11 Jun 2009

DUN JAWI PULAU PINANG : UMNO BN BERSAMA SPRM TERPERANGKAP

Sepandai=pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Oleh kerana ketelaluan di dalam membiarkan dirinya diperkudkan oleh UMNO BN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terperangkap dengan langkah ADUN Jawi Pulau Pinang Tan Beng Huat sanggup melepaskan jawatannya itu jika terbukti tuduhan kononnya beliau membuat tuntutan palsu dua ribu ringgit.

Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

"Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti," Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

"Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah," katanya.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450. Beliau menafikan segala tuduan itu sebagai tidak berasas.

Sekiranya SPRM berani mendakwa Tan Beng Huat bererti tidak dapat tidak pilihanraya kecil akan dijalankan di Jawi Pulau Pinang dan tentunya ini amat ditakuti oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ramai yang tertunggu-tunggu ayat keramat Tan Sri Ahamd Said Hamdan, "ada bukti kukuh" yang sering diungkapkan terhadap kes-kes siasatan yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Di dalam pilihanraya umum yang lalu Tan Beng Huat telah memenangi kerusi ini mengalahkan calon BN dengan majoriti 3,790.


Gagasan 1Malaysia Najib Altantuya Untuk Satu Orang Sajakah?

Dalam demokrasi Malaysia, Ketua Pembangkang tidak diberi takrif yang jelas dari segi protokol dan peranan bersifat kenegaraan. Misalnya, mengapakah Ketua Pembangkang tidak disediakan sebuah rumah khas untuknya seperti yang dibuat di Kanada? Dia juga harus disediakan sebuah kereta yang sama tarafnya dengan PM sendiri, dan sebuah pejabat yang lengkap dengan para pembantu yang diperlukan. Semuanya dibayar oleh negara.

Sekarang kita sering mendengar laungan yang cukup bising tentang slogan Satu Malaysia, dan satu pelancaran besar-besaran sedang diaturkan.

Itu Perdana Menteri baru sudah bilang tidak perlu lagi pesta besar-besaran di dalam pentadbirannya, membazir wang rakyat. Sekarang kita boleh tanya sama itu PM yang tidak mahu membazir wang itu: Adakah memberi kedudukan wajar kepada Ketua Pembangkang satu pembaziran, sedangkan melancarkan Satu Malaysia dalam satu pesta besar-besaran tidak membazir?

Nampaknya, bagi PM yang pandai-memandai berslogan itu Ketua Pembangkang tidak termasuk dalam golongan mewakili rakyat, oleh itu slogan “rakyat diutamakan” tidak boleh dipakai dalam konteks Ketua Pembangkang.

Oleh itu beliau tidak berhak diberi rumah yang setaraf dengan PM sendiri seperti yang dibuat di Kanada. Slogan Satu Malaysia boleh dengan senang makan tuan jika silap pakai; bukan saja makan tuan tetapi juga mendedahkan kepura-puraan tuan empunya slogan yang seronok melaungkan slogan tetapi hanya untuk diri sendiri.

Maka itu protokolnya mesti dijelaskan, di mana duduknya Ketua Pembangkang dalam upacara rasmi di Istana Negara misalnya. Dalam upacara rasmi lain-lain juga mesti dihadiri Ketua Pembangkang, jika tidak mahu berbuat begitu maka lebih baik dan lebih mulia tidak dilaungkan slogan Satu Malaysia itu.

Demikianlah adab bermasyarakat dan adab bertamadun. Seorang PM tidak boleh meminggirkan Ketua Pembangkang dalam apa juga upacara rasmi bersifat kenegaraan, kerana perbuatan itu akan menjatuhkan maruah PM sebagai orang yang tidak bertamadun.

PM mestilah faham bahawa Ketua Pembangkang bukan musuh negara, tetapi mewakili sekumpulan rakyat yang berhak penuh ke atas negaranya tetapi tidak mahu ikut serta menyokong PM dan kumpulannya. Itulah antara ciri demokrasi yang beradab, yang dipraktikkan di negara-negara yang tahu makna demokrasi sebenarnya. Sekarang kita beralih kepada peranan Menteri Penerangan dalam kehidupan beradab sopan itu.

Adalah menjadi tanggungjawab Menteri Penerangan memberikan ruang dan masa yang cukup untuk menyiarkan pandangan dan pendapat Ketua Pembangkang, kerana suaranya mesti didengar dan diberi perhatian oleh semua rakyat, yang menyokong atau menentangnya. Sekarang Menteri Penerangan seolah-olah mengabaikan adab sopan dan ketamadunan bertindak dengan menggelapkan apa juga ucapan Ketua Pembangkang.

Jika ini berterusan, maka Satu Malaysia yang dilaungkan itu akan menjadi jeritan tidak sopan, kerana terselit dalam maksud Satu Malaysia itu ialah hak yang sama yang mesti diberikan kepada Ketua Pembangkang untuk memainkan peranannya yang sah.

Semua perkara yang dihuraikan di sini tidak timbul dan tidak perlu dibincangkan jika para pemimpin kita yang memegang tampuk kerajaan tahu makna tamadun dan kesopanan bertindak. Rakyat mesti tahu perkara ini walaupun cuba disembunyikan oleh para pemimpin yang tidak bertamadun tadi.

Pendeknya, jika kita betul-betul mahu melaksanakan Satu Malaysia, maka syarat utama yang mesti ada adalah adab sopan dalam bertindak, dan ini mesti ditunjukkan dalam cara kita menerima kedudukan Ketua Pembangkang sebagai wakil segolongan rakyat yang satu masa nanti akan dinaikkan taraf sebagai Perdana Menteri jika rakyat sudah menetapkan beliau layak menduduki tempat itu.

Pendeknya, slogan Satu Malaysia menuntut semua rakyat bersopan santun dan sanggup menerima perbezaan pendapat dengan hati terbuka dan bijaksana. Jika itu tidak ada, maka janganlah dilaungkan lagi slogan Satu Malaysia itu kerana ia lebih merupakan salakan daripada ajakan untuk membina tamadun bangsa kita. Sayanglah jika kita hanya pandai-pandai melaungkan Satu Malaysia, tetapi kita menuju ke arah kebiadaban, bukan peradaban. -[11/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

UG BERSAMA UMNO ; MTD Kuala Semantan Nayatakan Bantahan

Semua pihak di dalam PAS kena mengambil sikap dan pendirian tentang kerajaan perpaduan. Presiden PAS (sebelum ini dilaporkan) tetap mahu meneruskan agenda perpaduan dengan UMNO. Walaupun idea tersebut mendapat bantahan keras daripada organ parti serta Mursyidul Am PAS.

Pertemuan tempoh hari pertemuan 8 mata di JKR 10 GAGAL menamatkan mencapai persefahaman konkrit tentang 'gagasan' perpaduan ini. Hari ini sekali lagi TGNA MB Kelantan menyatakan sikap nya secara jelas dan tegas bahawa Presiden PAS jangan mengheret jemaah dan PAS dalam agenda perpaduan. Titik.

Terkini perlantikan Mustafa Ali menambahkan lagi keyakinan kita bahawa idea kerajaan perpaduan dan PAS diheret. Ramai ahli bawah kini menampakkan 'kemarahan' mereka yang amat sangat. Kini kedudukan TGHH sbagai Presiden PAS dipersoalkan. Episod kerajaan perpaduan adalah kemelut yang akan membawa PAS dalam kemurungan. Ramai pihak tidak ceria, rakan pakatan mula was-was dan curiga dengan sikap PAS yang semakin 'lunak' dengan musuhnya UMNO.


Harakah hari gagal juga meredakan kemarahan ahli-ahli PAS. Sememangnya benar kami ahli bawahan taat dan akur dengan kepimpinan sebagai proses wala dengannya, tetapi kami juga berhak menyatakan sikap kami, ujar seorang veteran PAS berusia 75 tahun di Temerloh bila penulis temui bertanyakan pandangan tentang kerajaan perpaduan.

KAMI [ MTD KUALA SEMANTAN PARLIMEN TEMERLOH] MENYOKONG SEPENUHNYA DAN BERDIRI TEGUH DIBELAKANG TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENOLAK KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA UMNO/BN. -perantaukite

UG BERSAMA UMNO : HADI TELAH BERSUARA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh
," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Bidang keutamaan PAS

"Saya mahu kerajaan membuat perubahan dahulu, dan saya utamakan perbincangan mengenai demokrasi, bidang kehakiman dan kebebasan media.

"Kalau nak bincang perkara itu, kita sedia jumpa," katanya.

Katanya, ucapan beliau di muktamar PAS, telah menyentuh perubahan badan kehakiman dan suruhanjaya pilihanraya (SPR), tetapi tidak dilaporkan sepenuhnya oleh media.

Abdul Hadi juga berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat.dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS.

Katanya, mesyuarat AJK pusat hari ini juga, tambahnya, tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Menurutnya, beliau tidak tahu laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu.

"Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh," katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat.


UMNO KECUT 76% Ahli MCA Mahu Parti Itu Tinggalkan BN

Agak ganjil di mana di dalam satu bancian di dalam sebuah lamanweb seorang pemimpin MCA terdapat satu soalan bertanyakan: “Patutkah MCA Tinggalkan BN?”

MCA adalah salah satu komponnen utama Barisan Nasional.

Dan apa yang diperolehi oleh Datuk Seri Ong Tee Keat dari bancian itu?
76 peratus telah memberikan respon MCA patut tinggalkan BN.

MCA yang kini terpukul dengan isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang di samping masih mencari jalan untuk memulihkan keyakinan setelah kalah teruk di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu ditanya samada beliau bimbang dengan keputusan undian tersebut menyatakan: “Setakat yang saya tahuu, MCA tidak berminat untuk meninggalkan BN. Ia hanya satu latihan akademik sedangkan kedudukan politik MCA adalah sebagai rakankongsi utama di dalam BN.”

Tentunya, soalan utama ialah: Apa sebenarnya perancangan yang bakal dilakukan oleh Ong Tee Keat yang dia tahu.

PAS UMNO : AJK KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI SESI 2009 – 2011

Berikut ialah barisan kepimpinan PAS yang baru untuk sessi 2009-2011 seperti yang diumumkan oleh presiden parti.

AJK Dewan Harian PAS dianggotai oleh :

1. TG Haji Hadi (Presiden)
2. Ust Nasaruddin (Timbalan)
3. Ust Tuan Ibrahim (Naib)
4. Salahuddin (Naib)
5. Mahfuz (Naib)
6. Ust Harun Taib (Ketua Dewan Ulama')
7. Ust Nasarudin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda)
8. Ust. Nuridah (Ketua Dewan Muslimat)
9. Hj Mustafa Ali (Setiausaha)
10. Dr. Hatta Ramli (Bendahari)
11. Ust. Idris Ahmad (Ketua Penerangan)
12. Ust. Halim Rahman (Pengarah Pilihanraya)


SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT

PRESIDEN: YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
TIMBALAN PRESIDEN: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN (1): DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN (2): YB SALAHUDDIN AYUB
NAIB PRESIDEN (3): YB DATO' MAHFUZ OMAR
KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ HAJI HARUN TAIB
KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN
KETUA DEWAN MUSLIMAT: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AJK (1): YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
AJK (2): USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
AJK (3): YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
AJK (4): YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
AJK (5): YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
AJK (6): YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
AJK (7): USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
AJK (8): DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
AJK (9): MOHAMED HANIPA MAIDIN
AJK (10): YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
AJK (11): YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
AJK (12): USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
AJK (13): YB DR DZULKEFLY AHMAD
AJK (14): YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
AJK (15): YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
AJK (16): MAZLAN ALIMAN
AJK (17): YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
AJK (18): YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT: YB DR. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DATO’ ABDUL HALIM A RAHMAN

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AJK (1): YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AJK (2): HAJI MOHAMAD SABU
AJK (3): HJ MOHD ANUAR TAHIR
AJK (4): HAJI ASMUNI AWI
AJK (5): YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AJK (6): YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AJK (7): YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AJK (8): HAJI AHMAD DOLLAH

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI

PESURUHJAYA PAS PERLIS:
YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

PESURUHJAYA PAS KEDAH:
YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK

PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG:
USTAZ MOHD SALLEH MAN

PESURUHJAYA PAS PERAK:
USTAZ ABU BAKAR HUSIN

PESURUHJAYA PAS KELANTAN:
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PESURUHJAYA PAS TERENGGANU:
YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

PESURUHJAYA PAS PAHANG:
DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

PESURUHJAYA PAS SELANGOR:
DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI

PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN:
HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN:
HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

PESURUHJAYA PAS MELAKA:
USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

PESURUHJAYA PAS JOHOR:
DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED

PESURUHJAYA PAS SABAH:
HAJI MUHAMAD ABDULLAH

PESURUHJAYA PAS SARAWAK:
USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA


Boneka UMNO Suka Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz Bidas Mustafa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."


PAS UMNO Pilihanraya Kecil DUN Jawi Pulau Pinang?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tan Beng Huat, yang didakwa terbabit dengan kes penyelewengan tuntutan sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun, hari ini.

Bagaimanapun, surat tidak bertarikh itu hanya akan berkuat kuasa sekiranya siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan itu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, berkata Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng, mengarahkan supaya surat berkenaan disediakan.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media oleh Chow yang turut dihadiri Tan di sini, sebentar tadi.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berkata, Tan menafikan berlakunya salah laku berhubung penajaan RM2,000 untuk pertubuhan amal.

Beliau berkata, pihaknya meluluskan permohonan penajaan itu dan tidak terbabit dalam pembelian set televisyen dan pemain cakera padat.

Katanya lagi, beliau terkejut apabila diberitahu nilai barangan yang dihantar kepada pertubuhan berkenaan kurang daripada RM2,000.

Tan juga turut mengesahkan pegawai SPRM sudah mengambil kenyataan daripadanya.

Malah, beliau berkata, tuduhan ketua bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, terhadapnya berasaskan agenda peribadi.

Nizar Dinafikan Hak Untuk Mendapat Hujahan Bertulis Mahkamah Rayuan

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak.

Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.

Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan.


Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah.

Nizar hanya mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan yang sehingga ini yang diragui penghakimannya oleh banyak pihak termasuk bekas hakim mahkamah rayuan sendiri NH Chan, telah cuba melengah-lengahkan hujjahan bertulis bagi meletakkan tekanan kepada pihak peguam Nizar agar Nizar gagal membuat rayuan tersebut.

NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.

Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.


PAS UMNO : Hadi Lantik Kabinetnya Sendiri Dalam PAS

Sebagaimana yang diramalkan, Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, demikian lapor malaysianinsider.

Perlantikan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusi Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bermesyuarat hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mahu menguatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana Mustafa adalah orang kepercayaan beliau dan antara negotiotor yang baik dalam PAS selain Datuk Husam Musa.

Mustafa dijangka dapat memainkan peranan yang baik dalam mewakili PAS dalam sebarang perbincangan dengan rakan-rakannya dalam PR dan akan benar-benar mewakili pemikiran presiden.

Dengan perlantikan Mustafa bermakna Abdul Hadi mendapat orang kepercayaan beliau memegang jawatan penting dalam menentukan halatuju PAS itu.

Jika dilihat kepimpinan dalam PAS, perlantikan Mustafa bermakna, tiga tokoh penting dalam pengurusan tertinggi PAS (presiden, timbalan dan setiausaha agung) kini di kalangan orang dalam sekolah pemikiran yang sama.

Bermakna, apa-apa idea atau perancangan yang akan dibuat oleh presiden PAS selepas ini akan dilaksanakan dengan baik oleh ketua pengurusan parti iaitu setiausaha agung.

Ini akan menyebabkan rakan-rakan PAS dalam Pakatan akan ternanti-nanti apakah pendekatan PAS terutama dalam isu kerajaan perpaduan.

Sebelum ini, Mustafa dalam sidang medianya selepas muktamar PAS ke-55 telah menegaskan agar isu kerajaan perpaduan ini jangan dibincangkan lagi kerana ia bakal mengelirukan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut berada dalam jawatan yang penting dalam kabinet PAS kali ini adalah Ustaz Idris Ahmad yang dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sebelum ini, Idris adalah timbalan kepada Nashrudin dalam Lajnah Tarbiyah PAS, juga dikira berada dalam sekolah pemikiran yang sama dengan Abdul Hadi iaitu dalam kumpulan penyokong ulama.

Yang dikira kumpulan lain dalam kebinet kali ini adalah Dr Hatta Ramli yang dikekalkan sebagai Bendahari.

Orang kuat Mustafa sebelum ini dalam Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Husam dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden hanya dilantik sebagai AJK PAS Pusat bukan dalam Dewan Harian PAS iaitu badan pengurusan tertinggi dalam PAS.

Usaha dua naib presiden yang baru menang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar agar Husam dan Mohamad dilantik dalam Dewan Harian nampaknya tidak berjaya.


Ini bermakna, Abdul Hadi sebagai presiden melantik mereka yang benar-benar boleh bekerja dengan beliau dalam kabinet PAS kali ini kecuali Dr Hatta yang dianggap kumpulan profesional atau dipanggil kumpulan Erdogan oleh media.

UMNO BN Tunggang Langgangkan Demokrasi Negara Kita - Mat Sabu

Tiga tiang utama dalam pembentukan peraturan hidup rakyat Malaysia menyebabkan negara kita dihormati apabila legislatif, eksekutif dan judiciary tertegak dengan peranan mereka masing-masing dan mempunyai kuasa tersendiri.

Pembuat undang-undang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, manakala eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan badan kehakiman yang tertegak megah dengan autoriti dan autonominya tersendiri.

Kini kewibawaan tiga tonggak yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu mula menuju kehancuran di bawah kerajaan Barisan Nasional. Tempat membuat undang-undang tidak dihormati lagi. Pihak eksekutif dengan sewenang-wenangnya menceroboh tempat legislatif tanpa mengikut peraturan-peraturan yang selama ini dihormati dan diterima pakai dengan baik.

Ditangkap di Parlimen

Dato' Mustafa Ali diserbu dan ditangkap di dalam kawasan Parlimen kira-kira setahun setengah yang lalu. Sedangkan untuk menangkap beliau, boleh sahaja dilakukan di luar kawasan Parlimen, seperti di pejabatnya di Jalan Pahang Barat atau di rumahnya di Kuala Terengganu.

Tetapi kenapa pihak polis sengaja masuk dan menangkap Mustafa di dalam kawasan Parlimen? Bukanlah terlalu "urgent" untuk menangkap beliau sehingga tempat untuk membuat undang-undang pun tidak dihormati.

Kawasan Parlimen terus dicemar lagi apabila sekumpulan Pemuda Umno cuba mengancam Ahli Parlimen Karpal Sigh juga di lokasi sama. Saya boleh faham perasaan Pemuda Umno terhadap Karpal Sigh, tetapi memilih kawasan Parlimen untuk bertindak terhadap beliau amatlah tidak kena.

Karpal boleh "dikepung" di mana saja di luar kawasan Parlimen untuk melepaskan geram Pemuda Umno terhadapnya.

Kalaulah Pemuda PAS atau Angkatan Muda KeADILan melakukan tindakan yang serupa, "mengepung" mana-mana ahli Parlimen BN di dalam kawasan Parlimen, saya akan bangun menentang dan menyatakan rasa tidak bersetuju. Tempat lagislatif itu perlu dihormati, dan jangan dijadikan kawasan Parlimen seperti pasar malam.

Bentara Dun bertukar tugas dengan polis

Lebih dahsyat lagi apa yang berlaku di Perak amat memalukan rakyat Malaysia kepada mata dunia. Bentara Dewan dengan pasukan polis telah bertukar tugas. Bentara Dewan yang menjaga hal ehwal Dun di bawah Speaker dan Setiausaha Dewan, tetapi tugas itu diambil alih oleh pihak berkuasa polis.

Speaker, Menteri Besar dan Adun Perak dihalang oleh "Bentara Dewan Baru" iaitu polis untuk memasuki Dewan. Perbuatan pihak polis itu menyebabkan Sidang Dewan Undangan Negeri yang sah terpaksa dibuat di bawah pokok apabila kuasa legislatif yang terbuka dihina, dan mereka dihalau dan merempat.

Lebih dahsyat daripada segala yang dahsyat telah berlaku di Malaysia apabila Speaker yang mempunyai segala kuasa dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kini menjadi seperti sampah hanyut.

Speaker yang selalunya memberi amaran, menggantung tugas seseorang ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, menghalau keluar mana-mana ahli Yang Berhormat dari Dewan setelah Speaker mengangap mereka melanggar peraturan atau arahan Dewan, kini di Malaysia, Speaker pula diambil tindakan.

Tak pernah saman Speaker

Beberapa kali Karpal Sigh dihalau keluar, digantung dan juga diberi amaran, sama ada di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang atau di Parlimen. Setahu saya Karpal tidak pernah menyaman Speaker di atas tindakan yang dilakukan terhadap beliau. Karpal yang bergelar "The Lawyer's Lawyer" amat tahu kuasa yang ada pada Speaker.

Apa yang berlaku dalam Dun Perak apabila Speaker Sivakumar menghalau beberapa Adun keluar dari sidang Dun? Ahli-ahli tersebut tidak mahu keluar sebaliknya Speaker pula diusir keluar dari Dewan!

Dengan segera pasukan "Bentara Polis" masuk ke dalam Dewan dan mengusung Speaker keluar secara kejam dan paksa. Malah mereka mengurung pula Speaker itu, menjadikannya satu peristiwa pahit dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Nama Malaysia tercemar dengan cukup teruk sekali ekoran peristiwa itu.

Semua pihak harus mencari jalan bagaimana hendak memulihkan imej Malaysia yang begitu tercemar dengan peristiwa yang berlaku di Perak itu.

Keadaan ekonomi kini pada tahap -6.5%, suasana perundangan dan sistem demokrasi juga menjadi rosak teruk. Imej Najib Razak sebagai Perdana Menteri cuba dilibatkan dengan hal Altantuya. Semuanya membawa kesan amat negatif kepada negara.

Marilah kita berfikir dan bertindak secara waras untuk memulihkan imej Malaysia. Serahkan kembali mandat kepada rakyat Perak untuk menentukan masa depan mereka, bukan rakyat Perak diserahkan kepada "Bentara Polis" bagi menggantikan Bentara Dewan. - Mohammad Sabu


PAS UMNO : Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS

Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat. -siasahdaily


UG Bersama UMNO : Perang Siffin Sebagai Pengajaran

Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.

Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.

Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”. Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.

Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.

Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.

Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.

Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.

Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!

Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!

Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!

Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!

UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.

Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”. Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?

Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.

Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.

Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?

Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang. Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.

Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain… -YB Khalid Samad

UG Bersama UMNO : Menipu Dengan Nama Perjanjian Hudaibiyah

Pihak pendokong gagasan Kerajaan Perpaduan setelah diasak untuk menunjukkan bukti contoh "Kerajaan Perpaduan" yang pernah dilaksanakan oleh Rasulullah jika ada, telah menampilkan Perjanjian Hudaibiyah sebagai justifikasi untuk mereka melontarkan gagasan itu.

Itulah kesilapan paling besar kumpulan yang mendokong gagasan Kerajaan Perpaduan yang berdusta dengan nama RasulNya memberikan contoh yang silap untuk mengesahkan gagasan mereka.

Sekadar mengulas dalam ruang waktu yang terbatas GB ingin tegaskan Perjanjian Hudaibiyah adalah satu perjanjian di antara kaum muslimin dengan kafir Quraisy bagi membolehkan umat Islam memasuki Kota Mekah bagi melakukan umrah. Ia adalah untuk satu kes tertentu (memasuki kota Mekah) dengan kaedah tertentu (satu perjanjian) dengan perintah tertentu (Rasulullah diarah dengan mendapat wahyu)

Ia bukan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang memboleh Rasulullah mempunyai "kuasa bersama" atau "kerajaan bersama" dengan pemuka Quraisy bagi membolehkan terlaksananya missi dan visi Islam yang diperjuangkan Rasulullah di dalam negara Arab buat selama-lamanya.

Kerajaan Islam tidak pernah ditegakkan di atas nama KERAJAAN PERPADUAN dengan mereka yang memsuhi Islam.

Kisah Hudaibiyah dilanpirkan di bawah ini bagi menutup pintu kekeliruan yang dicanangkan oleh pemuka-pemuka gagasan Kerajaan Perpaduan yang mengarut itu (pinjam istilah Mursyidul AM PAS, TG Nik Aziz).


Perang ini terjadi pada bulan Zulqa’idah tahun 6 Hijriah. Mulanya ialah Rasulullah saw. bermimpi memasuki Baitullah bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya dalam keadaan aman. Mereka mencukur rambut dan berpakaian ihram.

Atas dasar wahyu ini Rasulullah memerintahkan umat Islam agar bersiap-siap untuk pergi ke Makkah dalam rangka melakukan umrah, bukan untuk menantang kaum Qurasiy atau untuk benperang. Kaum Mushmin yang terdiri dari Muhajirin dan Anshar berangkat menuju Makkah dalam suasana riang gembira, karena kerinduan akan Baitullah yang telah enam tahun tidak mereka kunjungi, akan terpenuhi. Kaum Muslimin yang berjumlah 1.500 orang itu berangkat tanpa membawa persiapan untuk perang, kecuali perbekalan dan senjata yang biasa di bawa kafilah dagang untuk melindungi diri dari perampok.

Sesampainya rombongan Nabi di Asfan, datanglah seseorang yang mengabarkan bahwa orang-orang Quraisy sudah mengetahui adanya rombongan ini. Mereka sudah bertolak dari Makkah dalam keadaan siap perang, dengan tekad tidak akan mengizinkan Nabi saw. dan kaum Muslimin memasuki Makkah.

Mendengar laporan itu, Nabi bersabda, “Celaka benar kaum Quraisy, mereka mhau perang melulu. Apa yang akan diperolehnya jika berhasil memisahkan aku dengan seluruh bangsa Arab. Jika mereka itu dapat membunuhku, itulah yang diinginkan mereka (Quraisy). Dan jika aku berjaya dengan ajakan ini, maka mereka akan masuk Islam dengan cara baik-baik. Dan jika mereka tidak melakukan itu, maka silakan memerangiku dengan segala kemampuan yang ada. Bagaimana sebenarnya perkiraan mereka itu? Demi Allah, aku akan terus memperjuangkan apa yang diamanatkan Allah kepadaku hingga ia tegak atau pembela-pembelanya ini habis.”

Nabi kemudian meneruskan perjalanan hingga sampai di Hudaibiyah, suatu tempat di dekat kota Makkah. Di sini beliau ditemui oleh beberapa orang dan kabilah Khuza’ah yang menanyakan perihal kedatangannya. “Kami datang ke Makkah tidak lain untuk mengunjungi ka’bah dan melakukan umrah,” jawab Nabi. Utusan-utusan itu pun segera kembali, lalu mengatakan kepada rombongannya “Tampaknya kita terlalu gegabah terhadap Muhammad. Kedatangannya tidak untuk perang, melainkan hanya untuk menziarahi Baitullah. Demi Allah, dia (Muhammad) tidak boleh memasuki Baitullah di hadapan kita-kita ini buat selamanya dan seluruh orang Arab ini tidak usah banyak bicara tentang itu,” komentar mereka.

Kemudian kaum Quraisy mengutus Urwah bin Ma’sud As-Tsaqafi untuk menyampaikan sikap kaum Quraisy itu kepada Nabi dan umat Islam. Sesudah terjadi tawar menawar dengan sahabat-sahabat Nabi, kembalilah Urwah kepada kawan-kawannya guna menyampaikan hasil perundingan itu, yang pada pokoknya ingin berdamai. Tetapi keinginan damai itu ditolak, sehingga Nabi saw. mengutus Utsman bin Affan untuk sekali lagi menyatakan maksud damainya.

Kembalinya Utsman dari perundingan itu agak terlambat. Hal ini menimbulkan dugaan berat bahwa Utsman telah dibunuh, sehingga Nabi berpendapat tidak ada jalan yang lebih baik kecuali memerangi kaum Musyrikin Quraisy. Beliau menyerukan agar seluruh anggota rombongan berjanji setia untuk berperang pada saat itu juga. Semboyannya ialah perdamaian atau mati syahid di jalan Allah, dengan senjata seadanya.

Tekad yang sangat bulat mengarungi peperangan ini rupanya membuat orang-orang Quraisy menjatuhkan pilihannya untuk Damai. Inilah yang lebih baik, tetapi dengan syarat-syarat sebagai berikut:

Rasulullah saw. beserta kaum Muslimin bersedia menunda maksudnya untuk menziarahi Baitullah pada tahun itu.

# Umrah baru dapat dilaksanakan tahun depan, dengan ketentuan agar masing-masing orang hanya membawa senjata yang biasa dibawa seorang musafir, yaitu sebatang tombak dan sebilah pedang yang disarungkan.

Syarat-syarat perdamaian itu disampaikan melalui utusan yang bernama Suhail bin Amar yang dipercayakan penuh untuk mengambil keputusan-keputusan sesuai sikap Quraisy.

Kali ini kedua belah pihak berhasil mencapai kesepakatan untuk perdamaian, dengan syarat-syarat dan isinya:

* Kedua belah pihak menyetujui perlucutan senjata untuk masa sepuluh tahun.
* Kalau kaum Muslimin datang ke Makkah, maka pihak Quraisy tidak berkewajiban mengembalikan orang itu ke Madinah.
* Jika penduduk Makkah datang kepada Rasulullah di Madinah, maka kaum Muslimin harus mengembalikan orang tersebut ke Makkah.

Nabi sudah dapat menyetujui syarat-syarat dan ketentuan itu, tetapi para sahabat keberatan, bahkan mereka sempat bertengkar dengan Nabi. Di antara sahabat yang tidak bisa menerima itu terdapat Umar bin Khattab r.a. Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Aku ini adalah Rasulullah, dan tentu Dia tidak akan membinasakanku.”

Selanjutnya Nabi memerintahkan agar semua anggota rombongan melakukan tahallul. Akan tetapi mereka tidak melakukannya, karena masih kesal dan sangat keberatan dengan bunyi perjanjian yang sudah ditandatangani oleh Nabi. Mereka kecewa atas kegagalan ziarah ke Baitulah. Oleh karena itu Nabi mengambil inisiatif melakukan tahallul terlebih dahulu, dan syukurlah seluruh jamaah mengikutinya. Memang agak sulit para sahabat menerima isi perjanjian tersebut namun dikemudian hari ternyata sangat menguntungkan dakwah mereka sendiri.

Peristiwa ini disebut oleh Al-Qur’an dengan istilah Fathun Mubiinun (kemenangan nyata), sebagaimana termaktub dalam surat Al-Fath ayat 1 sampai 3.

“Sesungguhnya Kami telah memenangkan engkau dengan kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi ampunan kepadamu atas dosa yang telah lalu dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolong dengan pentolongan yang kokoh.” (QS. Al-Fath 1-3)

Peristiwa ba’iat diungkapkan oleh Al-Qur’an, “Sesungguhnya orang-orang yang berjanji setia kepadamu itu tidak lain mereka telah berjanji kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka siapa saja yang melanggar janjinya, niscaya akibatnya akan menimpa dirinya sendiri. Dan siapa saja yang menepati janjinya kapada Allah, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala yang besar. “(QS. Al-Fath: 10)

“Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang Mukmin, ketika mereka telah berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka, lalu menurunkan ketenangan atasnya dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.” (QS. Al-Fath: 18)

PAS UMNO : PAS Yang Masih Mencari Partner Kata Pengkritik

Disini, blog Kelab GB ingin menampil satu tulisan hasil dari sorang pengkritik tersohor yang telah menulis ratusan rencana, ulasan, kritikan dan resensi buku, Sdr Mohd. Affandi Hassan mengenai PAS dan Kerajaan Perpaduan. Pandangan beliau adalah pandangan peribadinya sendiri.

Tajuk tulisan ini sengaja menggunakan perkataan Inggeris “partner” untuk maksud ironi (istilah Inggeris lagi!) dalam analisis politik, khususnya untuk menilai perilaku para pemimpin PAS sebagai “pejuang Islam”, supaya dapat dilihat perbezaannya (jika ada) dengan “pejuang Islam” dalam UMNO. Mungkin sudah ramai di antara kita yang sedar bahawa PAS masih tercari-cari partner yang selesa dengannya. Nampak gayanya PAS tidak selesa berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali apabila Pakatan Rakyat gagal mempertahankan Perak daripada diceroboh oleh UMNO/BN. (Gambar, muktamar PAS baru-baru ini)

PAS jelas sekali sangat kecewa dengan kejadian itu. Keraguan PAS terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Presiden PAS mula “menggoda” Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, untuk menubuhkan apa yang dipanggil “kerajaan perpaduan”. PAS tidak berasa tersinggung untuk dituduh berusaha memecahkan Pakatan Rakyat yang diraguinya itu, dengan secara berani menggoda UMNO untuk sama-sama memerintah Malaysia.

Walaupun semua alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tidak boleh dipakai dan tidak boleh dipercayai, kerana gelagat politik PAS sendiri sejak menjadi pertubuhan politik menyerlahkan sejenis tabiat politik yang unik (sama uniknya dengan tabiat politik UMNO) dan meragukan, namun cadangan “kerajaan perpaduan” itu penting dalam konteks kegagalan “kepemimpinan Islam” Malaysia memberi corak yang tegas dan jelas dari segi mencapai matlamat politik Islam. Bagi Presiden PAS, cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan itu adalah “cadangan saya sendiri yang dipersetujui oleh DAP dan PKR”.

Perhatikan egoisme yang terlalu jelas dan pekat dalam ucapan itu, yang melihat semuanya dalam konteks politik yang agak sempit dan tidak kena mengena dengan matlamat politik Islam. Benarkah dalam Islam “perpaduan” itu matlamat utama? Soalan yang mudah dan bodoh ini penting kerana jawapannya nanti akan mencirikan sifat-sifat perjuangan Islam sejati dan yang tertumpu pada kelangsungan matlamat peribadi yang dibungkus atas nama Islam. Jika para pemimpin Islam tidak mahu menjelaskan persoalan ini, maka perjuangan Islam akan terus kabur dalam konteks Malaysia, dan peranan PAS sendiri akan terus diragui.

Mengapa cadangan kerajaan perpaduan itu tidak baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat? Juga tidak berguna untuk rakyat Malaysia? PAS tentu sudah faham dengan jelas tabiat politik UMNO yang pandai menggunakan kekuatan musuh politiknya untuk memacu kekuatannya sendiri dengan menggunakan perasaan tamak dan gelojoh kuasa di kalangan musuh politiknya. UMNO tahu perasaan tamak dan gelojoh kuasa boleh diumpan dengan istilah-istilah besar yang tidak bererti bagi UMNO sendiri. Misalnya istilah perpaduan. Bagi UMNO, perpaduan itu diperlihatkan seolah-olah diperlukan oleh rakyat, dan barang siapa yang memperlekeh perpaduan adalah anti-rakyat.

Dari segi politik UMNO, perpaduan (dan keselamatan negara yang mengiringinya) adalah senjata politik yang boleh digunakan bila-bila masa untuk melemahkan musuh politiknya. Dengan menggunakan alasan “demi perpaduan dan keselamatan” negara, seorang pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dan kumpulannya, boleh mendigulkan sesiapa juga yang dikira mengancam kedudukannya, baik dari UMNO apatah lagi dari luar UMNO. Oleh itu apa bila Presiden PAS menghulurkan senjata politik itu kepada UMNO, dengan cepat mereka mengambilnya untuk digunakan atas nama rakyat bagi melemahkan musuh politiknya.

Kini kerajaan perpaduan dijadikan satu projek propaganda untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya. Dengan nada mengejek yang tajam sindirannya, sambil tersenyum Timbalan Perdana Menteri berkata dia sendiri dan UMNO tidak tahu bagaimana bentuk kerajaan perpaduan itu kerana tidak dijelaskan oleh Presiden PAS yang baginya juga tidak jelas tentang cadangannya sendiri. Dengan itu Presiden PAS diberi imej sebagai orang yang suka bermain-main dengan politik untuk mendapat publisiti, bukan mengemukakan cadangan konkrit yang sudah difikirkan dengan mendalam dan masak-masak.

Pakatan Rakyat sendiri diletak dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu hujung pangkal. Dalam politik Islam, peranan syura dijadikan asas untuk membuat keputusan. Bagaimana pula seorang tokoh politik Islam mengetepikan para pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan sendiri atas nama Pakatan Rakyat? Ahli politik ini kelihatan begitu gelojoh hendak mendapat kredit dan publisiti murahan dengan menonjolkan projek kerajaan perpaduannya yang dia sendiri masih kabur.

Retorik murahan begini tidak sesuai untuk dijadikan permainan politik jika sekadar untuk mengelirukan dan menimbulkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Hanya kelemahan berfikir dan bertindak sahaja yang diperlihatkan, bukan ketajaman akal dan kebijaksanaan bermain politik yang benar-benar menguntungkan rakyat. UMNO dan PAS nampaknya, seperti biasa, terus bermain sunglap atas nama rakyat- [10/6/2009] Mohd. Affandi Hassan

Ulasan Ringkas GB:
Demikianlah pandangan "orang luar" terhadap PAS semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) ini timbul.

Isu UG telah menarik perhatian banyak pihak untuk mengenali PAS dan kesan dari gagasan ini mereka ternampak pemimpin PAS telah menampilkan wajah PAS yang serupa dengan UMNO.


Beberapa Kad Pengenalan Bersama Kad UMNO DDPNJ Buat Laporan Polis

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat pembuangan sampah berdekatan Taman Dahlia, Tampoi.

Penemuan ini merupakan satu sejarah yang cukup besar ertinya kepada politik negara kerana ia sudah pasti akan menguatkan bukti bahawa berlakunya penyelewengan terhadap sistem pengundian di dalam pilihanraya Malaysia.

DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan sebanyak ini boleh dijumpai dalam keadaan yang elok tanpa ada tanda-tanda ianya telah dilupuskan dan lebih mencurigakan ianya dijumpai bersama-sama kad perwakilan serta baju dan topi berlambangkan UMNO.

DPPNJ mendesak agar PDRM akan membuat penyiasatan segara terhadap laporan polis ini terutamanya kepada seorang Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru yang mana kad perwakilannya turut sama dijumpai bersama-sama IC tersebut.

DPPNJ tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan termasuklah kepada ahli Parlimen PAS/PR untuk dibentangkan di dalam persidangan. -khairul faizi