14 Apr 2009

Krisis UMNO Terengganu : Krisis MB & 10 ADUN Dijangka Berlarutan

Krisis antara MB Terengganu, Ahmad Said dan kumpulan 10 ADUN BN masih belum menunjukkan ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua sepi apabila kumpulan berkenaan yang diketuai ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid tidak hadir atas alasan menerima SMS ugutan bunuh semalam.

Apa pun adalah jelas tindakan memnoikot sidang undangna dewan negeri lahir daripada ketidak-yakinan terhadap kepimpinan menteri besar Datuk Ahmad Said,

Rosol yang dianggap orang kuat bekas MB Idris Jusoh dikatakan mengetuai kumpulan yang mahukan menteri besar Datuk Ahmad Said berundur daripada jawatannya.

Laporan siasahdaily menyebut Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh menyertai sidang Dun jam 3.20 petang ketika Dun bergelap akibat terputus bekalan elektrik selama dua minit. Turut serta bersama beliau adalah Adun Kota Putera, Mohamad Pahemi Yusof.

Ramai tertanya-tanya apakah "gelap" selama 2 minit itu akan membawa satu petanda akan ada ruang "gelap" di dalam persidangan DUN Terengganu selepas ini?

Sembilan Adun BN yang tidak masuk ke dewan.

Ketika mereka tidak masuk Dun pagi tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin berkata, mereka tidak boikot sidang itu tetapi tidak menyertainya sahaja kerana ada sidang akhbar. Namun pada sebelah petang, apabila sidang akhbar tidak ada lagi, mereka masih kekal tidak menyertai sidang Dun.

Speaker Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang melarang Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dari meneruskan ucapan pembahasan Titah Pengerusi Penasihat Pemangku Sultan Terengganu jam 3.29 petang.

Ini kerana, Azman enggan berhenti dari menyentuh kerajaan negeri sedang dilanda krisis ekoran tindakan boikot Adun BN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.