29 Mac 2010

Tindakan Mustafa Ali Perlu Disiasat.

Ekoran ulasan GB di dalam tulisan sebelum ini mengenai Mursyidul Am PAS yang telah terlucut secara automatik dari jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS ramai yang telah menghubungi GB untuk membuat tindakan sewajarnya bagi mempastikan semua hal dibongkar agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sekalipun Harakahdaily melaporkan bahawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.

Keputusan ini dikatakan dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.

Langkah itu dianggap langkah terdesak parti kerana "kesilapan teknikal" yang dilakukan oleh pihak tertentu - di dalam konteks ini - Setiausaha Agong - yang begitu pantas melakukan kerja meminda perlembagaan TANPA merujuk kepada Muktamar.

Persoalan kini siapa yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulamak pertama dan kedua sedangkan peruntukan Perlembagaan PAS sebelum ia dipinda perlu dilakukan oleh Mursyidul Am? Apakah presiden PAS secara automatik akan mempengerusikan Majlis Syura Ulamak mengikut pindaan perlembagaan? Jika demikian apakan Presiden memegang kedua-dua jawatan, Presiden dan mursyidul Am PAS sekaligus?

Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan, fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?

Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh dipermainkan oleh eksekutif parti?

Laporan polis hendaklah dibuat terhadap Mustafa Ali agar beliau disiasat terhadap tindakannya meminda perlembagaan parti tanpa sebarang resolusi khusus muktamar-muktamar sebelum ini.

Tindakan untuk mengaibkan Mursyidul Am PAS yang dilakukan oleh pihak tertentu di dalam parti dibantu oleh para petugas di pejabat PAS Pusat perlu diambil tindakan sewajarnya agar parti tidak mudah dijadikan boneka untuk sesetengah pihak di dalam mencapai matlamat-matlamat tertentu untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Ulasan GB sebelum ini

11 ulasan:

  1. asalamua'laikum.

    selepas pru12 ni sudah jadi macam ni!
    apa sebenarnya yang berlaku ni? setiausaha agung yang dulu dan seorang pj tidak disambungkan jawatannya. jawapan dia ialah tak rak cetong. guana gamak ......

    BalasPadam
  2. "Apakah butir-butir Perlembagaan PAS yang dipinda dan siapakah yang memandai-mandai meminda Perlembagaan khusus yang menyentuh kedudukan, fungsi dan peranan badan tertinggi PAS iaitu Majlis Syura Ulamak?"

    "Ada yang bertanya mengapa PAS Kawasan-kawasan dan AJK tertinggi PAS membisu sekalipun "kemungkaran" (pencabulan) berlaku secara drastik dan dengan begitu nyata sehinggakan institusi tertinggi parti sudah boleh dipermainkan oleh eksekutif parti?"

    tuan presiden, perlukah buat laporan polis terhadap mustafa ali?

    tuan presiden, pecat itu mustafa ali!!!

    BalasPadam
  3. mustafa ali memang UG, patut disingkirkan dari pas

    BalasPadam
  4. kita cabar mustafa ali dan pas terengganu tawan terengganu...

    BalasPadam
  5. tak perlu siasat, singkir saja puak UG dalam Pas, pas tidak ketandusan pemimpin dan pelapis

    BalasPadam
  6. Kalau beginilah perangai Mustafa Ali jangan harap dapat tawan Terengganu semula dan yang lebih parah parti PAS tidak dihormati orang ramai/penyokong.

    BalasPadam
  7. Salam...

    apakah golongan pro UG dlm PAS gilakan kuasa? adakah mereka dan umno telah merancang dimana jika mereka menang PRU13...maka Kedah,kelantan,Penang,Perlis akan diserahkan kepada PAS,negeri selain itu umno akan mentadbir dan menteri kabinet akan di"rolling" antara umno dan PAS...cth : menteri -umno, timb menteri -pas,begitulah sebaliknya...sekiranya ini agenda puak UG...saya khuatir PAS akan berpecah....

    BalasPadam
  8. Salam.....

    Mustapha Ali ni dari 1970an sampai ni..samalah...perangainya...licik-licik, apa nak buat ada orang yang masih caya...yang tak de nya skrang ni tarian gelek je...lain-lain...tanyalah dia sendiri...malang-malang PAS....

    BalasPadam
  9. Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

    Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan tersebut dalam blog masing-masing.

    Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.

    BalasPadam
  10. hoi orggila

    blogger tak salah

    Mustafa Ali sendiri mengakui ada kesilapan teknikal, mengapa kamu orggila berlebih2an mengampu gila babi kepada UG?

    BalasPadam
  11. kalau rumah sendiri tak kukuh, bagaimana nak teguhkan rumah orang lain, teguran lebih membina kerana pas tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa dan ikhlas

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.