Tajuk tulisan ini sengaja menggunakan perkataan Inggeris “partner” untuk maksud ironi (istilah Inggeris lagi!) dalam analisis politik, khususnya untuk menilai perilaku para pemimpin PAS sebagai “pejuang Islam”, supaya dapat dilihat perbezaannya (jika ada) dengan “pejuang Islam” dalam UMNO. Mungkin sudah ramai di antara kita yang sedar bahawa PAS masih tercari-cari partner yang selesa dengannya. Nampak gayanya PAS tidak selesa berada dalam Pakatan Rakyat, terutama sekali apabila Pakatan Rakyat gagal mempertahankan Perak daripada diceroboh oleh UMNO/BN. (Gambar, muktamar PAS baru-baru ini)
PAS jelas sekali sangat kecewa dengan kejadian itu. Keraguan PAS terhadap kepemimpinan Anwar Ibrahim tidak dapat disembunyikan lagi, apabila Presiden PAS mula “menggoda” Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, untuk menubuhkan apa yang dipanggil “kerajaan perpaduan”. PAS tidak berasa tersinggung untuk dituduh berusaha memecahkan Pakatan Rakyat yang diraguinya itu, dengan secara berani menggoda UMNO untuk sama-sama memerintah Malaysia.
Walaupun semua alasan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tidak boleh dipakai dan tidak boleh dipercayai, kerana gelagat politik PAS sendiri sejak menjadi pertubuhan politik menyerlahkan sejenis tabiat politik yang unik (sama uniknya dengan tabiat politik UMNO) dan meragukan, namun cadangan “kerajaan perpaduan” itu penting dalam konteks kegagalan “kepemimpinan Islam” Malaysia memberi corak yang tegas dan jelas dari segi mencapai matlamat politik Islam. Bagi Presiden PAS, cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan itu adalah “cadangan saya sendiri yang dipersetujui oleh DAP dan PKR”.
Perhatikan egoisme yang terlalu jelas dan pekat dalam ucapan itu, yang melihat semuanya dalam konteks politik yang agak sempit dan tidak kena mengena dengan matlamat politik Islam. Benarkah dalam Islam “perpaduan” itu matlamat utama? Soalan yang mudah dan bodoh ini penting kerana jawapannya nanti akan mencirikan sifat-sifat perjuangan Islam sejati dan yang tertumpu pada kelangsungan matlamat peribadi yang dibungkus atas nama Islam. Jika para pemimpin Islam tidak mahu menjelaskan persoalan ini, maka perjuangan Islam akan terus kabur dalam konteks Malaysia, dan peranan PAS sendiri akan terus diragui.
Mengapa cadangan kerajaan perpaduan itu tidak baik bagi PAS dan Pakatan Rakyat? Juga tidak berguna untuk rakyat Malaysia? PAS tentu sudah faham dengan jelas tabiat politik UMNO yang pandai menggunakan kekuatan musuh politiknya untuk memacu kekuatannya sendiri dengan menggunakan perasaan tamak dan gelojoh kuasa di kalangan musuh politiknya. UMNO tahu perasaan tamak dan gelojoh kuasa boleh diumpan dengan istilah-istilah besar yang tidak bererti bagi UMNO sendiri. Misalnya istilah perpaduan. Bagi UMNO, perpaduan itu diperlihatkan seolah-olah diperlukan oleh rakyat, dan barang siapa yang memperlekeh perpaduan adalah anti-rakyat.
Dari segi politik UMNO, perpaduan (dan keselamatan negara yang mengiringinya) adalah senjata politik yang boleh digunakan bila-bila masa untuk melemahkan musuh politiknya. Dengan menggunakan alasan “demi perpaduan dan keselamatan” negara, seorang pemimpin UMNO yang sedang berkuasa dan kumpulannya, boleh mendigulkan sesiapa juga yang dikira mengancam kedudukannya, baik dari UMNO apatah lagi dari luar UMNO. Oleh itu apa bila Presiden PAS menghulurkan senjata politik itu kepada UMNO, dengan cepat mereka mengambilnya untuk digunakan atas nama rakyat bagi melemahkan musuh politiknya.
Kini kerajaan perpaduan dijadikan satu projek propaganda untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia seluruhnya. Dengan nada mengejek yang tajam sindirannya, sambil tersenyum Timbalan Perdana Menteri berkata dia sendiri dan UMNO tidak tahu bagaimana bentuk kerajaan perpaduan itu kerana tidak dijelaskan oleh Presiden PAS yang baginya juga tidak jelas tentang cadangannya sendiri. Dengan itu Presiden PAS diberi imej sebagai orang yang suka bermain-main dengan politik untuk mendapat publisiti, bukan mengemukakan cadangan konkrit yang sudah difikirkan dengan mendalam dan masak-masak.
Pakatan Rakyat sendiri diletak dalam keadaan serba salah kerana tidak tahu hujung pangkal. Dalam politik Islam, peranan syura dijadikan asas untuk membuat keputusan. Bagaimana pula seorang tokoh politik Islam mengetepikan para pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan sendiri atas nama Pakatan Rakyat? Ahli politik ini kelihatan begitu gelojoh hendak mendapat kredit dan publisiti murahan dengan menonjolkan projek kerajaan perpaduannya yang dia sendiri masih kabur.
Retorik murahan begini tidak sesuai untuk dijadikan permainan politik jika sekadar untuk mengelirukan dan menimbulkan perpecahan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Hanya kelemahan berfikir dan bertindak sahaja yang diperlihatkan, bukan ketajaman akal dan kebijaksanaan bermain politik yang benar-benar menguntungkan rakyat. UMNO dan PAS nampaknya, seperti biasa, terus bermain sunglap atas nama rakyat- [10/6/2009] Mohd. Affandi Hassan
Ulasan Ringkas GB:
Demikianlah pandangan "orang luar" terhadap PAS semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) ini timbul.
Isu UG telah menarik perhatian banyak pihak untuk mengenali PAS dan kesan dari gagasan ini mereka ternampak pemimpin PAS telah menampilkan wajah PAS yang serupa dengan UMNO.
GB
BalasPadamminta ulasan
http://hasbullah.pit.my/2009/06/kerajaan-perpaduan-ulama.html
kenapa dahulu UMNO tak pernah sebut pun nk tubuhkn kerajaan perpaduan dgn PAS?tp bila dh kalah besar dlm p/raya ke-12 sehingga hilang lima negeri,ditambah pula dgn kekalahan berganda dlm beberapa siri p/raya kecil barula nk bersatu dgn PAS.Nmpk sgtlah UMNO ni sebuah parti yg ego dan hipokrit...bg sy PAS memang x mahu bersatu dgn UMNO sebab mrk merasakn bhw tindakan trsbt ibarat sprt melepaskn anjing yg tersepit.Sebab itulah Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri tlh menarik balik idea kerajaan perpaduan ini dan beliau mahu isu trsbt tdk berbangkit lg..
BalasPadamKetua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.
BalasPadamBeliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.
Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan.
"Saya ingin menegaskan tentang harapan Presiden itu. Harapan tersebut telah diikat oleh Rasulullah. Pemuda pada zaman Rasulullah bersama-sama berjuang dengan Baginda.
"Pemuda PAS sentiasa menjadi penyokong yang hebat dalam perjuangan Rasullullah. Mereka menyatakan, kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasullullah. Justeru Pemuda juga tidak akan mencemar wajah Presiden dan Mursyidul Am.
yeah anonymous.. kalau benar mereka ini penyokong pas.. mereka tidak akan menjatuhkan air muka Pemimpin mereka... yang selama ini mereka selalu menuduh parti itu selalu itu ini (negatif) tetapi sekarang mereka makan kata2 mereka sendiri.
BalasPadamMemang benar bhw Tuan Guru Abd Hadi Awang telah menarik balik idea kerajan perpaduan ini.Ini terbukti apabila TG.Abd Hadi Awang tidak pernah menyentuh langsung mengenai kerajaan perpaduan ini ketika membentangkn ucapan dasar presiden di muktamar PAS yg ke-55 di stadium melawati Shah Alam baru2 ini..Para2 perwakilan juga tdk ada yg membangkitkn isu ini dlm ucapan msg2.Cuma yg menjadikn isu ini riuh rendah dan semakin kalut ialah tindakn jht media2 UMNO terutamanya TV3 yg mengada2kn cerita dgn tujuan utk memecahbelahkn ahli2 PAS dan parti-parti komponen didlm Pakatan rakyat..mereka sengaja mengulang2kn isu yg tdk wujud ini di kaca2 televisyen dan surat khabar hny utk mengelirukn rakyat.Yg peliknya,TV3 tidak pula menyiarkn ucapan Tg.Abd Hadi Awang yg menyentuh mengenai keazaman PAS utk mengukuhkan lg kerjasama dgn parti PKR dan DAP dalam Pakatan rakyat.Nmpk sgtla TV3 ni keldai tunggangan UMNO dan sy ingin mncadangkn spy TV3 menukar namanya drpd TV3 kpd TV UMNO..
BalasPadamyg jatuhkan airmuka TGNA tu siapa kalau bukan kamu-mau yg mendokong kerajaan perpaduan yg ada dalam pas sendiri?
BalasPadamTGNA dah kata UG mengarut, kenapa Pemuda yang kata tak mau jatuhkan airmukanya masih memperjuangkan UG itu?