14 Apr 2009

Krisis UMNO Terengganu : Najib Kata Bukan Krisis Besar, Muhyiddin Khuatir BN Tumbang

2 orang pemimpin tertinggi negara, PM dan TPM meluahkan pandangan yang berbeza terhadap isu kris UMNO Terenngganu ekoran pemboikotan 10 orang ADUN BN termasuk bekas MB Idris Jusoh di persidangan DUN hari ini.

Najib kelihatan cuba untuk menafikan krisis politik UMNO yang berlaku sekarang ini sebagai satu yang luarbiasa dan tidak mengganggap ia krisis yang besar sehingga tidak dapat diselesaikan.

Di dalam usaha untuk mengawal krisis itu dari merebak sehingga boleh menyebabkan pembubaran DUN, beliau telah mengeluarkan arahan supaya kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.

"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata beliau.

Beiau turut menafikan ada cubaan untuk menyingkirkan Ahmad Said.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung esok.

Sementara itu, akhbar-akhbar online melaporkan TPM yang juga Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Mohd Yassin telah melahirkan keresahannya dan berharap tindakan 10 ADUN daripada BN untuk tidak menghadiri persidangan dewan itu hari ini tidak akan menjejaskan kedudukan BN sebagai kerajaan di negeri berkenaan.

Beliau berkata, sebagai kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah, semua pihak perlu bekerja dan sebarang rasa tidak puas hati yang boleh menjejaskan kedudukan BN, perlu diselesaikan.

Mengulas tindakan yang dianggap "luar biasa" itu, Muhyiddin berkata, beliau akan mendapatkan laporan mengenainya dan menemui Ahmad Said berhubung perkara itu.

Penganalisis politik berpandangan apa yang cuba dilakukan oleh dua pemimpin tertinggi negara hanyalah satu cubaan untuk "menyapu sampah ke bawah karpet" sedang masalah itu akan tetap wujud dan akan menjadi duri dalam daging UMNO Terengganu.

"Malah Idris Jusoh pun jarang sekali hadir di dalam persidangan DUN terengganu sewaktu Ahmad Said menjadi Menteri Besar," kata seorang pemerhati politik Terengganu.

"Ini sepastinya merugikan penduduk-penduduk kawasan yang diwakilinya dan perlu digantikan dengan orang lain jika beliau tidak berminat untuk menjadi wakil rakyat biasa dan tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi seorang menteri besar," tambahnya lagi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.