17 Mei 2009

Siapa Percaya UMNO Amalkan Corak Politik Beretika?

Banyak pihak mempetikaikan kenyataan Prof Zainal Keling yang berpendapat UMNO memperaktikkan corak politik yang terlalu "ethical" yang mana ia sudah tidak relevan lagi.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Beliau berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana dan juga media alternatif.

"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.

"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive".

Seorang pensyarah Sains Politik membidaskan kenyataan Prof Zainal dan menyatakan UMNO adalah parti yang mempraktikkan corak politik yang paling tidak beretika.

"UMNO memperalat dan memperkudakan setiap ruang dan peluang yang ada termasuklah media-media," katanya.

Ini dapat dilihat dari kenyataan mantan perdana menteri sendiri, Tun Dr Mahathir yang menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.

Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.

Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.

Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.

Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.

Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.

Nada yang disuarakan Dr Mahathir di forum ini jelas berbeza dari nada autokratik yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.

Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.

Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.

UMNO PAS Penanti : Pondok Panas Akhirnya Dibenarkan

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS seluruh negara berkampung di Dewan Undangan Negeri N12 Penanti untuk membantu calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman selepas hari penamaan calon pada 23 Mei ini.

Beliau ketika berceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim di Kampung Tok Elong semalam menambah, semangat juang yang tinggi amat penting diterjemahkan oleh semua gabungan parti dalam Pakatan Rakyat untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak mustahil boleh jadi pemerintah lebih baik daripada Barisan Nasional.

BN diamanahkan memerintah Malaysia selama 50 tahun lebih nyata bukan membawa kecemerlangan bahkan memeritkan rakyat dengan berbagai kenaikan yang tidak sewajarnya.

"Datanglah beramai-ramai ke DUN Penanti untuk memberikan tenaga dan buah fikiran untuk memastikan calon Pakatan Rakyat berjaya di situ. Kejayaanya kelak bukan kejayaan KeADILan sahaja malahan PAS dan DAP, " tambahnya.

Mengenai pondok panas pula ,baru-baru ini SPR dikatakan menghalang penubuhan pondok panas kerana mereka berpendapat bahawa ianya tidak perlu.

Dulu sewaktu Umno bermaharajalela pondok panas inilah yang menjadi medan terakhir mereka menunjukkan keperkasaan mereka dalam pilihanraya sehingakan kita dalam PAS dan DAP waktu itu rasa terpencil dan begitu kecil, tetapi setelah keadaan berubah, SPR cuba pula untuk menghalang penubuhan pondok panas kononnya ianya mengganggu proses pilihan raya.

"Setelah bernbincang SPR kini setuju pula membenarkan pondok panas tetapi tak boleh iklan gambar calon," kata Dr Hatta.

PAS dengan bantuan PAS Pulau Pinang akan memberitahu di mana lokasi negeri-negeri akan ditempatkan bersama jentera KeADILan termasuk DAP.

Tambahnya, setelah bersama melaksanakan tugasan yang diberikan semua gabungan Pakatan Rakyat akan merancang strateji bagaimana untuk menjatuhkan pengaruh BN yang telah hampir punah.

BN dan Umno sebenarnya kata Dr Hatta, berada di garisan penamat untuk terjun ke lautan dalam maka menjadi tugas Pakatan Rakyat menolak parti itu bersama rakyat yang sudah muak dengan telatah mereka. Beliau juga menjelaskan bagaimana suasana di Perak, di mana Umno-BN memainkan peranan sehingga berlakunya kacau bilau dan ini semua dilihat rakyat sehinggakan dalam pilihan raya di Parlimen yang dimenangi Datuk Seri Nizar Jamaluddin, namun Umno masih lagi tidak mahu menyedari bahawa rakyat marah akan kejadian tersebut dan menolak Umno dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang.

"Pilihan raya kecil Penanti merupakan satu lagi peluang untuk menolak Umno maka laksanakan tugas dengan sempurna tanpa ada perasaan tidak puas hati. Yang penting Umno kalah dan terus menderita," tegasnya lagi. -TVA

Nizar dan Zambry : Semua Dua Di Perak, Satu Halal Satu haram

Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker.

Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri. Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar berkata, semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang.

"Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging.

"Apa yang lebih menggelirukan lagi apabila setiausaha kerajaan negeri pula cuba bertindak bagi pihak speaker dengan melarang media yang tidak pro Umno membuat liputan pada persidangan DUN 7 Mei lalu.

"Sedangkan kuasa bagi menentukan seseorang boleh atau tidak masuk dewan negeri adalah di bawah bidang kuasa Speaker," katanya pada ceramah menjelaskan isu terbaru di Perak di Putik malam tadi.

Ceramah itu mempertemukan dua Speaker iaitu Sivakumar dan Speaker DUN Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud di satu pentas. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya apa yang berlaku pada 7 Mei lalu adalah satu penghinaan terhadapnya kerana yang menentukan segala urusan dalam Dewan adalah di bawah bidang kuasa Speaker.

Begitu juga katanya bagi menentukan kedudukan ahli Dewan sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang ditentukan speaker.

Katanya pada peringkat awal persidangan 7 Mei lalu beliau mengarah Penasihat Undang-Undang Negeri supaya duduk di bahagian kerajaan (kanan).

"Namun selepas dua kali diarah pindah pegawai terbabit tidak mengendahkan menyebabkan saya menyebut kepadanya kalau tidak mahu ikut speaker boleh keluar dewan.

"Saya dari awal lagi sudah menjangka satu konspirasi dilakukan kerana ada pakatan di kalangan pegawai kerajaan dan Adun BN supaya tidak mengikut arahan Speaker," katanya.

Menurutnya beliau juga mengarahkan Dauk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya yang dilantik serta tiga wakil rakyat Bebas keluar Dewan bagi membolehkan persidangan dimulakan.

Bagaimanapun katanya, keputusan beliau sebagai Speaker tidak diendahkan sehingga Timbalan Speaker, Hee Yit Foong cuba mengambil alih tugasnya.

"Saya hairan dia menggunakan kuasa mana mengambil alih tugas Speaker. Sedangkan mengikut Perintah Tetap Dewan selagi Speaker ada di kerusinya timbalan speaker tidak ada kuasa," katanya.

Beliau juga berkata, Umno gagal menggugurnya sebagai speaker memandangkan beliau tetap mempertahankan kerusi sejak bermula persidangan jam 8.45 pagi hingga 2 petang tanpa keluar minum atau ke bilik air.

Bagaimanapun tambahnya, Umno menggunakan kekerasan dengan bantuan anggota polis mengusungnya keluar dan mengurung dalam bilik pegawal selama lebih sejam.

Oleh itu katanya, perjumpaan anggota Dewan hari itu tidak boleh dikatakan sebagai persidangan biasa kerana ia tidak menepati peraturan dewan.

Nusuruddin pula mencadangkan kerusi Speaker di Perak menggunakan tali pinggang keledar pada masa akan datang bagi mengelakkan ada lagi orang yang mengusung keluar Speaker.

Beliau juga berkata, Perkara 4 Peraturan Tetap Dewan menyebut Speaker berkuasa penuh bagi menentukan perjalanan mesyuarat anggota dewan.

Katanya, jawatan seseorang speaker hanya boleh gugur apabila dia berhenti secara sukarela atau meletak jawatan sebagai ADUN.

Selain itu apabila bermula persidangan penggal baru selepas pilihan raya dan speaker juga boleh dijatuhkan melalui usul tidak percaya. -TVA


Elizabeth Wong : Tuan Guru Adalah The Best and The Great

Anggota Exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Elizabeth Wong telah melahirkan rasa terharu di atas nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau berdepan dengan peristiwa mengaibkan peribadinya baru-baru ini.

"Nasihat Tuan Guru membuatkan saya merasa tenang menghadapi segala dugaan dan cabaran. Tuan Guru adalah the best and the great.

"Saya akan ingatkan nasihat Tuan Guru selama-lamanya. Benar kata Tuan Guru, sabar itu separuh daripada iman. Saya terima hakikat itu dengan penuh keyakinan," ujarnya.

Di dalam ceramahnya juga, beliau menyatakan Kerajaan Selangor mendedahkan ada pihak mengadu sukar melaksanakan projek di negeri terbabit kerana tidak ada budaya suapan sejak diterajui kerajaan Pakatan Rakyat.

Elizabeth Wong berkata, ketelusan yang diamalkan menyebabkan budaya suapan yang berleluasa di bawah kerajaan terdahulu tidak lagi berlaku sekarang.

Katanya, budaya suapan tidak berlaku kerana pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi seperti makan angin ke Disneyland atau jumpa Mickey Mouse dan Donald Duck.

"Tapi wang rakyat digunakan untuk rakyat. Contohnya kerajaan negeri mengadakan skim Takaful untuk warga emas seperti dilaksanakan di Kelantan.

"Kerajaan Selangor juga akan menubuh tabung khas bayi baru lahir. Dan apabila usianya meningkat 18 tahun mereka boleh keluarkan tidak kurang dari RM1,500," katanya pada ceramah di Taman Puspa, Kok Lanas, malam semalam.

Oleh itu Elizabeth mendedahkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor banyak menerima tekanan pelbagai pihak termasuk Umno dan golongan kapitalis sejak memerintah negeri terbabit.

Bagaimanapun katanya, tekanan itu tidak mematahkan semangat kerajaan yang sentiasa menyedari mendapat sokongan padu rakyat.

"Kita tidak takut kepada sebarang tekanan. Kita dipilih oleh rakyat. Maka amanah rakyat menjadi kewajipan kita. Tidak ada sebab untuk takutkan kepada tekanan," jelasnya.

Menurutnya juga keseluruhan rakyat Selangor menerima baik kerajaan sekarang kerana banyak membawa pembaharuan kepada kestabilan tanpa mengira kaum.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua PAS Ketereh, Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw.

Nizar Zambry : Sultan Azlan Yang Arif Bijaksana...


Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.

"Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Justeru itu, kembalikan hak rakyat. Bubarkan DUN Perak. Sebelum titah-titah Tuanku diatas menjadi kenyataan. Ampun Tuanku.


Nizar Zambry : Intelek dan Wartawan Pengampu Di MSTAR

Intelek pengampu dan pengampu kepada penguasa daripada golongan intelek. Ini amat parah dan gelap masa depan rakyat jika ramai (golongan yang ada dlm masyarakat)_yang berpendirian dan berperangai sedemikian.

Justeru atas sokongan (nasihat, pandangan) merekalah (golongan ini) membuatkan pihak penguasa 'leka' dan syok dengan 'kekuasaan' yang ada pada mereka. Rakyat dihitamkan maklumat sebenar, mereka (kumpulan ini) membiaskan segala pandangan rakyat, mempositifkan tindakan dan lebih teruk menghalalkan segala tindakan para penguasa.

Justeru juga, atas nasihat 'malang' ini penguasa menjadi angkuh kerana mereka didokongi osegala tindakan penguasa oleh manusia sekumpulan intelek kelabu ini. Yang parah adalah rakyat terbanyak menerima kesannya.

Bayangkan dalam kes Krisis Perak, beginilah sikap sesetangah cendiakiawan dalam masyarakat dalam memberi kaedah pandangan jalan keluar selama tempoh lebih 100 hari. perantaukite




Pautan rencana

PAS UMNO : Nik Aziz - Tindakan Disiplin Jika Tuduh Tanpa Fakta

Mursyidul Am PAS, TuanGuru Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju tindakan disiplin dikenakan terhadap Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mendakwa mendapat laporan kononnya berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.

Semalam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Walaubagaimana pun Nik Aziz tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.

Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan jika ada unsur rasuah berlaku dalam PAS semata-mata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.

"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.

"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, hari ini.


H1N1 : 101 penumpang, 5 krew Dikuarantin Segera

Semua 101 penumpang dan lima krew pesawat AirAsia dari Terminal Penerbangan Tambang Mudah (LCCT) Sepang ke Pulau Pinang pada Rabu lalu, akan dikenakan perintah kuarantin di rumah serta-merta.

Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbarnya pagi ini, berkata ini kerana pesawat AK5358 itu dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) untuk pulang rumahnya ke Pulau Pinang dari Amerika Syarikat.

Semua penumpang pesawat yang berlepas jam 11 pagi itu bersama mangsa kedua jangkitan H1N1, seorang pelajar wanita adalah dipercayai membabitkan rakyat tempatan.

Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.

Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.

"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.

Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.

Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.

Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.

Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.

Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.

"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.


Bila Bekas Guru Pun Tak Suka Zambry

Malam tadi saya menemani Ustaz Asmudi ke Markaz PAS di Air Kuning untuk menghadiri Mu'tamar Ulama PAS di situ. Ustaz baru kelmarin pulang dari IJN buat pemeriksaan routin di situ. Walaupun kesihatannya tidak begitu baik, beliau masih lagi bersemangat berjuang dalam PAS.

Semasa dalam perjalanan itu, terpaksalah saya layan beliau bersembang walaupun saya sendiri bukan kaki sembang.

"Ustaz kenal ke Zamry? Dulu kan Ustaz sama dengannya mengajar di Politeknik Ungku Omar?" Saya membuka topik bualan.

"Lebih dari kenal; dia tu anak murid saya sewaktu di Sitiawan dulu. Selalu bermain kat laman rumah saya dulu. Dia dari keluarga miskin. Stokin pun kami tolong belikan. Dia tu lulusan UIA. Dia rajin juga ngantar surat, tapi apabila dapat doctorate dia mula menjauhkan dirinya daripada saya. . . . " Ustaz menceritakan.

"OOh gitu. . . sepatutnya hari guru macam ini, kenalah dia hantar kad kepada Ustaz," saya mengusiknya.

"Tak payah! Kata Ustaz, saya tak mahu ngaku gurunya lagi!" jawab Ustaz.

Kami pun gelak kik! kik! kik! dalam kereta.

"Ustaz patut bermegah kerana dapat anak murid macam itu!" Saya apikan lagi.

"Tak payah!" Kata Ustaz lagi. Kami gelak lagi. . .
Kalau bekas guru yang biasa kenal dan bergaul dengannya pun timbul rasa benci kat dia, apatah lagi orang macam saya yang tidak pernah kenal dan bergaul dengannya. Tapi macamana orang yang tidak pernah kenal hati budinya boleh begitu suka kepadanya? -alhusseyn


Nizar Zambry : Pengkhianat Akan Tetap Dihukum Rakyat Perak

Pendapat umum banyak menyatakan bahawa krisis politik yang berlaku di Perak hanya boleh diselesaikan oleh rakyat Perak sendiri. Biarpun beribu kali Mahkamah atau Istana digunakan untuk mengatasi kemelut ini, namun sudah pasti krisis ini akan tetap berpanjangan. Krisis bermula dengan wujudnya kumpulan yang `tamak' serta khianat kepada amanah rakyat. Bukan masalah `lompat parti' yang dipertikaikan sangat oleh rakyat, tetapi kaedah yang digunakan oleh mereka terlalu jijik dan kotor bagi menggambarkan semangat demokrasi yangmereka dukungi selama ini.

Jika saya menjadi salah seorang dari mereka yang terlalu ghairah untuk `melompat' parti tersebut atas alasan memperjuangkan nasib rakyat yang kononnya tidak terbela di bawah kerajaan PR di Perak, saya sama sekali tidak akan melakukan perbuatan yang `sebodoh dan sehina' seperti itu. Apa yang akan saya lakukan, pertamanya saya tidak umumkan pendirian untuk keluar parti dan menyokong Umno/Bn di Perak sehinggalah apabila diadakan sidang Dun dan undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Ketika usul tersebut dibawa ke Dun Perak, saya yakin ketika itu Speaker sudah pasti membenarkan usul untuk dibuat pengiraan samada YAB Ir Nizar masih mendapat kepercayaan Ahli Dewan. Ketika itu barulah saya akan menyokong usul tersebut seterusnya mengumumkan keluar dari PR.

Jika cara ini digunakan oleh Adun-Adun yang melompat tersebut, saya pasti krisis Perak tidak akan berlaku dan YAB Ir Nizar pasti akur kerana kepala dan mata beliau sendiri telah melihat bahawa beliau telah kehilangan majoriti di dalam Dun Perak. Proses seterusnya baru lah perkara tersebut di bawa ke Istana untuk makluman DYMM Sultan.

Kaedah kedua yang saya akan lakukan jika saya dari jenis spesis yang melompat itu, saya akan membuat pengumuman awal secara terbuka kepada media bahawa saya telah keluar dari parti saya dan menyokong Umno/Bn. Apabila sidang Dun dijalankan, pengakuan lisan tersebut akan saya zahirkan sewaktu usul undi tidak percaya kepada YAB Ir Nizar dilakukan. Bukankah kedua-dua cara ini agak terhormat. Kaedah ini juga mungkin dirancang oleh DS Anwar untuk mengambil alih Putrajaya. Bukankah DS Anwar secara terbuka mengajak seluruh MP dari Umno/Bn berhijrah kepada PR tanpa syarat?

Mengapa mereka yang melompat ini memilih jalan yang begitu sukar sekali untuk memperjuangkan nasib rakyat seperti yang mereka dakwa itu? Mengapa perlu `menyorokkan 'diri untuk beberapa lama sehinggakan tidak diketahui oleh keluarga mereka sendiri? Jika mereka rasakan mereka benar, mereka perlu jujur untuk membuat pengakuan terbuka. Setelah `hilang' untuk beberapa hari, tiba-tiba muncul bersama PM untuk mengistiharkan bahawa mereka menyokong Umno/Bn di Perak. Manusia yang berakal sudah pasti memikirkan bahawa tindakan mereka ini merupakan satu tindakan `bacul' dan `penakut'.

Lebih malang lagi, sokongan mereka yang melompat ini kepada Umno/Bn dizahirkan di dalam istana dan bukan di dewan. Oleh sebab itulah Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada usul undi tidak percaya dilakukan terhadap YAB Ir Nizar selaku MB Perak di dewan. Oleh kerana tiada usul tersebut dan YAB Ir Nizar serta Adun-Adun PR yang lain tidak melihat dengan mata dan kepalanya sendiri serta tidak direkodkan di dalam sidang Dun, maka YAB Ir Nizar merasakan beliau adalah MB Perak yang sah. Sebab itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir yang kurang senang dengan tindakan gopoh Umno/Bn di Perak itu. Tindakan gopoh dan kurang cerdik itu akhirnya memakan diri dan rakyat terpaksa dikorbankan.

Apabila YAB Ir Nizar mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak, beliau dianggap `derhaka' kepada Sultan Perak. Apabila rakyat menentang tindakan Umno/Bn yang secara tidak demokratik mengambil kuasa di Perak, rakyat turut dianggap derhaka kepada Sultan. Kesemuanya Umno/Bn ingin lepaskan terhadap DYMM Sultan agar dapat dilihat seolah-olah rakyat Perak menderhaka kepada Sultan.

Sebaliknya, Umno/Bn lah yang `menjual' nama Sultan demi survival politik mereka. Sehinggakan apabila didesak untuk bubarkan Dun Perak, Najib masih meletakkan tekanan itu kepada Sultan. Benar, DYMM Sultan punyai kuasa dan hak untuk bubarkan Dun tetapi alangkah baik dan beradabnya jika Najib atau pun Zambry berunding dengan YAB Ir Nizar berjumpa Sultan memohon agar Dun Perak dibubarkan demi mengatasi kemelut yang berlaku. Adakah Najib atau Zambry berani? Jika tidak berani berbuat demikian, janganlah lagi menggunakan nama DYMM Sultan.

Apabila peraturan telah dilanggar oleh mereka yang berkepentingan, maka rakyat terpaksa menjadi mangsa. Di Perak, mana lagi peraturan yang tidak dilanggar di dalam sistem demokrasi di negeri tersebut? Siapa punca permasalahan ini? Jika semua pihak tidak berani mengaku menjadi punca kepada kemelut yang dihadapi sekarang, maka tiada jalan lain melainkan rakyat sendiri yang bakal memulihkan negeri tercinta ini.

Semua pihak harus berani memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan nasib mereka. Jika ada yang tidak berani menghadapi pilihanraya sekali lagi di Perak, sememangnya sahih mereka takut rakyat tidak lagi akan memilih mereka sebagai Wakil Rakyat. Apa yang pasti pengkhianat tetap akan menerima hukuman dari rakyat. -wfauzdin


Blogger umNo Pun Takut Pilihanraya...

Semua tahu, satu satunya jalan penyelesaian krisis di negeri Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri (Perak).Bila pilihan raya diadakan, semua orang akan puas hati(yang kalah tu mungkin tak puas la kot).

Tapi umNo secara keras menentang pilihan raya negeri Perak diadakan sekaligus membubarkan dun Perak. Yang kita boleh perhatikan, hanya Tengku Razaligh Hamzah yang setuju pilihan raya diadakan yakni dun Perak dibubarkan.

Yang lain..... hampir semua takut, najib takut... menteri besar haram si zombie pun takut, mahathir takut, terbaru si pengemar penari bogel zahid hamidi pun takut..

Ni semua pemimpin umNo, kerana apa mereka takut?kerana mereka tahu mereka pasti kalah...

Selain pak pak menteri umNo yang takut, tidak ketinggalan blogger umNo.... gua yakin mereka juga takut. buktinya, cuba korang periksa, dalam 10 blog pro umNo, berapa kerat yang mahukan dun perak dibubarkan? semasa dato seri nizar menang di mahkamah tinggi pun hampir tak terkata blogger umNo. nasib baik mahkamah rayuan limgam memutuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi selepas zombie membuat rayuan.kalau tak para blogger ni kena tutup muka jika bersemuka denagn orang awam..

Kalau umNo kalah, apa alasan mereka nak buat, SPR dia orang kontrol, media pun sama, jadi si blogger ni hanya boleh telan tahi sendiri la..

Blogger umNo ni semuanya pencacai la. Korang tahu bagaimana istilah pencacai ni muncul, ia terbit dalam sebuah filem karya Tan Sri P-Pamlee.ayat sebenarnya adalah pencacai najis, tapi najis dan umNo adalah sinonim, jadi ia tidak banyak beza....

Dan pencacai umNo dan pencacai najis juga tidak banyak bezanya, bezanya cuma satu, kerja sebagai pencacai najis adalah lebih mulia berbanding jadi pencacai umNo. -keraspedal

Wawancara Bersama Nizar

S

Secara peribadi bagaimana Datuk Seri melihat kemelut politik di Perak sekarang yang seolah-olah seperti tiada penyelesaian dan peranan serta keputusan mahkamah berhubung perkara ini.

Kemelut di Perak ini berpunca daripada tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang disembunyikan atau dibawa lari oleh Umno dan saya hanya mengetahui daripada berita jam 6 pada 4 Februari lalu. Sebelum itu pada 2 Februari, saya diberikan dua surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang dan Changkat Jering oleh Speaker, V Sivakumar.

Secara biasanya, akan ada pilihan raya kecil di kedua-dua tempat itu. Speaker juga ada menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi SPR menafikan hak Speaker yang menyebabkan kemelut itu terus terjadi.

Saya berpendirian kalaulah SPR ketika itu tidak mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN), barangkali kita tidak ada krisis di Perak kerana kita akan ada pilihan raya kecil di Changkat Jering, Behrang dan Jelapang. Maka, Adun baru akan dilantik sebab ketiga-tiga itu sudah meletak jawatan. Tetapi, apa dikhabarkan ketiga-tiga mereka sudah menghantar surat menarik peletakan jawatan itu yang menyebabkan berlaku satu krisis.

Saya sebagai Menteri Besar (MB) kemudian berjumpa dengan Tuanku (Sultan Perak) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Itulah tanggungjawab dan amanah yang saya kena buat. Tetapi, pada 5 Februari, baginda bertitah menyuruh saya meletak jawatan dan saya mohon keampunan daripada Tuanku yang saya tidak boleh buat macam itu. Berlakulah krisis ini. Ia berlaku berpanjangan sampailah kemuncaknya apabila saya mengambil tindakan mahkamah. Kami ambil tindakan berdasarkan lunas undang-undang, bukannya nak merebut kuasa itu sangat.

Ada perbezaan tafsiran antara BN dan Pakatan Rakyat terhadap beberapa keputusan mahkamah seperti tindakan Speaker terhadap Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco dan tiga Adun bebas sedangkan BN menyatakan Mahkamah Persekutuan menolak keputusan Speaker itu sehingga menimbulkan krisis dan kekecohan pada sidang DUN 7 Mei lalu.



Di sinilah silap BN kerana perisytiharan oleh Mahkamah Persekutuan itu menyatakan keputusan untuk menggantung itu tidak sah, tetapi ia tidak menyatakan dalam penghakiman mahkamah bahawa mereka boleh masuk Dewan, itu hak Speaker. Umno telah menyatakan Zambry bebas boleh keluar masuk sidang DUN, mahkamah menyatakan keputusan dibuat Speaker tidak sah, tetapi Speaker masih ada kuasa bahawa mereka ini digantung mengikut Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Mahkamah Persekutuan cuma menyatakan Speaker. Jadi, di sini nampak tidak konsisten kerana keputusan itu dibuat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukan Speaker seorang, Speaker hanya pengerusi. Kedua, Speaker masih berkuasa atas sebab-sebab menghina DUN, jadi Speaker berhak menafikan mereka masuk ke dalam DUN pada pagi 7 Mei itu. Ini menunjukkan hak dan kuasa Speaker mesti dipatuhi.

Pakatan Rakyat melihat apa yang berlaku sebagai rampasan kuasa, tetapi bagi BN apa yang berlaku sebenarnya Pakatan Rakyat tidak dapat menerima hakikat mereka sudah kehilangan majoriti di Perak.


Kita tidak hilang majoriti sebab bagaimana hakim boleh buat keputusan bahawa Zambry dan kerajaan BN tidak sah. Macam mana boleh hilang majoriti sebab kita nak nyatakan Pakatan Rakyat ada 28 kerusi dan BN ada 28 kerusi. Ia bukan hilang majoriti, itu seri. Untuk itu, saya sebagai Menteri Besar, elok diadakan pilihan raya kecil sebab ia seri. Seri itu bermakna kita tidak tahu sama ada yang tiga (Adun bebas) itu menyokong PR atau BN. Itulah sebabnya kita mohon dibubarkan, bukan kerana hilang majoriti, tetapi mengatakan ada kebuntuan dalam suasana di Perak ini. Kebuntuan itu hanya boleh diselesaikan dibuat pilihan raya semula jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat jauh lebih mantap, jauh lebih kuat, jadi tidak ada hilang majoriti.

Datuk Seri menyatakan hanya dengan pembubaran DUN dan diadakan pilihan raya semula sebagai jalan penyelesaian terbaik.

Bukan hanya saya saja yang mengatakan. Sebagai MB, itulah sifat dan amanah tanggungjawab saya. Tetapi hari ini, kita lihat Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; pemimpin Gerakan; Speaker Dewan Negara; Tengku Razaleigh Hamzah, pengamal undang-undang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Suhakam dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan juga menyatakan pembubaran DUN jalan terbaik. Jadi, kenapa Umno takut berjumpa dengan rakyat. Di mana kewibawaan Umno, dalam kes ini, kenapa tidak mahu kembali kepada rakyat. Ini menunjukkan mereka ada niat lain, mereka tidak yakin bahawa mereka akan menang. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tamparan hebat kepada Umno. Apa saja mereka tuduh saya tidak ada majoriti dan mereka ada majoriti, semuanya dinafikan dan ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang menerima hujah saya.

Ada kalangan pihak dalam kerajaan mengatakan mengadakan pilihan raya membabitkan kos tinggi dan tidak sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang.


Sejak bila Umno mengajar kita berjimat. Di manakah kewibawaan Umno...sebab ada krisis kewangan, maka kita (buat pilihan raya) membazir. Sejak bila dia (Umno) belajar cakap macam tu. Yang dia membazir hantar satu orang pergi angkasawan, habis RM100 juta, itu tidak membazir? (Pilihan raya) ini untuk kestabilan politik. Jadi, jauh lebih berat daripada itu pun Umno boleh belanja, macam-macam projek yang dia buat, tetapi tergendala, itu tidak membazir? Jadi, usah cerita mengenai membazir ini, dia tidak ada hak untuk bercakap mengenai pembaziran, merekalah yang menghabiskan kewangan negara.

Mungkin ada jalan penyelesaian lain seperti mewujudkan kerajaan perpaduan atau Pakatan Rakyat bertolak ansur dan berusaha mengambil semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, selain membubarkan DUN sekarang.


Tidak ada. Tidak ada jalan lain sebabnya pembubaran DUN ini adalah 'remedy' atau penyembuh yang paling mujarab sebab kes macam di Perak ini banyak berlaku walaupun tidak sama faktornya seperti di Nigeria, Sarawak, Sabah dan India. Setiap kali berlaku macam di Perak ini, maka ketetapan mahkamah ketika itu serahkan balik kepada rakyat. Jadi, untuk mengelakkan diserah kepada rakyat kerana takut kalah barangkali...sekarang ni dah tiga bulan, berapa banyak wang dah habis, berapa banyak masa habis, bukan saja itu, kerosakan dan tercemarnya institusi-institusi. Ini tidak membazir? Lagi membazir, pelabur tak masuk negeri Perak sebab Dr Zambry tidak boleh tandatangan apa-apa. Tak laku sekarang ni. Beliau juga tidak sepatutnya masuk pejabat MB. Ini muka orang tidak malu. Dia tidak ada hak untuk masuk pejabat MB kerana semua dia buat tidak laku. Buat mesyuarat Exco, ini tidak kena. Ini menunjukkan dia tidak faham undang-undang.

Bagaimana jika keputusan pilihan raya menyaksikan pihak yang menang dengan majoriti terlalu kecil seperti hanya kelebihan satu kerusi saja, bukankah ia masih tidak menyelesaikan krisis politik terutama jika ada Adun yang sanggup melompat.



Jika pilihan raya semula, sudah tentu kami akan mencari calon yang lebih berwibawa. Kita kena ingat yang dua Exco melompat itu adalah bekas Umno, mereka pernah jadi ahli Umno dan ditarbiah oleh Umno, sebab itu mereka mudah dipengaruhi. Jadi, apabila ada pilihan raya, kami akan mencari calon yang tidak mudah melompat.

Bagaimana jika BN berjaya memenangi pilihan raya di Perak walaupun dengan majoriti kecil, adakah PR sanggup menerima keadaan itu.


Kita boleh terima. Kita dalam demokrasi dah kalah dalam 12 pilihan raya umum, ada kita lawan? Rakyat pilih BN, silakan. Ini demokrasi. Tetapi saya tidak yakinlah BN boleh menang. BN akan kalah teruk.

Diandaikan dalam tempoh terdekat ini, BN akan memanggil sidang DUN tergempar untuk buat undi tidak percaya kepada Datuk Seri.


Mana boleh BN nak buat persidangan kerana Speakernya tidak sah. Macam mana nak panggil persidangan? Sekarang ada penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan, jadi apa haknya dan dari mana kuasa dia nak panggil persidangan khas itu.

Bagaimana jika Sultan Perak memberi perkenan terhadap persidangan DUN tergempar itu.


Jika Sultan beri perkenan pun, Speaker masih lagi tidak sah. Mesyuarat pada 7 Mei lalu itu bukan persidangan yang sah. Macam mana mereka boleh lantik Speaker, semua ini berlaku sebelum titah (perasmian) Tuanku. Ini tidak sah. Apakah autoriti dan kuasa yang menyebabkan mereka boleh panggil persidangan untuk mengadakan undi tidak percaya. Jadi, masih lagi akan membuka ruang, adakah akan ada kekecohan seperti pada 7 Mei. Adakah negeri kita mahu melihat semula suasana seperti itu. Saya tidak dapat beri jaminan sekiranya ada hari persidangan yang akan datang, barangkali suasananya mungkin jauh lebih buruk dari 7 Mei itu. Kenapa kita hendak mendedahkan risiko sedemikian.

Sekarang tumpuan kepada Sultan Perak, jadi bagaimana Datuk Seri melihat peranan Sultan dalam hal ini.


Itu hak Tuanku. Apabila saya disahkan (sebagai MB oleh Mahkamah Tinggi) pada 11 Mei, saya beritahu awal-awal ingin menghadap Tuanku untuk pembubaran dan pada pagi 12 Mei, saya hantar surat. Jadi, saya sebagai MB yang sah (ketika itu), saya gunakan suasana itu.

BN mengatakan mempunyai majoriti iaitu 31 kerusi berbanding 28 oleh Pakatan Rakyat.


Tiga Adun Bebas hanya boleh dikatakan sokong BN jika mereka menjadi ahli BN. Mereka hanya Bebas. Mengapa tak boleh mereka (kembali) menyokong PR balik. Di manakah kekuatan dan wibawa kerajaan itu kerana ia akan tumbang semula, lebih-lebih lagi Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi ada kes rasuah. Macam mana kalau mereka sangkut (bersalah). Jika mereka ini lekat (dikenakan hukuman) kesudahannya tidakkah kerajaan baru ini goyang. Sebab itu pembubaran adalah cara penyelesaian yang baik.

Harapan Datuk Seri bagi menyelesaikan kemelut ini.


Secara kesimpulan, saya melihat keputusan Mahkamah Tinggi memberi keabsahan saya MB yang sah dan BN kena terima hakikat itu. Apa yang mereka ambil hari ini penangguhan hukuman itu adalah sementara. Tangguh tangguh ini sekejap, tidak lama, tetapi ia tidak menukar keputusan Mahkamah Tinggi. - beritaharian

.


Khairy Cuba Nafi Perkara Yang Dah Jelas

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung ketelusan badan kehakiman negara, lapor harakahdaily.

Mahfuz menegaskan kepada Harakahdaily, menjadi amalan biasa bagi orang yang melakukan kesalahan untuk menafikan apa yang berlaku.

Khairy juga, tegas Mahfuz, menafikan apa saja yang tidak kena dengan Umno termasuk menafikan beliau disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan parti itu Mac lalu.

"Buktikan apa saja kepada Khairy, beliau akan nafikan termasuk menafikan disiasat lembaga displin Umno sebelum pemilihan Umno Mac lepas.

"Perkara ini bukan perkara baru dan sudah menjadi tradisi bagi pihak yang melakukan kesalahan untuk menafikan segala bentuk kecaman terhadap mereka," tegas Mahfuz.

Beliau tetap mengatakan kenyataan yang dibuatnya berhubung keputusan mahkamah berhubung isu di Perak mempunyai asas kerana Ketua Hakim Negara merupakan ahli Umno dan pernah memegang jawatan dalam parti tersebut.

Mahfuz menegaskan kerana adanya individu seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi maka tidak mustahil Umno akan menggunakan ejen-ejen mereka dalam badan kehakiman untuk membuat keputusan yang berpihak kepada mereka.

Sehubungan dengan itu, beliau mencabar Khairy untuk berdebat secara terbuka isu ketelusan institusi kehakiman tidak kira di mana-mana tempat.

Sebelum ini Khairy dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada 15 Mei lalu berkata tidak ada 'tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kemelut politik di Perak.

Sebaliknya beliau berkata, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang membuat dakwaan tidak berasas dalam isu tersebut.


Najib Altantuya PM Satu Malaysia Pecahbelahkan Satu Kampung!!

Hampir setiap hari PM saya ini menjaja gagasan Satu Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat membawa harapan baru kepada rakyat seluruh Malaysia. Gagasan yang kononnya dapat menyatupadukan rakyat.

Satu Malaysia gagasan besar. Tapi tak mungkin sesuatu yang besar boleh dilaksanakan tanpa sesuatu yang kecil. Gagasan besar hanya boleh menjadi kenyataan dari pengukuhan gagasan-gagasan kecil di bawahnya. Seperti juga bangunan besar tidak mungkin tersergam di hadapan mata tanpa penyatuan batu-bata kecil yang membentuknya.

Begitu juga dengan Satu Malaysia, ia tidak mungkin wujud tanpa adanya Satu Kampung kerana kampung adalah lokaliti yang paling kecil sebelum ianya membentuk pekan kecil, bandar, daerah, negeri dan negara. Tapi bagaimana PM boleh menjaja gagasan Satu Malaysia yang besar itu jika di peringkat kampung pun dia gagal mewujudkan perpaduan? Bukan saja gagal mewujudkan perpaduan, malah BN sendiri yang menjadi agen utama perpecahan!!

Bukti kukuh ialah apabila Kerajaaan Persekutuan mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) bagi menyaingi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung JKKK di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR selepas PRU-12 dahulu. Sebelum ini JKKP telah diwujudkan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak sebaik saja BN tewas di negeri-negeri itu. Hari ini benih-benih perpecahan yang diilhamkan BN dicambahkan pula ke Kelantan. Hari ini, ketika dalam kereta tadi saya mendengar berita dari radio yang melaporkan bahawa JKKK yang dibekukan sejak tahun 1990-an apabila PAS menguasai Kelantan akan ditubuhkan semula dengan fungsinya diubahsuai termasuk namanya akan dikenali sebagai JKKP Kelantan.

JKKP bukannya satu idea baru, ia idea lama BN untuk memecah belahkan perpaduan masyarakat. Malangnya benih-benih perpecahan ini dimulakan di peringkat paling bawah, di peringkat paling asas, di peringkat on the ground! Bayangkan jika dalam sesuatu bangunan asas batu batannya dibina tidak kukuh, sengaja dipecah-pecahkan, tunggulah ketika sesuai apabila bangunan itu pasti akan runtuh! Dan paling malang pencetus perpecahan ini ialah Kerajaan Persekutuan sendiri! Malangnya agen pepecahan ini datang dari idea mereka yang kononnya adalah penyoong kuat gagasan Satu Malaysia. Mereka ingin membina Satu Malaysia tapi mereka sendiri memecahbelahkan Satu Kampung!!

Soalnya jika Satu Kampung pun BN gagal mewujudkan perpaduan, malah menanam bibit-bibit perpecahan, bagaimana hendak disatu padukan Satu Malaysia? Jika Satu Kampung pun gagal diterapkan idea perpaduan, usahlah bermimpilah tentang gagasan Satu Malaysia!! - pendikargunungkriang

Nizar Zambry UMNO : Nazri dan Zahid Tidak Bersama Rakyat Perak?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata desakan supaya diadakan pilihan raya negeri Perak bagi menyelesaikan krisis politik di negeri itu hanya akan mewujudkan polarisasi kaum.

Beliau berkata dalam keadaan politik sekarang, sentimen perkauman begitu menonjol dan dikhuatiri para pengundi akan memilih calon daripada kalangan bangsa sendiri.. mstar

SEMENTARA ORANG KANAN NI PULAK CAKAP:
Tidak Perlu Pilihan Raya Negeri Perak: Zahid

BAGAN DATOH, 16 Mei (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri.

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) telah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya kepada pemberita di sini.

Desakan diadakan pilihan raya negeri dibuat oleh pembangkang yang kini tidak lagi mempunyai majoriti dalam Dewan, katanya.untuk artikel penuh lawati ini http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=411534

dua pemimpin ini adalah pemimpin kanan umno bn, namun kenyatannya tidak menggambarkan kebersamaan mereka dengan rakyat, mereka hanya bersama demi kekuasaan dan pemerintahan,yang penting bagi mereka adalah kuasa bagi ubn, sedangkan kemelut rakyat yang keluh kesah tiada makna. -bawean online


Nizar Zambry : Wanita PR Kumpul Sejuta Tandatangan Desak Bubar DUN Perak

Wanita Pakatan Rakyat melancarkan kempen suara hati rakyat Perak bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri dengan segera bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Ini bertujuan memlangkan kembali mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan negeri pilihan mereka.

Sehubungan itu Wanita Pakatan Rakyat akan turun padang untuk bertemu rakyat bagi mengumpul tandatangan sebagai gambaran suara hati sebenar mereka berhubung desakan pembubaran DUN Perak.

Kempen tersebut dilancarkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, petang semalam.

Turut hadir pada pelancaran kempen mengumpul tandatangan ini ialah Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak.

Dalam ucapannya Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, kempen untuk mendesak pembubaran Dewan akan menjadi kenyataan jika semua pihak terutama golongan wanita di negeri ini memainkan peranan masing-masing.

Tambah beliau golongan wanita merupakan 52% daripada jumlah pengundi berdaftar di negeri Perak dan mampu menjadi satu kuasa pendesak yang berkesan untuk mencapai objektif pembubaran DUN dalam masa terdekat.

"Kempen untuk mendesak agar DUN Perak dibubar memerlukan peranan wanita kerana mereka memainkan peranan penting dalam kempen ini," kata Zuraida

Zuraida juga berkata kesangsian rakyat Perak terhadap kerajaan Umno-BN sudah semakin menebal disebabkan tindakan rakus mereka merampas kuasa daripada kerajaan Pakatan Rakyat Februari lalu.

Jelas beliau bertolak dari situlah tercetusnya krisis politik yang melanda negeri ini yang menyaksikan amalan demokrasi diperkotak-katikkan.

Jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini ialah dengan membubarkan DUN secepat mungkin bagi memgembalikan kuasa kepada rakyat.

Sementara itu Chong Eng yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata sudah sampai masanya golongan wanita tampil ke depan untuk meniupkan semangat juang agar kempen mendesak pembubaran DUN menjadi kenyataan.

Kata beliau lagi kempen mengumpul tandatangan yang dianjurkan adalah salah satu penggerak utama untuk mencapai matlamat ini.

Chong Eng juga berkata kempen mensasarkan sejuta tandatangan dalam tempoh seminggu sebagai lambang suara hati rakyat Perak yang mahukan pembubaran DUN dilakukan segera.

"Saya berasa kempen ini sangat bermakna kerana ianya pertama kali diadakan yang diterajui oleh wanita. Sudah sampai masa untuk wanita bangkit dan mengambil bahagian dalam perkara yang penting seperti ini," tegas beliau.

Sehubungan itu satu memorandum akan dipersembahkan kepada Sultan Perak secepat mungkin bersama sejuta tandatangan rakyat Perak yang melambangkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk melihat pilihan raya diadakan bagi mengatasi kemelut politik.

Kempen ini juga akan mendapatkan kerjasama ketua kampung di seluruh negeri Perak bagi mendapatkan tandatangan penduduk kampung yang kemudiannya akan diserahkan kepada wakil rakyat masing-masing. -TVA


Pengalaman Seorang Peguam Muda Di Balai Polis Brickfields

Ketika tiba di balai polis Travers, jam sudah menunjukkan hampir pukul 5 pagi. Kami diberi sepasang baju berwarna pink dan seluar warna hitam. Fadiah, Murnie dan Syu enggan memakai baju tersebut kerana ia berlengan pendek. Akhirnya polis wanita tersebut mengalah dan memberi mereka sepasang baju dan seluar berwarna oren terang. Baju tersebut berlengan panjang. Ketika Fadiah menyarungkan baju tersebut, kami kedua ketawa berdekah-dekah selama 10 minit. Ini kerana beliau nampak sangat lawak dan sangatlah hiphopper wannabe.

Kami disuruh diam oleh polis. Kemudian, cermin mata dan sepit rambut kami diambil. Kami juga tidak dibenarkan memakai bra dan selipar juga kena ditanggalkan. Kami diberi seikat gelang getah yang selalu digunakan untuk bermain 'zero point' ketika kecik-kecik dahulu untuk mengikat rambut. Fadiah telah mengambil segenggam getah tersebut dan menyarungkan kesemuanya ke rambut. Kata beliau, lepas ni kita boleh main "zero point" dalam lokap.

Keempat-empat kami ditempatkan di dalam lokap yang sama. Lokap yang paling hujung, bersebelahan dengan bilik air yang tak ada pintu. Bau jamban mula menusuk ke hidung. Keempat-empat kami tidak diberikan selimut dan bantal. Kami baring berbantalkan lengan. Kami cuba untuk tidur, tapi tidak boleh. Maka kami hanya berbaring sahaja memandang ke siling. Kami berbaring sebaris menunggu hari pagi.

Kira-kira pada pukul 9 pagi, sarapan kami pun tiba - 2 keping roti yang disapu marjerin dan sebungkus teh o tanpa straw. Kira-kira sejam selepas itu, Murnie dipanggil keluar oleh seorang polis wanita. Kami yang lain terpinga-pinga. Sejam selepas itu, seorang polis lelaki berada di depan bilik lokap kami. Fadiah terus bersembunyi di belakang aku kerana dia tidak bertudung ketika itu. Polis lelaki tersebut bertanya kepada kami tentang firma guaman manakah kami beramal, dan alamat firma. Selepas mengambil butir-butir tersebut, polis tersebut mengarahkan kami dibawa ke ruang depan balai.

Apabila keluar dari pintu, aku nampak Kak Lat dan ibu Murnie. Seorang polis wanita menyarungkan gari kepada aku. Aku kata, "Tak perlulah, saya bukan penjenayah berat". Tapi akhirnya kami digari juga.Kami telah dibawa ke bangunan sebelah. Di sana, cap jari dan gambar kami diambil. Ketika itu, datang seorang pegawai polis dan berkata, buat"Kamu ni peguam-peguam muda apa nak kecoh-kecoh. Sebab kamu, Majlis Peguam buat press conference. Lepas ni kamu akan diblacklist dan akan susah nak kerja." Fadiah kata, "Eh lepas ni lagi senang kami nak buat kerja!" Aku hanya tersenyum - Puspawati Rosman.

Nizar Semakin Ditekan Semakin Disayangi Rakyat

MB DPulau dikatakan sedang libang libu. Angat pijor jer suhu badannye. Kulu kelo ke darat ke baroh mawak citer yang dia MB Perak lantikan Sultan. Ini bukan Sultan zaman feudal ler weh. Ini Sultan berperlembagaan. Sultan kena ikut keputusan mahkamah. Bukti Sultan ikut keputusan mahkamah ialah apabila MB Nizar duduk di kerusi MB dalam majlis di Istana Iskandariah pada Selasa, 12 Mei 2009. Kemudian keesahan MB Nizar sebagai MB Perak ditangguhkan oleh Hakim Correct di Mahkamah Rayuan sehingga 21 Mei ini. Takdepun Mahkamah Rayuan kata yang MB DPulau ni sebagai MB yang sah di Perak. MB yang kekal tetapi tetap tidak sah.

Sultanpun jadi haru dengan status MB DPulau. Nak kata MB, belum disahkan lagi. Nak kata bukan MB, memang bukan MBpun. MB DPulaupun tak berani kata yang dia tu MB yang sah. Karang tak pasai-pasai pulak kena saman dengan MB Nizar. Cuma dia berani kata, “Saya ni MB lantikan Sultan”. Takkan MB DPulau tak paham base yang Sultan udah terajang dia daripada kerusi MB Perak sebaik sajer MB Nizar duduk di kerusi MB di istana dalam majlis Tuanku Sultan yang diwakilkan kepada Tuanku Raja Muda. Takkan orang yang ada PhD tak paham kut? Kalo tak paham, baik campak kayor jer PhD tu.

Hari Isnin ni Sultan akan merasmikan sambutan Jubli Perak SMKA Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar. Maknanya Sultan memang ada di Perak pada hari Isnin ini. Sultan telah berangkat pulang ke Perak semenjak hari pengkebumian arwah kekandanya hari Khamis yang lalu. Mungkin benar DUN Perak akan dibubarkan pada hari Isnin untuk membolehkan satu Snap Election diadakan. Atau dibubarkan selewat-lewatnya sebelum bermula sebutan kes dan perbicaraan status MB Perak di Mahkamah Rayuan pada hari Khamis, 21 Mei 2009.

PR sememangnya telah mewarwarkan semenjak krisis 2MB bahawa PR telah cukup bersedia untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. PR telah menetapkan bahawa PAS kekal bertanding di 21 DUN, PKR di 20 DUN dan DAP di 18 DUN. Jangan nak berkela pasai kerusi. Tak payahler di kalangan PR untuk melobi mana-mana DUN. Terimaler seperti yang asai. Yang berubah ialah calonnye jer.

MB Nizar adalah calon utama PR untuk menduduki semula kerusi MB Perak. Aura dan tanjak MB Nizar mesti dikekalkan. Gambar MB Nizar mesti dipamerkan di seluruh negeri Perak. Gambar MB Nizar mesti lebih banyak daripada gambar DSAI, TGNA atau TGHA. Kalo boleh setiap rumah diedarkan sekeping gambar rasmi ketika MB Nizar jadi MB Perak. Gambar rasmi yang dilarang digantung atau ditampal bersebelahan gambar Tuanku Sultan di premis atau jabatan persekutuan. Secara tak langsung rindu dan kasih rakyat kepada MB Nizar akan terubat .. mamamat/GB



PR bentuk front desak Umno BN bubar DUN Perak

PAS akan mewujudkan satu platform bersama untuk mendapatkan sokongan daripada semua pemimpin parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bagi mendesak Umno membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Naib Presiden PAS Husam Musa berkata, langkah itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Harian PAS semalam.

Dalam satu sidang media di pejabat akhbar Harakah hari ini, beliau berkata Umno dan Barisan Nasional jelas telah melakukan rampasan kuasa dengan membelakangkan undang-undang dan membabitkan Sultan Perak untuk mengikut agenda politik mereka.

Justeru PAS akan berusaha mengembalikan semula hak rakyat Perak melalui pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya negeri.

“PAS pada dasarnya telah bersetuju supaya kita mendekati semua lapisan pemimpin untuk membentuk satu front (barisan) bersama bagi mendesak Umno Barisan Nasional membubarkan DUN Perak.

“Petang nanti saya akan berjumpa Tengku Razaleigh di rumahnya, dan kita juga akan menghubungi Setiausaha Agung Gerakan yang telah menyatakan mereka juga bersetuju DUN ini dibubarkan dan kita akan menghubungi Datuk Chua Soi Lek, Suhakam dan pihak-pihak yang boleh bersetuju duduk dalam satu platform untuk menasihatkan Datuk Seri Najib membubarkan DUN Perak,” katanya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib di akhbar hari ini, beliau berkata bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai, tetapi Umno secara khususnya harus dipersalahkan kerana mengesyorkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar, sedangkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masih lagi menteri besar yang sah.

Menurutnya, adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi.

Beliau berkata, negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan.


Najib Altantuya Pening : PPP Pecat Murugiah dan 6 Lain

Lembaga Disiplin Parti Progresif Penduduk (PPP) hari Sabtu memecat tujuh anggota parti termasuk aggota Majlis Tertingginya Datuk T. Murugiah.

Enam lagi yang dipecat adalah M.Jeyaratnam, N.Shanmuganathan, K.Tanggaraju, S.Kanesan, S.Saravanan dan R.Rajandran, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh lembaga itu selepas mesyuarat di sini.

Mesyuarat dua jam itu disertai 39 anggota Lembaga Disiplin, dan ia turut dihadiri Presiden Parti Datuk M.Kayveas.

Menurut lembaga itu berdasarkan kepada Artikel 19.2, mereka yang tidak puas hati dengan keputusan boleh membuat rayuan bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat kepada Majlis Tertinggi, untuk perhatian Setiausaha Agung.

"Kami merasa sedih dalam membuat keputusan ini memandangkan kami sudah memberi masa kepada T.Murugiah untuk menemui Majlis Tertinggi, beberapa kali sejak 10 bulan lepas. Nampaknya semua mereka ini memang minta dipecat," menurut kenyataan lembaga itu.

Lembaga itu berkata Murugiah dipecat kerana menggunakan pejabatnya, iaitu pejabat Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, untuk mengadakan satu persidangan akhbar yang mencemar nama baik parti dan membuat kenyataan yang bersifat fitnah mengenai parti, Majlis Tertinggi dan kepimpinan parti.

Tambahan pula menurut lembaga itu, Murugiah mengugut peguam parti dan juga anggota majlis tertinggi, dengan mengatakan bahawa beliau akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk membatalkan pendaftaran parti PPP.

"Tindakan ini dianggap oleh Lembaga Disiplin sebagai satu kesalahan yang berat di bawah perlembagaan parti dan tidak boleh dikecualikan daripada menghadapi tindakan disiplin.

"Tindakan meminta supaya parti anda sendiri dibatalkan pendaftarannya, adalah tindakan seorang pengkhianat bagi mana-mana jua pertubuhan," menurut lembaga itu.

Pada 9 Mei lepas Majlis Tertinggi PPP membuat kenyataan memohon supaya Murugiah dipecat dari parti, namun keputusan itu ditangguhkan oleh Kayveas.

Menurut lembaga itu ia ditangguhkan atas ihsan Presiden parti yang ingin memberikan peluang dan masa yang mencukupi buat Murugiah untuk berbaik semula dengan anggota Majlis Tertinggi dan pemimpin negeri.

"Apabila parti tidak memecatnya atau mengambil sebarang tindakan disiplin terhadapnya, dia mewujudkan keadaan seolah-olah dia dipecat dan dia cuba mendapatkan simpati daripada pelbagai sumber," menurut lembaga itu.

Sementara itu PPP Selangor pula bercadang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) peringkat kebangsaan untuk meminta anggota parti meluluskan undi tidak percaya terhadap Kayveas sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Ketua PPP Bahagian Selayang K.Tanggaraju, yang termasuk dalam senarai anggota yang dipecat hari ini berkata cadangan itu dibuat memandangkan ramai anggota parti tidak bersetuju dengan tindakan Kayveas yang memecat tujuh anggota parti sesuka hati sehingga menimbulkan rasa hilang kepercayaan anggota terhadap pucuk pimpinan parti.