Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Beliau berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana dan juga media alternatif.
"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.
"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive".
Seorang pensyarah Sains Politik membidaskan kenyataan Prof Zainal dan menyatakan UMNO adalah parti yang mempraktikkan corak politik yang paling tidak beretika.
"UMNO memperalat dan memperkudakan setiap ruang dan peluang yang ada termasuklah media-media," katanya.
Ini dapat dilihat dari kenyataan mantan perdana menteri sendiri, Tun Dr Mahathir yang menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah.
Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran.
Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.
Dr Mahathir berkata demikian di sidang akhbar semalam selepas menghadiri forum Dunia Bloggers Malaysia: Pertembungan Estet Keempat dan Kelima di Subang Jaya.
Kira-kira 150 penulis blog hadir pada forum tersebut yang turut membariskan beberapa penulis dan pengendali blog popular dan wartawan terkenal.
Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan.
Nada yang disuarakan Dr Mahathir di forum ini jelas berbeza dari nada autokratik yang sinonim dengan pentadbiran beliau selama lebih dua dekad.
Bekas Perdana Menteri itu turut mengakui beliau cuba menyekat ruang blogging sebelum ini.
Walau bagaimanapun setelah bersara daripada kerajaan beliau melihat blogging sebagai suatu fenomena teknologi yang perlu dan penting.
;))
BalasPadam