk kembali. Malah, kita tidak boleh memandang remeh sikap Ahmad Ismail yang angkuh itu, malah perlu mencegah rasisme daripada membakar semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Low Chew June menyifatkan Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail adalah penganut rasisme yang pantang melihat keamanan dan kedamaian negara. Low Chew June menganggap tindakan mereka yang ekstrem akan menjejaskan perpaduan negara, malah terpesong dari Perlembagaan Persekutuan, bercanggahan dengan gagasan 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak.

Low Chew June juga kesal dengan hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menurutnya "ekstrem", malah menyifatkan hujah tersebut sebagai "mengapi-apikan", menyemarakkan fahaman perkauman. "Sebagai seorang bekas PM, Mahathir seharusnya berada pada landasan yang betul untuk memupuk perpaduan rakyat demi kepentingan semua," katanya.

*Kenyataan media oleh Low Chew June selaku Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA. Diterjemah dari kenyataan asal edisi bahasa Cina. -Merdeka Review

Najib Jadi Mangsa PERKASA, Slogan 1Malaysia Diperkosa

Mangsa pertama keperkasaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ialah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini kerana maruah Najib sebagai pemimpin yang sepatutnya berwawasan membentuk sebuah negara yang aman, makmur dan bersatu padu pada keseluruhannya bergantung kepada slogan yang dinamakan 1Malaysia, di mana Najib mengidamkan setiap warganya berasa selamat dan tidak khuatir akan hak kelahiran mereka dicabuli atau dinafikan oleh mana-mana pihak.

Beliau juga mahu melihat satu transformasi di mana setiap anak Malaysia akan berani dan yakin untuk tampil pada bila-bila masa walaupun di mana jua untuk mengisytiharkan diri mereka adalah bangsa Malaysia terlebih dahulu sebelum menitip hakikat mereka adalah dari keturunan apa dan lahir dari daerah mana di muka bumi Malaysia.

Namun tidak sampai setahun Najib menyemai janji dan mengerah kudrat dengan bantuan dalam dan luar negara (termasuk dari Israel) mimpi Najib disanggah oleh pihak yang ditimang-timangnya untuk menjadi taruhan demi mahu kekal menjadi pemimpin Melayu yang disalut slogan ‘tidak Melayu hilang di dunia’.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Perkasa ini dengan lantang memaksa Najib supaya mendengar tuntutan mereka jika beliau benar-benar ingin dikenali sebagai pemimpin Melayu. Perjuangan songsang Perkasa rugikan Melayu Sabtu lalu, Perkasa tanpa segan-silu dan dengan begitu angkuh mengisytiharkan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencabar sesiapa, tetapi bagi mana-mana pihak yang dianggapnya ‘biadap’ terhadap pendiriannya, maka perlembangan perjuangan Perkasa, keris adalah galang gantinya. Hal ini jelas daripada amanat pembuka kata Perkasa, Dr Mahathir Mohamad yang menggariskan betapa dan mengapa Perkasa dianggapnya suara yang sah bagi orang-orang Melayu dan Islam di negara ini.

Malah bukan sekadar menggariskan sempadan keris dengan keharmonian hidup, Dr Mahathir juga mendedahkan mengapa Perkasa ada hak wujud dan mengambil pendirian seperti yang dituntutnya – demi kepentingan Melayu dan agama Islam, tegasnya. Perkasa baginya perlu wujud kerana kepimpinan Melayu hari ini lemah berpunca daripada pemimpin yang digelarnya pemimpin anjung (koridor atau kaki lima) yang gagal memperkasakan orang Melayu.

Menurutnya, inti perjuangan Perkasa ialah mengekal dan mengembangkan jati diri orang Melayu termasuk bahasa dan agamanya.

Namun yang menyedihkan, Dr Mahathir juga orangnya yang dengan tuntas, melalui dasar-dasar pemerintahannya dahulu menyanggah hakikat dan cuba menanam keyakinan orang Melayu bahawa bahasa Melayu yang menjadi jati diri mereka tidak ada nilai komersil dan tidak saintifik.

Sebab itu beliau bersungguh-sungguh tidak mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa matematik dan sains. Bagaimana kuat dicabar dan didebat, Mahathir terus berdegil mahu bermain politik dengan rakyat bukan Melayu dan berusaha ‘membayar balik’ budi mereka kerana menyelamatkan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya daripada kemarahan orang Melayu dalam pilihan raya umum kesepuluh pada tahun 1999.

Satu lagi ciri jati diri Melayu-Islam, turut diperlekehnya. Demi tunduk pada tekanan Amerika Syarikat yang menganggap sistem madrasah adalah sarang pengganas, Mahathir tergamak menarik bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat. Malah simbol budaya Melayu- Islam seperti purdah dan ketayap diharamkan daripada dipakai oleh kakitangan kerajaan.

Sejarah menyaksikan betapa kebiadapan beliau yang tercabut daripada tradisi, akal budi dan agama orang Melayu memecat, mencedera dan mengaibkan Anwar Ibrahim pada 1998 menjengkelkan hati dan naluri orang Melayu beragama Islam.

Kini melalui Perkasa, beliau menganggap tuntutan baru orang bukan Melayu pula biadap walhal kebiadapan bermula daripada sikap angkuh tetapi kerdil jiwa-nya kerana khuatir kedudukannya dicabar Anwar.

Inilah pusar perjuangan Perkasa. Dirobeknya Umno dan didesak supaya mencontohi ketegasannya. Dalam pada itu ia menggigit tangan Najib yang sejak mula penubuhannya menghulurkan sokongannya demi menjadikannya cagaran politik dan lantas memamah konsep 1Malaysia.

Kemudian Perkasa menggertak kaum lain jangan cuba mempersoalkan perjuangannya. Perkasa enggan menerima hakikat lanskap politik sudah berubah. Perlambangan keris yang dipikulnya juga sudah tidak sesuai dengan hala tuju Malaysia menjadi warga dunia yang sopan beradab.

Gertak menggertak adalah politik primitif yang seharusnya sudah lama dinyahkan dari kepentingan pribumi. Jika benar mahu memperkasakan Melayu, jadikan mereka masyarakat bertamadun.

Ukuran orang terdidik ialah ia mampu berdialog dan berkomunikasi dengan sesiapa pun. Perkasakan Melayu dengan beradab. Usah songsangkan erti perkasa dengan gertakan dan keris. – Minda Editor Suara Keadilan.

16 Sept Bukan Satu Gimik Politik

Pakatan Rakyat (Pakatan) mempunyai ahli parlimen yang secukupnya untuk mengambil alih Putrajaya pada 16 September 2008 jika pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) ketika itu memanggil sidang Parlimen bagi menghadapi undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu peralihan kuasa 16 September bukan direka cipta dan seharusnya menjadi kenyataan jika Umno memegang prinsip demokrasi dan memanggil sidang tergempar parlimen.

Anwar berkata segala tohmahan Umno dan fitnah ahli parlimen bebas yang ditaja oleh parti itu seperti Datuk Seri Zahrain Hashim adalah untuk menutup kecurangan Umno dalam cubaan terdesak untuk terus berpaut kepada kuasa.

Abdullah, ketika itu, enggan mengadakan sidang tergempar parlimen walaupun dimaklumkan berpuluh ahli parlimen menyatakan sokongan kepada Pakatan bagi membolehkan gagasan itu membentuk kerajaan baru.

Desakan supaya diadakan sidang tergempar itu selari dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menuntut satu jawapan segera daripada Abdullah berikutan keadaan politik yang genting ketika itu.

Surat permohonan itu ditandatangani Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Berucap kepada ribuan rakyat di Alor Pongsu, Perak, Anwar berkata Abdullah enggan melayan surat itu dan sebaliknya 40 ahli Parlimen BN dibawa keluar ke Taiwan pada 8 September 2008 untuk memintas sokongan mereka kepada Pakatan.

Anwar berkata tuduhan-tuduhan yang di bawa oleh Zahrain dan pemimpin BN lain mengenai 16 September di parlimen baru-baru ini fitnah semata-mata dan tidak berpaksi kepada fakta serta urutan peristiwa yang berlaku.

Menurut Anwar, hanya beliau, Hadi dan Kit Siang yang mengetahui segala fakta dan butiran mengenai pengambil alihan kuasa pada 16 September 2008.

"Saya mendapat nama jumlah ahli parlimen, saya tidak cerita kepada semua.

Tetapi kepada Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang saya beritahu, sebab kita berpakat senarai yang saya dapat yang telah ditandatangan.

"Keputusan kita ialah tulis surat kepada Abdullah Badawi untuk berbincang masa depan politik negara, tetapi dia tak mahu jumpa," tegas Anwar.

Menurut Anwar, usaha itu gagal kerana Abdullah enggan mengadakan sidang khas tergempar ketika itu, sebaliknya ahli-ahli BN yang dikatakan mahu melompat ke Pakatan dihalang berbuat demikian.

"Kita bincang sebagai ketiga pemimpin, Ustaz Hadi dan Kit Siang tulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat. Saya kata buat mesyuarat khas kita nak bentangkan undi tak percaya untuk jatuhkan BNl," tegas Anwar.

"Tetapi perkara itu tak jadi pasal depa tak panggil mesyuarat. Semasa mesyuarat (dirancang) diadakan depa bawa lari ahli-ahli parlimen ke Taiwan.

Sekarang ini nak tuduh saya khianat pasal apa?," tegas Anwar.

Kroni Umno-BN Seleweng Wang Ihsan Punca Bangunan Runtuh

Pemberian wang ihsan antara faktor utama kejadian bangunan runtuh yang semakin menjadi di Terengganu kebelakangan ini disebabkan gejala rasuah berleluasa yang berlaku dengan penyalahgunaan wang tersebut.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Abdul Rahman Yusof (gambar) berkata kejadian bangunan runtuh yang terjadi adalah akibat daripada penyelewengan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan yang diragui akibat amalan rasuah berhubung pengagihan wang ihsan kepada kroni Umno dan Barisan Nasional.

"Semua pembinaan di Terengganu yang dibuat sejak tahun 1999 melalui Jabatan Pembangunan Pusat yang mengunakan wang royalti yang dipanggil wang ihsan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional ini seharusnya disiasat.

"Kebanyakan projek pembangunan yang melalui JPP ini memerlukan siasatan terperinci kerana tidak melalui proses tender biasa dan diberikan kepada kroni-kroni Umno melalui proses rundingan terus atau 'direct negotiation'.

"Bangunan yang dibangunkan atas nama wang ihsan ini tidak mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan dan mengancam nyawa orang ramai," tegas beliau semasa dihubungi Suara Keadilan.

Kejadian terbaru petang semalam mengakibatkan seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan, bangunan stesen bas Kuala Berang dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman juga dilaporkan runtuh.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok pula dilaporkan bocor.

Dalam satu kenyataan hari ini Abdul Rahman juga berkata terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.

"Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.

"Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban," kata beliau.

Abdul Rahman menyeru kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas bagi menyiasat semua pembangunan projek prasarana sejak 1999 kerana mutu dan spesifikasi pambangunannya menjadi tandatanya. -SK

Anwar Dedahkan APCO Ada Wakil Di Jabatan Perdana Menteri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam Dewan Rakyat hari ini peranan yang dimainkan oleh kroni Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong yang didakwa membawa Apco Worldwide sebagai konsultan imej dan komunikasi kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap kira-kira 30 minit sebagai menyahut cabaran Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mahukan Anwar memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung kenyataan beliau pada 22 Mac berkaitan dakwaan konsep 1Malaysia diciplak dari slogan 1Israel.

"Pada 28 Julai 2009 perkhidmatan Apco telah diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong melalui syarikat perunding beliau, Ethos & Company, ini bermakna hubungan antara Apco dengan kerajaan Malaysia sudah terjalin sebelum lagi Apco dilantik menjadi perunding kepada kerajaan.

"Malah saya difahkamkan seorang wakil Apco telah ditempatkan di pejabat Perdana Menteri.

"Pada 4 Ogos 2009 satu penjanjian bagi mendapatkan khidmat Apco telah ditandatangani oleh seorang pegawai kerajaan dengan disaksikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Datuk Sharifuddin Tengku Ahmad. Ini secara jelas membuktikan pertalian terus antara Apco dan Perdana Menteri. Perjanjian perkhidmatan yang sama telah ditandatangani antar Apco dan Ehud Barak, ketika itu Ketua Turus Angkatan Tentera Israel pada Januari 1992.

"Kita menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri butiran perjanjian yang ditandatangani, berapakah bayaran kepada Apco dan bentuk pertalian firma tersebut dengan kerajaan," dedah Anwar.

Malah Anwar berkata Apco bukanlah sebuah syarikat perunding biasa kerana firma itu mempunyai kaitan rapat dengan tokoh dan pemimpin politik Israel dan Amerika Syarikat.

Beberapa tokoh penting yang menjadi perunding dalam jaringan antarabangsa serta memberi khidmat kepada Apco mempunyai latarbelakang kerjaya dalam badan perisikan Israel, Shin Bet dan pentadbiran rejim Zionis tersebut.

"Kerajaan tidak belajar daripada pengalaman lalu apabila mengambil perkhidmatan syarikat perunding asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan Malaysia. Dua contoh besar ialah skandal Maminco yang melibatkan pelaburan besar dalam dagangan pasaran bijih timah dunia yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Begitu juga mantanb Perdana Menteri membayar dan mengguna khidmat pelobi Yahudi-Zionis, Jack Abramoff yang didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat dapam tahun 2006 dan seterusnya dipenjarakan kerana menipu tanah kaum Red Indian untuk membina kasino.

"Kerajaan perlu berhati-hati dengan kenyataab Apco apabila mereka mengatakan tidak terlibat secara langsung dengan konsep 1Israel. Apa yang berlaku ialah firma-firma bersekutu yang bekerjasama dengan Apco tetapi kepakaran dibekalkan oleh Apco.

"Sebelum Apco bertapak di Malaysia sebuah syarikat tempatan diwujudkan yang pengarahnya ialah Paul Stanford, kini ,menjadi CEO Apco Malaysia dan Marjorie Kraus, Presiden dan CEO Apco Worldwide. Risikonya Apco ialah mereka menggunakan syarikat bersekutu untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan diseluruh dunia dan mereka menyimpan rahsia kerajaan yang diberikan kepada mereka sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

"Syarikat ini mempunyai hubungkait memberi khidmat nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan diktator dunbia yang menindas rakyat dan terlibat dalam pencabulan hak asasi manusia seperti Jeneral Sani Abacha di Nigeria dan Presiden Nursultan Nazarbayev dari Kazakhstan.

"Kita mahu penjelasan Perdana Menteri bagaimana beliau boleh dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak Ethos dan bagaimana kehadiran ramai tokoh Apco yang rapat dengan badan keselamatan dan perisikan Israel yang menjalar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

"Rakyat tidak lagi boleh dperbodohkan dengan laungan kerajaan yang kononnya memperjuangan hak rakyat Palestin dan Islam di Malaysia dengan merotan beberapa gadis yang minum arak tetapi senyap-senyap membuat hubungan dan perjanjian dengan firma yang berkait dengan Israel. Sikap membisu Perdana Menteri dikhuatiri membahayakan keselamatan negara kerana hubungan Apco dengan agensi strategik negara seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan yang mungkin menyebabkan tergadai kepentingan negara.

"Saya dengan ini mendesak supaya kerajaan membatalkan perjanjian dengan Apco dan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat skandal yang memalukan ini," tegas Anwar. -SK

Sidang DUN Perak Bermula Hari Ini, Kekecohan Menanti?

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V Sivakumar menafikan kenyataan Speaker DUN, Datuk R Ganesan yang mengatakan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) menghantar soalan lisan dan bertulis menerusi e-mel kepadanya.

Sivakumar berkata, perkara itu tidak pernah berlaku malah e-mel berhubung soalan yang akan dikemukakan sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac nanti hanya dihantar kepada Setiausaha Dewan Negeri, bukannya kepada Ganesan.

Menurutnya, berdasarkan Perintah-perintah Tetap 22(2), setiap soalan hendaklah ditulis tidak kurang daripada 14 hari daripada tarikh persidangan dan jawapannya perlu diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Dewan pada waktu pejabat.

“Apa yang kita lakukan adalah mengikut undang-undang dan setiap ADUN sebenarnya sudah menerima surat lengkap dengan pengesahan (cop Setiausaha Dewan Negeri) pada 15 Mac lalu,” katanya pada sidang media di Pejabat Sekretariat PR (Pas) Perak di sini, semalam.

Sivakumar berkata, Ganesan mengeluarkan satu notis jadual memasuki dewan mesyuarat iaitu kepada 59 ADUN pada 26 Mac lalu yang menyatakan pihak kerajaan dan pembangkang perlu ikut pintu masuk yang berlainan sewaktu Sidang DUN diadakan.

“Beliau (Ganesan) berbuat demikian kerana bimbang sedangkan tidak pernah dalam sejarah Malaysia ADUN memasuki pintu berasingan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada 59 ADUN di negeri ini dan ada di antara ahli Barisan Nasional (BN) yang membalas surat jawapan itu.

“Saya sudah menerima surat pengesahan kehadiran ke Sidang DUN daripada ADUN BN, pada 15 Mac lalu.

“Ini membuktikan saya masih diiktiraf sebagai Speaker yang sah kerana ADUN BN sendiri menghantar surat pengesahan kehadiran kepada saya,” katanya sambil menunjukkan bukti pengesahan yang diterima dari ADUN itu. -SH

Ulasan GB

GB dah ulas sebelum ini. Kalau PR boikot, tak perlu hadir sidang DUN kerana persoalan pokok iaitu, "mahkamah belum putuskan isu Speaker yang sah".

Ini tidak, tiba-tiba PR kata akan hadir sidang DUN. Sivakumar keluarkan notis untuk sidang pada tarikh, masa dan tempat yang sama. Bukankah itu menempa kekecohan lagi?

Berpolitik, nampaknya PR Perak perlu belajar lagi.




Siapa Belasah RM52 bilion Saham Bumiputera Yang Hilang?

Saham sebanyak RM54 bilion yang diagihkan untuk orang Melayu di bursa saham telah 'hilang' dan kini hanya berbaki sebanyak RM2 bilion, kata ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya saham berkenaan masih kekal dalam pegangan bumiputera, golongan itu pasti dapat mencapai sasaran pegangan ekuiti 30 peratus pada masa sekarang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasan kepada kerajaan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.


"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang didakwa melakukan perbuatan seperti itu.

"Saya harap bila kita bincang mengenai ekonomi janganlah salahkan mana-mana pihak, salahkan mereka yang telah terima saham tetapi tidak tahu ke mana saham itu pergi," katanya lagi. malaysiakini/TVS



29 Mac 2010

Apabila Sepaker Berdolak-dalik, Dimanakah Integriti Palimen?

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat yang tidak konsisten dalam menentukan tarikh untuk Ketua Pembangkang itu membuat penjelasan mengenai peranan Apco Worldwide dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar bersedia penjelasan bila-bila masa tetapi kesal kerana keputusan mereka saling bercanggah dan member gambaran wujud satu peraturan khas apabila sesuatu isu melibatkan beliau.

Tarikh itu menjadi pertikaian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar membatal keputusan timbalannya Ronald Kiandee yang menetapkan Anwar untuk membuat penjelasan esok.

Sebaliknya, Dr Wan Junaidi meminta semua pihak menunggu keputusan beliau yang bersangkut paut kandungan Peraturan 34 (1) pada Rabu ini, sekali gus bermakna penjelasan Anwar yang dijadual esok perlu ditunda.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi selepas didatangi Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan sesuatu tiba-tiba menukar keputusan dengan menyatakan Anwar perlu memberi penjelasan esok sebagaimana keputusan yang ditetapkan Ronald Kiandee.

Dolak dalik dan percanggahan mengenai keputusan berkenaan mendorong Anwar membuat teguran.

“Janganlah ada peraturan khas untuk Permatang Pauh. Saya tidak keberatan memberi penjelasan tapi Speaker kenalah teliti keputusan dan adil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat yang turut disokong Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Dr Wan Junaidi kemudian menetapkan penjelasan itu perlu dibuat pada Selasa, itu pun selepas dua kali setiausaha dewan rakyat mendatangi Dr Wan Junaidi hingga gelagat itu disindir Anwar dan Kit Siang.

“Jangan sampai orang kata speaker ikut cakap setiausaha,” kata Ketua Umum Keadilan dengan nada sedikit sinis.

Speaker Dewan Rakyat itu kemudian memberi penjelasan panjang lebar terhadap keputusannya itu tetapi ia masih mengelirukan sehingga Anwar sekali lagi bangun dan terpaksa membetulkan fakta.

Enggan menjawab Anwar, Dr Wan Junaidi sebaliknya dilihat cuba mengelak isu itu berpanjangan dengan berkata demikian dan meminta hal itu dibincangkan kemudian.

Apco Worldwide adalah firma perunding antarabangsa yang dilantik bagi menasihati kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib. -SK/TVS


Umno Roboh Rumah Penyokong Sendiri (updated)

Tindakan pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang telah meroboh sebahagian daripada rumah penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa belas kasihan dianggap tindakan kejam Umno-Barisan Nasional di kubu kuat mereka sendiri.

Dalam sidang media yang dihadiri beberapa penduduk terbabit, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata perkara ini akan di bawa dalam perbahasan dan berharap penduduk dibantu tanpa mengira parti politik.

"Saya akan membawa perkara ini semasa perbahasan nanti dengan harapan pihak kerajaan akan mengambil serius tentang masalah yang dihadapi penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas ini walaupun kebanyakkan mereka adalah daripada Umno. Bagi saya ini satu tindakan kejam yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan yang tidak ada pertimbangan untuk memberi tempoh masa agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah," jelas beliau.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mendesak agar kerajaan membayar pampasan bagi meringankan beban penduduk terbabit.

"Kami berharap kerajaan negeri Johor dapat membayar pampasan kepada penduduk terbabit bagi meringankan beban keluarga terbabit membina kehidupan baru selepas berpindah.

"Peruntukan yang di pohon penduduk adalah sebanyak RM30,000 setiap keluarga dan ini boleh dianggap sebagai balasan daripada pihak kerajaan yang ingin membangunkan kawasan berkenaan." kata Suhaizan.

Semasa operasi pada 24 Mac lalu, 7 buah rumah dan 5 buah kedai telah dirobohkan.

Setelah mendapat bantahan daripada penduduk setempat pihak PTDJB telah melanjutkan tempoh selama 3 hari agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah.

Kebanyakan penduduk di situ adalah ahli Umno tetapi parti itu tidak membela nasib ahli yang telah menyokong mereka pada pilihan raya umum lepas.

Umno yang selalu melaungkan perjuangan untuk rakyat tetapi mengambil tindakan menindas penyokongnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Ibrahim menjelaskan penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada maklumbalas dari mereka.

"Pihak kami telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor dan juga Perdana Menteri pada 20 Jun 2008 dan 27 Oktober 2009 tetapi kami tidak mendapat apa-apa reaksi dari mereka. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada Umno dan kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi sehingga Barisan Nasional menang dikawasan itu.

"Kami kesal kerana suara yang menyokong mereka tidak diterima oleh pemimpin BN, kami mahukan pampasan agar ini dapat meringankan beban kami dalam memulakan hidup baru selain digunakan untuk membuat persiapan membina rumah baru kami," kata Ramli.



Gambar Bumbung Bangunan Dalam Pembinaan UMT Runtuh, Satu Maut

Lepas satu satu yang runtuh di negeri Terengganu. Selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan beberapa lagi kejadian yang menuruti selepas itu, petang tadi pada kira-kira pukul 5 petang satu lagi keruntuhan berlaku. Kejadian kali ini di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

MStar melaporkan seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).

Sumber gambar : Zulkefli






Tidak dakwa Chua, peguam negara amal "double standard"

Peguam Negara Abdul Gani Patail dituduh bersikap "double standard" berikutan keputusannya tidak mendakwa presiden MCA yang baru dilantik, Dr Chua Soi Lek kerana perlakuan seks melampau.

"Tuduhan salah laku Chua di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan," kata peguam Sankara Nair.

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.

Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah."

Katanya, terdapat bukti dalam bentuk video, yang dimiliki orang ramai, menunjukkan bekas menteri kesihatan itu terlibat dalam perlakuan seks "oral" dengan seorang wanita.

Beliau (Chua) telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang telah pun dewasa.

Sankara juga berkata, Chua mengakui secara terbuka bahawa orang dalam video itu adalah beliau sendiri dan kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri.

Beliau berkata, seks "oral" secara sukarela atau tidak ada beza dengan perlakuan liwat dan oleh itu beliau menggesa peguam negara menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Semalam, Chua memenangi kerusi presiden MCA dengan mencatat 901 undi.

Beliau menewaskan bekas presiden Ong Ka Ting yang meraih 833 undi dan penyadang presiden Ong Tee Keat dengan 578 undi. -FMT

Parti Hak Asasi Manusia Tidak Bertanding Di Hulu Selangor

Parti Hak Asasi Manusia (HRP) mengambil keputusan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Agung protem HRP, P. Uthayakumar berkata keputusan itu dibuat berdasarkan kesedaran bahawa parti itu tidak mungkin boleh memenangi kerusi tersebut kerana faktor jumlah pengundi India yang sedikit.

“Pembabitan HRP dalam pilihan raya kecil ini akan hanya memberi kelebihan sama ada kepada Pakatan Rakayat atau Barisan Nasional. Kami tidak mahu memberi kelebihan kepada mana-mana gabungan kerana mereka tidak berhak menerimanya.

“Kami tidak perlu menguji kekuatan di kalangan penyokong, mahupun menunjukkan potensi. Kami tahu kekuatan kami berdasarkan sokongan yang diterima dari seluruh negara.

“Kami juga sedar bahawa HRP adalah kuasa baru dalam gelangang politik Malaysia dan kami tidak akan terburu-buru,” kata beliau.

Uthayakumar berkata parti itu merancang untuk menawan 15 kerusi Parlimen dan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan masyarakat India tidak terus dicengkam kemiskinan. -SK

Petanda Johor Dalam Dakapan PR: Umno Roboh Rumah Penyokong Sendiri

Tindakan pihak Pentadbir Tanah Daerah Johor Baharu (PTDJB) yang telah meroboh sebahagian daripada rumah penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas tanpa belas kasihan dianggap tindakan kejam Umno-Barisan Nasional di kubu kuat mereka sendiri.

Dalam sidang media yang dihadiri beberapa penduduk terbabit, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata perkara ini akan di bawa dalam perbahasan dan berharap penduduk dibantu tanpa mengira parti politik.

"Saya akan membawa perkara ini semasa perbahasan nanti dengan harapan pihak kerajaan akan mengambil serius tentang masalah yang dihadapi penduduk Kampung Denai Pinggiran Kempas ini walaupun kebanyakkan mereka adalah daripada Umno. Bagi saya ini satu tindakan kejam yang telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan yang tidak ada pertimbangan untuk memberi tempoh masa agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah," jelas beliau.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mendesak agar kerajaan membayar pampasan bagi meringankan beban penduduk terbabit.

"Kami berharap kerajaan negeri Johor dapat membayar pampasan kepada penduduk terbabit bagi meringankan beban keluarga terbabit membina kehidupan baru selepas berpindah.

"Peruntukan yang di pohon penduduk adalah sebanyak RM30,000 setiap keluarga dan ini boleh dianggap sebagai balasan daripada pihak kerajaan yang ingin membangunkan kawasan berkenaan." kata Suhaizan.

Semasa operasi pada 24 Mac lalu, 7 buah rumah dan 5 buah kedai telah dirobohkan.

Setelah mendapat bantahan daripada penduduk setempat pihak PTDJB telah melanjutkan tempoh selama 3 hari agar penduduk dapat membuat persiapan untuk berpindah.

Kebanyakan penduduk di situ adalah ahli Umno tetapi parti itu tidak membela nasib ahli yang telah menyokong mereka pada pilihan raya umum lepas.

Umno yang selalu melaungkan perjuangan untuk rakyat tetapi mengambil tindakan menindas penyokongnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Setinggan Kempas, Ramli Ibrahim menjelaskan penduduk telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi tiada maklumbalas dari mereka.

"Pihak kami telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor dan juga Perdana Menteri pada 20 Jun 2008 dan 27 Oktober 2009 tetapi kami tidak mendapat apa-apa reaksi dari mereka. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada Umno dan kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi sehingga Barisan Nasional menang dikawasan itu.

"Kami kesal kerana suara yang menyokong mereka tidak diterima oleh pemimpin BN, kami mahukan pampasan agar ini dapat meringankan beban kami dalam memulakan hidup baru selain digunakan untuk membuat persiapan membina rumah baru kami," kata Ramli. -SK

Ulasan GB

Itu petanda Joohor dalam dakapan Pakatan Rakyat. Teruskan usaha "murni"mu wahai BN Johor!

MB Kedah : BN Gagal Urus Air Sebelum Ini

Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menguruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan di Kedah, sehingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dakwaan sebelum ini yang mengaitkan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah gangguan air adalah tidak benar, sebaliknya segala permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air oleh BN.

“Kerajaan BN dahulu yang gagal membaiki paip-paip lama yang pecah, apabila kita ambil alih Kedah, kita pula yang terpaksa baiki. Termasuklah tanggung hutang perjanjian air yang merugikan yang dibuat ketika mereka memerintah,” katanya.

Azizan berkata, berikutan itu, Kerajaan Negeri kini sedang membuat penilaian semula terhadap perjanjian air lama yang tidak menguntungkan, antaranya sistem penswastaan air di Langkawi.

“Perjanjian itu menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar sebanyak RM38 juta kepada syarikat itu sedangkan kutipan hanya sekitar RM14 juta. Ini menunjukkan BN gagal menguruskan sistem air sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan BN seolah-olah menyalah guna wang rakyat bagi kepentingan sendiri, kerana difahamkan, ada syarikat yang dilantik untuk menguruskan air adalah sekutu BN.

“Ini terbukti BN sebelum ini gagal membela kebajikan rakyat. Mereka guna duit rakyat untuk bayar pada syarikat kroni mereka, dalam jumlah yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan terpencil seperti di daerah Sik dan Padang Terap, Azizan berkata, musim kemarau antara punca berlakunya gangguan air, termasuk di beberapa negeri lain.

“Di Kedah, kita turut gunakan sistem air kebajikan, di mana, air yang menuruni bukit ditakungkan dan disalurkan melalui paip sepanjang 1 hingga 2 kilometer ke rumah penduduk kampung. Apabila musim kemarau tiba, air bukit ini tidak dapat mengalir turun, oleh sebab itu, mereka gunakan telaga,” katanya.

Azizan berharap penjelasan ini dapat menangkis dakwaan beberapa pihak yang mempertikai keberkesanan sistem bekalan air di Kedah, yang dikatakan tidak berfungsi dengan baik, terutama selepas pengurusan air dikorporatkan dan diambil alih Syarikat Air Darul Aman (Sada). -SH

Pemuda PAS Kelantan Sokong Penuh TGNA Sebagai Mursyidul Am PAS

Dewan Pemuda Pas Negeri menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am Pas.

Ketuanya, Abd Latif Abdul Rahman berkata, kepimpinan Nik Abdul Aziz bukan sahaja diperlukan di Kelantan, malah kepada Pas di peringkat pusat bagi meneruskan kecemerlangan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

“Tok Guru memiliki aura dan kehebatannya sendiri bukan setakat orang Islam, malah orang bukan Islam yang mempunyai persepsi yang sangat baik kepada beliau.

“Oleh itu tiada sebab untuk Tok Guru tidak mempertahankan jawatan beliau ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa beliau sedia tidak dilantik sebagai Mursyidul Am Pas oleh Majlis Syura yang akan bermesyuarat dan memutuskan jawatan itu hari ini.

Nik Aziz berkata, rekod kehadiran beliau untuk menghadiri program di luar Kelantan tidak memuaskan termasuk menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang lebih banyak diwakilkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Abd Latif yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Mengkebang berkata, sokongan kepada rakyat kepada kepimpinan Nik Aziz kini tidak boleh dipertikai malah ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam berhadapan dengan UMNO.

“Ke mana Tok Guru pergi, beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa, malah Orang Cina dan India sudah mula menyokong perjuangan Pas atas inisiatif yang diambil Tok Guru yang memberi keadilan kepada semua pihak semasa memerintah Kelantan,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, adalah amat wajar bagi Nik Aziz meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan sebagaimana yang dikehendaki ahli Pas sendiri. -SH

Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat.

Ekoran ulasan GB di dalam tulisan sebelum ini mengenai Mursyidul Am PAS yang telah terlucut secara automatik dari jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS ramai yang telah menghubungi GB untuk membuat tindakan sewajarnya bagi mempastikan semua hal dibongkar agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sekalipun Harakahdaily melaporkan bahawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dikatakan dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Langkah itu dianggap langkah terdesak parti kerana "kesilapan teknikal" yang dilakukan oleh pihak tertentu - di dalam konteks ini - Setiausaha Agong - yang begitu pantas melakukan kerja meminda perlembagaan TANPA merujuk kepada Muktamar.

Persoalan kini siapa yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak pertama dan kedua sedangkan peruntukan Perlembagaan PAS sebelum ia dipinda perlu dilakukan oleh Mursyidul Am? Apakah presiden PAS secara automatik akan mempengerusikan Majlis Syura Ulamak mengikut pindaan perlembagaan? Jika demikian apakan Presiden memegang kedua-dua jawatan, Presiden dan mursyidul Am PAS sekaligus?

Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan, fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?

Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh dipermainkan oleh eksekutif parti?

Laporan polis hendaklah dibuat terhadap Mustafa Ali agar beliau disiasat terhadap tindakannya meminda perlembagaan parti tanpa sebarang resolusi khusus muktamar-muktamar sebelum ini.

Tindakan untuk mengaibkan Mursyidul Am PAS yang dilakukan oleh pihak tertentu di dalam parti dibantu oleh para petugas di pejabat PAS Pusat perlu diambil tindakan sewajarnya agar parti tidak mudah dijadikan boneka untuk sesetengah pihak di dalam mencapai matlamat-matlamat tertentu untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Ulasan GB sebelum ini