5 Ogo 2015

GHB Akan Perkukuhkan Ukhwah Islamiah Dan Tolak Rasisme

Kelainan politik Gerakan Harapan Baru Oleh A Shukur Harun

Jika tiada apa-apa halangan, awal September ini, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan menjadi sebuah parti politik baharu Malaysia dan tentunya akan memeriahkan lagu demokrasi di negara ini.

Lebih-lebih lagi kelahiran entiti baharu di pentas politik Malaysia ini datang dengan segala keistimewaan dan cabaran, membawa sebuah idealisme yang GHB sangat murni.

Ia sangat dialu-alukan oleh pelbagai pihak.

Parti baharu ini, yang akan diberi nama rasmi nanti, didukung oleh tokoh akademik, agamawan yang progresif, ahli politik veteran yang sangat berpengalaman serta pemikir yang membawa sebuah idealisme untuk mendepani cabaran baik di segi politik, ekonomi, pendidikan, tadbir urus negara dan segalanya.

Idealisme ini yang akan direalisasi oleh tokoh parti baharu ini dengan pendekatan demokratik dan terbuka dengan berpandukan kepada kesyumulan Islam sebagai ‘Rahmatan Lil-Alamin (rahmat seluruh alam).

Ini ditegaskan beberapa kali oleh pemimpin parti baharu ini – Mohamad Sabu, Dr Dzukefly Ahmad, Datuk Dr Muhajid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan Datuk Seri Nizar Jamaludin – dalam pelbagai ucapan, tulisan dan kenyataan mereka.

Walaupun tidak diberikan jenama Islam, tetapi akar tunjang parti baharu ini akan memancarkan dimensi Islam yang syumul, lengkap; anjal dan sesuai dengan segala zaman dan keadaan.

Pendekatan kami, kata adalah bersifat inklusif iaitu menggembleng seluruh tenaga umat dan rakyat, merentasi kaum, agama dan budaya.

Jadi hasil akhirnya menyaksikan Islam yang sifatnya inklusif itu dapat kami terjemahkan dalam wadah politik ini dan bukan hanya apa yang dikatakan sebagai kelompok yang kecewa. Inilah kelainannya wadah politik yang baharu ini.

GHB memelihara huquq al-insan (hak asasi manusia) berteraskan kemuliaan yang diiktiraf Allah, sekali gus menyatukan warga besar rakyat Malaysia dalam unjuran “ukhuwwah insaniyyah” (persaudaraan umat) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme, kata Dzulkefly.

GHB berusaha menterjemahkan Islam sebagai rahmat buat seluruh alam dengan meletakkan agenda peduli rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.


Parti ini juga komited meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang ditunjukkan Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang politik Islam yang menyeluruh, progresif dan inklusif.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), GHB meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan parti politik – PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

Pendekatan dan tindak balas GHB bersifat tidak jumud tetapi dinamis selari dengan realiti semasa dan setempat serta sederhana (wasatiyyah) namun tetap tegas dan berpegang kepada prinsip.

Ia komited dengan politik baharu, Maka GHB berpaksi kepada politik yang berasaskan ilmu dan akhlak, serta bersedia mewujudkan budaya yang mampu mengurus perbezaan dalam perlaksanaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.

Inilah asas atau akar tunjang dari dasar parti baharu ini yang digariskan oleh Dzulkefly, yang dilihat berusaha menterjemahkan keagungan Islam dengan segala keramahan dan kepeduliannya kepada nasib rakyat berbilang kaum.

Tidak benar sebarang anggapan kononnya pengasas GHB ini sebagai “golongan yang gugur di jalan dakwah”, iaitu suatu frasa dan istilah yang disebut dalam beberapa buku tulisan tokoh Ikhwanul Muslimin.

Ini kerana suasana dan keadaan berbeza dengan di Malaysia. Lebih-lebih lagi pendukung gerakan ini berusaha menyambung perjuangan di jalan dakwah dalam bentuk yang lebih terbuka, di mana asasnya perjuangan itu tetap unggul. Tentunya bukan lari dari jalan dakwah.

Segala perubahan dan perbezaan di jalan dakwah ini telah dihuraikan oleh Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya “Fiqhul Jihad” dan beberapa bukunya yang lain.

Lebih menarik di negara ini sendiri ramai agamawan muda yang progresif dan terbuka muncul menghuraikan persoalan ini dan ini sangat menolong ke arah pencerahan akan erti jemaah Islam, konsep dan jalan dakwah dengan segala persoalannya.

Saya kira, ini memudahkan lagi pendukung Harapan Baru menghuraikan persoalan perjuangan umat Islam ini secara lebih terbuka dan rasional di mana tidak ada mana-mana golongan yang kononnya berhak mendakwa merekalah saja yang berkuasa dalam perjuangan Islam ini.

Oleh itu, perjuangan GHB ini sewajarnya diteruskan. Jangan lagi pandang ke belakang atau melayan pelbagai teguran dan andaian konon parti baru ini tidak akan panjang umur, pemecah-belah, golongan orang yang kecewa kerana ditewaskan dan pelbagai lagi. Kehadiran dan prestasi parti baharu ini akan menjawab semua andaian dan prasangka ini.

Dari pengamatan saya menghadiri beberapa “road-show” GHB mendapati golongan anak muda paling ramai menghadirinya dan laporan yang diterima juga mendapati anak muda dan masyarakat bandar paling ramai memberi sokongan kepada gerakan ini. Baju kuning GHB sudah semakin popular dipakai orang ramai.

Di belakang layar, pimpinan GHB dan aktivisnya yang kebanyakannya golongan profesional sedang bertungkus lumus membuat persiapan menjelang perasmian parti baharu ini.

Diyakini parti baharu ini akan didukung oleh demikian ramai golongan profesional di samping agamawan progresif dan terbuka. Dalam masa yang sama golongan ahli politik veteran juga ramai yang menyokong.

Ini membuktikan parti baharu ini mewakili pelbagai golongan progresif dan terbuka di samping sokongan daripada kalangan bukan Islam yang semakin menyerlah.

Semoga parti baharu ini akan menjadi parti besar, teguh dan peramah serta benar-benar menjadi harapan rakyat pelbagai kaum dan agama.





ULASAN GB

GHB muncul ketika mana PAS sudah menjadi seperti UMNO (jika pun tidak telah menggantikan UMNO) ketika mana ia kini mengambil pendekatan rasisma (perkauman)....

Kerana kegagalan untuk menerangkan hudud kepada bukan-Islam khususnya DAP dengan cara berhikmah sepertimana yang disuruh oleh Allah dan Rasul, PAS mengambil sikap untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan mereka.

Arahan Allah di dalam Al-Quran adalah jelas:

Allah Ta’ala berfirman:


“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” {Surah An-Nahl: 125]

“Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka. [Surah Ali-Imran 3:159]

Di dalam satu hadith Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata:

“Seorang ‘Arab badui berdiri dan kencing di masjid. Maka para sahabat ingin mengusirnya. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda kepada mereka, “Biarkanlah dia dan siramlah bekas kencingnya dengan setimba air -atau dengan setimba besar air. Sesungguhnya kalian diutus untuk memberi kemudahan dan tidak diutus untuk memberi kesusahan.” (HR. Al-Bukhari no. 323)

Wahai PAS, apa dalil yang kamu ada (mengikuti jejak langkah UMNO) untuk memaki dan mencerca DAP sedangkan si Badui yang kencing di masjid itu pun dihalang oleh Rasulullah untuk diambil tindakan ke atasnya?





IKLAN BERBAYAR







21 ulasan:

  1. Salam semua:
    Thanks GB for the latest info:Yezzzzz that it..No turning
    Back.Walaupun banyak rintangan dari sahabat-sahabat di sebelah sana, Insyallah berkat kepimpinan yg menunjukkan ahklaq yg baik,hari demi hari ramai rakyat-rakyat biasa datang mendekati kita.


    Syabas team-team GHB yg bekerja tak kenal penat-lelah,untuk masa depan yg di redhai allah.

    Pinjam kata2 penyokong liverpool( YOU WILL NEVER WALK ALONE).
    AMANAH,PROGRESSIVE,PEDULI
    WASSALAM.

    BalasPadam
  2. GHB kelihatan lebih ikhlas. We will support you all out..

    BalasPadam
  3. NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) bakal dinobatkan sebagai parti siasah tidak lama lagi. Kelahirannya sebagai parti politik amat-amat dinantikan oleh oleh pencinta demokrasi, terutamanya pendokong-pendokong Pakatan Rakyat. Kelahiran GHB sememangnya menghantui survival politik barisan kepimpinan Pas Pasca Muktamar 2015. Umno juga seakan-akan terkena epilepsi (sawan babi) menjelang kelahiran parti baharu ini. Pas dan Umno akan terkesan dari kehadiran parti baharu ini seandainya diterima menganggotai Pakatan Rakyat. Seandainya tidak menjadi komponen PR, maka Umno / BN lah yang paling beruntung. Sekiranya berlaku pertandingan lebih dari dua penjuru pada pada PRU 14, sudah hampir pasti kemenangan memihak kepada BN.

    GHB mesti didaftarkan menjadi parti politik. Aktiviti-aktiviti NGO tidak memungkinkan dapat membantu rakyat yang tertindas. NGO tidak mungkin mampu menumbangkan kerajaan BN. BN hanya mampu disingkirkan melalui pilihan raya. Barisan kepimpinan GHB adalah individu-individu yang telah tersohor dalam senerio politik Malaysia. Tanpa wadah politik, mereka tidak boleh pergi jauh untuk membela rakyat Malaysia yang kini hidup menderita. Suara-suara pembelaan mereka sewajarnya didengari di sidang parlimen. Terdapat kelompangan destinasi perjuangan jika tokoh-tokoh yang telah disingkirkan Pas ini sekadar berkecimpung dalam NGO sahaja.

    Parti baharu yang terhasil dari GBH adalah alternatif kepada Pas yang konservatif. Penubuhan parti baharu ini tidak dapat dielakkan lagi kerana barisan kepimpinan Pas kini gagal meraikan kepelbagaian yang menyebabkan kumpulan G18 yang terlalu berjasa kepada masyarakat tersingkir dari parti. Kepimpinan baharu Pas dilihat cenderung bersendirian dan dilihat sudah bermain "kenyit-kenyit mata" dengan Umno, yang akhirnya menatijahkan Pakatan Rakyat berpecah. Pas kini sudah terpisah dengan arus perdana kebangkitan rakyat menentang kerakusan kerajaan BN. Pas sudah tidak lagi di hati majoriti rakyat Malaysia terutama pengundi bukan Islam. Sesiapa pun tidak boleh menyangkal kenyataan bahawa kemenangan calon-calon Pas di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah hasil sokongan pengundi-pengundi kaum bukan Melayu dan bukan Islam. Akhirnya Pas akan menjadi parti pak-pak lebai yang hanya mampu bertapak di Kelantan dan Terengganu sahaja. GBH, kehadiranmu sebagai parti politik
    amat-amat dinanti-nantikan dan bertepatan pada waktunya.

    BalasPadam
  4. Kebanyakan rujukan nas yg diketengahkan oleh Pas adalah pada suasana perang, bergaduh, adversial, menyalahkan pihak lain, tidak merangkumi hujjah dlm persekitaran yg aman dan perdamaian. Sebab itu asyik nk berlawanan, berkeras dan menyemai bibit perpecahan yg menguntungkan umno bn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perangai puak syiah memang mcm tu..sentiasa memberikan nas-nas dalam suasana tegang.diri mereka shj yg hebat.

      Dalam suasana aman,damai..mereka failed
      .gagal memberi contoh tauladan, bersikap lemah lembut.

      Padam
  5. Siapakah yg mengisi barisan kepimpinan PAS ketika mana PAS dikatakan gagal menerangkan HUDUD kepada DAP...
    Kenyataan kegagalan PAS ini dikeluarkan oleh mereka yg kini kecewa kerana gagal meraih kemenangan...
    waktu berjawatan sekian lama dulu apakah yg mereka buat....?
    Jika mereka yg tewas ini mengatakan PAS gagal...maka ia juga adalah KEGAGALAN mereka...kerana mereka juga adalah pemimpin ketika itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg Kuda Padi merepek kat atas ni..

      Selama ini yang mempertautkan PAS dgn parti-parti lain spt PKR dan DAP adalah golo progresif. Bukan shj dgn parti-parti itu malah dengan seluruh rakyat Malaysia melalui PAS FOR ALL.

      Yang merosakkannya ialah kumpulan pro-ulama.

      Pro-ulama berebut jawatan sehingga siap menggunakan cai lagi ...

      Kumpulan progresif yang bersusah payah menerangkan hudud... dan akan terus menerangkan lagi.... tetapi kumpulan pro-ulama mengambil pendekatan jalur keras spt UMNO, PEKIDA, PERKASA untuk memusnahkan apa yang telah diusahakan oleh kump progresif.

      Dakwah adalah prses sepanjang masa dan apabila PAS yang ada kini sudah tidak berkeupayaan melaksanakannya, maka sebab itu wadah baru diperlukan supaya gerakan dakwah tetap dapat diteruskan.

      Padam
    2. Pas sekarang dipimpin oleh barisan kucing kucing yg tidak dikehendaki rakyat.

      Padam
  6. Tujuan PAS kekal PR terbongkar!

    Oleh: Abe Awang Malaya
    3 hrs · Edited ·
    Jangan silap faham.... Haji Hadi memang mahu PAS bersatu dengan UMNO, tetapi bukan membentuk kerjasama PAS-UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum...... Tetapi, Hadi mahu PAS bersama dalam Pakatan Rakyat ketika PRU.... Selepas pilihanraya, barulah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh calon PAS digabungkan dengan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional untuk membentuk Unity Government.... Itulah maksud tujuan UG yang asal.
    Alasannya mudah.... Kalau PAS bergabung dengan UMNO sebelum pilihanraya, berapa kerusi yang UMNO bagi kepada PAS untuk bertanding....? Kalau PAS bergabung dengan UMNO sebelum pilihanraya, gabungan itu mempunyai harapan cerah untuk kalah kepada calon-calon Pakatan Rakyat.
    Kalau PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, mereka mendapat banyak kuota untuk bertanding dan pengundi yang menyokong PKR dan DAP akan mengundi calon PAS... Jadi calon PAS mempunyai harapan cerah untuk menang, terutama di pantai barat.... Selepas menang, barulah boleh dibentuk UG dengan UMNO.
    Sebab itu sejak dulu saya kata PAS pengkhianat..... Ulamak-ulamak PAS memang bercadang untuk mengkhianati Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  7. Ayuh terus mara jangan toleh kebelakang lagi, jika kalian ikhlas atas matlamat mencari keradhaan Allah insyaAllah kemenangan akan muncul, yang paling penting perjuangan demi syiar Islam bukan pangkat dan jawatan sepertimana dituduh oleh geng sebelah sinun, kami akan menyokong.

    BalasPadam
  8. Syabas.GHB.Di atas segala kerja buat anda semua.
    Insha Allah kemenangan akan memihak kepada anda dalam membawa pendekatan.Islam itu membawa Rahmatan Lil Alamin.
    Perjuangan Pas kini sedang menjurus samada secara sedar atau tidak ke pejuang IS dan taliban.

    BalasPadam
  9. Pendekatan TGNA yang sederhana itu disenangi oleh semua lapisan masyarakat di Msia tidak kira fahaman politik dan pegangan agama.
    Kehidupan beliau yang zuhud dan akhlak yang mulia meletakkan Islam dipandang mulia oleh semua orang.
    Setiap kritikan yang dibuat oleh pihak lawan terhadap TGNA ditangkis dgn fakta AlQuran dan Hadith.Pernah satu ketika TGNA mengeluar statement Allah itu Samseng yang dimainkan oleh pihak Umno.Beliau dgn tenang menjawab isu tersebut.
    Inilah kualiti pemimpin yg kita cari utk memimpin umat.
    Kalau setakat nak membunuh rakan dalam parti dan mengutuk TGNA dibelakang seperti yg didedahkan oleh bekas Ahli Perlimen Kertih, eloklah fikir2kan untuk bersara dan beri panji2 itu kpd yg lebih layak.

    BalasPadam
  10. rasanya kuda padi,baru terjaga dari mimpi kot,macam mohktar senik!!cubalah buka minda sikit,banyak kajian,membaca,selidik sana,selidik sini lebih kurang "Katak di bawah tempurung"maaf ya!!tak terniat nak underate sahabat.Tak ada apa salahnya saudara nak sokong pas,silakan!!saya ambil contoh kecil sahaja untuk difikir2kan.Sejak 2 menjak ni akhbar perdana,TV1,2,3 Selagi apa yg ada di media Malaysia ni sudah jadi mesra Alam dgn pemimpin2 hebat saudara.Tak rasa ganjil ka saudara?Pernah UFN berpesan,kalau tiba-tiba musuh buat baik tu,BERHATI-HATI!!.Kalau benda yg berlaku di depan mata,masih buat DONO aje..terserahlah.

    BalasPadam
  11. Pas sudah jadi parti perosak islam.dulu sokong pas.skrg aku malu dgn pas,kalo org tanya,aku jwb pas mmg xguna lebih hina drp umno sbb menjual agama demi harta dunia.puihhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cina jauh diri drpd agama kerana parti ajaran Sial ni Suka buat fitnah. Fitnah Ahli setia, fitnah ahli parti rakan, fitnah presideng parti rakan, fitnah anak Sarawak, fitnah cina, fitnah ban pengundi, hari hari Tikam cina sebut kafir najis

      Best Suka jilat najis!

      Wtf

      Padam
  12. Seboleh-boleh nya kita jangan kaitkan apa-apa dengan mereka (pro Hj Hadi)

    Sekarang kita tekan kan yang GHB akan ditubuh sebagai sebuah parti yang berpandukan 'Rahmatan Lil-Alamin'.

    Adakah pendekatan Nabi saw membiarkan arab badui kencing di mesjid kemudian menyuruh pula sahabat menyiramnya satu pendekatan sederhana atau kalau ikut kan sekarang progresif? Yang penting di sini ialah 'nilai diri' kita yang menentukan samada pendekatan kita sederhana atau melampau.

    Ada kah Nabi saw memberitahu kepada sahabat ini lah cara kita berdakwah selepas peristiwa tersebut?

    Yang ini lah (Nilai) yang kita harapkan ada pada GHB.

    Inilah asas atau akar tunjang dari dasar parti baharu ini yang digariskan oleh Dzulkefly, yang dilihat berusaha menterjemahkan keagungan Islam dengan segala keramahan dan kepeduliannya kepada nasib rakyat berbilang kaum.

    Wallahuallam.
    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  13. Syabas GHB. Rasisme adalah seekor raksaksa yang dibela oleh beberapa pihak untuk menjaga kepentingan kelompok mereka. Bagi yang naif, tidak berakal dan tidak berilmu perkara itu mudah menipu dan memesongkan kita. Sentimen perkauman dimainkan untuk melagakan orang bawahan yang rata-rata rendah taraf pemikiran mereka. Begitu juga dengan yang mencampurkan Islam dengan perkauman. Contoh yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sepatutnya sudah memadai untuk kita jadikan panduan. Melayu-melayu kolot yang mengaku Islam dan hanya setahu solat, puasa zakat (kadang-kadang pun tidak ditunaikan) dan haji tidak menyedari realiti sebenar negara ini. Perkara seperti keluarga bukan Islam sudah ada anggota mereka yang Islam sudah menjadi biasa. Ada yang menganut Islam tetapi tidak faham berbahasa Melayu sudah ramai dinegara ini. Ada yang cuba mengamalkan assunanah tetapi telah dipinggirkan juga kerap berlaku, ada sekolah Cina yang mempunya kelas ugama Islam yang didalam kelas itu terdapat 30 hingga 40 murid-murid Cina Islam sudah menjadi biasa. Bukalah mata mu wahai Melayu yang kolot dan jumud. Ingatlah ini zaman IT. Islam berkembang dengan pesatnya dan fahaman perkauman Islam hanya layak dimiliki oleh orang Islam yang tidak mengetahui sejarah ugamanya sendiri dan layak untuk rakyat negara-negara Islam dunia ketiga sahaja!! Semuga GHB dapat bergerak sesuai dengan ajaran Islam yang sebenarnya dan tidak berpandangan sempit dan menyeleweng dalam ugama untuk membolot kesenangan dunia yang sementara!!

    BalasPadam
  14. PAS boleh pusingla apa hujah pun

    yg kita nampak ialah pemimpin PAS ada menanti habuan dunia
    dpd umnu

    tk payah buang masalah nk menipu guna agama

    takan sebelum ni tk tau DAP tu parti kapir (mengikut tuduhan PAS la)?
    takkan sebelum ni tk tau PKR itu sekular(mengikut tuduhan PAS la)?
    takka sebelum ni tk sedar umnu tu penipu dan masih assobiyah?


    SEMATA2 NAK HABUAN DUNIA SEBB DH LAMA TAKBIR TAPI TK KAYA2

    BalasPadam
  15. PRU14 tanpa PAS dalam Pakatan Rakyat 2, tidak perlu bimbang lagi kerusi nak dilarikan kepada UMNO...

    BalasPadam
  16. Harapan Baru sentiasa ke hadapan berbanding Pas sentiasa U Turn, terbaru ucapan TITM, mereka hancur Pakatan, tiba-tiba nak Pembangkang kukuh????

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.