Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbarnya pagi ini, berkata ini kerana pesawat AK5358 itu dinaiki mangsa kedua Influenza A (H1N1) untuk pulang rumahnya ke Pulau Pinang dari Amerika Syarikat.
Semua penumpang pesawat yang berlepas jam 11 pagi itu bersama mangsa kedua jangkitan H1N1, seorang pelajar wanita adalah dipercayai membabitkan rakyat tempatan.
Beliau juga meminta penumpang penerbangan tersebut menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300 atau jabatan kesihatan di negeri masing-masing atau pergi ke hospital berdekatan jika ada tanda-tanda menghidap selesema.
Katanya, jabatan kesihatan negeri-negeri terbabit juga telah diberi senarai nama penumpang terbabit untuk mengesan mereka, lapor theStar.
"Pegawai kementerian kesihatan akan melawat mereka yang diletakkan di bawah kurantin di rumah dua kali sehari," katanya.
Mengenai dua individu yang disahkan menghidap influenza A (H1N1), Dr Ramlee berkata mereka berada dalam keadaan stabil.
Pesakit pertama, katanya, masih lagi mengalami sedikit demam manakala penghidap kedua sudah tidak demam lagi.
Manakala anggota keluarga mereka, tambah Dr Ramlee, masih dikurantin di rumah masing-masing.
Mengenai penumpang pesawat MAS MH091 dari Newark yang dinaiki dua pesakit HINI itu, Dr Ramlee berkata, pihak kementerian mendapati 95 daripada 119 penumpangnya turun di Malaysia.
Katanya, mereka yang terdiri daripada 80 rakyat Malaysia dan 15 rakyat asing, telah diletakkan dikurantin tempat kediaman.
Kementerian juga, tambahnya, sedang berusaha untuk mengesan baki penumpang - seorang rakyat Malaysia dan 23 rakyat asing.
"Lima belas krew penerbangan MH091 dikurantin di rumah dan mereka dalam keadaan sihat," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.