17 Jan 2016

Rakyat Sengsara Kerana Pemerintah Yang Rasuah, Pembazir & tidak Amanah

Rakyat susah kerana pemerintah, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketidaktentuan ekonomi negara sebenarnya akibat amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan pentadbiran Umno-BN.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat agar rakyat tidak terus menanggung kesan besarnya dalam kehidupan rakyat.

"Akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.


"Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, Biro Kebajikan Amanah akan menggerakkan usaha tersebut untuk membantu rakyat yang tertindas akibat salah laku itu.

"Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan itu.

"Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja," ujarnya.

Mohamad juga tidak menolak kejatuhan harga minyak dunia turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.

"Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik dan Larut perlu dibantu segera," katanya lagi. -SH

9 ulasan:

  1. Tak ada pun mat sabu ni sentuh pasal pascai..yg aku heran..hari2 puok2 pascai ni hentam amanah..inilah akhlak terpuji seorang berjiwa rakyat..

    BalasPadam
  2. Pasni gaji menteri2 perlu diberi mengikut formula....mengikut price index semasa dan gaji rakyat yang paling rendah dlm sektor awam...biar menteri pun rasa susah...kalau tidak menteri pun malas kerja dan xbuat ape2 utk negara....pastu senang2 kuar statement bodoh semacam dirinya...

    BalasPadam
  3. Betul tu abg mat,tp apahal pesideng pas kasi oksigen kat najib.dah nak tenggelam biarkanla tenggelam ni kasi plak sokongan pas,abis la rakyat malaysia dok kerana sikap najib dan hadi ni hancur malaysia

    BalasPadam
  4. menteri makan free pagi petang dan malam mahasiswa menderita--beberapa wang yang ptpn bagi kat mereka---sangat memalukan sejak merdeka mahasiswa ikat perut---sangat koman

    BalasPadam
  5. Dari sekarang hingga sampai PRU 14..
    Pakatan Harapan..kena keluar, all out..
    kempen,program,ceramah,forum..

    2 tahun tidak lama..kekejaman,putar belit permainan UMNO/BN mesti di bongkarkan..setiap hari..

    Kalau PAS asyik kacau daun..kasi jumping smash tinggi2..biar kena tepat pada dahi.

    BalasPadam
  6. Biarlah jika hjhadi nk bermatian utk kekalkan najib & umno.... kita rakyat ramai2 tolak umno & pas.... InsyaAllah BN akan berkubur!

    BalasPadam
  7. Cina dah lama tahu... Hanya orang pas dan unmo buat Tak tahu.

    Yang penting bangsa dan agama terus berkuasa, lain Tak penting

    BalasPadam
  8. Kata pas nak nasihat kerajaan..temberang jer lebih..

    BalasPadam
  9. Negara diperintah oleh parti cap ayam yang standard pemimpin-pemimpinnya macam pemimpin-pemimpin dunia kelas tiga di Afrika dan di Amerika Tengah. Rakyat pula mengadu dengan orang ugama yang kononnya tahu kehendak Allah s.w.t.,tidak akan membuat sesuatu yang mudharat kepada manusia dan alam, yang akan mengutamakan redho Allah s.w.t dan tidak akan mementingkan perut dan benda dibawah perut. Rupanya rakyat takicioh. Orang ramai kena tipu. Rakyat jelata kena jual!!. Mereka tidak tahu lagi besar serban lagi besarlah syaitan bertenggek atas kepala. Lagi labuh jubah lagi, lagi labuhlah anu syaitan yang bergayut dalam jubah. Itulah rakyat Malaysia bertambah sengsara. Jadi masing-masing pakat-pakatlah mengadu dengan Allah s.w.t. dimalam hari. Mintaklah dengan Allah agar-agar manusia sebegini berpindah cepat dari kita. Mintalah mereka menghadapi kesusahan seperti kita yang mana tidak boleh diselesaikan oleh wang ringgi. Bagaimana kita dan saudara kita perit menghadapi hidup kita juga memohon mereka juga sama menghadapi perkara seumpama. Amiiiinnn. Sementara itu lebai-lebai sebelum tidur hitung-hitunglah berapa banyak harta yang telah dikumpul setakat ini!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.