16 Jan 2016

Nak Atasi Ekstrimism, Tetapi Terus Hidupkan Api Perkauman

Menangani ekstremis: Dua wajah pemerintah dibidas

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini.

Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab diatas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya.


“Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS.

Menekankan lagi hujahnya, Raja Bahrin melakar dua wajah pemerintah yang berbeza, seperti memperkenalkan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi membenarkan Himpunan Baju Merah berlaku, dan membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bergerak bebas.

Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk “menghapuskan pengkhianat”, malah ada yang sehingga ke tahap “menghalalkan darah pengkhianat”.

“Pada hakikatnya, semua ini hanyalah sandiwara pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka.

“Ini kerana mereka sedar bahawa jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hari ini dapat bersatu-padu, kerajaan rasis berasaskan perkauman seperti UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi tidak relevan lagi,” tegas Raja Bahrin.

Bagi AMANAH, sudah tiba masanya untuk Malaysia menghentikan ekstremisme agama dan perkauman, tambah beliau. -FMT

ULASAN GB

DUALISME... satu sikap hipokrit, cakap lain buatnya lain.

UMNO nampaknya akan terus meniup dan menggunakan sentimen perkauman untuk mengekalkan kuasa yang sekarang tinggal nyawa-nya ikan. Apatah lagi UMNO kini sedang dilanda dengan gelombang masalah partinya bermula apabila PM Najib Tun Razak menjadi sasaran kritikan dengan isu-isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Najib mungkin boleh mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu berkenaan untuk sementara waktu. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Keengganan Najib untuk letak jawatan sepertimana yang dituntut oleh sebahagian ahli-ahli partinya akan menyebabkan Najib - cepaqt atau lambat - bakal tercampak dari kerusi Presiden yang disandangnya. Pecayalah!

11 ulasan:

  1. kesian Najib ..otaknya milik orang lain....

    BalasPadam
  2. Benar tu. Dasar munafikun. Cakap Benar 20% Mohong 80%. Manusia ni umpama gunting dalam lipatan atau api dalam sekam. Makan dalam hingga tuannya tidak sedar. Begitu juga nasib Melayu di Tanah Melayu. Di penghujungnya nanti, Melayu umpama nasib Pak Pandir. Menang Sorak Kampung Tergadai.
    La ni dah macam tu. Kerajaan tak mampu menghalang syarikat konsesi ciptaannya sendiri. Jadi kalau Melayu ada kuasa sekalipun, apa gunanya. Kuasa untuk menzalimkan puak yang menentang sahaja tapi tak mampu mengawal kapitalis ciptaan sendiri.
    Jari telunjuk asyik ditunjuk dan dituju kepada pihak lain sedangkan kita tidak seharusnya lupa bahawa tiga lagi jari sedang menuju ke arah diri sendiri tapi disembunyikan. Kenapa disembunyikan? Ini semata-mata untuk menghalalkan cara.
    Lihat sahaja hujah Menteri dari Sabah, Ramlan mengatakan 1MDB bukan lagi merupakan liabiliti kerajaan. Betulkah ni? Hehehehe ... Hebat Malaysia sebab Menternya hebat-hebat belaka. Tahi yang busuk pun dikatakan wangi. Tahi bertaburan pun dikatakan dah disusun rapi.
    Hidup Malaysia. Haramjadah kata Tok Jib. Nasib baik bukan anak HARAM walaupun dah banyak kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  3. Inilah kalau pemerentah tidak cara Islam bakal terjadi yg lebih teruk dari sekarang.

    BalasPadam
  4. sALAM:

    Untuk mengekalkan "KUASA" Najib tiada jalan lain,kecuali "Matalamat Menghalalkan Cara".Di Malaysia hanya issue Perkauman dan Islam di politikkan mendapat sambutan orang2 melayu.
    Bagi saya yg lama masak di dalam "Dirty Department dulu" THINK THANK NAJIB,tiada pilihan lain,mereka mengunakan "serampang dua mata"

    Issue Bangsa di Mainkan oleh Umno,ianya dimainkan hari2,di ketuai oleh Jamal ikanbakarsekinchan dan X-army Ali tinju.Tugas utamanya "CREATEkan" issue2 bangsa dan provokasi2 yg melampau.
    Issue kedua mengunakan ketololan PAS,sebgai barua createkan issue2 dgn DAP/Perkauman/Salib christian/kerjsama dgn israel. Tugas ini diberi pada dr.Zuhdi.

    Kedua-dua issue ini dimainkan setiap masa supaya rakyat merasakan ianya seolah-olah "BENAR".Sehingga PR14 nanti.Cuba kita perhatikan pihak-pihak berwajib memandang sebelah mata sahaja.Pernahkah jamal/ali tinju dibelasah polis atau di sosma...direman"TIDAK" kalau adapun dilepaska ikut pintu belakang.Pernahkah kita dengar dr.Zuhdi dijail/reman/demo/kena sembur acid..malah beliua senang lenang di UM , tiada ganguan ditukarkan diganngu/selalu bersama dgn media2 umno.(benda2 macam nipun president tak boleh fikir).

    Tektik/Teknik:

    1.Character/bangsa/group assination.
    2.Createkan issue walaupun bohong berulang-ulang,seperti fitnah Anwar sodomi 1 dan 2.
    3.Issue DAP Salib/christian/Israel "hantam sajalah" tunggu respon dap,jika DAP Saman,pastikan hakim/peguam bersama.sensasikan berita ini pada orang-orang2 melayu,kalau dulu issue ini dibawa oleh umno tapi sekarang dibawa oleh PAS....Bagi orng2 melayu yg taksub pada ulama,mereka terjerat.."Ya tak ya pula takkan ulama nak tipu kot".
    4.Bagi bangsa cina pula mereka diprovokasi selalu seprti apa yg berlaku di low yat dan dipetaling street..tektik ini berlaku dizaman tun razak semasa MB dato' Harun.Pada masa itu orng2 cina termakan provokasi.(tiada internet)
    5.Umno exploit habis-habisan keatas ketololan pemimpin2 PAS,nAJIB/UMNO CUKUP TAKUT akan kekuatan PR dulu,kerana dapat menyatukan semua kaum/dan pelabagai agama.Bila pemimpin yg tolol berpolitik,tak tahu musuh itu kawan/kawan itu musuh dan tak tahu antara berdakwah/dan berpolitk.Senang untuk hancurkan kekuatan pembangkang.

    sekian,wassalam.

    BalasPadam
  5. PM yg paling teruk dlm dunia..bedal duit rakyat 2.6b..bila org tanya..bisu seribu bahasa..buat2 muka bodoh..yg dah sedia bodoh..

    BalasPadam
  6. Tak salah Najib jugak.. jika kita di tempat dia setelah semua kesalahan ini berlaku.. berani ke nak telus dan letak jawatan???

    Letak jawatan bermakna nak mati la. Lebih baik ada kuasa.. boleh bertahan dgn kuasa.. rakyat ni bodoh mcm sayur... boleh ditipu berjuta2 kali.. bagi duit sikik..lama2 lupa dan reda la.. bising pun.. x lama. Tgk kes memali.. sauk.. jalil bmf.. sumer dah basi dimakan masa..

    Teknik ni la Mahathir pun selamat.. skrg reramai yg dulu mengutuk.. dah jilat jubur taik dia pulak.. sedangkan masa berkuasa dulu.. Mahathir sendiri cakap.. Melayu mudah lupa (baca: melayu mudah dibodohkan..khalas)

    BalasPadam
  7. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Salahkan mak bapak sendiri, salahkan datuk nenek sendiri dan salahkan moyang-moyang sendiri. Sebab apa? Sebab mereka semua termasuk kita telah dan sedang memberi kuasa kepada peminum-peminum arak dan tak taat kepada ugama. Nasihat ulamak diketepikan. Adakalanya pulak menjilat ulamak-ulamak
    yang gila harta dan mata duitan.

    BalasPadam
  8. Pemimpin yg jahat hanya berapa ratus orang sahaja. Rakyat yg baik lebih kurang 30 juta. Agak-agak, siapa yg bersalah sebenarnya???

    Rakyat kita terlalu baik. Pemimpin buat salah, tak ambil apa-apa tindakan. Semakin lama, pemimpin kian lemak mcm cacing naik ke mata..

    Terlalu ramai orang baik pun, tak guna jugak. Salahkan diri sendiri jika pemimpin berbuat salah. Kita yg berpeluk tubuh dan tak ramai mahu berbuat apa-apa untuk menyedarkan pemimpin.

    Pemimpin kian teruk hari demi hari. Dari zaman Mahathir dah bebal satu hal dah. Melarat ke zaman Pak Lah. Lagi laju Pak Lah merembat duit. Hutang meningkat 3x ganda dari zaman Mahathir. Kendian ingat Najib koi dok slow, 8-9x ganda boros lagi drpd zaman Mahathir dan hampir 3x ganda boros drpd Pak Lah.

    Lagi dtg yg baru.. lps ni x bunyi dah billion2. Pimpinan UMNO yg baru sudah tentu lagi laju.. mungkin main angka trillion quadrillion pulak lps ni.. Mahathir takat ratus juta dan kadang2 puluh billion. Tu pun jarang dengaq. Pak Lah denhan janji nak jimat. potong belanja sana sini. Rupanya wayang belaka, dia lagi sakan.. juta2 x dengaq dah.. semua puluh billion dah mangli dah. Mai Najib.. ratusan billion dah mula kedengaran.. datang pimpinan baru, boleh agak dah.. trillion la jawabnya lepas ni..

    BalasPadam
  9. Kemana pi tuan penasihat 2.6% !!
    Mana pas ni!! Memang betullah x msuk bn.. tp di halalkan kerjasama utk islam dan rakyat atas kebaikan,setakat ni x nmpuk pun bn/pok jib memansuhka gst,turunkan harga minyak dan barang keperluan harian!!
    Mu..pas ckp jo degar2,tp hok yg ada diatas mu dah kamcing dgn pok jib,bila dah kamcing..xkan nak pi tegur plak,logiknya..klu lah pok jib terima nasihat dan teguran dr pas..demi agama allah islam/ikhlas..tentu gst dah mansuh dan dasar2 kerajaan yg membebankan rakyat dah dimansuh.

    BalasPadam
  10. Malaysia penuh dgn melayu bebal..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.