30 Mac 2010

Julang Keris, Pemuda MCA Kecam Perkasa

Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!

"Dalam Mesyuarat Agung PERKASA, Ibrahim Ali mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang ekstrem dan menjulang keris; sementara bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang pernah mengeluarkan hujah 'kaum pendatang', kini bersiap sedia untuk kembali. Malah, kita tidak boleh memandang remeh sikap Ahmad Ismail yang angkuh itu, malah perlu mencegah rasisme daripada membakar semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Low Chew June menyifatkan Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail adalah penganut rasisme yang pantang melihat keamanan dan kedamaian negara. Low Chew June menganggap tindakan mereka yang ekstrem akan menjejaskan perpaduan negara, malah terpesong dari Perlembagaan Persekutuan, bercanggahan dengan gagasan 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak.

Low Chew June juga kesal dengan hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menurutnya "ekstrem", malah menyifatkan hujah tersebut sebagai "mengapi-apikan", menyemarakkan fahaman perkauman. "Sebagai seorang bekas PM, Mahathir seharusnya berada pada landasan yang betul untuk memupuk perpaduan rakyat demi kepentingan semua," katanya.

*Kenyataan media oleh Low Chew June selaku Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA. Diterjemah dari kenyataan asal edisi bahasa Cina. -Merdeka Review

5 ulasan:

  1. kita perlu berhati hati dengan api perkauman yang sedang ditiup oleh puak BN ni. Mungkin ada udang sebalik batu.

    BalasPadam
  2. Najib kata 1 Malaysia . Tun M kata UMNO lembik sebab tu PERKOSA jadi perkasa . UMNO pulak tak pernah menolak PERKOSA . Jadi siapa perkosa sapa ?

    BalasPadam
  3. Sesiapa nak join Perkasa boleh join sekarang..kot kot nanti nama tak naik untuk PRU yang akan datang sebab UMNO dah boleh pakai,

    BalasPadam
  4. PERKASA barua UMNO, UMNO macam hidup berpura-pura baik tapi musuh rakyat

    BalasPadam
  5. UMNO memperkudakan ibrahim ali, nasib baik dia tak cerdik!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.