11 Jun 2009

UMNO KECUT 76% Ahli MCA Mahu Parti Itu Tinggalkan BN

Agak ganjil di mana di dalam satu bancian di dalam sebuah lamanweb seorang pemimpin MCA terdapat satu soalan bertanyakan: “Patutkah MCA Tinggalkan BN?”

MCA adalah salah satu komponnen utama Barisan Nasional.

Dan apa yang diperolehi oleh Datuk Seri Ong Tee Keat dari bancian itu?
76 peratus telah memberikan respon MCA patut tinggalkan BN.

MCA yang kini terpukul dengan isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang di samping masih mencari jalan untuk memulihkan keyakinan setelah kalah teruk di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu ditanya samada beliau bimbang dengan keputusan undian tersebut menyatakan: “Setakat yang saya tahuu, MCA tidak berminat untuk meninggalkan BN. Ia hanya satu latihan akademik sedangkan kedudukan politik MCA adalah sebagai rakankongsi utama di dalam BN.”

Tentunya, soalan utama ialah: Apa sebenarnya perancangan yang bakal dilakukan oleh Ong Tee Keat yang dia tahu.

2 ulasan:

  1. salam, mungkin ong tee kiat bermain strategi di sini. meletakkan bancian di wabnya mungkin krn :-
    i. andai ramai yg memberi respon spy meninggalkan BN, maka ini akan menjadi peringatan dan amaran kpd UMNO-BN . kira mengugut dlm diam la. so boleh mrk minta mcm2 dr UMNO BN

    ii. nak cari populariti muarahan.. andai ramai yg bg respon kekal dlm BN maka dia ckp MCA-BN masi releven .

    Persoalan yg utama , benarkah pemimpin2 RELA DAN SANGGUP keluar dari BN? yg dah pegang jawatn2 tinggi2 mcm na? bg mereka ini kerja gila kalo krn uda tinggal d rmh banglo tibe2 nk pindah p setinggan.

    cuba kita fikirkan, parti PPP ( hismudin rais gelar parti pundek, pundek ) yg peranan mcm habuk dlm BN pun sekadar beretorik , acah-acah dan berdegar2 nk tinggalkan BN. sampai skrg masi takut nk tinggalkan BN walau mrk tau msyrt india dan cina semua lari meniggalkan mereka dan menyokong pakatan rakyat.

    sekian.
    -jack

    BalasPadam
  2. mca x akan tinggalkan bn sebab parti itu menjaga kepentingan cina2 yang kaya raya dan bukan untuk perjuangan golongan cina marhean.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.