29 Mac 2010

MB Kedah : BN Gagal Urus Air Sebelum Ini

Barisan Nasional (BN) didakwa gagal menguruskan sistem air dengan baik ketika memegang tampuk pemerintahan di Kedah, sehingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dakwaan sebelum ini yang mengaitkan kegagalan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah gangguan air adalah tidak benar, sebaliknya segala permasalahan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air oleh BN.

“Kerajaan BN dahulu yang gagal membaiki paip-paip lama yang pecah, apabila kita ambil alih Kedah, kita pula yang terpaksa baiki. Termasuklah tanggung hutang perjanjian air yang merugikan yang dibuat ketika mereka memerintah,” katanya.

Azizan berkata, berikutan itu, Kerajaan Negeri kini sedang membuat penilaian semula terhadap perjanjian air lama yang tidak menguntungkan, antaranya sistem penswastaan air di Langkawi.

“Perjanjian itu menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa membayar sebanyak RM38 juta kepada syarikat itu sedangkan kutipan hanya sekitar RM14 juta. Ini menunjukkan BN gagal menguruskan sistem air sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, tindakan BN seolah-olah menyalah guna wang rakyat bagi kepentingan sendiri, kerana difahamkan, ada syarikat yang dilantik untuk menguruskan air adalah sekutu BN.

“Ini terbukti BN sebelum ini gagal membela kebajikan rakyat. Mereka guna duit rakyat untuk bayar pada syarikat kroni mereka, dalam jumlah yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai gangguan bekalan air di beberapa kawasan terpencil seperti di daerah Sik dan Padang Terap, Azizan berkata, musim kemarau antara punca berlakunya gangguan air, termasuk di beberapa negeri lain.

“Di Kedah, kita turut gunakan sistem air kebajikan, di mana, air yang menuruni bukit ditakungkan dan disalurkan melalui paip sepanjang 1 hingga 2 kilometer ke rumah penduduk kampung. Apabila musim kemarau tiba, air bukit ini tidak dapat mengalir turun, oleh sebab itu, mereka gunakan telaga,” katanya.

Azizan berharap penjelasan ini dapat menangkis dakwaan beberapa pihak yang mempertikai keberkesanan sistem bekalan air di Kedah, yang dikatakan tidak berfungsi dengan baik, terutama selepas pengurusan air dikorporatkan dan diambil alih Syarikat Air Darul Aman (Sada). -SH

8 ulasan:

  1. semua gagal diurus UMNO/BN termasuk kebajikan rakyat berbanding pakatan rakyat.

    BalasPadam
  2. rakyat perlu uruskan UMNO supaya jadi sejarah di malaysia

    BalasPadam
  3. Biasalah perangai UMNO sebat wang rakyat. Contohnya kalau projek tu bernilai RM 20 juta, diluluskan sebanyak RM 40 juta. Lepas tu pakat-pakat bahagi wang yang lebih tu. Walaupun projek tu diberi kepada kroninya orang ramai dapat tahu juga.

    BalasPadam
  4. prestasi us azizan kurang memberansangkan, sekiranya Amirudin(ADUN Anak Bukit) jadi MB keadaan mungkin lebih baik setanding dengan MB Nizar

    BalasPadam
  5. Kerajaan PR mesti bersunnggu-sungguh mengatasi masalah ini. Dulu masa jadi MB Kedah, jarang sangat Mahazir Khalid tu muncul di tv. La dah jatuh baru nampak muka. Ada orang kata macam mana nak muncul, asyik bertukar beg pergi luar negeri ja. Pergi melancong ke atau lawatan sambil belajar? Belajar apa? Perabih duit rakyat saja. Tau-tau buat banglo yang dengar khabarnya berharga RM4 juta. Ada orang kata dia mampu. Boleh jadi betul. Tapi jadi MB 25 bulan saja!

    BalasPadam
  6. Mulut cabui mana tu ha..Nizar MB perak, ok tp BN dah kebas balik..Amiruddin pun tak tau lg mcm, persepsi nampak ok tp belum tentu ok..Biar lah Ust Azizan uruskan tanggungjawab dia..

    BalasPadam
  7. bukan lama perintah menjadi ukuran, prestasi penting macam khalifah umar ibn aziz, walau tak lama perintah prestasi menjadi contoh dikenang dan sepanjang zaman hingga kini..

    BalasPadam
  8. Apa yang paling penting sekarang bukan Kedah, Perak, Selangor atau Kelantan tapi Pakatan Rakyat nak perintah Malaysia PRU13.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.